Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

31 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (43): Polis Larang Penceramah Guna Isu Altantuya, Istana, Sultan





Kami dah berjanji dengan kerajaan kami bahawa kami tak akan sebut lagi namamu buat sementara waktu... tapi kami juga berjanji dengan mu akan mencari siapakah yang menzalimi mu...



Dalam bukti paling jelas agensi persekutuan diheret ke kancah politik, polis kini dilaporkan melarang penceramah di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak.

Selain isu Altantuya, penceramah juga dilarang menengahkan “sebarang keputusan yang dibuat oleh institusi raja” bersabit kemelut dua Menteri Besar Perak, Malaysiakini melaporkan.

Pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng diberikan senarai larangan tambahan itu ke atas penceramah untuk pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang pada 7 April.

Larangan itu sudah tentu akan mengekang usaha Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan rampasan kuasa yang membawa kepada kemelut politik paling buruk dalam sejarah Perak.

Calon PAS untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, masih menjadi Menteri Besar sah di sisi perlembagaan setelah dilantik menerusi mandat rakyat pada pilihanraya umum Mac tahun lalu.

UMNO bagaimanapun melancarkan rampasan kuasa setelah mengumpan tiga ADUN Pakatan Rakyat, termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah, untuk menyokong Barisan Nasional. Kemelut itu kini dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Justeru, pilihanraya kecil ini disifatkan sebagai "pungutan suara" terhadap Najib Razak yang dikatakan mendalangi rampasan kuasa itu.

Larangan polis terhadap penceramah membangkitkan isu Altantuya juga dilihat sebagai usaha melindungi Najib daripada pengadilan rakyat.



Beliau dikaitkan dengan mangsa warga Mongolia itu dalam beberapa siri laporan oleh media antarabangsa dan penyiasat persendirian yang pernah ditugaskan untuk memantau Altantuya.

Sebelum ini Speaker dan ahli parlimen Barisan Nasional bertindak menggantung wakil DAP Gobind Singh daripada Dewan Rakyat untuk setahun apabila beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Najib.

Larangan terbaru oleh pihak polis dilihat sebagai cubaaan terbaru mengekang rakyat daripada diberikan penjelasan mengenai isu-isu kepentingan umum.

1 ulasan:

Abuarif berkata...

PELIK BIN HAIRAN IBNU AJAIB !KALAU KEMPEN PRK HANYALAH DIBEBERAPA KAWASAN.MALAM TADI DALAM HUJJAH DI TV 9 JAM 9.30 HINGGA 10.30 MALAM,KE EMPAT PENGHUJAH(TERMASUK PENGERUSI)MEMBINCANGKAN KES YANG MASIH DIMAHKAMAH DAN BOLEH DILIHAT DAN DENGAR OLEH SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT MALAYSIA.

APA KOMEN PEHAK KERAJAAN?BIASANYA MEREKA AKAN BISING SAMPAI KE PARLIMEN BAHAWA PERKARA MACAM INI ADALAH SUBJUDICE.YANG PELIKNYA YANG BERCAKAP TU ADALAH "PAKAR" UNDANG-UNDANG.

KUMAN SEBERANG LAUT JELAS KELIHATAN GAJAH DEPAN MATA KELABU AJE.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.