Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

29 Nov 2008

Zaid Ibrahim sertai KeADILan? ~ Malaysiakini

SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim turut menjadi tetamu yang hadir dalam Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam pagi ini.

Kehadiran Zaid bersama beberapa lagi tokoh politik termasuk Dato' Yong Teck Lee dari SAPP dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mendapat tepukan gemuruh kalangan perwakilan yang menunggu di dalam Stadium.

Beberapa minit selang selepas kehadiran Zaid, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba dengan disambut laungan reformasi.

Sebelum ini Zaid menjadi menteri yang mencetus kontroversi berikutan meletakkan jawatan dalam isu ISA.

Peletakan jawatan beliau menjadi tanda tanya hingga ada yang menyatakan kemungkinan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat.

Kongres pagi ini akan dirasmikan oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali gus beliau akan menyampaikan ucapan dasar kongres.

Suasana di dalam Stadium kini semakin sesak dengan kebanjiran perwakilan dan pemerhati selain pihak media yang membaut liputan penuh kongres KeADILan kali ini.

Seluruh kepimpinan KeADILan di peringkat pusat, Pemuda dan Wanita telah sampai dan sedang menunggu untuk perasmian.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Niab Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa

Mat Sabu :Razali professional, atasi politik kepartian ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam menjalankan tugas secara professional dan mengatasi politik kepartian.

"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat)," katanya.

Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar pula menyifatkan kematian Razali sebagai kehilangan yang besar kepada dunia pendidikan.

"Kementerian Pelajaran kehilangan Timbalan Menterinya yang sangat berwibawa, komited dan dedikasi kepada tugasnya," katanya.

Allahyarham Razali, kata Mahfuz, sangat memahami dan menguasai bidang pendidikan dan sentiasa memberikan jawapan yang bersemangat mengenai pendidikan di Dewan Rakyat.

"Selain sifatnya yang diakui ramai Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang sebagai baik dan berbudi bahasa, cara Ismail menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementeriannya juga menyebabkan beliau dihormati.

"Bila menjawab, beliau begitu bersemangat. Saya rasa hampir tidak pernah berlaku ahli-ahli Parlimen pembangkang bercakap dengan kasar kepada Ismail dalam Dewan.

"Mungkin ada, tetapi amat sukar diingati perkara sedemikian pernah berlaku," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Razali juga, kata Mahfuz, begitu komited untuk membina generasi muda yang berilmu.

Sebelum menceburi bidang politik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu adalah pegawai Kementerian Pelajaran.

Mohamad dan Mahfuz mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham, Datin Nooraini Lob Yusoff dan keluarganya.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Razali menewaskan Mohamad dengan majoriti 628 undi

P36 KUALA TERENGGANU
Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)

Sudahkah Kelantan bersedia menerima pengunduran Nik Aziz? ~ Malaysiakini


KOTA BAHARU: Pengumuman mengenai pengunduran Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari arena politik bukanlah yang pertama dibuat olehnya kerana sebelum ini sudah beberapa kali beliau melahirkan hasrat itu atas faktor kesihatan.

Berikutan itu, timbul isu di kalangan pemimpin Pas yang mula mempersoalkan selama mana Mursyidul Am Pas itu akan bertahan dan siapa akan menjadi penggantinya.

"Faktor ini menjadikan Pas mahupun rakyat Kelantan enggan memikirkankanya kerana di hati mereka tiada pemimpin yang sebijak dan merendah diri seperti Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selain berani kerana agama," kata seorang ahli Pas yang enggan menyatakan identitinya. Kesan pengunduran Menteri Besar itu, yang menerajui Kelantan sejak 1990, juga akan mempengaruhi sentimen penyokong tradisi Pas di Kelantan dan menggugat kedudukan Pas, katanya.

Isu pengunduran Nik Abdul Aziz, 77, timbul berikutan laporan sebuah akhbar mingguan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan "pada masa gemilang beliau" dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.

Malahan, menurut laporan Mingguan Watan itu, golongan berkenaan mahu Nik Aziz yang dianggap sudah berumur dan mengalami masalah kesihatan, menyediakan pelan peralihan kuasa segera kerana kerap berlaku mesyuarat penting membabitkan keputusan segera kerajaan negeri terpaksa ditangguh kerana beliau berada di hospital.

Reaksi daripada laporan akhabar itu Nik Abdul Aziz berkata beliau "tidak sabar" untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan dari Pas memintanya berbuat demikian.

Tetapi keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun.

Malahan bagi Setiausaha Politik Menteri Besar itu Anual Bakri Harun ketika dihubungi Bernama berkata adanya pihak yang cuba memburukkan nama Menteri Besar ketika waktu gemilangnya.

"Isu (pengunduran) itu tidak pernah timbul pada masa kini dan tiada siapa pun yang mahukan tok guru berundur. Laporan akhbar itu tidak tepat dan tidak profesional," katanya.

Perkara itu turut disokong oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat yang menafikan wujudnya desakan daripada kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas supaya Nik Abdul Aziz berundur dari jawatannya.

Malahan beliau, yang juga ADUN Pulai Chondong, berkata pihaknya mahukan Mursyidul Am Pas itu agar dipanjangkan umur supaya boleh mentadbir kerajaan negeri lebih lama.

Begitu pun, masih ada pihak, yang berpayung di bawah Pas, meminta Nik Abdul Aziz supaya berani membuat keputusan tanpa menunggu desakan terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali percaya keputusan itu akan mendapat sokongan semua pihak kerana sebagai pemimpin yang tidak memiliki kesihatan yang baik, ia akan menjejaskan urusan pentadbiran negeri.

Ibrahim berkata, secara peribadi, Nik Abdul Aziz perlu mementingkan kesihatannya kerana ia juga ada kaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri. Mursyidul Am Pas itu memahami bahawa kudrat beliau untuk memimpin semakin berkurangan sehingga timbulnya desakan berundur dan golongan ini sebenarnya bukan tidak menghormati Nik Abdul Aziz.

Sebaliknya mereka bimbang pemimpin yang disanjung oleh penyokong Pas itu akan menjadi bebanan kepada parti tersebut kerana gagal mentadbir Kelantan dengan baik dan sering mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Menurut sumber parti, beliau mengakui selama ini Pas bertahan di Kelantan kerana Menteri Besar itu dan penyokong Pas Kelantan tidak melihat calon lain yang lebih layak untuk meneruskan kepimpinan ulama di negeri itu selain Nik Abdul Aziz.

"Jika beliau berundur, ia sudah pasti akan menggugat kekuatan Pas, apatah lagi sepanjang tempoh 18 tahun beliau tidak pernah mengumumkan atau menonjolkan barisan pelapis bagi menggantikannya," katanya. Namun kini Nik Abdul Aziz sendiri mengakui beliau mempunyai beberapa calon penggantinya tetapi enggan mendedahkannya dan beliau berharap penyokong Pas faham hakikatnya tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti kepada dirinya.

"Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika (Bekas Presiden Pas) Datuk Asri (Muda) dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti.

"Kalau saya sebut, bermakna hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan Pas. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," katanya.BERNAMA

Kuala Besut ‘Bandar Mati’ Di Musim Tengkujuh ~ Malaysiakini

Kuala Besut – Penganjuran acara-acara antarabangsa seperti Pertandingan Perahu Layar Piala Monsun yang sedang berlangsung di Kuala Terengganu dan Pertandingan Kuda Lasak yang baru tamat di Setiu, tidak membawa impak yang besar kepada kemajuan ekonomi rakyat.


Tinjauan Buletinonline ke bandar ini beberapa hari lalu mendapati Kuala Besut tidak berubah dan tetap menjadi ‘bandar yang mati’, tatkala musim tengkujuh.

Keadaan Kuala Besut terlalu sunyi, amat berbeza dengan suasana beberapa bulan yang lalu ketika musim puncak dengan bunyi enjin bot yang keluar masuk di pintu muara.

Deretan kedai makan disepanjang laluan masuk ke jeti pelancong sibuk melayani pelanggan ketika itu, kini bertukar sebaliknya, dengan hanya sebuah kedai makan sahaja kelihatan meneruskan operasi.

Sementara itu, di hentian kereta sewa Kuala Besut, lebih lapan buah kereta sewa tersadai kerana tiada pelanggan.

Seorang pemandu kereta sewa yang ditemui berkata, sehingga kini pendapatan mereka masih bergantung kepada kedatangan pelancong yang bercuti ke Pulau Perhentian.

Oleh itu, menurutnya, apabila musim tengkujuh tiba, pendapatan mereka merosot kerana pelancong berkurangan.

28 Nov 2008

Mawi: Mana bukti saya ahli PKR? ~ Malaysiakini

SHAH ALAM: "Mana ada? Mana bukti?," begitulah reaksi spontan dari penyanyi popular Mawi ketika diasak dengan pertanyaan benarkah beliau adalah ahli Parti keadilan Rakyat (PKR), seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini.

"Masa bila...?. Lagipun tahun 1999, saya belum pun mendaftar untuk mengundi di SPR. Jadi macam mana saya hendak sertai parti itu?," jelas Mawi menafikan berita yang tersebar di laman web tersebut.

Mawi, yang ditemui di saringan Separuh Akhir Muzik-muzik kategori etnik kreatif di Studio Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi, terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan parti pembangkang itu.

Kenyataan Mawi ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah bergiat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.

Dakwaan ini dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Johor Zabidie Abas di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Zabidie, yang juga pembahas pertama mendakwa bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di Kulai.

Katanya lagi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.

Zabidie sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin yang bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat' dilaporkan berkata:

"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa menampal poster bersama kita."

"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya di hadapan 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Namun, menurut Zabidie lagi, nama Mawi tidak ada dalam senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini.

Difahamkan, nama Mawi disebut oleh Zabidie sebagai satu saranan agar PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Lewat petang tadi, Bernama melaporkan bahawa Zabidie pernah cuba memujuk jiran sekampungnya penyanyi Mawi menganggotai PKR tetapi Mawi enggan.

Menurutnya, Mawi memberi alasan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya selain memilih untuk bersikap neutral dalam politik.

http://www1.mstar.com.my

Berita sebelum : Mawi tampal poster PKR

Gempar: Penipuan Pusat Perubatan Cakra Alam ~ Malaysiakini

" Masih anda ingat suatu ketika dahulu, gempar di kaca TV, seseorang yang mengaku ”Ustaz” dari Pusat Rawatan Cakra Alam (terletak di Taman Maluri) menjalankan satu rawatan alternatif secara pelik dan meragukan? Mengikut kata-kata Ustaz tersebut beliau mengamalkan rawatan tradisional menggunakan tenaga dalaman.

Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya bergitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut, tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata?

Saban tahun beribu-ribu pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Cakra Alam telah ditipu oleh Ustaz Arief yang licik ini.


Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya bergitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut, tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata? Saban tahun beribu-ribu pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Cakra Alam telah ditipu oleh Ustaz Arief yang licik ini.














Baru-baru ini Sekumpulan Penyelidik dari Korea & Pakar Psikik terkenal James Randi mendedahkan tentang penipuan Pusat Rawatan Cakra Alam. Antara penipuan yang didedahkan adalah:




1) Rawatan menggunakan telur


  • Meletakan telur di atas badan pesakit, apabila dipecahkan telur, kononnya terdapat darah kotor.
  • Apabila Pengkaji Korea memberi telur yang dibawa dari kedai, Ustaz Arif kata "kena guna telur ayam kampung"i. Apabila digunakan telur tersebut tidak terdapat pula darah atau apa-apa yang pelik.
  • Trick Penipuan - Suntik darah/pewarna kedalam telur menggunakan jarum halus, kemudian letak plaster kecik untuk menutup lubang kecil itu.

2) Rawatan cas elektrik

  • Meletakkan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit dan lampu akan menyala sekiranya terdapat cas yang tidak elok. Penggunaan test pen boleh menyala lampu, menanda kan ada pengaliran cas elektrik yang tidak stabil
  • Pengkaji Korea meminta Ustaz guna mentol bervoltan tinggi, tetapi tidak menyala.
  • Semasa rawatan menggunakan telur, beliau tidak memakai selipar, tetapi semasa rawatan elektrik, beliau memakai selipar(Pelik bukan?). Penyelidik Korea meminta untuk scan selipar Ustaz Arief dengan alat pengesan logam, tapi ustaz Arief tidak benarkan.
  • Cameraman pula merakam gambar kaki ustaz semasa tengah on off kan lampu, Cukup Jelas semasa On= 'kaki letak' dan Off = 'Kaki angkat'.
  • Apabila Ustaz Arif tiada, Penyelidik Korea tersebut secara sembunyi-sembunyi menggunakan alat scanner, untuk scan selipar dan keputusannya scanner berbunyi menandakan terdapat alat di dalam selipar tersebut.
  • Trick Penipuan: Dalam selipar tu mengandungi barang electronic yang mampu membekal kan arus elektrik kecil dan tak memberi kesan renjatan pada badan manusia
Persoalannya disini mengapa Pihak-pihak yang berkenaan di Malaysia tidak membuat penyiasatan dan pemantauan sehingga ramai rakyat Malaysia yang telah jelas tertipu dengan Pusat Rawatan Cakra Alam ini.



http://www.apasaje.com/
http://video-politik.blogspot.com/

Ahli Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia

P36 KUALA TERENGGANU
Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)


Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah etika bermain badminton di institut itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.


Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi pemukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, ahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima
anak.

Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 h
ari.

mStar : Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia

Wakil AMK: Mawi tampal poster PKR

Dipetik dari Malaysiakini

Seorang perwakilan di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa penyanyi popular Asmawi Ani, atau lebih dikenali sebagai Mawi, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.

Pembahas dari Johor, Zabidie Abas berkata, bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di negerinya.

"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa (menampal poster) bersama kita," katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat'.

"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya, disambut tepukan gemuruh daripada hampir 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Pembahas pertama itu yang tampil di pentas petang ini menyarankan PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Ditemui pemberita selepas pembentangannya, beliau berkata Mawi pernah bergiat bersama PKR dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.

Bagaimanapun, katanya, senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini tidak menyebutkan nama Mawi.

Cerita mengenai Mawi itu turut menarik perhatian seorang lagi perwakilan pembahas yang turut menyentuh perkara itu apabil tiba gilirannya naik ke pentas.

Memulakan perbahasannya, perwakilan daripada Pahang, Nizal Jamin secara berseloroh berkata: "Kita di Pahang kalah sikit daripada Johor. Di Kuala Lipis, Siti Nurhaliza belum gantung poster kita lagi."

27 Nov 2008

Kakitangan Awam Akan Diberi Opsyen Semula Untuk Bertukar Ke Skim Pencen !! ~ Malaysiakini

PUTRAJAYA - Kerajaan telah bersetuju supaya opsyen semula diberikan kepada anggota sektor awam yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertukar kepada skim pencen dalam tempoh sebulan bermula 1 Januari 2009. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai perjawatan dan gaji pekerja-pekerja sektor awam itu adalah untuk memberi peluang kepada anggota sektor awam mengambil skim pencen yang akan mula berkuat kuasa 1 Februari depan. "Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberi ex-gratia kepada ibubapa anggota perkhidmatan awam yang meninggal dunia berkuat kuasa 1 Januari 2009," katanya semasa majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam di sini, hari ini.

Abdullah berkata, dua lagi keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah untuk membuat penambahbaikan terhadap skim pegawai siasatan, penolong pengarah siasatan dan pembantu siasatan bagi memperkasa kegiatan pencegahan rasuah dan pembanterasan jenayah. "Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut akan bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. "Bagi PDRM pula, penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuat kuasa pada 1 Januari 2009," katanya. Abdullah berkata, selain itu, memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, TLDM dan PDRM dari aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan telah bersetuju supaya kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan pegawai lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkuat kuasa 1 Januari depan.

86 terbunuh akibat serangan di Mumbai ~ Malaysiakini

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 86 orang terbunuh di dalam serangan oleh kumpulan bersenjata di pusat perdagangan India, di sini, malam tadi manakala pasukan keselamatan telah bertindak untuk mengepung dua buah hotel mewah dimana tebusan asing ditahan oleh penyerang.

Menurut laporan Reuters, kumpulan bersenjata itu melakukan serangan menggunakan bom tangan dan senjata automotik ke atas dua buah hotel dan beberapa lokasi lain di bandar tersebut termasuklah di Kashmir.

Polis telah menembak mati empat lelaki bersenjata dan setakat ini telah menahan sembilan suspek manakala 12 anggota polis turut terbunuh termasuklah Ketua Polis Skuad Anti-Keganasan Mumbai, Hemant Karkare.

An Indian policeman escorts out a survivor from the shooting site at Chattrapati Shivaji Railway terminus on November 26, 2008 in Mumbai. More than 60 people were killed in a series of attacks in the Indian city of Mumbai late November 26, with two five-star hotels among the targets of gunmen armed with powerful assault rifles and grenades.

“Keadaaan di sini masih tegang dan kami masih lagi sedang mengesan pengganas-pengganas lain yang sedang bersembunyi di dalam dua buah hotel tersebut,” kata Ketua Menteri Maharashta, Vilasrao Deshmukh.

Deshmukh di dalam sebuah sidang media berkata, keadaan di situ masih lagi belum dapat dikawal.

An Indian policeman checks the shooting site of Chattrapati Shivaji Railway terminus on November 26, 2008 in Mumbai. More than 60 people were killed in a series of attacks in the Indian city of Mumbai late November 26, with two five-star hotels among the targets of gunmen armed with powerful assault rifles and grenades.   AFP PHOTO/ STR (Photo credit should read STR/AFP/Getty Images)

“Sukar untuk berkata berapa ramai pengganas berada di dua hotel itu,” tambahnya, walaupun Menteri Dalam Negeri, Shivraj Patil berkata kira-kira empat hingga lima orang pengganas berada di setiap hotel terbabit.

http://www1.mstar.com.my

PEMUDABESUT@ pengebumian ayahanda Ketua Pemuda PAS Besut

Solat Jenazah diketuai oleh Ust Adam sendiri

Jenazah diusung ke Kereta Jenazah

Sekitar tanah perkuburan Gong Bayor

Jenazah diusung ke Liang Lahad

Doa daripada anak Soleh

Ayah Ketua Pemuda PAS Besut meninggal dunia

Top 10 : Beza Pemilihan Kepimpinan PAS dan UMNO. ~ Malaysiakini

Beza antara PAS dan UMNO bagaikan langit dan bumi. Dalam artikel ini dipaparkan 10 perbezaan besar antara pemilihan kepimpinan UMNO dan PAS. Pemilihan calon-calon UMNO pun dah dekat. Bak kata TKO, masa untuk bercakar!! Ahli-ahli UMNO dan PAS boleh muhasabah diri sama-sama lepas ni.


TOP 10 Perbezaan Pemilihan UMNO dan PAS:

1. Bak kata Allayarham Ustaz Fadzil, dalam PAS, yang dilihat nak jawatan tak dapat! Dalam UMNO pulak, jawatan dapat pada yang paling kuat melobi dan paling teringin nak jawatan tuh.

2. Dalam PAS masing-masing kalau boleh tak nak pegang jawatan pasal jawatan itu amanah. Nama Nizar tak pernah kedengaran sebelum tiba-tiba dilantik jadi MB Perak. Dalam UMNO pula, baru nak bertanding jawatan dah riuh sekampung! Belum dilantik lagi tuh..

3. Dalam PAS, ilmu agama jadi ukuran pemilihan. Sekalipun golongan profesional dilantik, mereka kena ada asas agama yang kukuh. Dalam UMNO pula, lagi jahil lagi berpotensi. Seorang ahli UMNO yg membuat kenyataan agar waktu disco dipanjangkan dan harga arak dikurangkan dilantik jadi Setiusaha BN. Cantik!!

4. Dalam UMNO, mesti bijak ekonomi. Maaf! Pembetulan! Mesti pandai pijak ekonomi. Waktu ekonomi elok, buat mahligai besar-besar. Nasib rakyat dipijak-pijak. Waktu harga minyak dunia naik, UMNO naikkan mendadak. Bila harga minyak dunia turun, turun sikit-sikit. Alih2 rakyat pula yg bagi subsidi kepada kerajaan. Dalam PAS, kepimpinan tak sibuk buat duit. Rasa nak menangis tengok rumah Tok Guru!

5. Dalam PAS, politik nombor 2, agama No.1. Sekalipun Nakhaie UMNO kata dalam PAS politik nombor 1, kita boleh pertikai. Tok Guru Nik Aziz dah kata, kalau UMNO setuju dengan Islam, syariat Islam, hudud, qisas, kita bubar aje PAS ni. Islam no.1, yang lain semua kemudian. Ahli PKR seperti Zulkifli Nordin pun terikut-ikut. Berkawan dengan ustaz, alih-alih kita pun ada ciri-ciri ustaz. Dalam UMNO pulak, agama no.18. Itupun Islam Hadhari.. kwah kwah kwah

6. Dalam PAS, tak tutup aurat toksah mimpi la nak pegang jawatan, ahli-ahli confirm reject! Dalam Wanita UMNO, yang bertudung akan jadi kuli dan pakat-pakat melantik bos dikalangan yang tidak reti menutup aurat. Ana tak pernah dengar Ummu Hadhari Mashitah menasihat UMNO agar tutup aurat. Lanyak PAS selalu la..

7. Dalam UMNO, pemimpin kena pandai memfitnah. Kena pandai fitnah meliwat, putar belit ayat, mengugut, mengampu , dan merasuah. Bukan saya yang cakap, che det yang cakap dalam blognya bahawa rasuah semakin menjadi-jadi. Dalam PAS, kalau jenis memfitnah ni akan diboikot.

8. Politik wang. UMNO dan politik wang ni macam tahi dan busuk. Rasa tak sah tahi kalau baunya tak busuk. PAS dan politik wang pula macam minyak wangi dan rasa manis (sweety). Takde kaitan.. Tak taulah kalau ada orang yang minum minyak wangi..

9. Ulama' jadi keutamaan. Profesional seperti doktor dan engineer yg juga ulama jadi keutamaan. Dalam UMNO, keutamaan diberi kepada yang paling banyak hulur-hulur. Bak kata Dr Asri, ada pemimpin UMNO yang mengadu kalah kepada penagih sedangkan pemimpin tersebut taraf doktor di universiti...

10. Kena pandai bergaduh. Kepimpinan UMNO faham bahawa gaduh itu satu seni. Boleh baling-baling meja, buat repot polis, surat layang dan sebagainya. Kepimpinan PAS ni tak pandai bergaduh. Orang ajak keluar masjid nak bertumbuk pun taknak!! Takpelah. Kita bangsa aman damai, bukan bangsa hadhari...

Saiful muncul di JAWI esok, tangkis tohmahan ditimpa bala ~ Malaysiakini

PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) esok pada jam 11 pagi.

Hal ini diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga Saiful ketika dihubungi mStar Online, petang tadi.

Menurut sumber itu, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.

Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos.

Sebelum itu, pada 15 Ogos, Mohd Saiful ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan disaksikan Imam Ramlang Porigi, menyatakan dia diliwat Penasihat PKR terbabit.

Dalam sumpah laknat itu, Mohd Saiful mendakwa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Mohd Saiful di JAWI esok mampu menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.

“Saiful perlu hadir di JAWI esok. Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar,” jelas sumber itu.

http://www1.mstar.com.my

26 Nov 2008

Terengganu tempat orang bunuh diri?? ~ Malaysiakini


KES PERTAMA (BESUT)

Jumaat 14 November, seorang remaja berusia lingkungan 20-an telah membunuh diri dengan mengantung diri di atas pokok di halaman rumahnya di Jerteh.

KES KEDUA (Kuala Terengganu)

Pada Jumaat, 21 November, seorang gadis berusia 18 tahun cuba membunuh diri dengan mengugut terjun dari tingkap 10 sebuah hotel di Bandar Kuala Terengganu. LAGI>>>


KES KETIGA ( Hulu Terengganu)

AHAD 23 November, seorang wanita berusia 39 tahun yang juga isteri kedua cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan empat tingkat di bandar kuala berang. LAGI....

25 Nov 2008

PEWARIS Pengecut.. Lawan Seorang Wanita!!! - Malaysiakini



Ini lah wanita Cina yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata "Blardy unfair. When you alll Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Blardy racist". Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.
Ini lah wanita Cina yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata “Blardy unfair. When you alll Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Blardy racist”. Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.

Kena kejar dan kena penampar oleh kumpulan pondan Pewaris
Kena kejar dan kena penampar oleh kumpulan pondan Pewaris
sampai tersungkur pompuan cina ini dikerjakan oleh kumpulan pondan-pondan Pewaris

Sampai tersungkur pompuan cina ini dikerjakan oleh kumpulan pondan-pondan Pewaris.Anda nilailah sendiri gelagat-gelagak gila Pewaris ini.Tak ada pula Polis yang nak menghalang perhimpunan mereka...

PEWARIS PENGECUT..SEORANG WANITA!!!.hahahaha

Sebuah pertubuhan yang digelar PEWARIS telah mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap hak-hak kepentingan orang Melayu di samping sokongan kuat kepada Akta ISA. Rata-rata di antara mereka yang berhimpun memakai T-Shirt tertera tulisan `YES To ISA’. Slogan hidup Melayu, sokong ISA diselikan dengan takbir menyebut kalimat `Allahu Akbar’ dilaungkan. Amat mendukacitakan, tanpa rasa takut dan gentar kepada Allah SWT kumpulan ini menyeret nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang ini untuk bersama-sama mereka menyokong Akta ISA yang zalim itu. Berita TV BERNAMA melaporkan, hanya lebih kurang 200 orang yang berhimpun tanpa gangguan dari pihak berkuasa dan tanpa pancutan `Water Canon’ jauh sekali dari dibelasah dengan cotar. Itu tidak menghairankan saya kerana sudah biasa melihat situasi begitu. Tetapi, apa yang menghiris hati saya ketika perhimpunan tersebut adalah dua perkara sahaja.

Pertama, saya begitu kesal dan sedih bila melihat kebanyakan daripada mereka yang menyertai kumpulan tersebut adalah terdiri daripada orang-orang tua dan pertengahan umur yang mungkin tidak beberapa lama lagi akan `dijemput’ oleh Allah SWT menemuinya. Golongan-golongan ini bersuara lantang menyebut nama `Allah’ diselang-selikan dengan jeritan menyokong Akta ISA. Terasa hiba juga hati saya betapa nama Allah disebut berserta dengan jeritan mereka menyokong akta yang tiada khilaf lagi dilaknat Allah ini. Apakah Allah meredhai perbuatan mereka ini? Andainya terdapat orang yang melihat perarakan dan perhimpunan tersebut terdiri dari orang bukan Islam, nescaya mereka berfikir bahawa Islam dan Allah juga merestui Akta ISA ini. Alangkah malunya kita yang mengaku beragama Islam jika Tuhan kita dianggap sedemikian rupa.

Perkara Kedua, kumpulan yang digelar PEWARIS ini berperangai seperti `kebudak-budakan‘ dengan menunjukkan `kejantanan’nya apabila mengejar seorang wanita. Amat memalukan, beberapa orang daripada kumpulan yang kononnya dianggap `Pendekar’ Melayu dan `Hero ISA’ ini merasa bangga dapat mengejar hanya seorang wanita. Wanita tersebut difahamkan menyuarakan sikapnya menentang Akta ISA di hadapan kumpulan ini, lantas wanita ini dikejar oleh kumpulan yang berarak secara HARAM ini.sehingga memaksa pihak Polis meleraikannya. Bagi sesiapa yang waras dan menyaksikan `drama’ memalukan tersebut, siapakah yang layak digelar ‘Hero’ sebenarnya? Wanita yang berseorangan yang berani menunjukkan penentangan terhadap Akta ISA ini atau kumpulan PEWARIS yang mengejar wanita tersebut?

Bagi saya, sama ada kumpulan PEWARIS mahupun PERKASA atau letak sahaja apa pun nama yang kononnya berjuang untuk Melayu dan Islam, kedua-duanya sama sahaja. Mereka sebenarnya tiada sokongan dari majoriti orang-orang Melayu apatah lagi dari kaum lain. Kumpulan ini jauh dan terasing daripada orang-orang Melayu apatah lagi dengan Islam. Jika tidak kerana media, tiada siapa pun yang kenal apa itu PEWARIS atau PERKASA. Media banyak membantu mereka kerana perjuangan mereka yang songsang. - kelatekito

Hukum Berkaitan Ibadah Korban

Oleh : Ustaz Shauqi

1. Waktu Perlaksanaan Ibadat Korban
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga di akhir hari Tasyriq yakni 3 hari setelah Aidiladha. Oleh itu penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah. Menurut Imam al-Syafi’i r.h: Adapun waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), maka sudah tidak boleh menyembelih korban. – Imam al-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fiil Fiqhi, (edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta, 2004) jilid 1, m.s. 737 Dalilnya adalah sabda Rasulullah s.a.w. :Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu dia telah mendapat sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan keluarganya, bukan termasuk binatang korban sedikitpun. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1961Sabda baginda: Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), maka hendaklah dia mengulanginya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5561 Sabda Rasulullah s.a.w.: Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan. – Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan Korban Tersebut Tidak Memiliki Kecacatan
Hendaklah kita pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memilki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan lain-lain bentuk penyakit. Sabda Rasulullah s.a.w. : Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam berkorban, buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). – Hadis riwayat Abu Dawud di dalam Sunan AbuDawud, hadis no: 2420.

3. Tidak Menggunting Rambut Dan Memotong Kuku
Bagi mereka yang hendak melaksanakan ibadat korban maka hendaklah dia tidak menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga setelah dia melaksanakan ibadat korban tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w.: Jika masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah (1 Dzulhijjah) dan salah seorang dari kalian ingin menyembelih korban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya. – Hadis riwayat Imam Muslim di Dalam Shahih Muslim, hadis no: 1977. Larangan memotong rambut ini termasuk juga memncabut mahupun mencukur ataupun apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut atau bulu di badan. Menurut Imam al-Nawawi r.h: Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan pemotongan atau pencabutan atau yang lainnya (dengan sengaja). Dan larangan untuk menghilangkan rambut baik ianya berbentuk pencukuran, memendekkan, pencabutan, pembakaran atau menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut, atau yang lainnya, baik ianya bulu ketiak, kumis, bulu kemaluan, rambut kepala mahupun bulu-bulu lain di bahagain badan lain-lainnya.– Imam al-Nawawi, Syarh Muslim, jilid 13, ms. 138-139.

4. Seekor Unta Atau Lembu Boleh Dibahagikan Kepada 7 Bahagian
Seekor unta ataupun lembu boleh dikongsi bersama oleh tujuh orang yang hendak melaksanakan ibadat korban. Diriwayatkan daripada Jabir r.a, dia berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w. ketika di Hudaibiyah seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w.. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1318

5. Boleh Berkorban Untuk Dirinya Sendiri Serta Ahli Keluarganya.
Seseorang untuk dibenarkan untuk berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun ramai jumlahnya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing atau satu daripada tujuh bahagian seekor lembu. Ini berdasarkan sebuah hadis yang mana Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Anshari tentang berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Maka Abu Ayyub menjawab: Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya, lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, hadis no: 1425

6. Ibadat Korban Dilaksanakan di al-Musolla.
Disunnahkan untuk melaksanakan ibadat koran tersebut di tanah lapang yang digunakan untuk bersolat di (al-Musholla) demi untuk memperlihatkan syi’ar Islam. Ini sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar r.a daripada Nabi s.a.w: Bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di al-Musholla. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5552.

7. Disunnahkan Menyembelih Sendiri Haiwan Korban
Adalah disunnahkan dan afdhal untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadat korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri. Diriwayatkan daripada Anas, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri… - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5565 Namun begitu diperbolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban untuk mewakilkan penyembelihan haiwan korban tersebut kepada orang lain yang Muslim.

8. Menyembelih Haiwan Korban Mengikut Sunnah
Hendaklah menyembelih haiwan korban tersebut dengan menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan mati dengan serta-merta. Ketika hendak menyembelih baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri.. Ketika mehyembelih hendaklah membaca basmallah dan bertakbir (Bismillahi Wallahu Akbar). Ini sebagaimana diriwayatkan daripada Anas r.a, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah berkorban dengan dua eekor kambing biri-biri yang bagus dan bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut Nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5565. Hendaklah ketika menyembelih dikerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Hendaklah darah dari badan haiwan korban tersebut dialirkan keluar sepenuhnya dari badan haiwan tersebut sebelum melapahnya.

9. Daging Korban Tersebut Dimakan, Disedekah dan Dihadiahkan
Disunnahkan bagi keluarga yang melakukan ibadat korban tersebut untuk turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mengsedekahkan sebahagian lain. Malah diperbolehkan juga bagi mereka untuk menyimpan daging tersebut. Dalil-dalil akan hal ini adalah seperti berikut: Sabda Nabi s.a.w: Makanlah dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban tersebut). - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1971. Jadi seeloknya 1/3 dimakan atau diambil oleh orang yang buat korban, 1/3 untuk hadiah pada sahabat dan jiran, 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin. Kalau korban nazar, pembuat korban tidak boleh mengambil untuk dirinya walau sedikit pun.

10. Tidak boleh Mengupah Tukang Sembelih Dengan Daging Korban
Perbuatan ini adalah bertentangan dengan syarak dan diharamkan oleh Rasulullah s.a.w.. Hendaklah kepada upah tukang sembelih tersebut diberikan dengan menggunakan harta sendiri dan bukan apa-apa jua bahagian dari daging korban. Telah diriwayatkan daripada ‘Ali r.a, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah menyuruhku untuk menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya, dan aku tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih dari haiwan korban tersebut. Dan dia mengatakan: “Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Imam Muslim di Dalam Shahih Muslim, hadis no: 1317.

sumber:http://ibnusulaiman.blogspot.com/2006/12/mengerjakan-ibadat-korban- menurut.html (bersama pindaan dan penambahan)

CERITA BABI DI KEDAH ~ Malaysiakini

oleh Aris Awang


Dengan Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihani

Tup-tup.... timbul cerita babi di Kedah.

Sebermula cerita, pada tahun 2007 Kedah Gemilang yang di perintah oleh BN telah meluluskan pembinaan Ladang Babi Moden yang tempatnya di Bukit Selambau. Tiba-tiba tahun 2008 Kedah Sejahtera mengambil alih pemerintahan pemerintahan oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS, PKR dan DAP.

Adapun pada tahun 2008, pihak Jabatan Haiwan (Verterinar) Kedah telah berjumpa dengan EXCO Pertanian Kedah Sejahtera, Ir. Hj Phahrolrazi Zawawi untuk bertanya apakah gerangan keputusan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Kedah Gemilang dulu nak diteruskan ataupun tidak?

Sebelum EXCO Pertanian Kedah Sejahtera memberi keputusan, dia telah meminta pihak Jabatan Haiwan (Verterinar) menceritakan rasional pembukaan Ladang Babi Moden di Bukit Selambau.

Mereka menerangkan dari segala sudut teknikal, dan keperluan memastikan pencemaran najis babi di kawasan ternakan yang berselarak di Kedah dapat di hentikan dengan pembinaan Ladang Babi Moden ini.

Jadi kami nak tunggu keputusan je.... nak teruskan yang kerajaan Kedah Gemilang dulu luluskan atau pun tidak.

Exco baru kata nanti sat, ini isu sensitif saya kena tanya MB dulu...

Ringkas cerita, EXCO pi tanya MB.

MB kata, "Stop!!!, Jangan teruskan."

Tutup fail.

Tiba-tiba, seperti yang selalu Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, dok cerita dalam ceramahnya dahulu, "Kawax ligan kawax" (terjemahan pencuri kejar pencuri)

Dato Bashah, dalam disidang Dewan pada 18 hingga 20 November 2008 yang lalu telah mengemukakan soalan dalam Sidang DUN. Lebih kurang bunyi soalannya, "Adakah kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk membuka Ladang Babi Moden...."

Yang aku kata, kawax ligan kawax.... kerana dia yang rancang, dia yang lulus tiba-tiba dia yang tanya kerajaan baru ni ada rancangan nak buka Ladang Babi Moden. Sebenarnya soalan perangkap.... teruskan pun masalah..... tak teruskan pun masalah.

Maka jawaban untuk mengelak ianya dieksploits kepada orang bukan Islam, maka di sebut ianya telah diluluskan oleh kerajaan dulu, dan akan diteruskan jika tidak mendapat bantahan.

Alhamdulillah, keluar dalam TV3, lepas tu pakat demontrasi riuh rendah tak mau ladang babi moden, Melayu tak suka, India tak suka, orang Cina pun tak suka..... maka lagi mudah buat keputusan. Tak akan teruskan pembinaan Ladang Babi Moden..... tutup fail sekali lagi.

Aku sendiri dari segi membuka Ladang Babi Moden yang dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar setakat keperluan rakyat bukan Islam di Kedah agak tiada masalah, daripada terus menbiarkan ianya dipelihara berkeliaran masuk tak kira kampung orang Siam, Cina, India dan Melayu. Kemudian yang ada kandang pula najisnya dibiar meleleh masuk dalam sungai.

Tak payah bincang panjanglah lagi, pasai hujah nak buka atau tidak Ladang Babi Moden tu, di Kedah kerana orang yang makan babi pun tak setuju bela babi,

"Beli daging lagi senang dari nak bela sendiri, di Melaka banyak" kata Ah Tong.

Datuk SRK datang 6 Dis pulak ~ Malaysiakini

Kontroversi: Anugerah Datuk, Siapa Tanggung Kos Shah Rukh Khan Datang Ke Melaka Nanti !!

MELAKA - Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan, telah bersetuju datang ke Melaka pada 6 Dis ini untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Omar Kaseh berkata Shah Rukh Khan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 7.30 pagi dan akan berada di Melaka selama sehari. Istiadat penganugerahan darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pada 10 pagi, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 hari lahir Mohd Khalil pada 11 Okt lepas. Omar berkata bahawa pada majlis istiadat penganugerahan itu, Shah Rukh Khan akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok, satu-satunya artis Bollywood yang diberi penghormatan memakai busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton seluruh dunia.
Katanya seramai 1,000 orang akan dijemput ke majlis istiadat penganugerahan berkenaan dan ia terhad kepada jemputan sahaja.
Omar berkata Shah Rukh Khan akan turut melawat beberapa tempat terkenal di kawasan Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan orang ramai boleh menemui pelakon itu di tempattempat berkenaan. Katanya pelakon popular Bollywood itu dijadual melawat Menara Taming Sari pada 2.10 petang, menaiki beca ke jam besar melalui Jalan Quayside (2.25 petang), Eye On Malaysia (2.50 petang), pentas Jonker Walk (3.25 petang), menaiki bot dari Padang Nyiru ke Eye On Melaka (3.45 petang), kampung Morten (4.10 petang) dan bertemu peminat di konsert Jom Ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (4.45 petang).
Beliau kemudiannya akan ke KLIA untuk penerbangan balik ke Mumbai jam 8 malam itu.

[Maka, sah agaknya aktor Bollywood itu akan datang ke Melaka seperti yang diwar-warkan. Namun harus diingat, belanja yang besar diperlukan sebenarnya untuk membawa artis itu ke Malaysia. Tambahan pula beliau mungkin tidak tahu "nilai Datuk" yang bakal diterimanya itu. Persoalannya, siapakah yang menanggung segala perjalanan beliau ke Melaka. Apakah ia diuruskan oleh Kerajaan Negeri Melaka?. Sungguh bertuah nasib Shah Rukh Khan, lebih beruntung dari sebahagian besar rakyat Malaysia. Orang luar dihargai, orang kita sendiri dilupakan. Selepas ini, pasti ramai lagi artis antarabangsa akan menerima anugerah Datuk. Maka terbuktilah bahawa "gelaran Datuk" kini sudah tiada nilainya dan boleh "diperdagangkan" sesuka hati mengikut nilai-nilai tertentu. Malu rasanya untuk memanggil Shah Rukh Khan dengan gelaran "Datuk" selepas beliau menerima pingat itu. Terlalu hina rasanya bangsa sendiri dengan anugerah itu. Macamlah hanya Shah Rukh Khan sahaja yang memperkenalkan nama Melaka di peringkat dunia. Jika hanya ada beberapa sceene yang memaparkan babak Al-Famosa Melaka dalam lagu Hindi itu pun dikatakan membanggakan, apa akan jadi jika ada penerbit luar negara selepas ini datang ke Malaysia terutamanya buat filem 100% di Melaka. Sungguh malang lagi , jika kerajaan negeri sendiri sebenarnya yang tanggung segala kos membawa artis Bollywood itu datang ke sini].~PAHANG DAILY

24 Nov 2008

ABDULLAH BADAWI TERUS JADI PM HINGGA 2013? - Malaysiakini

Pening, bingung, bercelaru otak. Itulah reaksi saya sesudah membaca posting blogger Hambali Latiff yang memetik tulisan blogger sensasi – Raja Petra Kamarudin (RPK) – kononnya Abdullah Badawi akan terus jadi Perdana Menteri Malaysia sehingga “tengah malam 7 March 2013.”

Hambali menetik tulisan RPK dalam Malaysia Today 21 November 2008 dengan tajuk BALASUBRAMANIAM’S STATUTORY DECLARATION REVISITED.

Pokoknya di sini, adakah ramalan RPK yang dicedok oleh Hambali itu benar? Asas kesimpulan RPK memang tidak salah. Iaitu Perlembagaan Persekutuan tidak memaktubkan bahawa Presiden UMNO (mulai Mac 2009 adalah Najib Razak) perlu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Yang DiPertuan Agong mesti melantik Ahli Dewan Rakyat yang mendapat keyakinan atau sokongan daripada majoriti Ahli Dewan sebagai Perdana Menteri.

Saya tidak berniat menghuraikan soal ini. Anda yang ingin membaca kedua-dua posting mengenai hal ini silalah baca sendiri di link berikut:

http://hambali1.blogspot.com/2008/11/amaran-najib-tidak-akan-jadi-pm.html dan http://mt.m2day.org/2008/content/view/15161/84/

Oleh itu, kalau apa yang ditulis oleh RPK adalah benar, sanggupkah kita semua mengizinkan Abdullah terus jadi Perdana Menteri sehingga “tengah malam 7 March 2013”? Kalau apa yang ditulis oleh RPK juga benar, tidak mungkinkah Malaysia akan dilanda oleh krisis kepimpinan yang amat dahsyat?

Lebih serius lagi, mungkinkah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuang Agong akan meneruskan khidmat Abdullah sebagai Perdana Menteri walaupun Baginda amat insaf bahawa kerajaan di bawah Abdullah pada ketika ini adalah kerajaan yang terumbang-ambing dan kucar-kacir?

Oleh itu, kita semua perlu pandang serius ramalan di atas. Kita mesti kaji sejauh manakah kebenarannya. Kita mesti berbuat sesuatu. Kita mesti bersuara. Kita mesti bertindak. Kita tak mau Abdullah terus bermaharajalela. Kita tak mahu Malaysia jadi porak-peranda. Kita tak rela BN kalah teruk dalam PRU ke-13 kelak. http://politica-net.blogspot.com

USUL KETUA PEMBANGKANG AKAN DITENTUKAN PAGI INI - Malaysiakini

Pada hari Rabu 19hb November 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar satu usul kepada YB Tan Sri Yang Di Pertua Dewan. Usul tersebut perlu dibahas segera kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara ini.

Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan Negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.

Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing atau FDI yang mencecah RM38 billion berbanding kemasukan yang hanya RM29 billion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami Aliran Bersih Pelaburan Langsung Asing yang negatif sebanyak RM9 billion.”

Pada hari Isnin 24hb November 2008, usul tersebut akan dibacakan ataupun dibahas di dalam Dewan Rakyat sekiranya dibenarkan oleh Yang Di Pertua Dewan. (tamat)


PEJABAT KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT

Dua Syarikat Didakwa Terima Deposit RM37 Juta Tanpa Lesen - Malaysiakini



KOTA BAHARU, 23 Nov - Dua syarikat pelaburan, penaung dan empat pengarah dua syarikat itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerima deposit berjumlah RM37.08 juta tanpa lesen yang sah.


Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, yang beralamat di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, di sini dituduh menerima deposit RM34.08 juta daripada 1,451 pelabur di antara 13 Sept, 2006 hingga 7 Jun 2007.

Business Time Dina Sdn Bhd yang beralamat di Wisma Harun Mat Saat, Lot 4442-4445, Jalan Padang Tembak, Kampung Beris Panchor, Pengkalan Chepa pula dituduh menerima pelaburan berjumlah RM3 juta daripada enam syarikat di antara 4 Jan hingga 26 Mac 2008.

Siasatan Terhadap Datuk Dr Sheikh Muszaphar - Malaysiakini



KUCHING, 23 Nov - Siasatan terhadap dakwaan angkasawan pertama Malaysia Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengumpul dana berjumlah RM1.2 juta hasil bayaran siri ceramah mengenai pengalamannya di angkasa lepas, akan bermula Selasa ini.


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Fadillah Yusof berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan selepas tarikh menerima semua laporan dan aduan daripada orang ramai berakhir esok.

Ceramah Perdana Anti-ISA, 7 Petugas Ditahan




KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) -Polis bertindak menghentikan Ceramah Perdana Himpunan Mansuhkan ISA yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis.

Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama lima minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

Difahamkan belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain.

Dilaporkan suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.

Menurut laporan kira-kira tujuh orang petugas yang terdiri daripada Unit Amal PAS ditahan di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Ketua Pengarah 3, Jabatan Amal Malaysia DPPP, Saripuddin Mohd Yatim (gambar) , Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid.

Sejurus kemudian, selepas sidang media di Balai Polis sama, Salahuddin dan Mohamad Sabu dipanggil masuk semula ke balai.

Kempen dan ceramah tersebut tersebut dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dijadual dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, malam tadi Anwar tidak hadir.-Hrkh _
Baca Sambungannya......

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.