Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

29 Nov 2008

Mat Sabu :Razali professional, atasi politik kepartian ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam menjalankan tugas secara professional dan mengatasi politik kepartian.

"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat)," katanya.

Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar pula menyifatkan kematian Razali sebagai kehilangan yang besar kepada dunia pendidikan.

"Kementerian Pelajaran kehilangan Timbalan Menterinya yang sangat berwibawa, komited dan dedikasi kepada tugasnya," katanya.

Allahyarham Razali, kata Mahfuz, sangat memahami dan menguasai bidang pendidikan dan sentiasa memberikan jawapan yang bersemangat mengenai pendidikan di Dewan Rakyat.

"Selain sifatnya yang diakui ramai Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang sebagai baik dan berbudi bahasa, cara Ismail menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementeriannya juga menyebabkan beliau dihormati.

"Bila menjawab, beliau begitu bersemangat. Saya rasa hampir tidak pernah berlaku ahli-ahli Parlimen pembangkang bercakap dengan kasar kepada Ismail dalam Dewan.

"Mungkin ada, tetapi amat sukar diingati perkara sedemikian pernah berlaku," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Razali juga, kata Mahfuz, begitu komited untuk membina generasi muda yang berilmu.

Sebelum menceburi bidang politik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu adalah pegawai Kementerian Pelajaran.

Mohamad dan Mahfuz mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham, Datin Nooraini Lob Yusoff dan keluarganya.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Razali menewaskan Mohamad dengan majoriti 628 undi

P36 KUALA TERENGGANU
Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.