Menurut laporan Reuters, kumpulan bersenjata itu melakukan serangan menggunakan bom tangan dan senjata automotik ke atas dua buah hotel dan beberapa lokasi lain di bandar tersebut termasuklah di Kashmir.
Polis telah menembak mati empat lelaki bersenjata dan setakat ini telah menahan sembilan suspek manakala 12 anggota polis turut terbunuh termasuklah Ketua Polis Skuad Anti-Keganasan Mumbai, Hemant Karkare.
“Keadaaan di sini masih tegang dan kami masih lagi sedang mengesan pengganas-pengganas lain yang sedang bersembunyi di dalam dua buah hotel tersebut,” kata Ketua Menteri Maharashta, Vilasrao Deshmukh.
Deshmukh di dalam sebuah sidang media berkata, keadaan di situ masih lagi belum dapat dikawal.
“Sukar untuk berkata berapa ramai pengganas berada di dua hotel itu,” tambahnya, walaupun Menteri Dalam Negeri, Shivraj Patil berkata kira-kira empat hingga lima orang pengganas berada di setiap hotel terbabit.
1 ulasan:
Sungguh mengerikan...
bersyukur dgn keadaan di Malaysia.
Semoga ALLAH swt menjauhkan perkara buruk seperti ini berlaku di negara kita. Nauzubillahiminzaliq.
Catat Ulasan