Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

14 Mac 2009

Rumah Pelajar terbaik SPM 20A

Tahniah kepada student ni. Membuktikan pelajar susah pun mampu berjaya.Inilah rumah pelajar terbaik SPM 2008.

Anak kepada seorang nelayan yang bapanya menyewa rumah ini dengan bayaran RM90 sebulan.

Terlalu ramai keluarga Malaysia yang terpaksa hidup sebegini tanpa ada bantuan.Ini adalah basic needs kepada sesebuah keluarga,sebijik rumah.Bukannya bapa dia orang Indonesia ataupun Myanmar yang duduk merempat.

Cuba bayangkan jika dia ingin ke Universiti nanti,memerlukan belanja yang beribu-ribu, beli buku, beli komputer,mungkin dia akan bernasib baik sebab dia Insya Allah akan dapat tawaran biasiswa tapi pelajar-pelajar yang juga susah dan juga dapat keputusan yang baik,bagaimana pula nasib mereka?

Sebab aku dapat berita ni dari Utusan jadi aku tak tau la tujuan berita ni untuk menyedarkan masyarakat secara ikhlas ataupun sekadar nak memberikan imej buruk kepada Kerajaan Negeri.Macam TV3 yang menukar nama sekolah tempat dia belajar ke nama sekolah lain,mungkin kerana malu nak admit student terbaik Malaysia datang dari sebuah sekolah yang ditubuhkan hasil projek Kerajaan PAS Negeri Kelantan.






Nik Nur Madihah di ruang tamu rumahnya

[PEMUDBESUT menitis air mata bila melihat gambar rumah ini.Tapi PEMUDABESUT rasa bangga bila lihat wawancara Adik Nik Nur Madihah dalam Berita TV semalam. Beliau menyatakan bahawa dia sentiasa bermujahadah dengan Yang Maha Esa & tidak pernah menghadiri Kelas Tuisyen. Katanya dia yakin dengan guru-guru yang mengajarnya di Sekolah. Inilah pelajar betul 'ORI' Ulul Albab. Tetapi sayangnya Nik Nur Madihah belum lagi diiktiraf sebagai Pelajar Terbaik Negara kerana mungkin belajar di Sekolah bawah Kerajaan PAS dan dilahirkan di sebuah negeri bernama KELANTAN]

Ketua Pesuruhjaya SPRM Mesti Letak Jawatan




Keputusan Mahkamah rayuan yang sebulat suara memutuskan bahaw Speaker Dewan Undangan Negeri Perak berhak menggunakan peguam persendiriannya dengan sendiri menafikan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato Seri Ahmad Said Hamdan yang sebelum ini berlagak pandai untuk mentafsirkan seseorang Speaker adalah "seorang penjawat awam."

Menurut Ahmad Said Hamdan, SPRM mempunyai kuasa menyiasat dakwaan salah laku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.


“Speaker merupakan seorang pegawai awam. Jika beliau didapati menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya, beliau juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan di bawah seksyen itu,” tambahnya.

Akibat daripada pendirian Ketua Pesuruhjaya SPRM itu V.Sivakumar telah disoalsiasat oleh SPRM sekurang-kurangnya sebanyak dua kali.

Sekalipun sebelum ini kami telah menyuarakan bantahan kami terhadap pendirian SPRM tersebut, tetapi oleh kerana keghairahan mereka untuk menunjukkan kuasa serta menjadi lembu-lembu kepada kerajaan UMNO-BN yang berkuasa, mereka melakukan tekanan ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak tersebut.

Kita telah menyatakan dengan tegas sebelum ini,


"SPRM tiada hak untuk mentafsir apa-apa istilah atau kalimat yang ada di dalam sebarang akta atau undang-undang. Ia hanya tugas judiciary selepas pihak legislatif membahas dan meluluskan sesuatu undang-undang."

Pencabulan SPRM terhadap bidangkuasa judiciary terlalu jelas dan terlalu besar kesannya terhadap proses keadilan yang kebenaran yang sepatutnya dijunjung tinggi oleh sebuah badan suruhanjaya yang telah dibentuk di Parlimen.

Justeru itu, kami dengan ini meminta supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato Seri Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatannya serta-merta kerana telah melakukan pengkhianatan terhadap bidang tugasnya dengan melangkaui batas bidangkuasa yang telah diberikan kepadanya untuk bertindak secara terpilih, menjustifikasikan perbuatan-perbuatan mereka yang jelas menyalahi undang-undang serta membelakangkan prinsip keadilan yang sepatutnya menjadi teras di dalam mengendalikan tugasnya.- muslimeen-united

Tip Menjawab Soalan Polis

Semalam, jam 3 petang, telah dadakan majlis taklimat oleh 2 orang peguam kepada barisan kepimpinan GMP yang dikehendaki oleh polis dari Balai Polis Dang Wangi supaya memberikan kerjasama kepada mereka bagi menjalankan siasatan ke atas peristiwa perhimpunan 100 ribu menentang PPSMI pada 7 Mac 2009.


Peguam memberitahu supaya jawab 3 soalan sahaja, yakni:

1. Nama

2. Alamat

3. Umur

Jangan jawab soalan-soalan lain. Apabila ditanya, katakan: "Minta maaf, saya tidak dapat menjawab soalan itu sekarang."

Pihak polis akan menanyakan soalan-soalan yang daripada jawapannya itu nanti membolehkan kita didakwa dalam mahkamah, itulah sebabnya jangan jawab sebarang soalan selain yang 3 itu.

Sebagai contoh, jangan jawab soalan:

1. Adakah kamu berada di Masjid Negara pada petang 7 Mac 2009?

2. Apa jawatan kamu dalam GMP?

3. Siapakah yang mengetuai perhimpunan GMP di Masjid Negara?

Kalau ditekan juga, katakan kepada polis yang bertanya: "Saya akan jawab di mahkamah."

Sekali-kali jangan beri apa-apa maklumat tentang individu-individu lain yang ditanya oleh polis. - universitipts (link)

13 Mac 2009

Plak Pokok Demokrasi dirosakkan.


Plak Papan Tanda Pokok Demokrasi yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin pada 8 Mac yang lepas didapati rosak teruk dan pecah berkecai dipercayai telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Demikian saya dimaklumkan melalui talipon oleh seorang warga Ipoh yang melawat tempat itu pagi ini.




Selain plaque tersebut, tanda nama pokok Amanah
juga turut dimusnahkan sama oleh manusia yang
kurang siuman itu.


[Siapa kah orang yang berani pecahkan Plat ni... PEK*D* ke??.....Walaupun beribu-ribu Plat ini dipecahkan... ia tetap menjadi sejarah POKOK DEMOKRASI yang tidak boleh diPADAMkan..]

Dikehendaki Polis segera.......

Nama-nama yang dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kerana berhimpun pada 7 Mac 2009 yang lalu untuk menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung mendesak supaya pelajaran Matematik dan Sains diajarkan semula di bahasa Melayu. Oleh itu sesiapa berjumpa dengan nama dibawah sila hubungi Balai terdekat...Ganjaran istimewa akan diberikan....

1. Datuk Dr Hasan Ahmad
2. Datuk A. Samad Said
3. Prof Shaharir Mohd Zain
4. Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang
5. Mohammad Faizal Abd Aziz
6. Abdullah Hasan
7. Shamsul Iskandar Mohd Akin
8. Saifuddin Nasution Ismail
9. Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
10. Ainon Simo@Mohd@Somo
11. Mohamad Sabu
12. Salahuddin Ayob
13. Datuk Mahfuz Omar
14. Nasaruddin Mat Isa
15. Idris Ahmad
16. Hasni Abas
17. Suhaizan Kaiat
18. Kamarulzaman Mohamad
19. Che Shamsudin Othman
20. Aizad Mohd Saleh
21. Rozan Azen Mat Rasip
22. Muhammad Haafizuddin Abirerah

Toyo tarik Janggut Saari kerana sayang Isteri


Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000.

Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB.

Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu."

Saari menjawab; "Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat."

Khir membalas; "Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat."

Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.

Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.

Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama iaitu setelah seminggu menjadi wakil rakyat maklumat itu telah sampai terutama SUK tidak boleh masuk kerana ada orang yang membuat kerja ambil dokumen takut bukti hilang.

Katanya dalam sidang penggal pertama perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi.

Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi.

12 Mac 2009

YAYASAN ALTANTUYA DIDAFTARKAN DI BANGKOK

Yayasan Altantuya telah ditubuhkan oleh Persatuan Jurnalis Bebas berpusat di Bangkok yang dikordinasikan oleh French Liberation correspondent Arnaud Dubus bertujuan membantu dari segi kewangan keluarga Mr Shaaribuu, serta dua orang anak mendiang Altantuya iaitu Altanshagai (5 tahun) dan Mungunshagai (12 tahun).

Video Altantuya Dalam Ingatan dikeluarkan oleh Mr. Stev Shariibuu.

AF7: Akhil Hayy beri ceramah...


Dakwaan Salah Laku NC UDM - Mampat Buat Laporan Polis


Setelah meneliti surat tanpa nama yang dihantar kepada pihaknya dan membuat beberapa semakan dan kajian, Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu Mampat) membuat laporan polis berkaitan Salah Laku Naib Chancelor (NC) Universiti Darul Iman (UDM) sebagaimana kandungan surat tersebut.

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/mampatreportudm.jpg

Berita tentang surat yang dihantar kepada Mampat telah disiarkan dalam PEMUDABESUT pada 26 Feb lalu dengan tajuk Dato’ NC UDM Didakwa Melakukan Salah Laku dan Penyelewengan

Berikut adalah isi laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi Mampat, Cikgu Fauzi Abu Samah. Berita selanjutnya akan dipaparkan kemudian

LAPORAN POLIS

Pembuat Report : MOHAMAD FAUZI BIN ABU SAMAH

No . K/P : 721015-04-5069

Alamat : KAMPUNG GONG BADAK, 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, DARUL IMAN.

No. Tel : : 013-9238685

Laporan

Pada 24/02/2009 ketika memasuki Pejabat saya di Taman Desa Pusu 3, saya melihat terdapat satu sampul surat bertutup diselitkan di pinta masuk pejabat. Apabila membukanya saya dapati terdapat satu salinan 3 helai surat di tujukan kepada Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).

Surat yang diterima oleh MAMPAT adalah berkaitan “Luahan Hati Kakitangan UDM Terhadap Salah Laku Pihak Pengurusan UDM”.
Pada 25/02/09 ketika membuka email peribadi, saya sekali lagi menerima email daripada individu yang tidak dikenali yang menggunakan “nick name”

Jonnnnyyy09 yang menghantar surat yang sama dalam bentuk “soft copy”. Merasakan ianya mungkin penting, saya mengambil keputusan memaparkannya di dalam blog MAMPAT di alamat www.mampat.blogspot.com Bersama ini disertakan surat yang kami terima.

Tujuan MAMPAT membuat Laporan Polis adalah untuk meminta sekiranya Laporan itu benar, MAMPAT meminta Polis dan SPRM untuk menyiasat dengan mendalam dan memperbetulkan serta memperbaiki keadaan yang berlaku di UDM. Sekiranya Laporan itu tidak benar, adalah diharapkan Dato’ NC UDM dapat membersihkan nama beliau dan UDM dan memperjelaskan keadaan dan kedudukan sebenar.

Sekira perkara di atas tidak di ambil tindakan saya bimbang kakitangan UDM akan menjadi hilang hormat kepada Pentadbiran terutama kepada Dato’ NC.

Sekian sahaja report saya.
Mohamad Fauzi Abu Samah
721015-04-5069

Toyo ditelanjangkan dalam DUN Selangor




Selepas membangkitkan pelbagai dakwaan semalam, seorang wakil rakyat PKR cuba memprovokasi lagi Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) mendakwa agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan ke luar negara bekas menteri besar Selangor itu ada "hubungan kekeluargaan" dengan Dr Mohamad Khir.

"Adakah menteri besar sedia maklum, syarikat itu Green Adventure Holiday Sdn Bhd mempunyai kaitan dengan keluarga dengan mantan menteri besar (Dr Mohamad Khir)?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan mengenai kos perjalanan ketua kerajaan negeri itu.

"Apakah langkah bagi memastikan perkara ini tidak berulang, apabila satu syarikat memonopoli perjalanan menteri besar ke luar negara."

Pemimpin PKR itu sebelumnya mengemukakan soalan bertulis berhubung kos perjalanan Dr Mohamad Khir sebagai menteri besar dan agensi yang menguruskannya.

Dalam jawapannya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kos tambang bagi 21 perjalanan udara bekas menteri besar itu dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134.

Destinasi-destinasi yang dikunjungi termasuklah London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.

Tambah Abdul Khalid, perangkaan itu tidak termasuk jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta kos-kos lain yang berkaitan kerana ia masih dalam semakan.

Menjawab dakwaan Azmin tentang syarikat itu, menteri besar berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan Dr Mohamad Khir dengan agen perjalanan itu.

Tambahnya, kerajaan negeri bawah pimpinannya membuat keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri.

Bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negeri
juga mengalu-alukan agen-agen perjalanan lain untuk turut serta.

"Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui agen," katanya.

Azmin semalam membangkitkan beberapa isu yang ditujukan terhadap Dr Mohamad Khir, yang juga ketua pembangkang di DUN itu.

Isu-isu itu termasuklah pemberian jam mahal RM150,000 sewaktu menjawat pengerusi anak syarikat kerajaan negeri PNSB, perbelanjaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong, dan juga pembelian hartanah di Arab Saudi.

Ditemui ketika sidang berhenti rehat tengah hari tadi, Azmin berkata Green Adventure Holiday bukan sahaja memonopoli perjalanan menteri besar tetapi juga perjalanan exco negeri dan anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

Katanya, perkara ini dapat dikesan dua hingga tiga bulan sebelum ini.
Bagaimanapun, tambahnya, terdapat juga satu atau dua syarikat lain yang terlibat tetapi penglibatan mereka terhad.

Diminta mendedahkan identiti ahli keluarga Dr Mohamed Khir, Azmin berkata beliau difahamkan, terdapat ahli keluarga terdekat wakil rakyat Sungai Panjang yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Ditanya sama ada kes itu akan diajukan kepada siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) DUN, beliau berkata "tidak pasti".

Azmin juga menjangkakan perkara itu akan disentuh dalam penggulungan menteri besar dalam sidang DUN nanti.

Polis Didesak Jangan Double Standard




Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.

AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap double standard di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?

AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera. Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.

AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.

AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

SPM: Pelajar Kelantan dapat 20A


Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit. Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2). Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A. Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah. Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM. Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A. Image "Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN). Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi. Image "Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya. Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau.

(PEMUDABESUT mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar yang mendapatkan keputusan yang cemerlang)

Altantuya ; AMK akan disoal siasat pagi ini

Artikel sebelum : Altantuya : Bagaimana & mengapa dibunuh?
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta untuk menghadiri sesi soal siasat oleh pihak polis. Soal siasat ini adalah berhubung dengan laporan polis yang dikemukakan AMK bersabit pendedahan akhbar French Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Beliau dijadualkan akan hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara di Jalan PJU 17/6 (berhampiran Tesco Mutiara Damansara) pada jam 11 pagi, 12 Mac 2009 (Khamis).

Shamsul juga akan memberikan kenyataan media berhubung perkembangan susulan berkenaan pendedahan terbabit.

DATO' SERI HJ NIZAR UTUS SURAT MOHON PERKENAN MENGADAP

Surat rasmi memohon perkenan mengadap telahpun difaxkan tengahari 11hb semalam ke Pejabat D.Y.M.M Tuanku Sultan Azlan di Istana Kinta oleh Setiausaha Politik YAB Dato' Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin. Surat tersebut difaxkan melalui Setiausaha Sulit Tuanku Dato' Kolonel Abdul Rahim.

Dalam surat tersebut, Dato' Seri Hj Nizar mohon perkenan untuk mengadap Tuanku bagi menyembah maklum keputusan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak menerima tiga usul yang dikemukakan oleh tiga orang Ahli Dewan Negeri Perak.

Persidangan Tergempar tersebut diadakan pada 3hb. Mac 2009 di bawah sepohon Pokok Sena kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan. Persidangan terpaksa dibuat di bawah pokok disebabkan daripada tindakan Setiausha Kerajaan Negeri dan Pihak Polis yang menghalang Speaker dan Ahli-ahli Dewan memasuki bangunan Perak DR bagi menjalankan Persidangan Tergempar DUN Perak


Kini, pihak Dato' Seri Hj Nizar sedang menunggu jawapan

11 Mac 2009

Pertemuan bersama Anwar tiada agenda politik



KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan pertemuan tidak dijangka beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bermotifkan politik.

Abdullah yang akan bersara selepas perhimpunan Agung Umno bulan ini juga menolak spekulasi blog sejak semalam.

"Tiada perbincangan antara saya dengan Anwar. Kami bertemu secara kebetulan," katanya kepada pemberita selepas melawat pengkalan tentera laut, di Sepanggar hari ini.

Abdullah berkata, beliau telah dijemput oleh seorang ulama terkenal, Ustaz Sheikh Mahmud Al-Mazjub untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul.

"Saya sedang makan tengah hari bersama Sheikh Mahmud .Anwar tiba kemudian. Kami hanya berbual dan mendengar cerita daripada beliau (Sheikh Mahmud)," katanya

Ketika ditanya bilakah tarikh rasmi peralihan kuasa beliau kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Abdullah bekata:

"Sudah tentu ada tarikh. Saya sudah berbincang dengan Najib. Saya akan umumkan secara rasmi nanti." - mStar

Malaysiakini: Pertemuan PM-Anwar terus tarik minat

Pakej Rangsangan Ekonomi Najib, Hutang Negara Meningkat



Greenboc : Najib Umum RM60 Billion Ransang Ekonomi
Malaysianews : KDNK 2009 Hanya -1% Hingga 1%



Orang yang dilaporkan akan mengambil alih Perdana Menteri pada penghujung bulan ini tidak banyak berbicara mengenai falsafah ekonominya. Namun pengumuman pakej RM60 billion untuk merangsang ekonomi negara, menjelaskan satu hal: Najib Razak bukan seorang pembaharu sistem pasaran bebas.

Najib, yang sekarang ini Timbalan Perdana Menteri, menyifatkan pakej yang dibentangkan semalam sebagai “yang belum pernah berlaku di dalam sejarah negara.”

Untuk perbelanjaan secara kasarnya 9 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2008 untuk tempoh 2 tahun, bukan sesuatu yang ditokok-tambah. Malaysia akan meningkatkan hutang untuk menampung keperluan tersebut. Defisit fiskal kini diramalkan mencecah paras 7.6 peratus dari KDNK, meningkat dari 4.8 peratus.


Malaysia mengikut jejak-langkah dasar fiskal negara-negara Amerika, Australia dan Japan, namun ia bukan satu langkah yang bijak.

Pembentukan “ransangan” dari kesemua perbelanjaan ini dijangkakan begitu terhad. Kebanyakan wang akan dibelanjakan ke atas jaminan pinjaman, prasarana dan pengembangan sektor awam, berbanding dengan potongan cukai yang mampu menjanakan ransangan pertumbuhan yang produktif.

Syarikat pelaburan negara, Khazanah, misalnya, akan diperuntukkan RM10 billion. Projek pertanian terpilih dan syarikat automatif negara juga menerima bahagian peruntukan masing-masing. Kerajaan sendiri akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan dan sebagai pegawai kontrak di pelbagai agensi Kerajaan.

Kesemuanya ini merupakan perulangan berkesan terhadap polisi-polisi usang, yang-terbaik-dari-kerajaan. Ia merupakan keterbalikan daripada apa yang sebenarnya diperlukan oleh Malaysia, iaitu untuk meninggalkan pemikiran tersebut dan beralih kepada iklim perniagaan yang menggalakan pelaburan persendirian dan keusahawananan. Kerajaan meramal KDNK akan menguncup 1 peratus tahun ini.

Pengembangan fiskal semalam juga merupakan satu risiko politik untuk Najib dan juga partinya. Pengundi Malaysia, yang sudah bosan dengan politik perkauman amalan BN dan pertumbuhan ekonomi yang lembab, telah menyerahkan lebih kurang satu pertiga kerusi parlimen tahun lalu kepada parti pembangkang dan kejayaan di dalam dua pilihanraya kecil selepasnya.

Jika pakej Najib ini tidak berkesan, para pengundi akan memprotesnya pada pilihanraya yang akan datang.

Terjemahan dari The Wall Street Journal oleh Greenboc.

Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa Dia Dibunuh?



Artikel ini diterjemahkan oleh Kerajaan Rakyat dari artikel asal yang bertajuk “The Altantuya Shaaribuu’s Case : How And Why She Was Killed?” dan disiarkan oleh sebuah akhbar Perancis pada 5 Mac 2009.

—-

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.

“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun. Kerajaan Rakyat

Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

Speaker mohon deklarasi 3 DUN kosong



KUALA LUMPUR : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar semalam memfailkan permohonan untuk perintah deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong atas dakwaan peletakan jawatan tiga Adun itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pilihan raya kecil.

Sivakumar dalam saman yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam, menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong sebagai responden pertama sehingga ketiga dan SPR sebagai responden keempat.

Beliau memohon writ bersifat 'quo warranto’ dikeluarkan kepada tiga Adun itu memerintahkan semua mereka memberikan tunjuk sebab, maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa mana mereka masih Adun kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas Adun.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang adalah kosong akibat peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman pada 1 Februari lalu manakala Hee pada 3 Februari.

Sivakumar turut memohon satu perintah injunksi menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai Adun.

Sementara itu, dalam dokumen berasingan, tiga Exco, iaitu Adun Sungkai, A Sivanesan; Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng dan Adun Keranji, Chen Fook Chye bersama tiga lagi pengundi, Ahmad Sabri Wahab, Abdul Latip Afiffin dan Foo Hong Wai turut mengemukakan permohonan sama terhadap keempat-empat responden berkenaan. - DRS. KHALIL IDHAM LIM

Kes Altantuya mungkin susahkan Najib jadi PM




Pendedahan dibuat media luar negara mengenai hubungan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dengan model Mongolia, Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia menyebabkan banyak pihak mempertikaikan kredibiliti Najib yang bakal menjadi PM dan kes ini sekaligus mencemarkan imej negara di mata dunia.

Ramai berpendapat Dato Seri Abdullah perlu menilai semula peralihan kuasa kerana Najib bukan orang selayaknya menjadi orang nombor satu negara.

Naib Presdien PAS, Ustadz Ahmad Awang menyatakan dengan pendedahan tersebut adalah paling wajar Najib perlu meletakkan jawatannya sebagai TPM sehingga dibuat pendedahan tersebut dibersihkan.

Setiausaha Agung PAS, Dato Kamaruddin Jaafar pula menyatakan perkara ini sudah tentu merupaka isu yang amat besar yang mesti Najib dan negara selesaikan untuk adanya peralihan kuasa di dalam negara ini.

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli menjelaskan bahawa sekalipun tanpa pendedahan kes Altantuya oleh akhbar Perancis berkenaan, Najib tidak layak untuk menjadi PM dan pendedahan ini menambahkan lagi keyakinan kita memerlukan PM asalkan bukan Dato Seri Najib.

Dato Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat menggesa Dato Seri Abdullah mengambil tanggungjawab perkara ini dan bukan oleh pegawai bawahannya, jika rakyat benarkan juga orang sebegini tanpa Najib dibicarakan maka rakyat sendiri yang akan mengikut pemimpin sepertimana yang dijelaskan oleh Al-Quran yang mafhumnya "kami nak masuk neraka kerana mengikut orang yang kami ikut".

Seorang lagi AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berharap Pak Lah dapat menangguhkan dahulu peralihan kuasa kepada Najib dan Najib perlu menjawab serta mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan dakwaan demikian tidak benar.

Ketua Pengarah Strategik PKR, YB Saifuddin Nasution pula memberitahu hal tersebut telah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat pada minggu lalu tetapi tidak mendapat jawapan yang konkrit diberikan. Beliau menambah akhbar yang menyiarkan hal tersebut yang dilakukan secara "investigative reporting" dan oleh kerana itu perkara tersebut tak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja kerana ia menjejaskan imej negara..

9 Mac 2009

Pokok Demokrasi

pokok-sena-71

Klik [sini] untuk baca artikel penuh...

Himpunan PPSMI: Seorang Unit Amal direman,7 dibebaskan!

Lihat sendiri bagaimana anggota Unit Amal yang dibelasah (sila klik ~Video) oleh "Penjaga Keamanan Negara" demi mempertahankan bahasa ibunda yang tercinta.


Anggota Unit Amal tersebut ialah Laili Masran, 45, yang ditahan polis dalam Himpunan 100 ribu membantah PPSMI semalam dikenakan tahanan reman selama dua hari. Tujuh orang yang ditahan telah dibebaskan.

Menurut peguam Zulkarnain Lokman yang mewakili Laili yang hadir di Mahkamah Jalan Duta untuk permohonan reman hari ini menyatakan Laili ditahan di bawah Seksyen 117 atas tuduhan menyertai perhimpunan haram serta menghalang penjawat awam melaksanakan tugas

Laili merupakan Anggota Unit Amal Johor dan bekerja sebagai pemandu van Pasti di Batu Pahat, Johor.

Jelas Zulkarnain yang ditemui selepas membuat permohonan reman itu, Laily ditahan di lokap Balai Polis Dang Wangi dan maksimum ditahan reman sehingga petang esok.

Menurut Zulkarnain, beliau bertanya kepada Laily sama ada pihak polis mengasarinya, Laili menyatakan terdapat benjolan di bahagian kepala akibat dipukul anggota polis dan beliau juga mengadu kesakitan di dada.

Image"Saya minta supaya pihak polis membawa beliau membuat pemeriksaan kesihatan serta membuat laporan polis berhubung kecederaan tersebut,"katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad yang ditemui di lobi mahkamah turut menyeru orang ramai agar memberi sokongan terhadap 'pembebasan' Laily di Balai Polis Dang Wangi jam 3.30 petang esok.

Turut hadir di mahkamah ialah Setiausaha GMP, Hasni Abbas.

Dalam pada itu, Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz yang turut hadir di Mahkamah mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak keselamatan yang dilakukan terhadap rakyat yang menghadiri perhimpunan aman tersebut.

Beliau menjelaskan, memandangkan perhimpunan anjuran GMP itu mendapat permit, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan terhadap mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.

Justeru, beliau berpandangan tindakan polis yang melepaskan gas pemedih mata pancutan air terhadap rakyat yang menyertai perhimpunan adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

ImageBeliau juga melahirkan kekesalan dengan tidakan rambang pihak keselamatan yang mencederakan sebilangan besar kelompok wanita dan kanak-kanak serta orang awam yang tidak terlibat secara langsung dalam perhimpunan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan pihak polis yang menahan dua buah bas yang membawa wakil orang asli Perak dan penangkapan tanpa asas yang kukuh empat orang penyokong GMP termasuk Laili.

" Laili ditangkap hanya kerana mahu meleraikan provokasi yang dilakukan oleh pihak FRU terhadap aktivis PKPIM. Maka, PKPIM menghargai sepenuhnya tanggungjawab yang dilaksanakan beliau untuk memastikan keselamatan terkawal dan berjanji untuk memberi sokongan padu kepada beliau,"tegasnya.

Dalam pada itu, Muhamamad Faisal turut menafikan terdapat usaha untuk mempolitikkan perhimpunan aman ini dengan partisipasi langsung sebelah pihak dengan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis memohon maaf secara terbuka kepada seluruh pendukung GMP dan orang awam demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong

Gas memang memedihkan mata ...

En Hasni Abas, Pn Ainon Mohd. Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan Prof. Shahrir Mohd Zain


Baca teks lengkap memorandum anti-PPSMI yang diserahkan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong di blog Prof. Abdullah Hassan.


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.

Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.


MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:

1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius.

Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.

2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)?

Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?

3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?

4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun!

Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.

5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu.

Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.

6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.

Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi.

Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.

7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri.

Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu.

Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.

Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.

8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].

HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.

Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato� Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).

Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan 'gila bahasa Melayu'. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong.

Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, 'pendapat' atau 'teori' yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.

Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.

16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (foreign language) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V.

Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.

Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.

Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.

Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Patik sekalian yang berdatang sembah.

ADUN Jelapang sudah kaya.....

Kaya mengejut jadi tandatanya penduduk !

Makluman yang diperolehi dari Jelapang menyatakan terdapat penduduk di situ yang agak terkejut dengan "kekayaan mengejut" ADUN berkenaan yang kini telah menggunakan kereta Mercedes.

"Ramai beranggapan mungkin ia dibeli oleh Hee dengan wang yang diperolehi dari Najib ekoran melompat parti yang kita pasti ia satu jumlah yang besar, jutaan ringgit," kata sumber tersebut yang merujuk kepada aduan dan akuan bersumpah beberapa ADUN yang telah ditawarkan sehingga RM20 juta supaya melompat parti untuk Najib menjayakan misinya menawan Perak

Walaupun Najib pernah menafikan pernah menyogok wang, tetapi di dalam hal ini beliau belum bersumpah dengan ayat Quran sepertimana beraninya beliau melakukannya di dalam kes Altantuya.

Sebelum ini kami melaporkan bahawa pemilik kedai tempat Hee menyewa, yang hanya dikenali sebagai Mani, menamatkan kontrak penyewaannya dengan ADUN berkenaan.

Beliau telah dilaporkan berkata: “Hee, tolong turunkan papantanda dan keluarkan barang-barang anda. Saya tak mahu sewakan premis ini kepada anda lagi.

“Kebelakangan ini, ramai penduduk yang datang bertanya kepada saya untuk bertanya di aman anda berada. Saya rasa tak berapa senang. Itu salah satu sebab saya bercadang tidak mahu menyewakan premis ini kepadanya lagi,” tambah beliau.

8 Mac 2009

Siaran Langsung Pidato Kebangsaan “Ketuanan Rakyat”

Siaran Langsung Pidato Kebangsaan “Ketuanan Rakyat”

Butiran program:
Hari: Ahad 8hb Mac 2009
Masa: Jam 4.30 petang
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
http://www.justin.tv/tvantara


Peserta Anti-PPSMI yang Istimewa

Semalam semasa perjalanan menuju ke Istana Negara, Pemudabesut (PB) berjumpa dengan golongan yang Istimewa membuat bantahan PPSMI. Bagi PB adalah mereka adalah sindiran kepada sahabat yang tidak hadir ke Himpunan tersebut. Walau apa jua alasan diberikan...cuba renungkanlah perjuangan yang diberi oleh golongan orang yang PB beri 'tabik spring' kepada mereka.....Sepatutnya sahabat yang dianugerahkan Allah sempurna sifatnya, terasa semangat yang ditunjukkan oleh saudara kita ini.



Video Perhimpunan Bantah PPSMI

Masjid Negara: Kemarahan rakyat atasi bedilan polis

Lebih 50, 000 rakyat sertai himpunan PPSMI.



Istana, GMP berjaya serah memo

Ribuan penyokong gagal tiba di istana setelah kumpulan perarakan berpecah dibedil pihak polis.



Lagi Video:
ppsmi2009's Channel
Malaysiakini : Language march: Tear gas fired
thestaronline : Crowd disperses, 124 arrested, police on standby
TVAntara: BERITA PERHIMPUNAN BANTAH PPSMI - KEZALIMAN POLIS
Greenboc : PERHIMPUNAN BANTAH PPSMI 7 MAC 2009
Mahasiswa membantah PPSMI
(Anti PPSMI) FRU Samseng
Anti-PPSMI Demo 20090307




Puisi Keranda 152 oleh Penyair Usman Awang

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

- Usman Awang

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.