Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

9 Mei 2009

Abdul Latif Ketua Pemuda PAS Kelantan

Ustaz Latif Abdul Rahman menang dengan majoriti 26 undi mengatasi Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada pertandingan dua penjuru sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-50 di Perdana Resort.

Manakala bagi jawatan Timbalan ADUN Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah menang tanpa bertanding. Seorang peguam, Hisham Fauzi pula menang jawatan naib ketua.

8 Mei 2009

ADUN PR Perak buat laporan Polis

Saya bersama ADUN PR dalam perjalanan dari pejabat DAP-Ipoh ke IPD Ipoh untuk membuat laporan Polis mengenai insiden di DUN kelmarin.

Saya bersama ADUN-ADUN lain akan melaporkan mengikut Kanun Keseksaan Panel KOd 124 dengan tindakan mengasari ADUN kelmarin.

YB.Sivakumar bersama ADUN Sungkai, YB.Sivanesan sedang membuat laporan.

Speaker Perak sedang berada di IPD Ipoh membuat Laporan Polis mengenai insiden DUN Perak yang disaksikan seluruh dunia dan ia amat memalukan
ADUN Pakatan Rakyat berada di ruang legar IPD Ipoh.

Gambar aksi ADUN Jelapang menyembur mata terhadap ADUN Aulong

Saudara Muthu yang ditangkap,dipukul, digari dan dipulas tangan hingga cedera membuat Laporan polis di IPD Ipoh. Beliau dibawa ke kem FRU dekat stadium Ipoh dan dilepaskan jam 5 petang kelmarin. Di sebelah beliau ialah Ustaz Misbah dan ADUN Kepayang, YB Loke

Amaran Presiden PAS - Kesabaran Ada Batasnya

KUALA NERUS - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kesabaran PAS ada batasnya.

Beliau berkata krisis yang berlaku di negeri Perak adalah langkah UMNO/BN yang salah sejak daripada awal lagi.

“Lalu hendak betul(kan) yang salah dengan tangkap orang, itu tidak betul. Apa yang berlaku ialah ‘mencabul’ Perlembagaan dan ‘mencabul’ demokrasi,

“krisis politik yang berlaku di negeri Perak ternyata telah melanggar Undang-undang dan Perlembagaan,

“amalan demokrasi pula cuba dipermainkan dan ‘dicabuli’ oleh pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ‘gilakan’ kuasa,”tegasnya ketika mengulas penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Katanya BN sepatutnya belajar dari sejarah di zaman Tunku Abdul Rahman sewaktu Perikatan memerintah negara.

Sewaktu kerajaan Tunku hendak menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu, katanya, Tunku mengambil langkah melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kali pertama cubaan Tunku tidak berjaya kerana menurutnya, PAS mempunyai majoriti mudah (simple majority) 11 kerusi iaitu tujuh parti Perikatan dan empat parti Negara.

“Parti Negara tidak menyokong Perikatan dan diambil langkah yang kedua sehinggalah berjaya ‘membeli’ Speaker (Yang DiPertua DUN), membeli wakil-wakil rakyat parti Negara, beberapa orang wakil rakyat PAS melalui politik wang waktu itu,

“maka, berlakulah proses undi tidak percaya walau pun politik wang itu suatu tindakan yang salah tetapi proses undi tidak percaya berlaku mengikut Perlembagaan dan Undang-undang,”jelasnya pada sidang media selepas melancarkan Laman Web Buletin Pendidikan PAS Pusat dan Dana Masjid di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, semalam. (gambar kanan)

Menyentuh isu berhubung siapa yang layak menerajui PAS, beliau menyifatkan ia adalah satu isu lama yang dimainkan oleh pihak media setiap kali menjelang muktamar PAS sejak tahun 50-an dan 60-an.

Katanya PAS tidak akan tergugat dengan isu tersebut kerana PAS sentiasa konsisten dalam pentadbiran parti dengan mengamalkan semangat syura.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada anggota parti bagi memilih Presiden dan Timbalan Presiden kerana jawatan itu dilantik pada muktamar agung PAS.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahan jawatannya jika ada pertandingan merebut kedudukan itu, beliau berkata: "kita lihat keputusan mesyuarat agung tahunan."

"Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan atas perkara yang tidak diketahui lagi. Selepas keputusan itu diketahui, tahulah apa saya nak buat," katanya.

200 Peguam protes peguam kena tahan

Sekumpulan 200 peguam pagi ini mengadakan perhimpunan di kompleks mahkamah Jalan Duta sebagai membantah penahanan lima rakan mereka di depan balai polis Brickfields semalam.

Lima peguam itu antara 20 yang ditahan dalam perhimpunan kecil menyalakan lilin bagi menyokong Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang direman di balai tersebut sejak kelmarin.

Lima peguam tersebut hadir di situ malam tadi bagi memberikan bantuan guaman terhadap sekumpulan 15 orang yang ditangkap lebih awal, kira-kira 9.30 malam.

Pengamal undang-undang itu ditahan dua jam kemudian di tempat yang sama.

Kira-kira 200 peguam itu hadir untuk menyatakan sokongan kepada lima rakan mereka yang dijangka dibawa ke mahkamah.

Difahamkan polis akan membebaskan lima peguam dan 15 yang lain di ibu pejabat polis daerah Brickfields hari ini.

7 Mei 2009

Wawancara Mat Sabu selepas dibebaskan

Wawancara dilakukan di R&R Sungai Buloh pada jam 4.30 petang tadi.
Kemaskini:
Mahkamah Majistret Tanjung Malim petang tadi menolak permohonan tahanan reman polis terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mohamad dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan.

Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini.

Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman.

Laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur.

Ramainya Polis......Kawal DUN macam kawal penjara..

Kumpulan polis berpakaian biasa keluar dari bangunan Dewan Negeri Perak.

Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 orangpolis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang Dun hari ini.

Saya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan 'rowcall' atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi.

Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.

Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor.

Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya


Dari tingkat dua Bangunan SUK jelas kelihatan deretan polis keluar dari bangunan SUK

Perbarisan tamat tugas untuk ceroboh Dun Perak

Pasukan Polis berpakaian biasa sekitar 300 orang berbaris sebelum bersurai

Pangkat di bahu baju Dress no 1 saya tinggal 1 sahaja, hilang dalam pergelutan pertahankan speaker.

'Bisikan diraja' untuk Pakatan

RAJA Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitahkan sesuatu kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) setelah kedua-duanya dititahkan menghampiri baginda selepas Nizar dilihat menyatakan sesuatu dari bahagian tengah Dewan sejurus baginda berangkat masuk. Insiden itu berlaku sebelum Raja Nazrin Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. --fotoBERNAMA

IPOH: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.



"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar diangkut keluar dari Dewan.

Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.

Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.

Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.

Majlis perasmian hanya bermula selepas Sivakumar, Speaker dilantik Pakatan tahun lalu, dibawa keluar oleh pasukan polis.

Sivakumar tidak berganjak dari tempatnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Nizar menyatakan demikian pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan sebaik sahaja Raja Nazrin menyampaikan titah diraja perasmian petang ini.

Raja Nazrin yang sepatutnya merasmikan sidang itu pukul 10 pagi tadi hanya berbuat demikian 3.17 petang.

Baginda tidak dapat berbuat demikian selepas Sivakumar sejak pagi tadi bertegas sidang DUN tidak akan diadakan selagi 10 anggota termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry tidak keluar Dewan.

Tiga lagi termasuklah ADUN Bebas yang menyokong BN sekarang.

Bagaimanapun mereka tidak keluar Dewan manakala BN pula mengadakan sidang dalam sidang DUN.

Di paksa bangun...buruk perangai UBN nak lagi kome ngundi deme...

Kemuncak insiden hari ini ialah Sivakumar diganti dengan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dan diangkut keluar kira-kira 2.45 petang tadi.

Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. "Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas," kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.

Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.

Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

"Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerjadengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

"Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, "saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat."

Bertahan sehingga saat terakhir

Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah:

"Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah."

Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu.

Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN

Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah

Sidang DUN ditangguh sebentar tadi pada jam 4.05 minit

4pm Pemimpin PKR Tian Chua ditahan polis di belakang bangunan sekretariat kerajaan Perak sewaktu cuba menyambut kehadiran wakil-wakil rakyat Pakatan yang akan keluar dewan selepas perasmian sebentar tadi.

3.47pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam.

Baginda menyentuh pakej rangsangan ekonomi tetapi tidak mengulas isu-isu politik.
difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

DRS. KHALIL IDHAM LIM : Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang

Polis angkat Speaker yang sah keluar dewan

Lead Story

3.15pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah masuk ke dewan untuk majlis pembukaan persidangan DUN.

3.12pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan.

Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

2.55 petang: Speaker 'lantikan' BN, Ganesan mengambil alih tempat duduk Speaker untuk memulakan sidang DUN.

2.41 petang, sekumpulan orang yang berjaket hitam dipercayai anggota polis memeluk dan mengangkat keluar Speaker dari kerusinya dan mengheret keluar dari dewan. Dalam masa yang sama ADUN PR pula cuba mengheret Spekaer Haram keluar dari dewan. Suasana semakin parah dan kecoh.

Satu Dewan bertambah sengit, acara lawan tarik-tarik.

Suasana tegang di kerusi Speaker

2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.

2.45 ptg: Dato' SUK cuba campur tangan dalam sidang DUN, beliau cuba menghalau Speaker dari tempat duduknya sebaliknya beliau pula yang kena halau oleh ADUN-ADUN PR. Semakin jelaslah sekarang Dato' SUK lah yang jadi dalang dan perancangnya selama ini. Dia jugalah yang merancang supaya pembesar suara di sebelah ADUN PR dan Speaker tidak berfungsi, sebaliknya di sebelah BN terus berfungsi.

2.41pm Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.

2.35pm Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat.

Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan.

2.15 Tengahari - Dewan kembali kecuh apabila keadaan tolak-menolak untuk menghalang Ganesa memasuki dewan. Kelihatan polis memasuki dewan untuk menenangkan keadaan. Wakil Pakatan Rakyat menyuruh polis keluar dewan.

Anggota Pakatan terus desak Ganesan keluar DUN sambil menjerit "keluar" dan "bubarkan, bubarkan".

Misbahul Munir: SUK cuba halau Speaker
Dato' SUK cuba campur tangan dalam sidang DUN, beliau cuba menghalau Speaker dari tempat duduknya sebaliknya beliau pula yang kena halau oleh ADUN-ADUN PR. Semakin jelaslah sekarang Dato' SUK lah yang jadi dalang dan perancangnya selama ini. Dia jugalah yang merancang supaya pembesar suara di sebelah ADUN PR dan Speaker tidak berfungsi, sebaliknya di sebelah BN terus berfungsi.

ADUN PR pula cuba tarik keluar Speaker Haram
2 Adun PR cuba menarik keluar Speaker haram dari kerusi, Adun BN pula membantu Speaker Haram. Berlakulah tarik menarik. Tak ada kesudahannya.

Sehingga sekarang belum ada lagi baling kerusi dan baling buku Perintah Tetap. Harap tidak sampai ke situ.

POLIS PULA CAMPUR TANGAN
Polis kini campur tangan, keadaan tidak terkawal. Beberapa anggota polis kelihatan mahu memasuki dewan.

Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun. ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN.

Dato' SUK halau speaker....

Dato' SUK cuba campur tangan dalam sidang DUN, beliau cuba menghalau Speaker dari tempat duduknya sebaliknya beliau pula yang kena halau oleh ADUN-ADUN PR. Semakin jelaslah sekarang Dato' SUK lah yang jadi dalang dan perancangnya selama ini. Dia jugalah yang merancang supaya pembesar suara di sebelah ADUN PR dan Speaker tidak berfungsi, sebaliknya di sebelah BN terus berfungsi.


Raja Muda bersiap nak rasmi DUN

Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.


Pening...Pening... DUN bubar tak bubar ? Tangguh 1 jam lagi.



12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi.

Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.

12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.

Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya.

Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.

12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.

Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12.30 tengah hari: Berlaku pergelutan antara ADUN Pakatan dan BN apabila wakil rakyat Pakatan meminta Ganesan keluar dari Dewan.

12.22 tengah hari: Seorang awam yang menggunakan payung dengan simbol PAS ditahan di luar bangunan DAP.

12.20 tengah hari: Speaker Sivakumar masih tidak berganjak dari tempat duduknya sejak pukul 10 pagi.

12.20 tengah hari: Dewan kecoh semula apabila 'Speaker baru', Ganesan cuba mengambil alih tempat Bentara untuk menjalankan tugas sebagai Speaker. Belaiu dihalang oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat.

Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua

Catatan MSO :
PERKEMBANGAN merngenai kekecohan dan keanihan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak barang kali tidak boleh disifatkan ianya sebagai gila sebab semua yang ada dalam dewan itu waras belaka.

Buktinya kalau kesemua wakil rakyat di dalam Dewan itu gila, atau hilang akal mereka tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

Secara logik dan amalannya mereka adalah waras sebab kalau mereka hilang akal kesemua mereka tidak akan dibenarkan bertanding. Sebab mengikut perlembagaan negara mereka yang gila hilang kelayakan untuk jadi wakil rakyat.

Namun dengan kekecohan yang berlaku bolahkah kalau dikatakan kesemua mereka mulai gila sejak jam 6:00 pagi tadi dan semakin menjadi-jadi gilanya menjelang tengah hari ini. Bayangkan di dalam DUN Perak kini ada dua spekaer, S Sivakmumnar, Speaker yang dilantik oleh kerajaan sebelum ini dan Ganesan Speaker baru yang dilantik sekejap tadi.

Dua persidangan juga berlaku. Satu persidangan dipimpin oleh S Sivakumar dan satu lagi dipimpin oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong kemudian diganti Genesan setelah Genesan dipilih menjadi speaker.

Paling gila juga, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang sepatutnya merasmikan sidang dewan jam 10:00 tadi terpaksa menunggu di bilik menanti di Raja sebelum mendapatkan isyarat untuk merasmikan sidang dewan.

Pertama kali berlaku dalam sejarah negeri Perak Sultan terpaksa menunggu untuk merasmikan sidang dewan kerana ada gangguan dan kekacauan di dalam dewan.

Bagi menghormati waktu solat ZOHOR, wak akan tangguhkan sidang LIVE wak ini selama 30 minit, akan kembali pada jam 2 petang..! Mohon sembah derhaka kepada semua ! Takbir !!

Senarai AP/ADUN Yang Ditahan Polis

Antara mereka adalah:-

Zuraida Karuddin (AP Ampang)

Salehuddin Ayub (AP Kubang Kerian)

Khoo Puoy Ting (ADUN Ayer Keroh)

Jenice Lee (Adun Teratai

Tian Chua (AP Batu)

Tey Kok Siong (Adun Bahau)

Dr Mujahid Rawa (AP Parit Buntar)

Dr D. Jeyakumar (AP Sg Siput)

dsc00007dsc00017dsc00029dsc00056dsc00067dsc00030

10.22 pagi - Dr. Zambry Abdul Kadir mengusulkan supaya Speaker Dewan disingkirkan.

Usul itu telah ditolak Tuan Speaker kerana Dr. Zambry telah pun diarahkan keluar daripada Dewan sebelum itu atas sebab beliau masih dianggap digantung daripada Dewan.

10.17 pagi - DUN masih belum bersidang kerana ADUN yang telah digantung enggan beredar daripada Dewan.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Rawa ditahan di luar kawasan Dewan.

10.15 pagi - Ahli Parlimen Sungai Siput, YB Michael Jayakumar ditahan polis.

Mana satu speaker ORI ni...????



Hee dkerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker

10.55 - Timbalan Speaker muncul dan berdiri di sebelah Siva dan berkata, awak telah digantung

10.56 -Sekarang mereka telah merampas mikrofon dari Siva, dan melantik ganesan menjadi speaker. Ganesan telah mengangkat sumpah sedangkan Siva masih duduk diaatas kerus speaker ????

11.00 - Dari Malaysiakini -Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya. Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN. Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram." Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.

11.13 - Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.

11.13 - Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan

11.15 - Sivakumar bangun dan membuat pengumuman dengan memegang sehelai kertas. Pada sudut yang lain BN mencadangakan agar sidang ditangguhkan. Dewan ditangguhkan dan keadaan menjadi tenang seketika.

11.25 -Kertas yang dijulang oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh beliau semalam 6 Mei, dimana beliau telah membuat ketetapan semua usul yang dikemukakan oleh BN, untuk melucutkan jawatannya sebagai speaker, mlantik speaker baru telah ditolak. Beliau juga telah mengubah keahlian tiga jawatankuasa DUN Perak.

Sivakumar: 'Keluar, 10 ADUN dari dewan'Sivakumar: 'Keluar, 10 ADUN dari dewan'


10.23 - 'Keluar' kata Sivakumar, dia menegaskan tidak akan memulakan sidang Dewan kecuali 10 ADUN keluar dari dewan

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 0210.27 - Siva berkata Dewan tidak boleh diteruskan dan menggesa sekali lagi supaya ADUN yang digantung keluar dari Dewan. "Saya tidak digantung, yang digantung ADUN BN" katanya.

10.29 - Tuan Speaker mengarahkan Bentara Dewan untuk mengiringi ADUN-ADUN yang digantung keluar dari Dewan.

10.32 - Sivakumar, yang juga seorang peguam masak dengan perundangan. Beliau dilihat benar-benar menggunakan kuasa yang ada pada Speaker DUN. Beliau tidak mengiktiraf keputusan mahkamah kerana pihak kehakiman adalah cabang yang berlainan dari Lejislatif.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 0110.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah.

10.46 pagi - Mikrofon Tuan Speaker telah ditutup. Terdengar suara seorang ADUN wanita dari BN memekik, “Minta pegawai turunkan Speaker!”

Tuan Speaker yang pada masa itu telah pun keluar dari Dewan untuk mengiringi Raja Muda cuba kembali ke dalam Dewan tetapi ada percubaan untuk menghalang beliau daripada memasuki kembali ke dalam Dewan.

10.47 pagi - ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, mengisytiharkan bahawa Tuan Speaker telah pun dipecat dan beliau akan mengambil alih tugas selaku Timbalan Speaker.

10.56 pagi - Datuk R Ganesan daripada MIC dipilih oleh ADUN-ADUN BN untuk menjadi “Speaker” baru. Namun demikian, beliau tidak berada di dalam Dewan.

Perak : Munajat bersama Dr. Badrul Amin




Solat Hajat pun takut ke??

DSC01261 by BloggersNetwork@Perak.

JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP.

Tindakan ini adalah atas arahan kerajaan haram BN. Orang ramai sekadar mahu menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk memohon kepada Allah swt keamanan dan keadilan di bumi Perak sempena sidang DUN, serta menjauhi segala perancangan jahat dari anasir-anasir yang jahat.

Dalam sidang DUN pagi esok, ada dua pihak yang akan bertelingkah melalui perbahasan masing-masing, iaitu ADUN PR dan BN. Rakyat Perak berhak menyokong mana-mana pihak yang disukai dan sebagai tanda sokongan mereka boleh guna apa sahaja cara yang tidak bercanggah dengan syarak dan undang-undang.

Tradisi PAS bila berhadapan dengan isu yang genting ini biasanya akan menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk mengadu kepada Allah swt. PAS dan para penyokongnya ditarbiyyah begitu rupa untuk tidak lupa kepada Allah swt. PAS dan penyokongnya yakin bahawa perjuangannya adalah benar. Masjid satu-satunya tempat yang cukup baik digunakan untuk tujuan tersebut.

UMNO dan BN sendiri juga boleh guna pendekatan yang sama digunakan oleh PAS sekiranya ia yakin perjuangan betulnya. Masjid di bandararaya Ipoh cukup banyak. Gunakan mana-mana masjid untuk tujuan tersebut. Solat Hajat tidak menimbulkan kekacauan dan juga tidak menganggu ketenteraman awam.

JAIP tidak perlu tutup masjid, benarkan sahaja kedua-dua pihak gunakan masjid, Solat Hajat adalah ibadah yang baik. Itulah cara yang terbaik untuk Allah swt memberi pertolongan, serahkan kepada Allah untuk memakbulkan mana-mana hajat mengikut nawaitu masing-masing. Itu baru demokrasi namanya.

6 Mei 2009

Sambutan Hari Jadi ke 31 Altantuya di Putrajaya

cakealtantuya-important

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membawa kek sempena hari ulangtahun kelahiran Altantuya Shaariibuu yang ke 31.

rampasan-kek-21

rampasan-kek-1

Kek yang sedap dan enak ini dirampas oleh polis oleh kerana disyaki mengandungi Bom C4

penahanan-sanipenahanan-sani-3

Sani Md Shah salah seorang aktivis SAMM ditahan kerana “mempertahankan” kek hari jadi Altantuya

penahanan-yasir

Yasir Sheikh Abdul Rahman turut menjadi mangsa ketika membuka banner “Selamat Hari Jadi Altantuya!”

penerimaan-jpm

Pegawai dari JPM turun untuk menerima surat dari bapa Altantuya dan Koordinator Yayasan Altantuya daripada Badrul Hisham

surat-cake

Cop pengesahan JPM sebagai tanda penerimaan surat dari bapa Altantuya

http://aminiskandar.wordpress.com

Mat Sabu & Badrul Hisham kerana merancang perhimpunan sempena sidang DUN Perak

tvpas: Mohamad Sabu ditangkap



Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin ditahan di Kuala Lumpur.

Mereka dipercayai terlibat merancang perhimpunan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula esok.

Difahamkan seorang aktivitis politik yang tidak dikenali turut ditahan menjadikan tiga orang ditahan ketika insiden tersebut.

Polis Perak akan mengadakan satu sidang media untuk memberitahu sebab-sebab penahanan tiga pemimpin politik tersebut.

Penahanan mereka hadir kurang 24 jam selepas penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam.

Wong ditahan reman selama sehari dan dijangka akan dibebaskan petang ini.

DATO' SUK DAN OCPD IPOH DIPANGGIL SPEAKER DUN PERAK ATAS TUDUHAN MENGHINA SPEAKER DAN DUN PERAK

Speaker DUN Perak telah memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan petang tadi jam 2.30 petang di Pejabat Speaker. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan satu laporan yang telah dibuat oleh YB Khlail Idham Lim, Adun Titi Serong terhadap Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim selaku SUK Negeri Perak yang telah menghalang ADUN-ADUN dari memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan bagi menghadiri Sidang DUN Tergempar 3 Mac yang lalu.

Perbuatan SUK ini dilaporkan oleh YB Khalil kepada Speaker sebagai satu penghinaan terhadap kuasa Speaker dan DUN Perak dan menuntut supaya Speaker mengambil satu sikap dan tindakan sewajarnya ke atas SUK Perak itu.

Jawatankuasa Hak & Kebebasan telah memanggil 3 orang yang terlibat untuk menjawab beberapa soalan yang disediakan oleh Jawatakusa ini. Sayangnya hanya YB Dato' Ngeh Kho Ham sahaja yang hadir bagi memberi keterangan dan saksi terhadap tindakan SUK yang menghalang ADUN-ADUN memasuki dewan.

Dato' SUK tidak menghadirkan diri, manakala Tuan Azisman, Ketua Polis Daerah Polis Ipoh yang turut dipanggil bagi memberi keterangan juga tidak menghadirkan diri. Tuan Azisman dipanggil kerana beliaulah yang mengetuai pasukan keselamatan bagi menghalang ADUN-ADUN ini memasuki dewan atas arahan Dato' SUK.

Kedua-dua mereka memberi jawapan yang sama untuk tidak menghadirkan diri pada petang tadi atas alasan surat Speaker tersebut tidak mematuhi Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak memberi masa yang mencukupi dan munasabah untuk mereka menghadiri mesyuarat tersebut. Mereka menganggap surat Speaker tersebut tidak sah dan terbatal. Kandungan dan susunan kedua-dua surat tersebut adalah sama, seolah-olah ditulis oleh orang yang sama, cuma nama, later head dan tandatangan sahaja yang berbeza.

Melihat kandungan jawapan surat tersebut menunjukkan memang mereka berdualah yang merancang supaya Sidang Tergempar DUN Perak gagal dengan menghalang semua ADUN dari memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan dan seterusnya bersidang.

Saya percaya ketidakhadiran mereka berduka bukan kerana notis yang singkat dan bukan juga kerana menyalahi Perintah-Perintah Tetap. Menurut Sivakumar, beliau menjalankan tugas dan kewajipan bagi memanggil mereka mengikut peruntukan yang terkandung di bawah Perintah Tetap 72 (2) dan (3). Beliau telah menghubungi pejabat SUK meminta Dato' SUK memberi penjelasan Perintah Tetap yang mana yang dianggap menyalahi pertaturan, tetapi tidak ada jawapan.

Sebenarnya mereka tidak berani menghadirkan diri bagi memberi penjelasan dan menjawab persoalan-persoalan terhadap isu yang dibangkitkan, kerana mereka tahu, apa yang dilakukan tempoh hari adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang ADUN memasuki dewan.

Pakaian Hitam 7 Mei tanda 1MalaysiaGELITA



Malaysiakini.tv: 1BLACKMalaysia launched

4288_84638176011_518196011_2297888_1080401_n

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei 2009 (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tanda ‘ 1 Malaysia GELITA’.

Dalam sidang media yang diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Bersih menjelaskan kenapa mereka kali ini memilih warna hitam sebagai warna tema. Hitam melambangkan protes terhadap pengambilalihan kuasa yang dirancangkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Perak. “Kerajaan BN Perak telah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dijadualkan bermula pada 7 Mei melangkaui kuasa speaker V.Sivakumar sungguhpun mahkamah telah menetapkan tarikh 5 dan 6 Mei bagi menentukan kesahihan Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar,” tegas salah seorang jurucakap Bersih, Wong Chin Huat.

Beliau juga menegaskan segala perkembangangan yang berlaku menunjukkan kebobrokan Najib Razak terhadap kedaulatan undang-undang dan demokrasi perlembagaan di Malaysia. Beliau telah mengabaikan pilihan pengundi dengan bertindak tidak berlandaskan perlembagaan dengan merampas kuasa. Pengundi membalasnya dengan keputusan di pilihan raya kecil Bukit Gantang di mana marjin kemenangan bagi Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meningkat melebihi 2000 undi.

Menurut Chin Huat lagi slogan Najib: ‘1Malaysia, rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan’ sekarang menjadi bahan lawak rakyat Malaysia.

“Adakah slogan ‘1Autoritarian-dan-Korup Malaysia’ menjadi bertambah buruk? Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat didahulukan sekiranya mata rakyat dipaksa pejam,pekak, bisu dan tidak boleh bergerak dengan sekatan media dan seluruh bandaraya?

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pencapaian diutamakan’ sekiranya ‘pencapaian’ di dalam perihal undang-undang tidak diketahui? “Marilah kita tunjukkan satu warna � ‘1MalaysiaGELITA!’ Kita tunjukkan padanya satu suara bagi rakyat Malaysia: ‘Utamakan Demokrasi!’ mari kita cadangkan satu penyelesaian bagi perak: ‘Adakan Pilihan Raya Sekarang!’”tambahnya. - mks. _

Himpunan ‘One Black Malaysia’, munajat pagi di Perak

Satu himpunan yang diberi nama ‘One Black Malaysia’ serentak dengan satu program solat hajat, doa munajat dan solat subuh akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 Mei, sebelum berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri. Orang ramai khususnya penduduk di Perak dan juga para penyokong diseru untuk turut serta di dalam program anjuran PAS Pusat sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sekaligus menyatakan bantahan terhadap kerakusan Barisan Nasional (BN) yang merampas kuasa tempoh hari.

Program yang telah mendapat persetujuan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan diadakan bermula jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak. “Kita minta orang ramai untuk datang solat dan berdoa supaya negeri ini berada dalam keadaan aman dan ‘menyingkirkan’ Barisan Nasional yang telah mengucar-kacir keadaan di Perak ini. Selain itu orang ramai diminta memakai pakaian ataupun baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan ‘One Black Malaysia’ ini. “Himpunan yang dianjurkan PAS hanya akan tertumpu di masjid tersebut dan selepas solat subuh terpulanglah kepada orang ramai sama ada ingin turut serta mengikuti Sidang Dun ataupun sebaliknya memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja,” demikian ucapan ringkas Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki “Pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi,” katanya. - azm/mks. _

5 Mei 2009

6 Mei : Selamat Hari Jadi Altantuya...

KB :Najib Dapat kek Hari Jadi Sempena Hari Ulangtahun Altantuya

Esok 6 Mei Mei 1978 merupakan tarikh lahir Altantuya. Jika esok dia masih hidup , mendiang Altantuya Shaariibuu, anak seorang profesor dan bekas seorang model menyambut hari ulangtahunnya ke 31 sekiranya beliau tidak dibunuh dan diletupkan tiga tahun lalu.

Bagi mengingati peristiwa pembunuhan kejam beliau, Hong Kong TV akan menerbitkan sebuah drama bersiri berkisarkan kematian Altantuya yang telah mencetus sensasi dan kontroversi hangat apabila isu tersebut dikaitkan dengan pembabitan Perdana Menteri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda dan malah isteri Najib, Rosmah Mansor.

Produksi drama bersiri itu akan berdasarkan kepada laporan penyiasatan pembunuhan Altantuya oleh seorang wartawan Perancis daripada akhbat French Liberation bernama Arnaud Dubus.

Laporan mendalam Arnaud membawa beliau mengelilingi dunia termasuk Monggolia dan Malaysia bagi mengumpul bahan berita dan maklumat mengenai tragedi pembunuhan itu.

Perlantikan Zambry tidak ikut Perlembagaan - Peguam

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

"Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.

"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.

Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:

* Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;

* Tidak ada pembubaran DUN;

* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;

* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar. Sulaiman, dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak.

"Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.

Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.

"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.

Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.

"Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bilabila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti," katanya.

Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.

Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.

Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.

"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung esok. BERNAMA

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.