Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

30 Ogo 2008

Finalis OKU Akademik Nasyid TV9 ~ Malaysiakini



Undilah Sdr Azhan Atan dalam pertandingan Akhir Akademi Nasyid malam ini. Biodata beliau adalah

Nama : AZHAN BIN ATAN
UMUR :35 tahun
Pekerjaan : Tukang urut Reflaksi
Jawatan parti : Ketua Pemuda PAS Tg Piai, Johor

Syukran Jazilan kepada sahabat2 Tentera Merah (Unit Amal Johor) kerana banyak memberikan nasihat dan teguran yang sangat2 berguna supaya saya (Azhan) terus berada FISABILILLAH juga terima kasih sangat2 coz vote 4 me.. :)
"Beramal Kerana Allah"
BLOG AZHAN

29 Ogo 2008

KONSERT AVRIL AKAN DITELAN BUMI! ~ MALAYSIAKINI


Artikel berikut sebagai rujukan;
1. Malaysiakini; Solat Hajat PAS sebelum konsert avril
2.TKO; Pemuda Pas Akan Edar Risalah dakwah di konsert Avril
3. Helwani GAMIS;
Mana pelajar UiTM ni?? Kalau melibatkan maruah melayu bersemangat....Kalau maruah islam dihina...batang hidung pelajar UiTM pun tidak nampak.




Dah nak masuk tabligh dah..(versi pemuda besut)

Alhamdullilah. Kuliah Maghrib sempena menyambut Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ketua Pemuda DPPK Subang telah berjaya dilaksanakan . Kuliah yang diadakan di Surau Cherang Meliling bermula selepas solat maghrib dan tamat pukul 10.00 malam.

Kuliah yang dianjur oleh Dewan Pemuda dgn kerjasama MTD Hulu besut itu dihadiri seramai lebih kurang 90 org termasuk sekumpulan tabliq yang baru 'keluar 40 hari' yang menginap di surau tersebut.

Kupasan tentang ramadhan yang diberi oleh Ust Ridhuan begitu 'secocok' sekali dengan keadaan semasa. persoalan yang ditimbulkan 'Adakah Puasa sahaja je wajib', membuat jemaah 'jeliro' hakikat puasa dalam erti kata sebenar.

Kebetulan penulis duduk di barisan belakang sekali. Sebelah penulis, seorang tabliq 'Tok Seh' tidak duduk diam kerana dia bersungut kenapa lewatkan solat isya'. Lalu pengisian masa 'boring'nya dia bermain game dalam HPnya. Kalau setakat dia tak apa... tapi siap bunyi sekali...tut..tut...bunyi game over. menganggu penghayatan penulis terhadap ceramah.

Lupakan lah tabliq, jangan sampai nak masuk tabliq pulak bila dah bila boring dengan kerja jemaah islam. Petang tadi juga, jadual berbuka puasa DPPK besut telah siap dan mula diedar dalam majlis tersebut. Dikesempatan coretan, DPPK Besut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
1. Ust Ridhuan Ismail ~ Penceramah
2. AJK Surau Cherang Meliling ~ sediakan tempat
3. Cikgu Solah ~ Pengarah MTD Hulu Besut.
4. Ust Nik Roslan ~ Ketua Pemuda Dun Hulu ( MC)
5. Abu Osman ~ Designer Jadual berbuka puasa
6. Penduduk sekitar surau
7. Jemaah Tablig ~ TERpaksa mendengar Kuliah Maghrib
8. Exco DPPK besut yang terlibat

Catatan oleh

~ Ketua Lajnah Ekonomi DPPKBesut~
* Maaf ayat diolah oleh seorang tauke roti R&R .

28 Ogo 2008

SIAPA BIADAP PEMIMPIN PR ATAU PEMIMPIN BEnd?

Pemimpin Pakatan Rakyat sering ditohmah dan difitnah dengan pelbagai perkara jijik dan memualkan antaranya kaki liwat, gangster, tiada akhlaq dan sebagainya.

Semasa saya bersama-sama sahabat merayu undi di Permatang Pauh 2 hari lepas perayu-perayu undi BN tanpa segan silu menunjukkan isyarat lucah, mengeluarkan kata-kata lucah seperti kaki juboq, kaki pungkoq dan sebagainya. Semua ini adalah 'tarbiah' dari pemimpin mereka yang sememangnya suka memfitnah.

Ingatkah Tuan-Puan kepada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub (Gambar) yang pernah menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS, PKR dan DAP semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Sanggang. Tanpa rasa segan pimpinan Umno/BN ini menunjukkan isyarat lucah ditengah-tengah khalayak ramai.

Semalam seorang lagi pemimpin Umno/BN iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, Mat Hassan mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang sepatutnya tidak dihamburkan oleh seorang yang bergelar Menteri Besar.

Mat Hasan yang jelas berang dengan tindakan ADUN Pakatan Rakyat yang bertindak kelaur Dewan mengatakan 'pergi mampus' kepada pembangkang sambil diiringi sorakan Adun BN yang lain ketika menggulung perbahasan pada pukul 12.00 tengahari pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan, di Seremban semalam.

"Mereka ingat saya takut, 'pergi mampus' sama mereka, mereka tak ada pun kita boleh bersidang juga lagi senang kita buat kerja," kata beliau dengan nada marah.

Inilah contoh 'terbaik' yang ditunjukkan oleh pemimpin BN kepada penyokong-penyokong mereka sehingga perangai penyokong-penyokong sukar di kawal dan kadang-kadang tidak masuk akal. Maka tidak hairanlah kalau penyokong-penyokong Umno/BN bertindak lebih teruk lagi dari pemimpin mereka kerana 'Ayah Kencing Berdiri Anak Kencing Berlari; Bapa Borek Anak Rintik.' Sumber; Mmuta Ligat

Kronologi & gambar majlis angkat sumpah Anwar di Parlimen ~ Malaysiakini


9:00 pagi: Wartawan dan jurugambar mula membanjiri lobi Parlimen menanti kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, kelmarin.

9:50 pagi: Anwar tiba di lobi Parlimen dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam. Beliau sempat memberitahu pemberita sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah selesai.

9:51 pagi: Beliau melangkah ke Dewan Rakyat. Kehadirannya disambut oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

10:03 pag:Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar turut mengumumkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang melepas beliau selesai menandatangani surat akujanji.

11:56 pagi: Anwar kembali ke dalam dewan semasa perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi DNA berlangsung.

12:00 tengah hari: Anwar mengambil bahagian dalam perbahasan dengan memberi respons kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang bertanya sama ada Majlis Peguam punya kredibiliti untuk mengkaji Akta DNA. Sumber

Info
Alhamdulillah DSAI telah selamat angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. DSAI juga telah dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang. Kerusi DSAI betul-betul mengadap kerusi Kepala Batas.

Agaknya sesi depan yang bermula 13 Ramadhan/ 13 Oktober DSAI akan dudok di kerusi Kepala Batas kot.. Insyallah

TG Nik Aziz- Rakyat jelak kempen melampau BN ~ Malaysiakini

PAS menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam membuktikan rakyat sudah jelak dengan kempen politik melampau Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat menolak calon BN walaupun pelbagai serangan dihala terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim terutamanya tuduhan liwat kali kedua.

"Zaman Umno dan BN menggunakan kempen politik melampau sudah berlalu kerana rakyat hari ini tidak sama berbanding zaman sebelum merdeka," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Ladang Rakyat dan Panmont Height Sdn Bhd bagi melaksanakan projek tanaman pokok jatropha (jarak) dan nanas.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat Malaysia termasuk penduduk bukan Islam kini mendekati perjuangan yang didokong PAS kerana mementingkan keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Kata beliau Umno seharusnya mengambil iktibar daripada kesilapan pilihan raya umum sebelum ini.

"Sekarang sudah ramai rakyat yang berpelajaran tinggi, di mana berpuluh ribu setiap tahun mereka tamat belajar. Sudah tentu mereka dapat membuat pilihan antara benar dengan yang batil.

"Sudahlah, zaman Umno guna perjuangan kebangsaan dah habis dah..," ujarnya.

Menurutnya juga Allah Taala menurunkan al-Quran untuk dijadikan perlembagaan hidup manusia, namun kerana ada kepentingan dunia perundangan itu diketepikan oleh pemerintah di negara ini.

27 Ogo 2008

Koleksi gambar selepas keputusan P44 ~ Malaysiakini


Penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat meraikan kemenangannya di Institut Perguruan Tuanku Bainun.


Penyokong PKR menanti keputusan rasmi di Institut Perguruan Tuanku Bainun sambil dikawal ketat pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).


Saat gembira penyokong PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.


Penyokong setia PKR berkumpul di Institut Perguruan Tuanku Bainun bagi menunggu keputusan rasmi SPR.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah menyemak jumlah undi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebelum menghadiri sidang media Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Datuk Arif Shah Omar Shah, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Liow Ting Lai semasa sidang media di sebuah hotel.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah (kiri), yang tewas kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Lafaz sumpah hanya lepas proses perundangan - Majlis Fatwa ~ Malaysiakini

Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.

Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya. SUMBER

Anwar to be sworn in Thursday ~ malaysiakini

Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia announced Wednesday that the new Permatang Pauh Member of Parliament Datuk Seri Anwar Ibrahim will be sworn in Thursday.
Anwar on Tuesday won the Permatang Pauh by-election by a resounding 15,671 majority, beating Barisan Nasional’s Datuk Arif Shah Omar Shah who only managed 15,524 votes and Akim’s Hanafi Hamat who got 92 votes. more...

26 Ogo 2008

8.25 Malam : (Rasmi) Anwar di istihar menang




(8.08 PM); Terkini P44 ~ Malaysiakini

8.11 Malam : Anwar kini mendahului dengan 16,101 undi berbanding Arif Shah 6,071 undi. Seorang lagi calon dijangka hilang wang pertaruhan.

8.08 Malam : Kawasan yang dikhaskan untuk penyokong Umno di Maktab Perguruan Tengku Bainun dikatakan kosong dan ketika ini penyokong Pakatan Rakyat mendominasikan seluruh kawasan tersebut

8.00 Malam : TV3 memaklumkan Anwar kemungkinan menang.

7.57 Petang : Anwar mendahului sebanyak 10,356 undi di 15 saluran, 13 saluran masih dalam proses pengiraan

7.46 Petang : Sumber dari Permatang Pauh menyatakan majoriti kemenangan boleh mencecah 18 ribu undi.

7.42 Petang : DSAI dikhabarkan menang hampir di semua peti undi dan sedang mengesahkan jumlah majoriti. DUN Seberang Jaya (tidak rasmi) menang hampir 8 ribu undi.

(7.20 pm) Keputusan terkini: ~ Malaysiakini

7.20 petang: Keputusan terkini:

- Telok Wang: KeADILan menang 28 undi (KeADILan tidak pernah menang di sini sejak 1999!)

(7.00 pm) Keputusan terkini ~ Malaysiakini

7.00 petang: Keputusan terkini:

- Penanti: KeADILan menang 1605 undi

- Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan menang 162 undi

- Jalan Tuna, Seberang Jaya: KeADILan menang 625 undi

6.55pm: PKR 3377 undi, BN 911 ~ Malaysiakini

TERKINI: Laporan dipetik dari laman Perakexpress mendapati keputusan empat kawasan mengundi sudah diperolehi. Dan PKR mendahului dengan 3377 undi berbanding BN 911 undi.

Keputusan terperinci:

Daerah mengundi Taman Tun Husin Onn. PKR 1142 BN 493

Daerah mengundi Kg. Cross Street. PKR 1412 BN 178

Calon AKIM setakat ini hanya mendapat 3 undi

Maklumat lanjut akan menyusul.

(5.15 pm) Kem Anwar Umum Kemenangan Di Permatang Pauh ~ Malaysiakini


Channel News Asia yang berpengkalan di Singapura melaporkan pada jam 4.00 petang waktu tempatan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kemenangan di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Menurut Channel News Asia, Kem Anwar mengatakan mereka memperolehi 61% dari pada undi yang dibuang setakat ini dengan hanya 1 jam lagi untuk tamat.

Pengiraan ini dibuat berdasarkan 'exit' Poll. Bagaimanapun, Kem Anwar memaklumkan bahawa mereka tidak akan meraikan kemenangan sebelum keputusan rasmi diumumkan yang dijangkakan pada awal malam ini. ~ Sumber; husammusa.com

Kemaskini (5.12 pm) Secara Langsung Dari Permatang Pauh ~ Malaysiakini

8.00 pagi: Pusat Pengundian mula dibuka di 25 pusat seluruh Permatang Pauh

8.52 pagi: DSAI menuju ke pusat membuang undi di SMK Seri Penanti, Kubang Semang

9.00 pagi: 1000 penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat menyambut ketibaan DSAI.

9.20 pagi: Penyokong kedua belah pihak sedang bersorak. Keadaan panas tetapi terkawal

9.38 pagi: DSAI tiba di pusat membuang undi

9.49 pagi: DSAI selesai mengundi. Kini menuju keluar dari pusat membuang undi.

9.55 pagi: DSAI meninggalkan pusat membuang undi, dikerumuni puluhan wartawan.

10.02 pagi: DSAI selesai melayani wartawan, kini berarak ke kenderaan beliau 300 meter dari pusat membuang undi.

10.10 pagi: DSAI kini berama-sama konvoi Pakatan Rakyat melawat sekitar pusat membuang undi di Permatang Pauh.

10:29 pagi: DSAI kini sedang melawat pusat pengundian SK Seberang Jaya. Sokongan pengundi sangat positif.

10.40 pagi: DSAI mula meninggalkan pusat pengundian SK Seberang Jaya.

10.58 pagi: DSAI tiba di pusat mengundi di Tenggiri, Seberang Jaya.

11.29 pagi: Konvoi kini sedang bergerak sekitar Seberang Jaya. Helikopter memantau pergerakan konvoi.

11.35 pagi: DSAI singgah di Pusat mengundi Siakap 2 Seberang Jaya.

11.54 pagi: DSAI keluar daripada Pusat mengundi Tenggiri, sekarang menujuk ke Taman Tun Hussien Onn.

12:20 tengahari: DSAI kini tiba di usat mengundi To’ Kandu. Penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat memenuhi pinggir jalanraya.

12.30 tengahari: DSAI kini memasuki Pekan Permatang Pauh. Rakyat sekitar kawasan mengikuti konvoi DSAI.

12.34 tengahari: DSAI melalui jalan Sama Gagah. Rakyat di kiri kanan jalan beratur melambai-lambai ke arah DSAI dan DSWA.

12.45 tengahari: DSAI tiba di Pusat mengundi SMK Sama Gagah. Ribuan rakyat di Sama Gagah menyertai konvoi DSAI, bendera KeADILan berkibaran di sana sini. Penyokong Umno kelihatan tersentak dan lebih selesa untuk berdiam diri di pondok panas mereka.

1.05 petang: DSAI kini di SK Permatang Pauh. Penyokong menyambut ketibaan DSAI dengan meriah. Kanak-kanak ramai yang memakai topeng DSAI. Laungan Makkal Sakhti mendominasi suasana.

1.08 petang: Helikopter terbang rendah dan sentiasa mengikuti ke mana konvoi DSAI bergerak. Bunyi bising mengganggu penduduk. Tetapi masyarakat setempat tidak endah intimidasi tersebut.

1.26 petang: DSAI ini di Pusat mengundi Permatang Pasir. Kiri dan kanan jalan dipenuhi penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat sejauh 300 meter.

1.35 petang: Konvoi DSAI bergerak ke arah SK Guar Perahu.

2.19 petang: Konvoi DSAI kini bergerak keluar dari kawasan Guar Perahu.

2.51 petang: DSAI kini selamat sampai di Yayasan Aman, Penanti.

3.58 petang: DSAI kini bergerak keluar daripada Yayasan Aman. Dalam perjalanan terserempak dengan bas disyaki membawa pengundi hantu di Mengkuang Titi.

4.17 petang: DSAI kini di Pusat Mengundi Kampung Tun Sardon, Telok Wang.

4.32 petang: DSAI berhenti sekali lagi di tempat pengundi-pengundi hantu ditahan. Pengundi hantu masih tidak dilepaskan.

4.44 petang: DSAI menyelesaikan masalah setelah berbincang dengan pegawai bertugas. Kini bergerak keluar.

4.50 petang: DSAI kini berada di Pusat Mengundi SK Mengkuang.

4.56 petang: DSAI tiba di SJK Jit Sin dalam kawasan Berapit. Sokongan positif diperoleh oleh konvoi DSAI di sini. Pondok panas BN telah ditutup awal, hanya pondok panas KeADILan sahaja masih beroperasi di sini.

5.00 petang: Waktu mengundi secara rasminya TAMAT.

—————————————————————————

[kemaskini akan diselenggara mengikut perkembangan terkini secara terus daripada Permatang Pauh.]

[gambar ihsan daripada Wartawan Rasmi Laman Reformasi]

25 Ogo 2008

Sumpah Saiful diatur Pegawai Khas Najib ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 25 Ogos Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof didedahkan sebagai individu yang terlibat dalam mengatur sumpah Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu. Pendedahan tersebut dibuat oleh imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dalam satu wawancara yang disiarkan dalam Suara Keadilan online.

"Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan di dalam internet di mana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib," katanya yang dipetik daripada laman web Suara Keadilan.com.

Ramlang juga mendedahkan bahawa beliau telah mendapat arahan dari pihak atasan jabatannya supaya hadir menyaksikan sumpah Saiful itu.

"Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang al-Quran atau tidak," kata beliau.

Beliau turut mendakwa sumpah yang dilakukan oleh Saiful itu sebagai satu konspirasi terhadap Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim ~ HARAKAHDAILY

TERKINI! Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz ~ Malaysiakini

TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos ; Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. - mr_

RAMLANG PORIGI DI PENTAS PKR ~ Malaysiakini

KATA-KATA PENJELASAN IMAM MASJID WILAYAH USTAZ RAMLANG PORIGI
1. DIARAHKAN OLEH ORANG ATASAN UNTUK MENJADI SAKSI
2. 4 ORANG SAKSI
3. PADA HARI ITU LEPAS NIKAHKAN ORANG
4. SUMPAH SAIFUL BUKAN BELIAU YANG ATUR.
5. SEMUANYA MUNGKIN OLEH PEGUAM DAN ORANG LAIN YANG TIDAK PERLU SAYA SEBUTKAN NAMANYA.
6. SUMPAH LAKNAT TERSEBUT ADALAH UNTUK BELIAU SENDIRI
7. APA YANG SAYA BELAJAR.MESTILAH DIHADIRI OLEH KEDUA-DUA PIHAK SETELAH BUKTI DAK HABIS
8. TAPI KES BELUM BERJALAN
9. INI BUKAN SUMPAH MUBAHALAH
10. KALAU TGK MUKANYA BELIAU SEOLAH-OLAH RASA BERSALAH
11. KALAU BELIAU SEORANG YANG BERIMAN DAN KITA AKAN BERSA TAKUT SEBEBNARNYA.MUNGKIN TEKS YANG DISEDIAKAN ITU MENYEBABKAN BELIAU TIDAK RASA BERSALAH.
12. BEBERAPA KESALAHAN SEBUTAN
13. SEBUTAN TARIKH 26 OGOS YANG DISEBUT SAIFUL,

Sumber: Wrlr

Temuramah bersama Uztaz Ramlang Porigi


Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful
Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
.
Ramlang Porigi menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.
.
Penafian RAMLANG PORIGI - Haji Roslan Shaharum

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.