Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

20 Sep 2008

Kalau Tidak Ke Putrajaya

Kalau tidak ke Putrajaya
ke Kemunting boleh sahaja
ke Sungai Buloh mungkin juga
selagi nasib sekadar duka

Tiba-tiba jadual agak terlewat
kerana ada sumpah diliwat
menjadi duri janji berkawat
gamat marhaen menggapai gawat

Heboh dituduh agen Amerika
tidur berselimut Yahudi durjana
konon melayu di jual segera
demi gelojoh untuk berkuasa

16 Disember atau tidak
undur kata atau terlajak
meriah gimik perihal katak
ramai yang tersedak-sedak

Masih belum tiba di Putrajaya
singgah sebentar di istana negara
kerana parlimen tidak dibuka
senarai pun tersimpan rahsia

Kalau gagal tiba di Putrajaya
siapa gila yang berdekah ketawa
siapa sewel yang terjual jiwa
terus merdeka di jajah puaka!

Fudzail
Al twar 3

Pakatan Rakyat hantar surat pada Agong ~ Malaysiakini

Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu, memohon mengadap Seri Paduka, kata Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam forum anti-ISA di Pulau Pinang malam tadi.


Jika Seri Paduka memberi perkenan, sepertimana yang diharapkan oleh pemimpinan Pakatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya untuk meyakinkan Seri Paduka bahawa peralihan kuasa di Putrajaya tidak dapat dielakkan.


Mujahid berkata, Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan.

Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang, Mujahid berkata, pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

LAGI

PAKATAN RAKYAT MOHON MENGADAP AGUNG

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa telah berkata : Pakatan Rakyat telah menghantar satu surat resmi momohon untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung.

YB Dr Mujadid berkata demikian dalam satu forum anti-Isa di Pulau Pinang malam tadi.

Jika pemohonan mengadap di perkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung maka pucuk pimpinan Pakatan Rakyat akan menyembahkan nama-ahli-ahli parlimen yang telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pakatan Rakyat berharap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung akan menasihatkan Perdana baru-baru ini di Terengganu semasa 'krisis' perlantikan Menteri Besar. - Tukar Tiub.

Sheih Kickdefella Is Back ~ Malaysiakini

Hi folks, sorry for all the unreleased messages and comments. As you know, I have been away on holiday in Lokap Balai Polis Kota Bharu and Lokap Dang Wangi. I tried to check in at Pudu Prison but was turned away because not enough qualification.

I wished to thank all for the supports and prayers.

The police has treated me well and most of the time, beyond the call of duty. I made lots of friends too.

A PC is arrange for me at 5.30pm today for me to bare all. Hehehe if any….

Till then, rest assured, I have kick Dollah again as soon as I was released. You can ask the press.

Salaam and loves

~kickdefella


Artikel berkaitan

PENJELASAN KICDEFELLA MENGENAI ISU BENDERA TERBALIK

Senarai MP yang akan 'lompat parti' ~ Malaysiakini

Semua masih tertanya-tanya siapakah Ahli parlimen yang akan melompat Parti @ membuat undi tidak percaya kepada Pak Lah nanti. Kalau mengikut rentetan peristiwa yang berlaku, penganilisis 'kedai kopi' membuat andaian beberapa orang ahli parlimen yang PASTI akan melompat parti itu.

Antara yang ahli parlimen tersenarai oleh penganilisis 'kedai kopi' ialah

PERTAMA~ 5 orang ahli parlimen iaitu Dato Nasir, Datuk Halimah, Datuk Puad,Datuk Anifah dan Yb Norah. Alasan : mereka ini telah dihantar ke New York setelah berkampung di TAiwan. Kenapa mereka sahaja dihantar ke sana. Lagi pun mereka ini beragama Islam. Bulan puasa pulak tu..

KEDUA~ 2 orang ahli parlimen SAPP. SAPP yang bertindak keluar dari kompenan BN dan menjadi parti bebas semestinya akan menyokong undi tidak percaya itu.

KETIGA~ Seorang MP yang juga Menteri Kabinet yang akan juga 'melompat parti' juga kedengaran. Siapakah itu... Dalam khabar angin yang bertiup kencang, antara tersenarai ialah Muhyiddin Yassin & Zahid Hamidi. Tetapi keduanya sudah menafikan khabar angin berikut. Kita Tunggu dan lihat.....



KEEMPAT~ Sebahagian besar Ahli Parlimen Sabah & Sarawak yang dibawa ke Taiwan.

Kiasan Seloka Tok Guru Nik Aziz ~ Malaysiakini

BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN ~ Malaysiakini

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.

Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.

Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.

Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.

Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.

Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.

Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.

Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.

Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.

Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.

Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.

Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.

Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.

Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.

Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.

Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.

Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.

Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira.

Contoh yang paling mudah:
Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?

~ azizi abdullah

19 Sep 2008

Bakal Ketua Pemuda UMNO ~ malaysiakini


Inilah bakal Ketua Pemuda UMNO akan datang....
Tidak perlu saya bercakap banyak, lihat saje gambar dibawah!
Lebih banyak info, sila tanya Perdana Menteri kita, Pak Lah (bapak mertuaku)


Najib Selamat? Razak Baginda, Sirul Azhar dan Azilah Hadri bakal dibebaskan… - Malaysiakini

Adakah ini satu kejutan bagi Najib? Jika Najib benar-benar terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, Abdullah bakal menjadi 'pegawai penyiasat persendirian' di saat beliau menjadi Menteri Pertahanan. Segala rekod pembelian kapal selam dan pembelian bom C4 pastinya ada dalam Kementerian Pertahanan. Adakah Najib sedang masuk perangkapnya sendiri?

Adakah ini satu kejutan bagi Najib? Jika Najib benar-benar terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, Abdullah bakal menjadi ‘pegawai penyiasat persendirian’ di saat beliau menjadi Menteri Pertahanan. Segala rekod pembelian kapal selam dan pembelian bom C4 pastinya ada dalam Kementerian Pertahanan. Adakah Najib sedang masuk perangkapnya sendiri?

Najib Selamat? Razak Baginda, Sirul Azhar dan Azilah Hadri bakal dibebaskan…

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 31 Oktober ini untuk menentukan sama ada tiga orang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu perlu dipanggil membela diri ataupun dibebaskan.

Satu perkara yang pasti, jika keputusannya berbunyi “Setelah meneliti setiap hujah yang dikemukakan oleh Pihak Pendakwa dan Pihak Pembela, dengan ini diputuskan bahawa Abdul Razak Abdullah Baginda, Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Insp Azilah Hadri tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat”, ia pastinya akan menyebelahi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Jika keputusan sebaliknya, mereka akan diminta untuk membela diri masing-masing. Dan ketika itu, satu perkara yang pasti nama Dato’ Seri Najib pasti akan diheret sama kerana mereka ini bukannya kambing hitam yang sanggup dihukum mati kerana angkara orang lain.

Perdana Menteri kita, Abdullah Ahmad Badawi, tiba-tiba menukar portfolio menteri dengan Najib Tun Razak dengan alasan sebagai satu proses permulaan peralihan kuasa 2010. Adakah ini satu kejutan bagi Najib? Jika Najib benar-benar terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, Abdullah bakal menjadi ‘pegawai penyiasat persendirian’ di saat beliau menjadi Menteri Pertahanan. Segala rekod pembelian kapal selam dan pembelian bom C4 pastinya ada dalam Kementerian Pertahanan. Adakah Najib sedang masuk perangkapnya sendiri? Atau Abdullah sengaja untuk mengelak daripada diserang bertubi-tubi di dalam perbahasan mengenai Bajet 2009 di dalam persidangan dewan parlimen Oktober ini dan membiarkan Najib yang jadi mangsa?

Apa-apa pun, 31 Oktober 2008 bakal jadi suatu detik hitam atau bulan jatuh ke riba buat Najib.

Jadi, kesimpulannya…faham-faham sajalah, takkan tak dapat teka keputusannya nanti???

http://www.tranungkite.net

Cukai: Sumber Utama Pendapatan Negara Kapitalis - Malaysiakini

RM77 billion duit rakyat bakal dikaut oleh pemerintah!

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yakin mampu memungut cukai bersih sebanyak RM77 billion seperti yang disasarkan sebelum ini bagi tahun taksiran 2007. Ia merupakan peningkatan sebanyak 15 hingga 20 peratus kutipan cukai berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, ujar Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarahnya, Datuk Hasmah Abdullah.

Manakala bagi taksiran tahun 2008 pula, LHDN menjangkakan mengalami pengurangan akibat penurunan kuasa membeli rakyat. Bagaimanapun cukai dari syarikat petroleum mengalami peningkatan berikutan kenaikan harga bahan bakar tersebut baru-baru ini.

Demikianlah banyaknya duit rakyat yang bakal dikaut oleh pemerintah! Cukai adalah salah satu sumber utama pendapatan negara Kapitalis. Tanpa pernah memikirkan sedikit pun bagaimana Islam menjana pendapatan negara, pemerintah yang rata-rata mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis tetap rakus menghisap darah rakyat melalui cukai. Walhal Rasulullah SAW telah bersabda,

Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,

Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Hadis ini menunjukkan bahawa cukai bukan sahaja haram untuk dijadikan pendapatan negara, malah sesiapa sahaja (termasuk individu) yang memungut cukai, maka tempatnya adalah di neraka. Namun, kerajaan Kapitalis yang tidak pernah takutkan azab Allah langsung tidak mempedulikan hadis ini.

Kerajaan Kapitalis yang ada tidak pernah ingin mengkaji bahawa sumber pendapatan Negara Islam itu telah pun ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, antaranya Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber-sumber ini sumber yang diredhai oleh Alah dan langsung tidak menzalimi rakyat sebagaimana dalam sistem kufur Kapitalis yang bukan sahaja merampas harta rakyat, malah akan membawa pemerintah ke Neraka (berdasarkan hadis di atas). Itulah ‘hadiah’ dari Isebuah deologi Kapitalis, yang bukan sahaja akan membinasakan negara, malah diri pemimpin itu sendiri. Nah bukankah masanya untuk kita membuang segala hukum kufur ini dan menggantikannya dengan sistem Islam?”

http://www.tranungkite.net

18 Sep 2008

Pakatan Rakyat desak adakan sidang tergempar parlimen

Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar parlimen untuk membahaskan usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran beliau.

Sidang tergempar itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Selasa depan (23 September 2008).

Desakan tersebut dibuat bersesuaian dengan Peraturan 11(3) Parlimen yang membolehkan sidang tergempar itu diadakan berdasarkan keadaan politik semasa.

Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Perihal mengutuskan surat kepada Perdana Menteri itu disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan dua hari selepas tarikh yang diuar-uarkan oleh beliau untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan beberapa pemimpin lain.

SIDANG MEDIA TERGEMPAR ( 18 SEPT -2 PM) ~ MALAYSIAKINI

Sidang Media Tergempar DSAI
PADA : 18 SEPT 2008 (Khamis)

MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : IBU PEJABAT PKR (MERCHANT SQUARE)

Watch live video from anwaribrahim's channel on Justin.tv

Rampasan Tentera akan berlaku? ~ Malaysiakini


"Sekiranya di negara Thailand, kita pernah terdengar berkenaan kerajaan di gulingkan dengan rampasan tentera, namun apakah di Malaysia, perkara seperti itu akan berlaku?

Situasi politik Malaysia
yang yang gundah gulana dengan pelbagai strategi di atas sebab kelemahan Abdullah Ahmad Badawi menerajui pemerintahan negara Malaysia yang telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan juga pertambahan inflasi telah menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin politik yang lain merasakan bertapa perlunya Dolah Badawi meletak jawatan.

Akibat daripada kedegilan si tua bernama Dolah Badawi melepaskan kuasa dengan segera dan kesan daripada pemerintahannya yang lemah menyebabkan beberapa perancangan daripada pemimpin-pemimpin Malaysia menjalankan gerakan saraf dalam menjatuhkan Dolah Badawi dan menerajui pemerintahan.

Kes pertama bermula apabila Tun Madet dan kroni-kroninya cuba untuk menjatuhkan Dolah Badawi dengan pelbagai penjuru serangan yang bertubi-tubi sehingga memaksa Tun Madet keluar daripada UMNO. Asakan Tun Madet semakin terserlah melalui gerakan dalaman UMNO yang menyeru Dolah Badawi meletak jawatan sehinggakan Dolah mengalah dan menetapkan tahun 2010, beliau akan meletak jawatan daripada kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Kes kedua pula berlaku apabila
pemimpin daripada parti pembangkang yang sudah jemu dengan permainan kerajaan UMNO yang menggunakan segala kemudahan dan harta kerajaan untuk digunakan oleh anak-beranak mereka dan kroni-kroni mereka sahaja tanpa mendengar rintihan rakyat yang sebenar. Kenaikan harga minyak yang tinggi dan dijalankan secara mendadak menyebabkan rakyat semakin jemu dengan kelemahan Dolah Badawi menguruskan negara. Pencabulan sistem kehakiman dan undang-undang serta penyalah gunaan sistem polis oleh rejim Dolah Badawi dan UMNO serta sekutunya dalam Barisan Nasional menyebabkan rakyat sudah merasa tidak selamat dan mendesak Dolah Badawi meletak jawatan dengan mengusulkan 'undi tidak percaya' di Parlimen.


Kes ketiga pula berkaitan usaha daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin di dalam gabungan Pakatan Rakyat berusaha untuk mengambil takhta kekuasaan pemerintahan persekutuan Malaysia milik Barisan Nasional dengan mengumpulkan ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional yang ingin melompat parti dan sudah jemu dengan permainan kotor UMNO. Usaha tersebut ditetapkan pada tarikh 16 September 2008, namun usaha tersebut gagal akibat daripada kepentingan keselematan negara dan juga orang awam dan ianya telah diusahakan dengan cara baik bagi pengambil alihan kuasa secara aman.

Kes keempat pula adalah usaha dalaman daripada parti UMNO yang sedaya upaya ingin mengekalkan pemerintahan UMNO bagi menghalang daripada kemaraan Pakatan Rakyat menerajui Malaysia, dan hal ini di bawah nasihat bekas Perdana Menteri Malaysia iaiatu Tun Madet bagi menjatuhkan Dolah Badawi dan menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri untuk memperolehi semula sokongan Ahli-ahli Parlimen yang ingin melompat.....

Segala usaha untuk menjatuhkan Dolah Badawi ternyata banyak dan ianya disokong oleh rakyat Malaysia, akan tetapi, ke
degilan Dolah Badawi inilah yang menyebabkan Dolah berusaha mengubah strategi beliau dengan menukar jawatannya dengan Najib dengan mengambil jawatan Menteri Pertahanan dan memberi kepada Najib Menteri Kewangan.

Adakah kem Mahathir tidak berjaya menggunakan tentera bagi menjatuhkan Dolah Badaw
i dan menggantikan Najib dengan kelebihan Menteri Pertahanan yang dulunya di pegang Najib?

Adakah kem Anwar dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional yang ingin melompat untuk mengambil alih kerajaan Malaysia daripada tampuk pemerintahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat akan berhasil?

Dan.... Adakah Dolah Badawi dengan think thanknya, Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan kekuasaannya dan bersiap sedia menggunakan tentera bagi mengelak daripada kerajaan di bawah pimpinannya jatuh kecundang?

Namun, apa yang pasti..... Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bersama jemaah Majlis Raja-raja juga tidak akan berdiam diri dengan keadaan ini....... Dolah Badawi tidak tahu lagi di mana tempat ingin beliau bertaut, kerana semua dahan-dahan yang ada semuanya rapuh untuk beliau...... dan mungkin, akan memakan diri beliau sendiri.......

Akhir kata daripada Anak Reformasi...

LAWAN TETAP LAWAN!!!!

- Anak Reformasi

http://anak-reformasi.blogspot.com/

PENJELASAN KICDEFELLA MENGENAI ISU BENDERA TERBALIK ~ Malaysiakini

http://www.jeffooi.com/Sheikh-Kickdefella_0021-silk.jpg

Kickdefella di tahan polis !!!

Seolah sudah mengetahui: Read here for more

Berikut dipetik keterangan beliau mengenai isu bendera yang di terbalikkan menerusi blog beliau

* Tentu sekali saya halal untuk disembelih dan dibunuh kerana saya menebalikkan bendera Malaysia yang tidak salah disisi undang-undang. Sebab itu kes saya disiasat di bawah akta hasutan dan bukan kerana menghina bendera Malaysia.Berbalik kepada laporan polis yang dibuat ke atas saya dan seterusnya siasatan di bawah akta hasutan yang menyusul menyebabkan saya musykil.

* Mengapa saya tidak didakwa kerana menebalikan bendera Malaysia?

* Adakah saya ini penghasut?*

Adakah dengan mengenengahkan persepsi saya terhadap sikap Kerajaan yang menindas golongan kecil ini adalah satu cubaan menghasut yang boleh memporak-perandakan negara?

Saya protes terhadap ahli-ahli politik yang tidak serius menangani masalah yang dialami rakyat akibat ekonomi yang tidak menentu yang mengakibatkan kos hidup melonjak.

Saya menyeru rakyat Malaysia di alam maya supaya turut serta protes terhadap ahli-ahli politik ini supaya rakyat-rakyat kerdil tidak terus kekal sebagai statistik.

1. Saya TIDAK menyeru rakyat Malaysia berhimpun tanpa permit.

2. Saya TIDAK menyeru rakyat Malaysia merasuah.

3. Saya TIDAK menyeru rakyat Malaysia menghuru-harakan negara.

4. Saya juga TIDAK menyeru supaya pemimpin negara atau mana-mana umat manusia disembelih dan dibunuh.

Foto bendera Malaysia yang terbalik bersama bendera Kelantan yang disiarkan diblog saya pada posting saya yang lalu di ambil oleh saya pada pertengahan tahun 2007.

Insiden ini saya sedari sewaktu menghisap rokok di puncak bangunan pejabat saya. Kedua-dua bendera itu berada dihadapan Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Setelah mengambil foto itu, saya menghubungi seorang pegawai di kompleks itu dan memberitahu bahawa bendera Malaysia berkibar secara terbalik.

Seketika kemudian bendera itu dibetulkan semula. Tarikh sebenar kejadian itu masih ada didalam simpanan saya walaupun tiada pada saya pada saat ini. Pegawai yang menerima panggilan dari saya juga masih berkhidmat di Kelantan.

Saya mengaku saya sedih dan derita melihat Jalur Gemilang dikibarkan terbalik tetapi saya lebih sedih dan tersiksa mengenangkan nasib rakyat Malaysia sekadar statistik.Tetapi saya tidak sedih dengan ugutan untuk disembelih dan dibunuh oleh segelintir penyokong UMNO. Saya takut, tetapi tidak sedih.

Salaam saya buat Timbalan Ketua Polis Negara

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.