ANWAR Ibrahim berucap di hadapan lebih 10,000 penyokongnya
ANWAR Ibrahim bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pada majlis sambutan Hari Malaysia di Stadium Kejaya Jaya malam tadi.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat hari ini.
Saifuddin Nasution juga berkata, pihaknya sudah mempunyai bilangan wakil yang mencukupi untuk tujuan pembentukan kerajaan.
Difahamkan pihaknya sudah memujuk dan mendapatkan sokongan 40 hingga 45 Ahli Parlimen termasuk anggota Kabinet.
“Anwar akan mengumumkan modus operadi dan mekanisme untuk membentuk kerajaan pada sidang media (hari ini),” katanya.
Kata beliau, kerajaan persekutuan yang baru tidak akan dibentuk secara rasmi hari ini tetapi ia akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat.
Kata beliau, antara pukul 1.30 dan 1.45 tengah hari semalam seorang Ahli Parlimen bertaraf menteri telah menemui Anwar.
Saifuddin mengakui bahawa pembentukan kerajaan persekutuan yang baru memerlukan kehadiran wakil-wakil rakyat secara fizikal.
Malangnya dalam keadaan semasa, kata beliau, tidak semua Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan mampu hadir kerana sesetengahnya masih berada di luar negara termasuk di Hong Kong dan China.
"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok (hari ini) Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata Tian yang semalam pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara itu, yang mengadakan lawatan sambil belajar.
Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.
"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini (semalam). Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.
1 ulasan:
Bagaimana tahap kesetian MP BN yang lompat parti ni? Kemudian apakah mereka ini di beli untuk melaksanakan impian Anwar menjadi Perdana Menteri. Jika benar harap2 PAS tidak terlibat sama, biarlah kita menjadi PM dengan cara yang halal. Anwar pernah mengkhianati kita mengapa kita perlu tunduk pada Anwar?
Catat Ulasan