Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bebas menentukan masa yang sesuai untuk beliau kembali ke pangkuan UMNO.
Menurutnya, beliau sendiri tidak pasti sama ada Dr. Mahathir akan menyertai parti itu esok seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.
''Saya tidak ada maklumat tentang perkara itu kerana hanya dimaklumkan mengenai hasrat beliau itu minggu lalu. Berkenaan tarikh sebenar, saya tidak pasti.
''Perkara terbaik, kita perlu tanya sendiri kepada Dr. Mahathir," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Media anjuran kementeriannya di sini malam ini.
Ibu Pejabat UMNO dilaporkan belum menerima surat permohonan Dr. Mahathir untuk kembali semula ke pangkuan UMNO walaupun perkara itu telah dihebohkan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dilaporkan berkata, pihaknya setakat ini menganggap ia hanya sebagai 'cakap-cakap' selagi tidak menerima surat tersebut.
1 ulasan:
Agaknya bila Dr M akan menyertai semula UMNO dgn menyerah borang penyertaannya amat penting serta penuh dgn strategi menurunkan AAB.
Sekiranya diserahkan hari jugak, maka dlm mesyuarat MT pada hari terdesak dgn samada membincang penyertaan semula Dr M atau tidak akan memberi panduan terhadap sepakatan ahli-ahli MT kpd AAB. Cara ini, Dr M boleh menguji betapa "dalamnya sungai itu" dan mendapat jawapan "yang mana buaya akan menggigitnya".
Andainya, Dr M tidak berbuat demikian pada hari ini, maka beliau boleh membuatnya antara sekarang dan sebelum Okt 18 (tarikh bermulanya pencalunan bahagian UMNO).
Kesemuanya adalah utk menguji penerimaan beliau semula kepangkuan UMNO oleh yg menentangnya secara membisu, secara diam-diam ubi atau terbuka.
Catat Ulasan