TV ONLINE
26 Sep 2009
Jerteh Souq RM70 juta Terbengkalai
- Tidak Pernah Ada Jerteh Souq?
Jerteh, BESUT – Catatan dari informasi laman web menunjukkan tidak pernah ada secara rasminya apa yang digembar-gemburkan sebagai Jerteh Souq, sebagaimana di paparkan papan tanda mega projek tersebut yang sudah semakin usang disini.
Sekiranya diteliti, tender yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) pada bulan Jun tahun 2006 adalah Membina & Menyiapkan Bangunan Perniagaan & Kemudahan Di Medan Selera, Jerteh (MDB.01/05/06).
Dengan makna lain, Jerteh Souq adalah nama ‘politik’ yang digunakan untuk propaganda dan supaya ia dilihat lebih hebat oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Apa pun, amat malang kepada rakyat Terengganu, khususnya pengundi Jerteh yang sekali lagi telah memilih Idris sebagai wakil rakyat DUN tersebut.
Tinjauan Buletinonline ke bandar Jerteh baru-baru ini mendapati projek mega tersebut sedikit pun tidak mengalami apa-apa perubahan sejak tinjauan dibuat pada Februari tahun lalu (2008).
Ketika lalu untuk masuk ke tapak pembinaan ’Jerteh Souq’, wartawan Buletinonline sempat berbual kepada seorang peniaga kecil-kecilan yang menjaja ’petai’ berhampiran pintu zink disitu.
Apabila ditanya, bila ’Jerteh Souq’ itu akan siap, beliau menjawab ringkas, ”tunggu Haji Deris naik semula (jadi MB)”.
Tanpa meneruskan pertanyaan, beliau sendiri berkata, ”nak siap guano, pitih abih doh!”. ”Tu semo kerjo puok-puok dio lah,”katanya lagi.
Buletinonline difahamkan, walaupun kerja-kerja yang telah dilaksanakan bagi pembinaan tersebut agak minima, namun tuntutan yang dibuat keatas kerja yang telah dilaksanakn melebihi dari sepatutnya.
Oleh yang demikian, kerja-kerja pembinaan 'Jerteh Souq' tersebut kini terbengkalai.
Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Besut Haji Hassan Salleh, Projek 'Jerteh Souq' adalah sebenarnya tapak Pasar Jertih yang sebelum ini memberikan ruang niaga kepada peniaga kecil.
Katanya, sebelum dimusnahkan oleh kerajaan dibawah pimpinan Idris, beberapa bangunan di pasar tersebut baru sahaja siap dibina oleh Kerajaan PAS Terengganu.
"Ia telah dipecahkan dan diubahsuai semula, untuk menjadikan ia sebuah pojek baru bagi diagih-agihkan kepada ‘kroni’.
”Ini adalah antara pembangunan yang membazir yang sedang berlaku di Jertih,"ujarnya
Katanya, pengubahsuaian pasar Jertih juga menyusahkan para peniaga kecil yang terdiri dari orang-orang Melayu, dimana, gerai-gerai yang menjual goreng pisang serta air batu turut ‘dirombak’ mengakibatkan mereka kehilangan mata pencarian.
PKFZ: PKA saman Kuala Dimensi dan BTA Architect RM920 juta
Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memfailkan saman RM920 juta terhadap kontraktor siap guna untuk Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan konsultan yang dilantik bagi projek itu BTA Architect, dalam aspek pembangunan utama dan perjanjian tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006.
Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman itu sendiri di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pagi ini.
Bagaimanapun beliau enggan memberikan salinan keduadua saman itu kepada media.
Dalam kenyataan media beliau, Lee berkata saman itu difailkan untuk relief termasuk antara lain pembatalan semua perjanjian pembangunan dan satu pengisytiharan bahawa KDSB hanya layak dibayar dengan nilai kerja yang munasabah dilakukan dengan sewajarnyaAlternatif, beliau meminta satu pengisytiharan bahawa semua notis pembayaran yang dikeluarkan oleh KDSB adalah batal dan tidak sah.
Lee juga secara alternatif meminta satu pengisytiharan bahawa KDSB tidak layak, dan bahawa PKA tidak diwajibkan membayar KDSB tuntutan berjumlah RM836,758,459.92 di mana KDSB telah lakukan untuk kerja-kerja perparitan dan membekalkan air, permulaan bayaran profesional, masingmasing bagi pelbagai kerja di bawah perjanjian pembangunan itu.
Alternatif, beliau meminta satu perintah bahawa kerjakerja yang dijalankan oleh KDSB dikaji semula oleh sebuah konsultan bebas yang dilantik mahkamah dan bayaran permulaan dan profesional dinilai oleh mahkamah berkenaan.
Lee juga meminta faedah, ganti rugi umum dan kos mengenai satu asas indemniti dan ganti rugi kerana penipuan dan salah tafsiran kecuaian, faedah, kos, ganti rugi disebabkan bersubahat dan relief lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah.
Menurut kenyataan media, Lee berkata LPK juga memfailkan satu saman permulaan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, meminta satu pengisytiharan bahawa kenaikan dalam kadar faedah dari lima peratus kepada 7.5 peratus setahun berkaitan perjanjian tambahan untuk kerjakerja tambahan pembangunan yang ditandatangani pada April 2006 adalah batal dan tidak sah.
Beliau berkata jumlah amaun yang dipertikaikan kini kira-kira RM1.64 bilion termasuk RM720 juta saman yang difailkan oleh LPK di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 18 September.
"Lembaga LPK sedar dengan tugasnya untuk melakukan apa yang betul untuk lembaga pelabuhan itu dan menjalankan tugasnya dalam cara yang sesuai dan wajar," menurut kenyataan itu.
KDSB dilantik oleh LPK pada 2003 bagi membangunkan PKFZ di tapak seluas 405 hektar bersebelahan dengan Pelabuhan Utara di Klang.
Syarikat itu menjadi tumpuan barubaru ini berikutan dakwaan mengenakan caj berlebihan terhadap LPK bagi projek PKFZ, menyebabkan lembaga tersebut dan projek berkenaan menanggung kerugian. BERNAMA
22 Okt Keputusan Kes Tian Chua Gigit Polis
Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan untuk memutuskan kes Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang dituduh mencederakan polis sewaktu perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berhampiran Parlimen, dua tahun lalu.
Majistret Mohd Faizi Che Abu membuat keputusan berkenaan setelah mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan di Mahkamah Majistret Jenayah 2, Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.
Tian Chua ketika ditemui di luar mahkamah berasa yakin akan kemenangan dalam kes yang telah berlanjutan sejak 11 Januari 2008.
“Kebanyakan saksi secara nyata menyaksi saya di pukul dihentam pada kepala semasa saya dipegang oleh pegawai polis.
“Bagi pihak saya saya amat yakin kalaulah mahkamah ini memandang semua bukti-bukti secara adil saya yakin saya akan diisytiharkan tidak bersalah,” katanya.
Tian Chua dituduh menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22 dari Bahagian Narkotik, ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Disember 2007.
Tian diwakili peguam Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli, manakala pendakwaan diketuai oleh DPP Hanafiah Zakaria.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 332, Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, Tian boleh dihukum denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Tian akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen jika dipenjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000.
Tian ditangkap sewaktu perhimpunan Bersih di luar bangunan Parlimen kerana membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan umur bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.
Tian Chua yang berkereta pada masa kejadian ditahan dan ditolak keluar dari kenderaan oleh Lans Korporal Amran sebelum diheret dari kereta tersebut oleh Konstabel Rosyaidi.
Tian semasa kejadian berada jauh dari lokasi perhimpunan Bersih. Saksi di mahkamah dan rakaman video menunjukkan Tian dikasari dan dipukul sewenangnya oleh pihak berkuasa.
Terkecuali Konstabel Rosyaidi yang mendakwa dirinya digigit Tian Chua, tidak ada saksi mahupun rakaman yang mengesahkan tuduhan tersebut.
Tian Chua turut menafikan dakwaan bahawa beliau berdolak dalih ketika menjawab soalan dari pendakwaraya.
Ahli Parlimen Batu itu berkata soalan yang dikemukakan pendakwaraya berbaur politik dan berniat jahat.
Bagaimanapun beliau memberi kerjasama ketika soalan sama diaju peguambela dengan lebih jelas dan spesifik.
“Ya memang saya pada mulanya enggan menjawab beberapa soalan berunsur politik seperti soalan yang dikemukakan bertanya sifat saya terhadap polis adakah saya seorang yang anti kerajaan?
“Pada waktu itu saya tidak mahu menjawab kerana soalan-soalan ini tidak ada kena mengena dengan pendakwaan hanya sebagai satu taktik untuk mencemarkan atau memburuk pendirian politik saya,” katanya.
25 Sep 2009
Beraya di Besut - YB. Iskandar Abd Samad
Beraya di Terengganu Pt. 3
Pagi tadi dapat call, katanya dari Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut. Dia membaca blog ini dan mendapati saya berada di Besut. Tidak disangka ada orang sejauh Terengganu yang membaca blog saya. Beliau menjemput saya ke majlis Hari Raya PAS Kawasan Besut pagi tadi. Yang Dipertuanya turut menghantar SMS menjemput saya.
Di sana berjumpa dengan Dr Mujahid Yusuf Rawa yang isterinya juga orang Besut. Beliau juga bertanya tentang isu Selcat dan berharap dapat diselesaikan segera.
Saya menyatakan pendirian saya bahawa ianya non-issue. Tetapi teori lebih senang dari praktikal.
Selepas majlis terus ke bandar Jerteh dan singgah di kedai nasi kandar. Mula-mula hendak makan roti canai tetapi anak saya yang Tahun 1 berkata, 'Telur dia tak basuh'. Memang benar, telur-telurnya bersalut tahi ayam. Menjijikkan, tangan yang memegang tahi akan menguli tepung. Jadi kami makan nasi. Walau bagaimanapun ketika kami hendak balik, sebakul telur-telur yang telah dibasuh bersih dibawa dari dapur.
Nasi kandarnya boleh tahan. Setanding nasi kandar Tanjung. Tetapi sayang, nasi yang di'tapau' dibungkus dengan surat khabar Cina. Tidak kira Cina, Melayu, India atau Inggeris, kadang-kadang ada yang suka membaca surat khabar di dalam tandas. Bayangkan surat khabar itu akan digunakan untuk membalut nasi kandar atau nasi lemak. Sanggupkah anda makan?
Jerteh sibuk hari ini. Tetapi mungkin tidak sesibuk wartawan politik ketika isu Selcat masih panas.
Ada akhbar melapurkan Dato' Hasan Ali cuba menjadi juara. Kalau Dato' Hasan dan PAS tidak memperjuangkan nasib orang Islam, siapa lagi? Kenapa membiarkan UMNO mengambil kesempatan?
Malang sekali kita berada di dalam zaman di mana tidak lagi 'fashionable' memperjuangkan isu-isu Melayu-Islam. Sesiapa yang bercakap tentang isu Melayu-Islam dicap sebagai UMNO atau mahu menubuhkan kerajaan perpaduan. Walhal DAP juga bercakap tentang isu orang Cina dengan bebas. PKR juga bercakap tentang isu orang India.
Tetapi kita hendak menyekat diri kita sendiri. Pelik. iskandar56100.blogspot.com
Kembalikan Kegemilangan PAS Kawasan Besut
Jerteh, BESUT – PAS Kawasan Besut bertekad mengembalikan kegemilangan parti Islam tersebut di kawasan Besut dengan mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke 13 akan datang.
Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata demikian ketika memberikan respon atas cabaran yang dibuat oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa ketika berucap di Majlis Eidul Fitri PAS Besut.
Beliau yang ditemui Buletinonline berkata, kehadiran dua tokoh dari Pantai Barat, Haji Iskandar Abdul Samad (Exco Kerajaan Selangor) dan Ahli Parlimen Parit Buntar itu telah menyemarakkan semangat juang dikalangan ahli dan penyokong PAS.
Pada masa yang sama, kata Ustaz Wan Azhar, orang ramai yang hadir amat bertuah kerana dapat mendengar dan memahami perkembangan dan isu politik terbaru dari dua negeri, Selangor dan Perak.
Sehubungan itu, Haji Iskandar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, isu Selcat yang sedang hangat sekarang sebenarnya adalah isu remeh yang diperbesarkan oleh media.
Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memanggil satu mesyuarat bagi mengambil kata sepakat dalam isu berkenaan.
”InsyaAllah, ia akan dapat diselesaikan, satu mesyuarat yang melibatkan semua pihak akan diadakan pada Isnin ini (28 Sept), khusus untuk membincangkan isu Selcat,”katanya kepada Buletinonline.
Sebelum itu, Ustaz Wan Azhar dalam ucapan aluannya berkata, kunjungan yang tidak putus-putus orang ramai ke majlis tersebut menandakan satu isyarat yang jelas dari rakyat terhadap suasana dan perkembangan politik yang berlaku.
Buletinonline dimaklumkan, Majlis yang diadakan di pekarangan pejabat PAS Kawasan Besut tersebut telah dihadiri lebih 3000 orang pengunjung sejak jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Api, lawan tetap lawan
Jerteh, BESUT – Lee Ting Wan, 64, atau yang lebih ’glamour’ dengan panggilan ’Api’ adalah seorang ahli Kelab Penyokong PAS yang sangat komited, bahkan beliau telah menjadi penyokong dan pengundi PAS sebelum dari Kelab Penyokong ditubuhkan.
Dari dahulu sehingga sekarang, dimana sahaja program umum PAS diadakan, pasti kakinya sampai untuk mendengar ceramah, taklimat atau hadir memberikan sokongan moral.
”Saya nak beri semangat, lawan tetap lawan,”katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Eidul Firi PAS Kawasan Besut yang diadakan di perkarangan PAS Besut, di bandar Jerteh, Khamis, 24 September.
Dengan menyangga tongkat dicelah ketiak kanannya, Api melangkah dengan dipimpin oleh temannya, hadir ke majlis tersebut.
Beliau yang mengidap ’kencing manis’ terpaksa menjalani rawatan dan menyebabkan kaki kanannya terpaksa di potong beberapa bulan lalu.
”Bage Pine, kito tak leh kato, tapi Bi-en sakit, alek kito sedak (Bagan Pinang, kita tak boleh nak kata, tapi BN sakit, sebelah kita (PAS) sedap),”komen Api dengan loghat Besut apabila ditanya tentang peluang PAS dalam pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang.
Beliau yang tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana kempen pilihanraya kecil, walau bagaimana terpaksa menjawab ’kito tak leh gi’ apabila ditanya samada beliau akan turun membantu kempen di PRK Bagan Pinang.
Keadaan kaki palsunya yang baru digunakan menyebabkan beliau yang sudah agak lemah, tidak begitu selesa untuk berjalan jauh.
Namun, berbanding dengan warga yang seusia dengannya, ’Api’ benar-benar umpama api yang terus menyala dalam memperjuangkan keadilan dan menerima perjuangan PAS sebagai landasan perjuangannya. SM Noor (BO)
Takziah: Anak Ketua Pemuda PAS Besut meninggal dunia
Semalam, dari awal pagi lagi kami PEMUDABESUT sibuk dengan tugas yang diamanahkan sebagai 'jurukako' Rumah Terbuka AidilFitri PAS Kawasan Besut. Tapi yang kurangnya hari ini ialah Ketua Pemuda kami tiada bersama dalam majlis itu kerana masih di Hospital HUSM kerana menunggu isterinya bersalin. Anak dalam kandungan yang berusia 6 bulan lebih itu disahkan mati 3 hari sebelum AidilFitri menjelang.
Oleh kerana bagi menyambut Aidil Fitri, Doktor menasihatkan supaya anak dalam kandungan terpaksa dikeluarkan pada hari raya ke 3. Anak yang bakal lahir ini adalah anak lelaki ke 3 yang meninggal dalam kandungan. Sekarang ketua Pemuda sudah mempunyai 6 cahayamata & semuanya perempuan. (Gambar : Ust Zul sedang memegang mayat bayinya.)
Pukul 12 tengahari, kami menerima SMS dari ketua Pemuda bahawa Zohor di rumahnya. Kami dari AJK Dewan Pemuda PAS Besut merakam ucapan Takziah kepada Ust Zulkifli atas berita tersebut.
24 Sep 2009
SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Suruhanjaya Pilihanraya membersihkan senarai pengundi pos di Bagan Pinang dan memperbetulkan kaedah pengundian Pos yang dilaksanakan oleh SPR yang dilihat tidak telus dan tidak adil.
Beliau melahirkan rasa tidak senang dengan kaedah mencurigakan yang digunakan oleh SPR dalam mengendalikan pengundian pos.
Kata Anwar, sekiranya pengundian pos dijalankan secara telus dan adil, Pakatan Rakyat dapat memberikan saingan yang sengit terhadap Barisan Nasional walau siapa pun calon yang diletakan oleh parti perkauman itu semasa di Pilihanraya Bagan Pinang nanti.
"Yang menjadi masalah dan menimbulkan keraguan rakyat adalah mengenai prosedur yang ditetapkan oleh SPR seperti tiada pengawasan yang teliti sewaktu pengundian,tidak membenarkan calon berada di pusat mengundi ketika proses pembungan undi pos berlangsung, pengiraan undi selepas 3 hari dan tiada kemaskini data pengundi Pos," kata Anwar.
Beliau ditemui dalam satu majlis terbuka Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor othman di Penanti. Turut hadir ke majlis rumah terbuka, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Haji Abas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat.
Khamis lalu, Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar memorandum ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malayasia (SPR) membantah penggunaan Borang 2, tempat mengundi dan kaedah berkempen untuk pengundi pos.
Memorandum berkenaan mendesak SPR mengambil tindakan segera bagi memperbaiki beberapa aspek penting yang melibatkan pengundi pos dan juga mekanisme pengundian.
Pakatan Rakyat menegaskan peraturan mewajibkan pengundi pos mengisi Borang 2 merupakan satu pencabulan ke atas prinsip kerahsian undi. Pemuda PR melihat tiada sebarang alasan yang munasabah kenapa Borang 2 ini diperlukan, apatah lagi dengan mewajibkan pengundi pos mendedahkan nombor kertas undi yang diberikan kepadanya.
Peraturan Borang 2 ini juga jelas bertentangan dengan Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang melarang mana-mana pegawai, kerani, jurubahasa atau agen untuk mendapatkan atau mendedahkan maklumat identiti pengundi dan juga nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi.
23 Sep 2009
Selamat Hari Raya - Jen Endoro
Selamat Hari Raya - Jen Endoro meraikan Anak Kelantan Perantauan dalam Majlis Mesra Aidil Fitri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan pada 2 Syawal 1430/ 21 September 2009 di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu.
Turut Hadir Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yaakob dan para Exco Dato’ Husam Musa, Dato Mohd Amar, Dato’ Anuar Tan, Dato’ Takiyuddin Hassan, Mej (B) Md Anizam Abdul Rahman, Dr Fadli Hassan dan Che Abdullah Mat Nawi serta Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN.
Perjuangan Masa Depan Yang Lebih Mencabar - Presiden PAS
- PAS Terengganu menerima 'Padah' Kerana Menobatkan Islam
KUALA TERENGGANU - Ukuran sifat taqwa kepada orang-orang Islam yang menunaikan puasa Ramadhan adalah sejauh mana tanggungjawab menegakkan al-Quran dilaksanakan dalam kehidupan mereka.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika merumuskan ucaputamanya di Majlis Ijtima’ EdiulFitri PAS Terengganu bersama Perantau yang diadakan di Kuala Ibai disini semalam.
Menurutnya, PAS Terengganu telah berjaya menegakkan al-Quran dalam masa pemerintahannya diantara 1999 hingga 2004, dengan menabalkan Islam.
Katanya, melalui majoriti dua pertiga, PAS telah mewajibkan didalam perlembagaan undang-undang (tubuh) negeri Terengganu; al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias sebagai undang-undang tertinggi.
”Di Terengganu kita meluluskan undang-undang Islam, undang-undang Terengganu di gazetkan, Tuanku (Sultan) kita sign (tandatangan) dan digazetkan (sebagai) undang-undang, barangkali ramai orang yang tidak sedar,”jelasnya.
Katanya, oleh kerana kerajaan PAS Terengganu telah meletakkan asas Islam yang kuat, satu operasi luar biasa telah dibuat untuk menumbangkan PAS Terengganu.
Pada pilihanraya umum 2004, katanya, ada perkara yang tidak kena berlaku, dimana jumlah pengundi di Terengganu melebihi separuh jumlah keseluruhan rakyat Terengganu dan peratus keluar mengundi adalah sangat luar biasa.
”walaupun peratus undi rakyat Terengganu turun 2%, kita kalah (di Terengganu), di Kelantan (undi) kita turun 5 – 6% (tetapi) kita boleh bertahan,
”(jumlah) pengundi melebihi 50% (rakyat Terengganu), pengundi seramai 520,000 dan (jumlah) rakyat Terengganu 1 juta,
”dan peratus (keluar) mengundi di negeri lain antara 70 hingga 80%, pengundi (keluar mengundi) di negeri Terengganu 85 % ke atas, ada yang 89% dan ada yang 90% lebih, mengatasi (jumlah keluar mengundi) di negara-negara maju,”terangnya.
Katanya kejayaan tersebut meletakkan ’satu batu penanda’ yang sangat kuat, walaupun terpaksa PAS Terengganu terpaksa ’menerima padah’ didunia.
Justeru, katanya, perjuangan menghadapi cabaran masa depan adalah lebih besar, tanggungjawab yang perlu dipikul bukan hanya oleh pemimpin PAS, namun kepada semua orang Islam.
Minta PM jawab dokumen mengenai PKFZ
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab persoalan yang telah didedahkan oleh sebuah laman blog mengenai dokumen kerajaan yang didakwa bukti penting skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Menurutnya, dokumen terbabit menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari pihak Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada RM4.63 bilion.
“Perdana Menteri perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah palsu. :
“Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota Kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta,” katanya, semalam.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota Kabinet boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.
“Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menuntut pihak kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya.
“Mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut dilaksanakan dan didapati tidak berdaya maju malah kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion,” katanya.
Katanya, penubuhan pasukan petugas khas bagi menyediakan laporan penyiasatan isu PKFZ sebenarnya bermotif politik.
”Sebab itulah mereka begitu takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu. :
”Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu,” katanya.
Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam Pas ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.
Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbul pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion malah siasatan awal ke atas projek PKFZ mendapati ia diselamatkan dengan pinjaman kerajaan.
Siasatan tersebut juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) membeli 404 hektar tanah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja.
Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei lalu oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu turut menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan. sinarharian
22 Sep 2009
PAS bantah lagi, gesa konsert Beyonce dibatalkan
Pemuda PAS, yang pernah membantah konsert penyanyi Beyonce Knowles dua tahun lalu sehingga ia terpaksa dibatalkan, meneruskan pendiriannya dengan menggesa kerajaan membatalkan persembahan artis itu di ibu negara bulan depan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pihaknya mahu kerajaan menarik balik permit membolehkan konsert itu - Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009 diadakan 25 Oktober ini.
"Dewan Pemuda meminta kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab agar menarik balik kebenaran (yang telah diberikan)... apa tujuan membenarkan konsert ini diadakan?
"Kita tidak mahu kebenaran kepada konsert yang menyuntik kerosakan moral dan akhlak muda-mudi," kata Nasrudin ketika dihubungi.
Selain membantah konsert itu buat kali kedua berturut-turut, Dewan Pemuda pernah menyatakan pendiriannya menentang persembahan Rihanna Live in Kuala Lumpur pada Februari lalu dan kumpulan Michael Lears To Rock awal bulan ini. Turut dibantah ialah konsert Mariah Carey.
Bagaimanapun Nasrudin berkata, pihaknya kemungkinan tidak sempat menghantar memorandum kepada kementerian terbabit kerana akan sibuk dengan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan awal bulan depan.
Penyanyi itu sepatutnya mengadakan konsertnya di Malaysia pada 2007 tetapi dibatalkan ekoran bantahan Dewan Pemuda PAS. Seterusnya artis itu mengalihkan lokasi konsertnya ke Jakarta.
Ketika itu Nasrudin merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS.
Knowles yang terkenal dengan gerak tari bootylicious dijadual mengadakan persembahan julung kali di Stadium Nasional, Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur ialah salah satu destinasinya dalam siri konsert dunia yang meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia.
Penganjur konsert itu ialah Marctensia dan UCSI Communications.
Siri konsert dunia itu diadakan sempena pelancaran album ketiganya, I Am… Sasha Fierce yang merangkumi lagu-lagu hit seperti If I Were a Boy, Single Ladies (Put a Ring on It), Halo, Sweet Dreams dan Broken-Hearted Girl.
Nasrudin menambah, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert itu daripada diadakan.
"Sebaliknya kami akan mengedarkan risalah bagi mendidik peminat-peminatnya daripada menghadiri konsert tersebut," kata beliau sambil menambah, risalah akan diedarkan di pintu masuk konsert itu diadakan kelak.
"Kita bukan antihiburan, bukan menentang semua bentuk hiburan tetapi membantah hiburan-hiburan yang mendorong kepada keruntuhan moral dan persembahan artis yang tidak bersesuaian," katanya. mStar
21 Sep 2009
”Sisters In Islam” Agen kepada musuh Islam di peringkat antarabangsa | pkfz
" 'Sisters In Islam' ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang,
"Cuba tanya ’Sisters In Islam’ kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?,
"Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam !,"kata Ketua Dewan Ulamak PAS Dato' Ustaz Harun Taib ketika ditemui selepas Solat Sunat Eidul Fitri, di Markaz Tabiyah PAS Kubang Lembek, Manir, disini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu hukuman rotan yang dikenakan keatas bekas jururawat yang menjadi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.
Di bawah dipaparkan kenyataan Penuh Dato' Ustaz Harun Taib;
Kenyataan Penuh Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib berkaitan tindakan ’Sisters In Islam’ dalam Isu Hukuman Rotan keatas Kartika Sari Dewi Shukarno
________________________________________________________________________________________
Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.
Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang, di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu.
Jadi undang-undang yang dikenakan kepada Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil ”maklum minaddin bi darurat”- semua orang Islam tahu.
Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.
Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!
Soalan; Jadi kita nak katakan tindakan ’Sisters In Islam’ itu apa dia ?
Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya ’Sisters In Islam’ kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?
Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang?
Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam ! BO
TAMAT
Sila Rujuk Laporan Akhbar dan Kenyataan Sisters In Islam;
SIS files to stay Kartika’s caning
Memorandum on Justice For Kartika
SIS has right to ask for revision on Kartka whipping sentence: Shahrizat
20 Sep 2009
Wajah Terakhir Noordin M Top
"Salah satu analisi tadi, kalau kita bandingkan antara sketsa wajah semasa hidupnya dengan jenazah. Kita lakukan dengan teknologi yang sedang kita kembangkan, ini prinsip di tingkat dunia, kita gabungkan ternyata match dengan titik-titik yang ada diwajahnya (Noordin) walaupun berjambang," katanya.
Menurutnya, dari mulai rambut, alis hingga mulut wajah mangsa yang terkorban itu mirip dengan wajah Noordin M Top. "Garis rambutnya begini, alisnya begini, hidungnya begini, mulutnya begini, bibirnya juga begini, ini sama. Ini muka jenazah ditarik ke tengah dipadankan ketemu match," terangnya sambil membandingkan foto Noordin semasa hidup dengan foto Noordin ketika terkorban dengan wajah berjambang dan mulut menganga.
Jual kereta Proton Murah-murah...
Apa istimewanya orang Arab?
Kata "Rakyat didahulukan" … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu... Hahaha...
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950
1 Saudi Riyal = RM 0.94
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…
Tu dah siap masuk tambang kapal pulak tu…
Haaaa… Ini baru harga Proton… Kalau aku tunjuk harga kereta bukan Proton, ada yang sakit jantung nanti…
MCA batal pemecatan Soi Lek | pkfz
Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr Chua selama empat tahun berkuatkuasa serta merta.
Sebelum ini, Majlis Presiden MCA mengesahkan syor jawatankuasa disiplin parti itu supaya Chua dipecat ekoran skandal video seks didakwa telah mencemarkan imej parti itu.
Keputusan itu telah mendorong penyokong Chua untuk melancarkan kempen mengutip tandatangan para perwakilan parti itu, mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membatalkan pemecatan Chua dan mendesak supaya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat meletak jawatan.
Mereka berjaya mendapat tandatangan satu pertiga atau lebih 800 perwakilan seperti yang diperlukan untuk mengadakan EGM tersebut.
Kejayaan mereka itu dilihat sebagai satu isyarat bahawa ramai perwakilan dan ahli akar umbi MCA yang tidak menyokong pemecatan timbalan presiden MCA itu.
Sebuah akhbar portal melaporkan,para pemerhati politik menyifatkan keputusan jawatankuasa pusat membatalkan keputusan majlis presiden itu sebagai satu usaha untuk meredakan krisis yang melanda parti komponen kedua terbesar dalam BN itu.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri telah menasihatkan pucuk pimpinan MCA supaya segera menyelesaikan krisis dalaman parti itu kerana ia turut menjejaskan BN.
Najib kini sedang berusaha untuk memulihkan sokongan kepada BN yang kalah teruk dalam pilihan raya umum tahun lalu di mana ia terlepas lima negeri kepada pembangkang serta hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.
Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.
Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.
Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.
Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.
Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.
Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.
Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.
Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.
Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.
Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.
Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.
Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.
Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.
Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.
Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.
Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.
Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.
Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.
Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.
Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._
TAKBIR RAYA AIDIL FITRI
الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ والله أكبر , الله أكبر ولله الْحَمْدُ
الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ولانعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وأعز جنده وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ والله أكبر,الله أكبر ولله الْحَمْدُ
Maksud:
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”
“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”
Untuk embbed player "Takbir Hari Raya" boleh guna script di bawah
Ehsan Imeem
Perutusan Syawal oleh Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.
Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.
Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.
Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.
Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.
Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.
Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.
Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!
Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd.
Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.
(Menteri Besar Pekatan Rakyat Perak,
Ahli Parlimen Bukit Gantang,
ADUN Pasir Panjang)
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....
BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
►
2011
(11)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
▼
2009
(1436)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
-
▼
09/20 - 09/27
(21)
- Jerteh Souq RM70 juta Terbengkalai
- Gambar di Rumah Terbuka AidilFitri PAS Besut
- PKFZ: PKA saman Kuala Dimensi dan BTA Architect RM...
- 22 Okt Keputusan Kes Tian Chua Gigit Polis
- Beraya di Besut - YB. Iskandar Abd Samad
- Kembalikan Kegemilangan PAS Kawasan Besut
- Api, lawan tetap lawan
- Takziah: Anak Ketua Pemuda PAS Besut meninggal dunia
- SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos
- Selamat Hari Raya - Jen Endoro
- Perjuangan Masa Depan Yang Lebih Mencabar - Presid...
- Minta PM jawab dokumen mengenai PKFZ
- PAS bantah lagi, gesa konsert Beyonce dibatalkan
- ”Sisters In Islam” Agen kepada musuh Islam di peri...
- Wajah Terakhir Noordin M Top
- Satu Hari di Hari Raya ~ RABBANI
- Jual kereta Proton Murah-murah...
- MCA batal pemecatan Soi Lek | pkfz
- Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dat...
- TAKBIR RAYA AIDIL FITRI
- Perutusan Syawal oleh Dato' Seri Ir Hj Mohammad Ni...
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (34)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.