Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

8 Mei 2010

Gambar : Sekitar Penamaan Calon PRK Parlimen Sibu










SUMBER GAMBAR : DAP Terengganu,Mstar & The Malaysian Insider

ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI

Pertandingan tiga penjuru di Sibu



Proses penamaan calon di sesi pagi berjalan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini.

Penyokong kedua-dua belah pihak berbalas slogan di bawah pengawasan unit anti-rusuhan.

Calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng tiba di dewan Suarah Sibu kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Beliau diiringi 700 penyokong bersama setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Calon Barisan Nasional, Robert Lau tiba 10 minit kemudian dengan 5,000 penyokong bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Shafie Apdal, Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Noh Omar.

Mereka masuk Dewan pada jam 9 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan.

Calon Bebas, Narawi Harun tiba 5 minit kemudian.

Sementara itu, lalulintas bandar Sibu tidak terjejas dengan sekatan polis di beberapa batang jalanraya.

Perarakan dibanyangi helikopter polis di angkasa raya, dan keliling Dewan Suarah Sibu dikawal unit anti rusuhan dilengkapi gas pemedih mata.

Ketika berita ini ditulis, Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan kematangan politik Pakatan Rakyat dengan menjengah khemah parti lawan.

Beliau diiringi Datuk Dr. Hasan Ali, Xavier Jeyakumar dan Salahuddin Ayub menjenguk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Sharizat Jalil dan Khairy Jamaluddin.

Tan Sri Khalid juga menemui Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikenalinya lebih 30 tahun.

Menteri Besar Selangor yang diapit Dominique Ng ketika ditemui kemudian berkata, walaupun sebahafian besar pimpinan PR dan BN saling mengenali namun pendekatan politik yang membezakan dua gagasan ini.

Khalid berkata, rakyat tidak lagi perlu meletakkan kepercayaan kepada Barisan Nasional kerana pemerintah telah diberi peluang berulang kali dan menggagalkannya.

Pegawai Memerintah KD Inderapura Dipecat



KUALA LUMPUR 7 Mei - Pegawai Memerintah KD Sri Inderapura yang terbakar pada Oktober 2008, ditamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia selepas Mahkamah Tentera mendapati beliau bersalah atas dua pertuduhan berhubung kejadian itu.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abd Aziz Jaafar, berkata hukuman berhubung pertuduhan kehilangan kapal logistik terbesar TLDM akibat kebakaran itu disahkan bulan lalu.

"Kita boleh mengalami kebakaran di atas kapal tetapi kita tidak boleh kehilangan kapal akibat kebakaran. Ini adalah kes pertama yang menyebabkan kehilangan aset TLDM akibat kebakaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Beret Kehormat Pasukan Khas Laut (Paskal) Sayap Penerbangan Kehormat kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.

Abdul Aziz berkata walaupun pegawai berkenaan telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang dalam TLDM namun setiap perkara yang berlaku pada sebuah kapal adalah di bawah tanggungjawab pegawai memerintahnya.



Akibat kejadian kebakaran pada 8 Okt 2008, KD Sri Inderapura yang berkhidmat 14 tahun bersama-sama TLDM dengan memainkan peranan cemerlang sebagai kapal logistik terbesar TLDM serta pelbagai misi dan operasi yang melangkaui sempadan perairan negara telah dilucutkan tauliah pada 21 Jan lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid (bawah) berkata TLDM perlu menjadi pasukan yang bukan sahaja menepati piawaian tertentu malah segala aset, keperluan dan kesiapsiagaan berada di tahap tertinggi.


"Peranan TLDM dalam membantu syarikat perkapalan dalam Ops Fajar telah mendapat pengiktirafan pasukan maritim dunia. TLDM kini diangkat sebagai satu penanda aras baru bagi menjaga aset negara di perairan antarabangsa. Ia turut diikuti oleh negara-negara lain," katanya.

Beret dan Sayap Penerbangan Kehormat diberikan kepada tokoh tertentu bagi mengenangkan jasa dan bakti sesuai dengan sumbangan mereka kepada pasukan tertentu dan TLDM di peringkat antarabangsa.

Sayap Penerbangan Kehormat merupakan lencana yang dianugerahkan sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan dalam menghargai jasa individu atau personaliti yang banyak menyumbang serta menabur bakti kepada pembangunan memajukan cawangan udara secara langsung atau tidak langsung.

- Bernama

6 Mei 2010

Forum keadilan untuk adik Aminulrasyid (Bahagian Pertama)

Adakah keadaan terlampau ekstrem sehingga polis perlu menggunakan senjata api untuk menembak mati adik Aminulrasyid?

"Kita tengok, jumpa parang dalam bonnet (dakwaan polis), apa bahayanya? Saya tak nampak apa bahaya, kecuali kalau parang itu diayunkan (wave) pada polis. Tapi kalau diayunkan pada polis, (itu pun) dalam kereta sahaja. Melainkan (ayunan parang) dalam keadaan bertentang muka (confronted, face to face)."

"Kalau dalam keadaan pertentangan yang bersemuka pun, polis masih boleh tembak pada kaki (Aminul). Why must you kill (Mengapa kamu membunuh)?"

Demikianlah kupasan dan pertikaian yang dilontar oleh pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Raja Badrol Hisham terhadap polis, ketika mengulas isu adik Aminulrasyid, remaja berusia 14 tahun yang ditembak mati oleh polis, pada awal pagi 26, April.

Berbekalkan dokumen perundangan seperti Kanun Prosedur Jenayah, Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan sebagainya, pensyarah UIAM ini mengupas bagaimana cara yang sewajarnya untuk mengendalikan kes arwah Aminulrasyid, seandainya polis mengikut lunas undang-undang.

Syarat tangkapan tanpa waran

Raja Badrol Hisham bermula dengan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah, yang menyatakan tiga cara tangkapan polis, iaitu menyentuh tubuh badan, mengurung badan orang yang ditangkap dan ketiganya, orang yang ingin ditangkap menyerah diri.

Menurut Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah, tangkapan tanpa waran memerlukan syarat seperti bersandarkan aduan munasabah (reasonable complaint) dan informasi yang credible. Sambil berseloroh mengandaikan dirinya pendakwa raya di mahkamah dalam kes ini, Raja Badrol Hisham (gambar kiri) berkata polis mungkin memberi justifikasi dengan prasyarat ketiga, iaitu "telah wujud syak yang munasabah di mana orang yang nak ditangkap terlibat dengan jenayah".

Jelasnya, perilaku jenayah yang dimaksudkan termasuklah kononnya arwah Aminulrasyid membawa kereta dengan laju, melepasi dua atau tiga lampu trafik, lari dari kereta dan tidak berhenti apabila dikejar polis.

Pensyarah undang-undang ini kemudiannya memetik seksyen 15 (2) Kanun Prosedur Jenayah yang membenarkan polis untuk menggunakan kekerasan ketika mencegah orang itu daripada melarikan diri. Raja Badrol Hisham mengingatkan, sungguhpun undang-undang membenarkan polis menggunakan segala langkah yang perlu untuk melakukan tangkapan, termasuk tembak mati, tetapi ia terikat dengan syaratnya.

"Misteri" parang terjawab

"Tembak sampai mati? Boleh, tetapi mesti jatuh kepada jenayah yang mungkin dilakukan itu ialah satu jenayah yang boleh dihukum mati, sekiranya dia disabitkan salah di mahkamah nanti."

Malah, Raja Badrol Hisham menambah, selain hukuman mati, tembakan sampai mati juga dibenarkan untuk kesalahan jenayah yang mengundang hukuman penjara seumur hidup. Kenyataan ini mungkin menjelaskan mengapa "parang misteri" dikatakan ditemui dalam kereta Aminulrasyid (gambar kanan), kerana hukuman untuk jenayah rompakan bersenjata adalah penjara seumur hidup.

"Bila penjara seumur hidup, boleh ditembak sampai mati," kata Raja Badrol Hisham, sambil mendakwa bahawa tuduhan parang ditemui itu adalah untuk menyelindung polis semata-mata (to cover their back).

Biarpun bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa "kereta digunakan sebagai senjata", namun Raja Badrol Hisham mempertikaikan, "Apakah bukti cukup?" Berhubung dakwaan ini, beliau mencadangkan agar pakar forensik mengenalpasti sama ada kereta arwah Aminulrasyid berundur, kerana kesan tayar pada jalan akan berbeza jikalau kereta mengundur.

Syarat menggunakan senjata api

Beliau membacakan syarat yang terkandung dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara, ketika polis menggunakan senjata api, iaitu "jika seseorang sedang diserang dengan cara yang boleh mendatangkan perasaan takut, iaitu akibat daripada serangan itu boleh mengakibatkan kematian atau cedera parah"; lantas menjelaskan bagaimana dakwaan bahawa "arwah mengundur keretanya untuk merempuh polis" sebagai justifikasi polis melepaskan tembakan.

Beliau menambah, "menembak orang hanya dengan tujuan untuk mencederakan orang, menjatuhkan orang itu atau menahan kesalahan itu daripada berlaku." Malah, beliau menyambung, "jika keadaan mengizinkan, haruslah ditujukan kepada kaki orang itu."

Bagaimanapun, ketika syarat tersebut diaplikasikan ke dalam kes Aminulrasyid, Raja Badrol Hisham mengakui bahawa polis tidak dapat menembak kaki arwah kerana arwah memandu dalam kereta, tetapi harus dihalakan ke arah roda kereta.

Pensyarah undang-undang ini beberapa kali mempertikaikan, apakah situasi ketika kejadian berlaku begitu "ekstrem" dan merbahaya, sehingga memerlukan polis untuk menembak, malah dikatakan kira-kira 20 peluru ditaburkan ke arah kereta arwah Aminulrasyid?

Rangkaian Command Center

Ketika mengulas kes ini, Raja Badrol Hisham berkata, "Dalam kejar-mengejar ni, dia (polis) akan refer kepada command center. Dapatkan maklumat. Semasa mengejar, kalau dia dapat nombor kereta tu, dia boleh gunakan rangkaian command center. Di setiap daerah (district), dia ada command center daerah. Ada juga command center negeri (state), dan di Bukit Aman dia ada command center nasional."

Dengan kata lain, polis sebenarnya boleh mengenalpasti sama ada kereta yang dikejar itu kereta penjenayah atau tidak kerana mereka dapat akses kepada Jabatan Pengangkutan Jalanraya. Malah, sesetengah kereta rondaan kini dibekalkan dengan kemudahan yang canggih, termasuk komputer untuk mendedahkan polis kepada maklumat yang diperlukan semasa rondaan.

Tidak cukup dengan itu, Raja Badrol Hisham mengingatkan bahawa kejadian tembakan berlaku di kawasan perumahan, di mana itulah kawasan yang sering dironda polis. Beliau berkata, dalam kawasan perumahan, dua kereta yang menutup kedua-dua penghujung jalan sudah memadai untuk menghalang seorang budak daripada melarikan diri.

Tembak mati: "Jimat"

Raja Badrol Hisham berkata, "Daripada itu, mereka (polis) mengambil jalan pintas. Tembak mati lagi senang. Ikut kawan saya yang ada dekat D9 (Jabatan Siasatan Jenayah) itu, quote word dia orang, 'jimat'."

"'So, kita (polis) tutup semua. Jimatkan keadaan'. Untuk mereka (polis), jimat duit rakyat," katanya itu mengundang ketawa hadirin, sebelum beliau melontarkan soalan, "Tapi, bolehkah kita jimat keadilan? Keadilan tidak boleh dikompromi."

Ketika menyimpulkan pembentangannya, Raja Badrol Hisham berkata, "kematian arwah (Aminulrasyid) ini sebenarnya boleh dielakkan, sekiranya pihak polis faham IGSO (Inspector General Standing Order atau Perintah Tetap Ketua Polis Negara) itu sendiri."

Lebih mengejutkan, apabila beliau mendedahkan, "Saya rasa terkilan juga, bila IGSO ini hanya dibekalkan kepada Ketua Polis Daerah. Pegawai-pegawai biasanya tak dapat. Kalau kita nak didik anggota polis ni, tentang kuasa mereka, maka setiap seorang mereka mesti ada IGSO. Dan setiap satu OCPD pun patut ada CPC (Kanun Prosedur Jenayah)."

Beliau berkata sedemikian kepada kira-kira 100 orang yang hadir dalam forum keadilan untuk adik Aminulrasyid, bertemakan "Bersatu pertahan Hak Asasi Rakyat", anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Selain Raja Badrol Hisham, ahli panel yang diundang termasuklah peguam bagi pihak keluarga arwah Aminulrasyid, N.Surendren dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Wong Chin Huat. Moderator forum ini ialah Presiden PKPIM, Mohammad Faisal Abd Aziz. Forum ini dimulakan dengan bacaan puisi berjudul "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, A. Samad Said.

Forum keadilan untuk adik Aminulrasyid (Bahagian Kedua, tamat)

Segala-galanya bermula dari "kesilapan ringan". Keluar malam, mengambil kereta kakak dan memandu tanpa lesen, bergeser dengan kereta lain... hampir setiap kesilapan itu pernah dilakukan oleh orang biasa. Namun, ia berakhir dengan sesuatu perkara yang serius, apabila tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh polis ke arah seorang budak yang usianya belum mencecah 15 tahun.

"You are dealing with a 14-year-old frightened boy, you are not dealing with Bruce Willis in the Die Hard movie! (Anda berdepan dengan seorang budak berusia 14 tahun yang berada dalam ketakutan, anda bukan berdepan dengan Bruce Willis dalam filem Die Hard!)"

Demikianlah luahan daripada peguam keluarga arwah Aminulrasyid, N.Surendren ketika berucap dalam forum keadilan untuk adik Aminulrasyid, bertemakan "Bersatu pertahan Hak Asasi Rakyat", anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Selain N.Surendren, ahli panel yang diundang termasuklah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Wong Chin Huat dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Raja Badrol Hisham. Moderator forum ini ialah Presiden PKPIM, Mohammad Faisal Abd Aziz. Forum ini dimulakan dengan bacaan puisi berjudul "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, A. Samad Said (gambar atas, kiri).

Bagai penggambaran filem...

Namun, apa yang berlaku pada awal pagi 26 April cukup mendebarkan, seolah-olah penggambaran filem, sebagaimana yang disifatkan oleh salah seorang saksi kepada N.Surendren. Tembakan dilepaskan bertubi-tubi oleh polis ke arah kereta arwah Aminulrasyid, semasa kejar-mengejar, tanpa amaran oleh polis melalui pembesar suara.

Menurut N.Surendren (gambar kanan), seorang lagi saksi kejadian mendakwa dirinya mendengar bunyi tembakan, dan disusuli bunyi hentaman yang kuat kemudiannya (kereta arwah melanggar tembok), lantas menyangkal dakwaan polis bahawa arwah Aminulrasyid cuba merempuh polis dengan mengundur keretanya ke arah polis. Seandainya mengikut versi polis, maka saksi akan mendengar bunyi hentaman dan kemudian disusuli tembakan.

Malah, peguam yang berpengalaman dalam pembelaan mangsa keganasan polis ini berkata, setiap kali berlakunya kejadian sebegini, pihak polis atau kerajaan akan mengeluarkan kenyataan yang sama (same standard statement), menuduh bahawa senjata seperti parang atau kapak ditemui dalam kereta mangsa tembakan. Beliau juga menyelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abd Jalil yang cuba mengalihkan kesalahan kepada keluarga kerana tuduhan "membiarkan anak keluar lewat malam".

Turut hadir semalam, mangsa keganasan polis, Norizan bt Salleh (baris ketiga dari depan, kedua dari kanan, gambar kiri)yang terkena lima das tembakan polis pada awal pagi 30 Oktober 2009. Tuduhan yang hampir sama turut dilemparkan terhadap ibu tunggal ini, tetapi tiada pendakwaan ke mahkamah setakat ini. Bahkan, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein pernah berjanji untuk menyiasat aduan Norizan, namun belum memperlihatkan hasil siasatannya sehingga hari ini.

Tragedi yang menunggu untuk berlaku

N.Surendren tidak terkejut dengan kejadian arwah Aminulrasyid, apabila memulakan ucapan dengan berkata, "Kes Aminulrasyid ini, adalah satu tragedi yang hanya menunggu masanya (untuk berlaku)."

Beliau menjelaskan, peguam hak asasi manusia, NGO, pembangkang telah berjuang bertahun-tahun, malah berdekad-dekad untuk memastikan pihak polis tidak menyalahkan kuasa ketika menggunakan senjata api, tetapi tidak diendahkan.

N.Surendren mengungkit satu peristiwa yang berlaku sekitar pertengahan tahun 1990-an, apabila bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse tegas mengkritik penembakan sebegitu. Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad (gambar kanan) menyatakan kepada media, "Apakah perasaan Raja Aziz jikalau penjenayah mengajukan pistol pada kepalanya?"

N.Surendren berkata, "Soalnya bukan sama ada penjenayah meletakkan pistol pada kepalanya, tetapi soalnya jika ada penjenayah di sana, apakah cara pihak polis perlu (gunakan) untuk menangkap mereka? Adakah dengan cara menembak sewenang-wenangnya? Bermakna kita tak perlu mahkamah, tak perlu peguam bela, tak perlu DPP, tak perlu hakim... terus sahaja menghukum?"

Keresahan ini turut dikongsi bersama oleh Raja Badrol Hisham yang memperingatkan, "Seorang penjenayah pun ada hak untuk dilindungi dalam perlembagaan. Hanya undang-undang yang boleh mengambil hak itu, termasuk hak nyawa. Hak nyawa (yang dirampas) dalam undang-undang ialah gantung sampai mati, kalau didapati salah. Tetapi apa yang berlaku di sini ialah polis bertindak sebagai hakim."

"Mereka (polis) memutuskan siapa hidup siapa mati," tambah beliau.

Institusi berperangai suka menyeksa

Ketika merumuskan kes keganasan negara, yang berlaku sama ada dalam bentuk pembunuhan di luar hukum atau kematian dalam tahanan, yang mana mangsanya merentasi kaum, Wong Chin Huat menuding jarinya ke arah "institusi yang berperangai suka menyeksa".

"Kalau arwah Aminulrasyid seorang berketurunan India, maka saudara Uthayakumar (pemimpin Hindraf, Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia) akan berkata ini adalah institutional racism, kerana 'polis suka tembak orang India'. Tetapi arwah Aminulrasyid bukan orang India, puan Norizan bukan orang India, polis tembak juga, kan?"

"Saya kira itu institutional sadism, perangai suka menyeksa yang sudah bersifat institutional," katanya. Malah, Wong Chin Huat (gambar kiri) menganggap masyarakat Malaysia sebenarnya bermasalah, kerana mempunyai budaya menerima keganasan - menolak hanya seksaan terhadap warga baik, tetapi membutakan diri apabila keganasan berlaku terhadap penjenayah.

Wong Chin Huat kemudiannya mengajak hadirin untuk mengkaji masalah institusi polis, "Masyarakat kita tak kurang orangnya, yang setiap kali institusi negara dikecam kerana melanggar hak asasi manusia, ada orang yang kata, ini adalah ancaman kepada institusi Melayu, kerana institusi polis itu adalah majoritinya Melayu. Institusi kerajaan itu Melayu dan sebagainya..."

"Saya rasa adalah penting bagi kita untuk melihat bahawa kalau kita ada satu institusi yang berperangai suka menyeksa, maka tak kira apa warna kulit kita, apa kepercayaan kita, kita mempunyai peluang yang sama untuk menjadi mangsa," simpulnya.

Siasatan bermula selepas setiap tembakan

Menurut Wong Chin Huat, mereka yang mati dalam tahanan polis atau penjara dari tahun 2002 hingga 2009, mencatat angka 1,704 orang. Malah, statistik juga menunjukkan United Kingdom yang mempunyai populasi hampir satu kali ganda lebih daripada Malaysia, mencatat angka dua orang ditembak mati, berbanding dengan Malaysia, 39 orang yang ditembak mati (menurut rekod NGO), pada tahun 2009. Lebih mengejutkan, tiada rekod tembakan polis yang menyebabkan kematian pada tahun 2007 dan 2008 di UK.

Keadaan ini berlaku kerana setiap tembakan yang dilepaskan oleh polis di UK, akan disusuli dengan penyiasatan secara automatik, tidak kira tembakan tersebut salah atau betul dari sisi undang-undang. Untuk Wong Chin Huat, kita memerlukan satu mekanisme pemantauan dalam institusi polis, misalnya IPCMC untuk memastikan agar arwah Aminulrasyid menjadi mangsa terakhir.

Pengasingan kuasa

Untuk Wong Chin Huat, kuasa tunggal ke atas institusi polis yang dipusatkan kepada kerajaan persekutuan adalah antara faktor yang menjurus kepada masalah institusi polis hari ini. Sambil mengakui masalah tekanan yang dihadapi polis, beliau menegaskan bahawa kritikan terhadap institusi polis tidak harus dilihat sebagai memusuhi polis secara individu.

Malah, Raja Badrol Hisham (gambar kiri) juga bersetuju dengan pandangan untuk membantu agar institusi polis diperbaiki, setelah berlakunya tragedi hitam sebegini. "Di negeri lain, mereka menggunakan kesilapan atau kesalahan untuk memperbaiki institusi tersebut. Tetapi di Malaysia, kesilapan satu-satu institusi itu cuba diselindungi."

Wong Chin Huat mengupas dari rangka politik, memperlihatkan bagaimana dengan pemusatan kuasa pada kerajaan persekutuan, institusi polis menjadi perkakas politik kepada kerajaan persekutuan. Gambarannya cukup jelas apabila tenaga polis dikerah untuk menjadi perisik (special branch), dan menghalang "perhimpunan haram". Sebaliknya, salah laku polis terus dilindungi kerajaan kerana berkhidmat untuk kepentingan politiknya.

Justeru itu, beliau menyarankan agar kuasa terhadap polis diasingkan (decentralized) antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Dengan kata lain, polis akan mempunyai dua "bos", satu di Putrajaya, dan satu lagi di ibu negeri masing-masing. Keadaaan ini akan menjurus kepada keadaan di mana kerajaan negeri perlu mengambil perhatian, seandainya kerajaan persekutuan enggan mengendahkan aduan rakyat terhadap polis.

- *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Isteri kedua jumpa Sultan Kelantan di HUSM

KOTA BARU, 6 Mei — Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan yang sebelum ini mendakwa dihalang daripada menemui baginda muncul di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian malam tadi.

“Ada, kat (di) atas bersama beberapa orang, mungkin pembantunya.

“Tapi saya tidak pasti sama ada dia (Elia) dapat jumpa tuanku atau tidak,” kata seorang anggota pengawal keselamatan yang ditemui di pekarangan pintu masuk HUSM.

Elia diiringi empat pembantu dilihat memasuki pintu masuk utama HUSM kira-kira pukul 10.45 malam tadi secara tidak langsung telah mengejutkan banyak pihak.

Elia dan Tuanku Ismail Petra disahkan berkahwin pada 31 Dis 2007. Bagaimanapun beliau dinafikan hak lawatan semasa baginda sedang menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak Mei tahun lalu.

Lantaran penafian itu beliau memfailkan tuntutan hak tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah di sini melalui peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pada 4 Feb lalu Hakim Syarie Mohd Yusof Awang mengeluarkan perintah membenarkan Elia melawat baginda antara setiap Sabtu hingga pagi Isnin berikut.
Ketika itu, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid menemani Sultan Ismail Petra sejak baginda dibawa ke HUSM dua hari lepas.

Kawalan rapi pasukan keselamatan turut ditempatkan di kawasan hospital berkenaan.
Difahamkan, Elia yang berada di luar negara pulang setelah mendapati Tuanku Ismail dimasukkan ke hospital.

Sultan Ismail dibawa ke HUSM bagi mendapatkan rawatan susulan setelah keberangkatannya untuk menyambung rawatan susulan di Singapura dua hari lepas telah dipertikaikan.
Baginda ditempatkan di wad diraja HUSM yang terletak di tingkat lapan bangunan hospital tersebut.

Sementara itu, Fakhrul Azman yang dihubungi lewat malam tadi memberitahu beliau tidak mengetahui perkembangan tersebut.

“Tak pasti pula saya, sebab saya sekarang berada di Kuala Lumpur.
“Elia tidak maklumkan kepada saya, mungkin ada pihak yang sudah boleh membantunya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ia tidak menjadi masalah kalau tidak dirujuk kepada beliau terlebih dahulu sebab perintah mahkamah membenarkan Elia melawat baginda masih sah.

Dalam pada itu, wakil media yang menunggu sehingga pukul 2 pagi tadi hampa apabila dimaklumkan Elia keluar melalui pintu belakang HUSM.TMI

5 Mei 2010

Gobind dihalang hadap Sultan Kelantan sediakan afidavit

KOTA BARU, 5 Mei — Peguam Gobind Sing Deo (gambar) yang mewakili Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra mendakwa gagal menemui baginda untuk menyediakan afidavit kerana dihalang pihak tertentu.
“Kami telah buat percubaan untuk berjumpa dengan Tuanku Sultan untuk mendapat (menyediakan) afidavit untuk tindakan satu mahkamah tetapi kami dihalang, tidak dibenarkan oleh pihak polis, seterusnya kami juga buat percubaan untuk berjumpa dengan Raja Perempuan tapi gagal juga kerana tidak dibenarkan.
“Saya datang ke sini untuk jumpa anak guaman untuk sediakan afidavit, saya tidak tahu apa perlu untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak tertentu,” kata beliau kepada pemberita di pekarangan pintu masuk utama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian petang ini.
Beliau enggan menyatakan tujuan afidavit itu.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur esok untuk menjelaskan tindakan susulan.
Kegagalan menemui Sultan Kelantan menyebab beliau tidak dapat mengesahkan butir-butir afidavit tersebut.
Gobind yang dikatakan buat pertama kali mewakili Sultan Kelantan itu hadir di hospital berkenaan dengan ditemani peguam Datuk Haziq Pillay kira-kira 5.30 petang.

Dalam pada itu Gobind menganggap usaha menghalang beliau sebagai satu situasi yang agak aneh.
“Sesuatu yang agak aneh bila peguam dihalang daripada berjumpa anak guamnya, lebih-lebih lagi baginda merupakan Sultan dan Raja Perempuan bagi negeri Kelantan.
“Pada kami semua orang ada hak untuk membawa tindakan ke mahkamah untuk mempertahankan diri mereka.
“Dan kami di sini hanya untuk mendapatkan dokumen supaya dapat teruskan satu tindakan,” jelasnya.
Sehubungan itu beliau berharap kes berkenaan dapat difailkan di mahkamah dalam masa terdekat.
“Kita akan berusaha mendapatkan jalan alternatif sekiranya gagal untuk kami jumpa anak guaman kami.
“Dan kita akan beri semua butir-butir berkenaan dengan ini apabila kita failkan nanti, saya tak boleh beri maklumat itu sekarang ini,” tambahnya.
Menjawab pertanyaan pemberita sama ada selepas ini Sultan Kelantan akan dibawa ke Singapura setelah gagal berbuat demikian semalam, beliau berkata, “setakat ini apa yang saya tahu Tuanku nak pulang ke Istana.”
Sultan Kelantan dimasukkan ke HUSM malam tadi selepas dipertikaikan keberangkatannya ke Singapura untuk rawatan susulan.
Berikutan itu juga Tengku Temenggong dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan berada di premis itu kira-kira tiga jam.
Mereka ditahan kira-kita 100 meter dari Istana Mahkota oleh pasukan polis dari Unit Tindakan Khas semasa dalam perjalan menuju ke lapangan terbang untuk berangkat ke Singapura.
Turut ditahan dua doktor peribadi Sultan Kelantan dan lima anggota keselamatan Tengku Temenggong.TMI

TIBA-TIBA WANG 114 JUTA EURO DALAM AKAUN PERIMEKAR SDN BHD

Peguam: Kita Ada Bukti Kukuh Siasat Skandal Scorpene

Peguam Perancis, Joseph Breham berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengerakkan siasatan keatas skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau berkata isu utama yang mengundang syak sekitar perolehan kapal selam ini adalah pembayaran RM534.8 juta ringgit kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, sebagai upah kepada 'kerja-kerja sokongan'.

"Kita mempunyai laporan akaun Perimekar pada tahun 2001 dan 2002," kata Joseph Breham dalam satu temubual bersama portal Malaysiakini, dan menambah "bagaimanapun syarikat ini dengan tiba-tiba mendapat 114 juta euro dalam akaun bank mereka. Ini mengundang syak. Lebih-lebih lagi apabila pemegang saham utama syarikat ini adalah isteri kepada rakan karib Menteri Pertahanan pada masa itu,"

Joseph merujuk kepada isteri Abdul Razak Baginda, Maslinda.

"Jika kita lihat fakta bahawa Altantuya Shaariibuu dibunuh oleh pengiring Perdana Menteri, serta pemadaman rekod-rekod imigresen Altantuya ke negara ini, lantas menunjukkan ada pegawai tertinggi tertentu yang mahu menghilangkan bukti Altantuya berada di negara ini,"

Fakhry ditangkap, Tengku Anis diawasi

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

Menurut Kosmo, Tengku Fakhry (kanan) ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Akhbar tabloid itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.
Mereka dikatakan baru keluar kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota.

Kejadian itu berlaku pada jam 7.30 malam.

Semasa kejadian, turut berada dalam sebuah daripada kenderaan rombongan itu ialah Pemangku Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

4 Mei 2010

Karpal Singh dilantik peguam keluarga Aminulrashid

Karpal tuntut tuduhan bunuh ke atas polis



Peguam terkenal, Karpal Singh dilantik keluarga Aminulrasyid Amzah bagi mewakili mereka dalam semua prosiding dan urusan perundangan berhubung kematian remaja berusia 15 tahun itu.

Norsiah Abdullah, ibu Aminulrasyid memaklumkan keputusan itu semalam dan Karpal menyatakan kesediaannya untuk bekerjsama dengan peguam lain, N Surendran yang menjadi jurucakap keluarga itu sejak kejadian.

Mengikut Malaysian Insiders, Karpal juga akan menulis kepada Peguam Negara mengenai kepentingan siasatan adil dan menyeluruh serta menolak cadangan penubuhan inkues sebagaimana cadangan kerajaan pemerintah.

Pada masa sama, Karpal yang juga Pengerusi DAP berharap polis sedia memberi kerjasama.

Tembak remaja Pemuda Pakatan lapor Suhakam



Pemuda Pakatan Rakyat menyokong saranan supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat kes remaja mati ditembak polis di Shah Alam, minggu lalu.

Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan segera suruhanjaya diraja bagi menjalankan siasatan.

Beliau menyatakan demikian sebelum menyerahkan memorandum Pemuda Pakatan Rakyat kepada Suhakam berhubung kes tembakan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, di pejabat suruhanjaya itu petang ini.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ketua Dapsy, Anthony Luke Siew Fook.

Di dalam memorandum tersebut, Pemuda Pakatan menyokong saranan Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia yang juga mantan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Hamdan Adnan supaya Suhakam sebagai badan bebas menyiasat kes tersebut sebagai pihak ketiga kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan dan memastikan siasatan dijalankan dengan telus.

Serah dua telaga minyak suatu penderhakaan



Dato' Hj Mahfuz Omar

Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.

“Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.

“Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,”

Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan.

Perkara 2 juga,membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.

Mengambil kes persempadanan semula Wilayah Persekutuan Putrajaya, beliau berkata, kerajaan Pusat akhirnya akur dengan mendapatkan persetujuan Dun Selangor dan Sultan Selangor, walaupun pada awalnya kerajaan Pusat terus masyhurkan suatu kawasan dalam negeri Selangor sebagai ‘Persekutuan’.

Disebabkan itu, dengan merujuk pada pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjelaskan bahawa penyerahan dua telaga minyak tersebut diluluskan oleh kabinet, saya menggesa kerajaan Pusat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh Kuala Lumpur ketika memeterai perjanjian persefahaman dengan Bandar Seri Begawan.

Walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib selaku ketua kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri serta menganggap bahawa isu terbabit adalah isu terpencil yang melibatkan Abdullah semata-mata.

Dari segi yang lain, saya juga ingin turut mempersoal tindak-tanduk kerajaan membatalkan perjanjian persefahaman dengan Murphy Oil, iaitu syarikat perdagangan minyak antarabangsa demi memastikan hasrat menyerahkan kedua-dua telaga minyak tersebut kepada Brunei.

Dengan pembatalan sedemikian, sekaligus mencalar reputasi Petronas, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam industri petroleum di peringkat dunia.

“(Dengan) pembatalan ini, bukan sahaja integriti kerajaan dilihat musnah, malah Petronas selaku GLC yang bergiat di peringkat antarabangsa pun turut dipersoal apabila mereka berurusan dengan negara-negara pengeluar minyak.

“Dunia akan tanya Patronas, sekiranya perjanjian dengan Murphy Oil pun kerajaan boleh batalkan, apakah jaminan Petronas sekiranya ia (Petronas) dilantik untuk membangunkan industri minyak di negara-negara yang dia berurusan,”

Saya bercadang untuk mengetengahkan perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebelum membuat usul supaya suatu sidang Dewan Rakyat tergempar diadakan demi membincangkan isu penderhakaan tersebut.

RAKAN Aminulrasyid Amzah, Azamudin Omar menceritakan kejadian yang berlaku pada beliau



Baca kisah pembohongan polis yang diceritakan sendiri oleh saksi utama kejadian kes kematian Aminuul-Rasyid kerana ditembak dengan kejam oleh anggota polis.

Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

"Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.

Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.

Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.

"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.

Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.

Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarga mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.

“Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.

Pemuda PAKATAN Rakyat ke SUHAKAM

Oleh : Ust Nasrudin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)


JUCTICE For Aminurrasyid.

1. Kami bukan mempolitikkan isu ini tetapi tugas kami sebagai ahli politik untuk membela masyarakat tertindas dan membantah sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa . Ketua Polis Selangor kata ahli politik jangan campur ! ini kenyataan yang tidak betul ! Jika kes seperti ini tidak ditangani oleh orang politik , jangan harap kes ini akan diberi perhatian serius . Tengok sahaja apa yang berlaku sekarang , Polis yang menembak Aminurrasyid hanya ditukar kerja bukan digantung tugas . Bagaimana kalau yang menembak itu orang biasa , saya yakin orang itu akan terperosok dalam penjara menanti tarikh pembicaraan .

2. Kita bukan menentang PDRM malah sangat memahami keperntingan serta keperluan PDRM bagi mengjaga dan mengawal keselamatan negara dan rakyat . Apa yang kita tentang ialah penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak menepati undang - undang dan peraturan . Hanya beberapa anggota Polis yang terlibat , bukan semua maka Ketua Polis Negara tidaklah perlu menggelabah . Jika benar ia tetap benar namun jika salah maka perlu diambil tindakan .

3. Pemuda PAKATAN Rakyat mendesak supaya satu Suruhanjaya Penyiasat yang bebas seperti SUHAKAM atau Suruhanjaya diRaja segera dibentuk untuk menyiasat kes ini . Bukan kita tidak percaya kepada Polis tetapi tidak wajar polis siasat polis .


3. Segala tuduhan awal yang telah dilemparkan kepada Allahyarham Aminurrasyid wajar malah mesti ditarik balik kerana ia memburukkan nama baik keluarga dan merosakkan reputasi mereka . Allayarham tidak memiliki rekod jenayah malah diberitahu oleh saksi bahawa mereka bukan pulang dari menyamun tetapi hanya pulang dari keluar bersama kawan - kawannya .

4. Kami akui , pelajar remaja seperti Allahyarham sewajarnya tidak dibiarkan berkeliaran diwaktu lewat malam pula memandu tanpa lesen oleh kedua ibubapanya tetapi apakah kesalahan - kesalahan itu mesti dihukum tembak sampai mati ?

Pemuda UMNO Kepong Bantah Perlantikan Ezam Sebagai Senator

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepong mahu pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Senator dikaji semula.

Ketuanya, Norizan Ali (gambar) berkata pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.

“Mengapa orang yang cukup banyak memburukkan kerajaan boleh diberi tempat yang cukup istimewa sedang ramai lagi yang bermati-matian berjuang untuk parti tidak langsung diangkat?” katanya.

Menurut Norizan, jika begitulah realitinya maka selepas ramai ini yang akan keluar UMNO kemudian masuk ke dalam parti semula dan jasanya individu seperti itu akan lebih dikenang.

“Orang-orang yang pernah bersekongkol dengan parti pembangkang dan kuat menentang kerajaan tidak perlu diberi tempat dan keistimewaan,” katanya.

Menurutnya, ini cukup mengambarkan bahawa ketidak adilan telah berlaku malah menimbulkan ketidakpuasan hati dan perasaan kecewa dikalangan pemimpin dan ahli UMNO yang lain.

“Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati tak makan kerana ahli tidak nampak keperluan kerajaan untuk melantik bekas Ketua AMK itu sebagai Senator,” katanya. -SH

Karnival Sukan Pasti Kawasan Besut

Urusetia
Pengadil sukaneka termasuk Ketua Pemuda Besut Ust Zulkifli Kadir(Kiri)
Bakal Penjaga Gol no 1 negara he..he..
Acara bolasepak mendapat sambutan hangat penonton
ooops masuk !! masuk!!
yeahhh masuk...bolajaring
Tiup belon lelaki
Tiup Belon perempuan
Isi air dalam botol lelaki
tekunnya adik kita ni
Isi air dalam botol perempuan
Hati2 nanti meleleh kat luar..rugi nanti
Lari dalam guni lelaki
Lari dalam guni perempuan
Bawa bola ping pong
Lari berganti ganti lelaki
Lari berganti ganti perempuan
Santai,seluruh keluarga hadir memberi sokongan
Anak kecil turut dibawa
Meriah,Ibu bapa memberi sokongan untuk anak anak
Sebahagian ibu bapa yang hadir
Hadiah untuk pemenang
Hadiah di sampaikan Tim. Ketua Pas Kaw. Besut Hj Hassan Salleh


Pada Ahad 2/5/2010 yang lalu Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut telah menganjurkan Sukan Pasti Peringkat Kawasan Besut.Kejohanan yang diadakan di Belakang Masjid Hadhari Jerteh ini membabitkan lebih kurang 300 pelajar Pasti Seluruh Besut.Antara acara sukan yang diadakan termasuklah bolasepak,bolajaring dan sukaneka yang membabitkan acara tiup belon,lari dalam guni,isi air dalam botol dan lari berganti ganti.
Dalam acara bolasepak yang membabitkan keempat empat Dun dalam Kawasan Besut pasukan Dun Hulu Besut muncul juara,kedua Jerteh dan ketiga Kuala Besut.Sementara itu pasukan Dun Jerteh mengungguli dalam acara Bola jaring,kedua Kuala Besut dan ketiga Hulu Besut.
Selain ibu bapa dan pelajar turut hadir hadir memeriahkan kejohanan termasuklah Ketua Pas Kawasan Besut Ustaz W.Azhar W. Ahmad,Naib Ketua Hj Adam Mat Said,Penolong S/U Nik Hasan Azmi,Ketua Pemuda Ust Zulkiflli Kadir dan Pengarah Pasti Besut Ust Kaspi Ismail.
Hadiah kepada peserta di sampaikan Timbalan Ketua Pas Kawasan Besut Hj Hasan Salleh.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.