Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

30 Jul 2010

Sarjan N. Tharmendran menghadapi pertuduhan lain..



Sarjan N. Tharmendran dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan sahaja menghadapi pertuduhan mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM, tetapi turut didakwa atas pertuduhan lain di Mahkamah Tentera kerana menerima harta awam yang digunakan secara tipuan dan satu pertuduhan alternatif iaitu menerima harta curi.

Sarjan itu didakwa mengikut Seksyen 61(b) Akta Angkatan Tentera 1972 dan Seksyen 88 Akta Angkatan Tentera 1972 yang berlawanan dengan Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Tharmendran telah dihadapkan ke Mahkamah TUDM bermula pada Jun 2007 dan seramai 11 saksi pendakwaan telah dipanggil sehingga Mei 2009. Bagaimanapun, perbicaraan itu ditangguhkan untuk memberi laluan kepada penyiasatan kes kecurian enjin pesawat yang didakwa dilakukannya.

Perbicaraan itu sepatutnya disambung pada hari Khamis dengan memanggil tiga lagi saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Bagaimanapun, ia ditangguhkan selepas peguam bela tertuduh, Rakhbir Singh tidak hadir kerana beliau menjelaskan melalui surat kepada mahkamah menyatakan ingin menarik diri selepas tidak mendapat arahan daripada anak guamnya itu.

Mengikut pertuduhan, Tharmendran, 42, didakwa menyalahgunakan secara tipuan harta-harta milik awam iaitu lapan buah 'HP Laser Jet Print Catridge' pelbagai model manakala bagi pertuduhan alternatif dia didakwa menerima harta curi lapan buah 'HP Laser Jet Catridge' pelbagai model.

Turut didakwa, seorang Koperal Udara Mohamad Zohari Aris, yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 61(a) Akta Angkatan Tentera 1972 iaitu menyalahgunakan 10 buah 'HP Laser Jet Print Catridge' pelbagai model.

Bagi pertuduhan alternatif dia didakwa menerima harta curi 'HP Laser Jet Catridge' itu mengikut Seksyen 88 Akta Angkatan Tentera 1972 yang berlawanan dengan Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap kesemua kesalahan itu yang didakwa dilakukan di Pangkalan Udara Subang pada 1 tengah hari, 13 Jan 2006. - Bernama

28 Jul 2010

'Bantah Pembaziran, Selamatkan Rakyat' dilancar 9 Ogos



Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) hari ini mengumumkan enam langkah yang akan diambil bagi membantah kenaikan harga barangan keperluan asas yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Bantahan tersebut dibuat ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) yang didakwa boleh dielakkan jika kerajaan tidak membazir, tidak rasuah dan mengelak ketirisan dalam penggunaan wang negara.

Benarkan Guru Berpolitik; BN Menagih Sokongan Guru


Penganalisis-penganalisis politik melihat keputusan terbaru kerajaan membenarkan guru — antaranya guru besar dan pengetua — terlibat aktif dalam politik hanya semata-mata untuk mendapatkan semula sokongan golongan tersebut dan juga masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana menurut beberapa penganalisis, guru mempunyai pengaruh besar, jadi penglibatan mereka dalam politik boleh digunakan untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya ketika pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik mungkin kerana ingin mendapatkan semula sokongan yang terhakis saban tahun.

“Saya lihat keputusan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana apabila guru aktif berpolitik mereka boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi masyarakat,” katanya.

“Boleh dikatakan kerajaan (mahu) menggunakan pengaruh guru untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

“Ini kerana bagi saya guru mempunyai pengaruh yang besar memandangkan mereka adalah pemimpin dalam sekolah, jadi apabila terlibat dalam politik ia boleh mempengaruhi masyarakat,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dengan adanya pengaruh guru ini, jelas beliau, secara tidak langsung generasi muda akan mengikut mendokong sama perjuangan guru.

“Sebelum ini pun guru merupakan pejuang asal cuma pada tahun 1990 golongan ini diketepikan selepas golongan korporat terlibat dalan Umno,” ujar beliau.

Pun begitu katanya, apabila kerajaan membenarkan semula guru terlibat dalam politik saya melihat ia satu perkara yang bagus memandangkan selama ini guru memang mendokong perjuangan kerajaan.

“Apabila guru terlibat dalam politik sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang kerajaan, masyarakat akan melihat perkara ini dan ia boleh mempengaruhi mereka nanti,” katanya.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Gambar) hari ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” kata beliau hari ini.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman juga berkata, penglibatan guru dalam politik boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat.

“Pengaruh guru ini besar, jadi bila dibenarkan semula terlibat dalam politik ia boleh mempengarui masyarakat tempatan.

Langkah benar guru siswazah aktif berpolitik agenda BN hadapi PRU-13?

“Apabila kita benarkan guru bercakap di kampung mereka boleh mempengaruhi masyarakat, jadi bagi saya guru mempunyai pengaruh yang amat besar.

“Walaupun saya tidak tahu apa agenda sebenarnya kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik semula tapi ia merupakan satu langkah yang bagus,” katanya.

Selain itu, Nidzamuddin berkata kerajaan juga perlu membenarkan kakitangan kerajaan lain untuk sama-sama aktif dalam politik memandangkan mereka juga sebahagian daripada anggota perkhidmatan awam.

“Jadi timbul persoalan, mengapa mesti guru sahaja? Adakah guru lebih layak?

“Perlu ada satu penjelasan akan perkara ini oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata guru yang ingin terlibat secara aktif perlu mengimbangi soal politik dan juga kerja.

“Secara dekat kita lihat guru ini mempunyai kecenderungan yang berbeza, ada yang sokong kerajaan dan ada pembangkang.

“Jadi adakah guru boleh membezakan soal politik dan kerja? Kita tidak mahu melihat hanya kerana berbeza politik guru berselisih pendapat, bergaduh dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, keputusan itu dibuat mungkin disebabkan peredaran masa yang memerlukan penglibatan guru dalam politik.

“Penglibatan guru akan membolehkan peningkatan sosial, malah ia selari dengan peredaran suasana politik sekarang.

“Saya tidak melihat ia ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana ia lebih kepada keperluan pemimpin dari kalangan guru.

“Ini barangkali guru boleh memainkan peranan sebagai pemimpin sebuah parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun beliau menyarankan agar guru yang terlibat dalam politik perlu tahu membezakan antara politik dan juga pekerjaan.

“Ini kerana apabila guru terlibat dalam politik ada positif dan negatif. Yang positifnya guru boleh memainkan peranan besar dalam parti politik.

“Sementara itu, yang negatifnya pula jika guru tidak dapat membezakan antara politik dan kerja ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

“Jadi bila terlibat dalam politik, setiap guru perlu mengimbangi antara soal politik dan kerja. Jangan sesekali mencampurkannya kerana nanti yang akan menerima kesan adalah sekolah dan juga masyarakat,” katanya.

Justeru Sivamurugam mencadangkan agar ada satu badan pemantauan untuk memantau pergerakan guru yang terlibat dalam politik.

“Pengaruh guru ini amat besar dan ia boleh mempengaruhi anak-anak, pelajar, rakan sebaya dan juga sekolah.

“Jadi kalau tidak ada pemantauan bimbang guru akan menjadikan sekolah sebagai tempat berpolitik dan kita tidak mahu kejadian guru bergaduh sesama sendiri hanya kerana mempunyai idealogi politik berbeza,” katanya.-MalaysianInsider

27 Jul 2010

Pertemuan dengan Mufti Perak - Dato' Dr Hasan Ali (Video)



Penjelasan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor mengenai pertemuannya dengan Dato' Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, semasa merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden, di Auditorium MBSA Shah Alam, pada 25 Julai 2010.

Harussani Berbohong...

Ketua Pemuda Pas Pusat Tunggang Motor Racing





Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasarudin Tantawi menunggang motor racing mini ketika beliau hadir merasmikan Jambori ARC(Alternative Riding Club) yang diadakan di Pantai Merang Setiu Terengganu pada 22-24 julai 2010.Jambori Kelab Motor naungan Pas ini berjaya menarik 500 penyertaan dari seluruh Terengganu.



Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato' Ustaz harun Taib berkta penukaran nama-nama bagi KUSZA tersebut sehingga kini yang masih belum selesai, bermakna isyarat kerajaan Umno Terengganu masih dalam krisis

26 Jul 2010

Video : Acara Sukan Bermotor Sempena Jambori ARC Terengganu/Malaysia





Antara acara yang paling menarik sempena Jambori ARC(Alternative Riding Club) iaitu kelab bermotor yang bernaung dibawah PAS.Jambori yang diadakan di Pantai Merang Setiu Terengganu ini dirasmikan Ketua Pemuda PAS Pusat Ust Nasaruddin Hasan Tantawi.Jambori yang julung kali diadakan ini berjaya menarik lebih kurang 500 penyertaan.

Gambar : Sekitar Jambori ARC Terengganu/Malaysia

Tapak perkehmahan peserta
Peserta dari Besut
Peserta berkumpul sebelum memulakan acara yang disediakan penganjur
Peserta berkumpul mengikut kawasan masing masing,yang ni dari Besut
Sabarrr....
Lebih kurang 500 orang peserta menyertai Jambori kali ini
Nyanyian lagu rasmi Pas dan ARC
Ketibaan Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasarudin Hasan Tantawi

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.