TV ONLINE
2 Mei 2009
ADUN Bukit Payong Ketua Pemuda PAS Terengganu baru
Ketua Pemuda : YB Ustaz Mohd Noor (ADUN Bukit Payong)
Timbalan Ketua : Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Naib Ketua : Ustaz Ridzuan Hashim
Setiausaha : Wan Mohd Faizul Bin Wan Abas
[ TAHNIAH... Pemuda Besut mengucapkan tahniah & Takziah.. Semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab]
Keputusan Pemilihan AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sesi 2009/2011
Pengerusi Tetap
Ustaz Hamzah Ngah
Timbalan Pengerusi Tetap
Ustaz Abu Bakar Salleh
13 Jawatankuasa DPP Terenggan Sesi 2009/2011.
1.Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (DPP Kuala Terengganu)
2.Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi (DPP Marang ~ Anak Tuan Guru Presiden PAS)
3.YB Ustaz Mohd Noor Hamzah (ADUN Bukit Payong)
4.Ustaz Ridzuan Hashim (DPP Kuala Nerus)
5.Ustaz Kamaruzaman Abdullah (DPP Hulu Terengganu)
6.Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali (DPP Kuala Nerus)
7.Ustaz Ahmad Kamal Ali (DPP Kuala Terengganu)
8. Ustaz Hisyamuddin Abd Karim (DPP Kemaman)
9. Ustaz Jamaludin Jusoh (DPP Dungun)
10.Ustaz Hazri Jusoh (DPP Kemaman)
11. Wan Mohd Faizul (DPP Kuala Terengganu)
12. Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz (DPP Dungun)
13.Ustaz Saiful Ambia (DPP Hulu Terenggan)
(Disusun mengikut jumlah undi tertinggi)
PEMERIKSA KIRA
1. Badarudin Ismail
2. Zabidi Yusof
Sesi Pengundian sedang berlangsung
Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kali ke 40
Sekarang berlangsung Muktamar Tahunan DPP Negeri Terengganu yang telah dirasmikan ole Dato' Pesuruhjaya Terengganu, Dato Mustafa Ali pagi tadi. Sekarang berlangsung agenda pembahasan Laporan Tahunan DPPN Terengganu.
Muktamar tahun ini juga merupakan tahun pemilihan bagi kepemimpin baru bagi Dewan Pemuda Negeri. Ketua Pemuda Terengganu, Ust Azman juga telah menyatakan bahawa tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Negeri pada sesi ini bagi memberi peluang bagi pemimpin pelapis.Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Ustaz Arifin Deraman juga tidak mempertahankan jawatan kerana faktor usia.
GEMPAR ! ADUN Kuala Kurau diserang orang tidak dikenali dengan corta dan parang
ADUN PKR KUALA KURAU DI SERANG - [Laporan oleh Man Saman Kati dari Perakexpress.com]
YB Kuala Kurau, Yunus Jamsari telah di serang.
Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah di tangan.
Apakah ini bersangkutan dengan berita di bawah ini.
ADUN KUALA KURAU MEMBNERI KETERANGAN PADA SPRM
IPOH:-Satu laporan rasuah telah dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan.
Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).
Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.
Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.
1 Mei 2009
Demo bantah kabinet isu agama anak (Video)
KUALA LUMPUR : Pemuda Pas hanya sempat menganjurkan perhimpunan membantah keputusan kabinet berhubung status agama anak selepas solat Jumaat hari ini di kampung baru, Kuala Lumpur selama sepuluh munit sahaja.
Berikutan puluhan psukan polis telah memaksa membubarkan perhimpunan yang dihadiri oleh lebis seratus penyokong yang terditri daripada badan kebajikan dan amal NGO yang turur membantah keputusan jemaah menteri minggu lepas.
Antara NGO berkenaan termasuk NGO Islam, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.
Langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.
Keputusan terbaru kabinet itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.
Dalam satu kenyataan bersempena perhimpunan tersebut, ketua Pemuda Pas negeri tersebut Kamaruzaman Mohamad menggesa kabinet menarik balik keputusan itu yang dianggapnya “paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara.”
“Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.
“Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama,” katanya. Anna Yusof (SK)
Istana Khir Toyo RM15 juta?
Lokasi rumah tersebut dikatakan terletak di Jalan Suasa, Section 7, Shah Alam, Selangor. Jika rumah ini betul2 milik x-Mb Selangor, banyak persoalan yang perlu dijawab.... Sape nak jawab?? Tuan punya rumah jawab lah... Betul ke tidak??
Gambar celok dr Blog SKO
Adun Kota Alam Shah letak jawatan?
Mkini : Pilihanraya kecil di Selangor?
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menyifatkan sebagai hanya satu spekulasi laporan sebuah laman web berita kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan akan meletak jawatan.
Manoharan yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikatakan sedang sedang menimbang untuk melepaskan kerusi itu.
Beliau berkata isu itu timbul mungkin disebabkan bertambahnya bebanan tugas bagi setiap Adun, termasuk kepada isteri Manoharan, S. Pushpaneela yang terpaksa menjadi wakil kepada suaminya.
“Tekanan dari permintaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di setiap pusat perkhidmatan Adun semakin bertambah tetapi isteri Manoharan telah mendapatkan beberapa pekerja untuk membantunya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Bagaimanapun samada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan, hanya akan diketahui Sabtu ini.
“Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu, saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini,” kata isterinya, S. Pushpaneela (gambar) ketika dihubungi menurut satu laporan lamanweb Mstar.
Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008. Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.
Laman web berkenaan memetik sumber sebagai berkata Manoharan sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi itu kerana kecewa tidak dapat memberi khidmat kepada pengundinya selain menyedari beban yang ditanggung isterinya kerana terpaksa membahagikan masa antara menjaga empat anak mereka dan menjaga firma guamannya serta kawasan pilihan raya itu.
Presiden, Timbalan Presiden PAS perlu kalangan ulama
PRESIDEN dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud, lapor Bernama hari ini.
"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.
Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.
Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.
Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.
"Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya.
30 Apr 2009
Siapakah penganti Speaker Perak 7 mei nanti??
Menurut kenyataan-kenyataan media pada hari ini, agenda pertama sidang DUN pada 7 Mei ialah melucutkan jawatan Speaker. Usul ini dibawa oleh DS Zambry. Jika usul pecat Speaker Perak V.Sivakumar berjaya pada 7 Mei, siapakah akan menggantikannya untuk menjalankan urusan hari tersebut?
Spekulasinya ialah Timbalan Speaker Hee Yit Fong. Beliau akan menggantikan V.Sivakumar, sehingga Speaker baru dilantik. Tetapi sanggupkah beliau:
1) menghadiri persidangan DUN tanpa perasaan 'salah dan malu'
2) bersetuju menggantikan Speaker untuk menjalankan urusan mesyuarat hari tersebut
3) duduk atas kerusi Speaker
4) menghadapi cabaran 'dewan yang panas' pada hari tersebut
Agenda zambry Dalam Persidangan DUN 7 Mei
Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)
URUSAN MESYUARAT
I) Doa
II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.
III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.
IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
V) Usul-usul yang telah diberi notis:
1) Usul perlucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
2) Usul perlantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.
VI) Penangguhan
* Inilah agenda DS Dr Zambry Abdul Kadir untuk persidangan Dewan Negeri pada 7 Mei nanti. Agenda ini dibuat tanpa berunding dengan Tuan Speaker.
Jika Speaker Dewan Negeri tidak berhak dan mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, apa gunanya jawatan Speaker ini? Jika jawatan Speaker sudah tidak dihormati lagi, bawa dan letakkan seekor kaldai di kerusi Speaker supaya Zambry boleh membuat apa jua kehendak hatinya.
7 Hari Lagi Untuk Sidang DUN Perak
1) Samada Dewan Negeri Perak akan bersidang ataupun tidak pada 7 Mei.?
2) Siapakah ADUN-ADUN yang akan boikot persidangan tersebut?
3) Siapakah Menteri Besar yang sah dalam dewan itu?
4) Bolehkan DS Zambry dan barisan Exconya masuk ke dewan?
5) Bolehkah En. Osman Jailu, En. Jamaluddin dan Pn. Hee Yit Fong masuk ke dewan?
6) Adakah Dewan Negeri terikat dengan keputusan Mahkamah?
7) Siapakah yang akan serahkan perutusan kerajaan kepada Tuanku Sultan untuk dibaca?
8) Di manakah DS Nizar dan DS Zambry akan duduk di dalam Dewan Negeri?
9) Siapakah akan menjadi Setiausaha Dewan pada hari itu?
10) Samada Speaker boleh dilucutkan jawatan melalui usul yang dibawa?
11) Samada orang ramai dibenarkan hadir untuk memerhatikan persidangan tersebut?
12) Samada Keselamatan ADUN-ADUN dan pihak-pihak yang terlibat dijamin?
13) Samada akan berlaku kekecohan dalam persidangan itu?
14) Apakah reaksi orang ramai terhadap sidang DUN yang telah ditetapkan?
15) Mungkinkah usul-usul tergempar yang lain akan dikemukakan kemudian?
16) Bentara dewan akan ikut arahan siapa?
17) Samada aturcara mesyuarat adalah sama seperti tahun-tahun yang lalu?
18) Samada anggota-anggota SUK akan bekerjasama dengan Speaker?
19) Siapakah yang memberi arahan-arahan berkaitan dengan persidangan?
20) Siapakah yang paling berkuasa dalam dewan?
Semua soalan di atas menimbulkan banyak kekeliruan. Adakah wajar untuk persidangan dewan diteruskan dalam keadaan seperti ini?
Nizar dedahkan penyelewangan wang rakyat dalam PRK Bukit Gantang ?
"Kita mahu seluruh rakyat negeri Perak mengetahui penyalahgunaan wang rakyat untuk mengundi BN. Saya akan menyerahkan bahan ini kepada pengerusi PAC, YB. Wong Kar Woh,
Buku berkualiti tinggi sebanyak 10 muka itu didapati disebar secara meluas semasa kempen PRK Bukit gantang seperti yang dijelaskan oleh pihak yang menyerahkan bahan itu kepada DS. Nizar..
Nizar : Kami hadir sidang DUN 7 Mei.
"Oleh itu kita harapkan pesidangan mengikut agenda yang ditetapkan Speaker." katanya.
Beliau juga berharap semua pegawai patuh dengan arahan speaker sebagaimana kami berjanji akan patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Apa -apa kenyataan sebelum ini kita tidak akan hadir tidak dipakai lagi, kami akan hadir sidang. Kata DS Nizar.
Dalam sidang media yang sama Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengesahkan ada usul yang sampai kepadanya mengenai usul menukar speaker.
Sivakumar juga menjelaskan banyak isu-isu yang dibangkitkan akan diadakan beberapa perbincangan dengan pihak polis, setiausaha kerjaan negeri dan pihak-pihak yang terlibat dengan sidang ini, sperti isu keselamatan. Perbincangan dengan pihak berkenaan dalam beberapa hari ini.Katanya.
Apabila ditanya oleh rakan media adakah dia ada kuasa untuk menolak mana-mana usul Siva menyatakan "Seperti mana kita tahu bahawa speaker ada kuasa untuk menerima dan menolak mana-mana usul. Seperti di melaka , di Parlimen, beratus-ratus usul ditolak, memang ada kuasa untuk tolak. Saya tidak kata saya akan terima atau tolak, saya kata atas kuasa speaker. Katanya.
Agama anak: NGO Islam bantah keputusan kabinet
Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) - 29 April 2009 / 4 Jamadilawal 1430
Kami pertubuhan-pertubuhan NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi. Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini. Perbicaraan ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil. Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Kami ingin merayu semua pihak yang berkenaan dan pihak yang mempunyai kepentingan supaya jangan mengambil kesempatan dan memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Sehingga keharmonian undang-undang dapat dipersetujui, PEMBELA meminta semua pihak menghormati undang-undang syariah dan undang-undang sivil. PEMBELA tetap mematuhi ajaran Islam dan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela hak-hak orang Islam dan masyarakat Malaysia secara umumnya secara adil dan saksama. PEMBELA sedang menjalankan kajian mendalam berkaitan konflik undang-undang syariah dan sivil dan bersedia mencari penyelesaian dengan mana-mana pihak. Dalam menangani sebarang konflik membabitkan perundangan syariah dan sivil, PEMBELA menyarankan satu penyelesaian jangka panjang harus diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak terbabit. Sebarang perbezaan pendapat harus disalurkan menerusi proses perbincangan ilmiah membabitkan pelbagai pihak agar semua perbezaan ini dapat diselesaikan serta tidak menjejaskan kestabilan Negara.
Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum.
29 Apr 2009
Bukit Gantang... Bantulah keluarga ini.....
Jenazah kanak-kanak Mohd Yusuf Nordin 2 tahun rentung terbakar pada 24 April 2009 .Datin Seri Fatimah kelihatan sedih melihat jenazah Mohd Yusuf (anak syurga)
Musibah Pilu@Bukit Gantang :
Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menelefon 012-5238483 untuk perhatian Cikgu Shaharudin Ahmad Sani atau di bawah ini di sertakan detail mereka bg sesiapa yang hendak menziarahi atau memberi sumbangan peribadi.
Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2
Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4
No. tel : 019-557 3391
Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi ( didlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga Pak Noordin.
10 SEBAB KENAPA ULAMA' kena menerajui PAS
KAMI tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh ulama'. KAMI ada alasan dan hujah.
- pemudapc.blogspot.com/
PRK N12 DUN Penanti (10) ~ Dr Mansor Calon Pakatan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM: (Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.
Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.
Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.
Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.
En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.
Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.
Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
28 Apr 2009
Speaker Diarah Untuk Menyerahkan Kembali Toyota Camry
Speaker akan diberi kereta Proton Perdana V6(Executive)yang lama sebagai kenderaan rasmi. Speaker telah menerima surat rasmi berkaitan dengan hal ini daripada En Shamshuzaman iaitu Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
PRK N12 DUN Penanti (09) ~ Diumum malam ini, bekas Setiausaha Politik Anwar calon PKR?
Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Calonnya disebut-sebut ialah Dr. Mansor Osman, bekas setiausaha politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang.
Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.
"Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok... akan diumumkan di Penanti," kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.
Pelantikan Saifuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR diumumkan oleh Anwar hari ini. Sebelum ini Saifuddin merupakan Pengarah Strategik PKR.
Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.
Kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti wujud berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin.
Fairus, 33, daripada PKR mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.
Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.
Ketika ditanya mengapa PKR mengumumkan calonnya terlalu awal berbanding masa-masa lalu, Saifuddin berkata, "pengumuman dibuat mengikut keperluan... adakalanya kita perlu mengumumkan lebih awal, ada waktunya kita perlu mengumumkan lewat."
"Tak timbul soal cepat atau lambat," katanya.
Dengan pengumuman esok, kata beliau, PKR akan ada masa kira-kira tiga minggu menjelang hari penamaan calon untuk membuat persiapan.
Ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini PKR merupakan parti terakhir membuat pengumuman mengenai calonnya.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.
Daftar Pemilih yang akan digunakan SPR pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemas kini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.~ Mstar
27 Apr 2009
Krisis politik Perak: Misi terancang UMNO/BN
Krisis politik Perak yang berlanjutan sejak 5 Februari lalu adalah satu misi terancang yang didalangi dan dicetuskan oleh Umno dan Barisan Nasional menurut pengerusi biro undang-undang DAP Perak, Nga Hock Cheh.
Beliau yang berucap sebagai salah seorang ahli panel Jumaat lalu pada forum bertajuk “Perak and BN Government: Legal or Constitutional Grab” anjuran National Press Club kelmarin memberitahu kemelut politik itu adalah angkara tidak sabar Umno dan BN untuk berkuasa di Perak setelah Pakatan Rakyat dinobatkan sebagai kerajaan mutlak pilihan rakyat menerusi Pilihan Raya Umum ke 12 Mac tahun lalu.
Nga yang merupakan seorang peguam kanan menyifatkan krisis politik Perak sebagai satu tragedi yang menimpa rakyat negeri itu..
Menurut Nga lagi tindakan meletak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat, serta ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Foong adalah titik tolak kepada rancangan rampasan kuasa Umno dan BN yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.
Beliau mengandaikan rampasan kuasa itu sebagai seekor lembu yang dilepaskan dari tali pengikatnya.
Peristiwa kudeta haram itu kata beliau lagi tidak berhenti di situ sahaja tetapi dalam masa yang sama turut mengheret institusi raja-raja, bidang legislatif yang diketuai Speaker dan institusi kehakiman.
Jelas Nga pembabitan ketiga-tiga pihak termasuk kuasa eksekutif sebenarnya tidak banyak membantu untuk menyelesaikan kemelut politik secara adil malah ia semakin menyulitkan keadaan sehingga mendedahkan peranan badan kehakiman yang kelihatan tidak lagi berkecuali.
Beliau yang yang menjadi salah seorang anggota panel peguam Speaker, V. Sivakumar menyimpulkan bahawa krisis tersebut itu hanya dapat diselesaikan jika merujuk semula kepada rakyat untuk membuat penentuan mutlak.
Nga berkata hanya pilihan raya mampu menyelesaikan masalah dan jika ini berlaku tidak ada siapa yang akan mempersoal dan mempertikaikannya.
Sehubungan itu beliau menafikan dakwaan seorang anggota panel forum, Datuk Shafee Abdullah yang mengatakan krisis politik bermula sejak 8 Mac tahun iaitu selepas keputusan pilihan raya umum lalu.
Lebih 2,000 orang menghadiri forum yang diadakan di Dewan Bandaran Ipoh.~Greenboc
MB Haram BN Usul Pecat Speaker DUN Perak
Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul bagi melucutkan YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang akan bersidang pada 7 Mei ini. Usul tersebut dikemukakan oleh Dato' Seri Zambry Abd.Kadir dan disokong oleh YB Hamidah Osman.
Perkara itu telah dijangka akan dilakukan oleh BN bagi memecat Speaker dan melantik Speaker baru. Speaker lah yang selama ini menghantui kerajaan haram BN di Perak terutama Zambry.
Sebelum ini, mereka jugalah yang membelakangi Speaker, kuasa Spekaer dinafikan oleh mereka, penafian kuasa Speaker bermula apabila surat pengesahan dan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang oleh Speaker ditolak SPR, mereka juga telah menggunakan seluruh pegawai dan jentera kerajaan termasuk memperkudakan Datuk SUK, pasukan polis dan FRU bagi menghalang Speaker bagi menjalankan mesyuarat dalam Sidang DUN Tergempar bulan Mac yang lalu sedangkan Speaker ada kuasa memanggil sidang tergempar DUN, mereka juga turut membelakangkan Speaker dengan tidak merujuk terlebih dahulu dalam menentukan dan mengeluarkan surat memanggil sidang DUN kepada seluruh Adun.
Apa yang mereka lakukan seolah-olah Speaker di Perak tidak wujud lagi, sedangkan Speaker Perak masih wujud dan mempunyai kuasa-kuasa yang termaktub dalam Perintah Tetap Dewan Negeri Perak.
Itulah UMNO BN, sekali mereka buat kerja haram, selama-lamanya mereka akan meneruskan kerja haram. Saya percaya rakyat akan mengukum mereka dengan hukuman yang paling hina.
PRK N12 DUN Penanti (08) ~ Penamaan calon 23 Mei, betanding 31 Mei
PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan N12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei dan pilihanraya kecil akan diadakan pada 31 Mei ini.
Pengerusinya Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan pada persidangan akhbar di Putrajaya pagi ini.
Berikutan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lepas mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa serta merta.
Pada piliharaya Umum ke-12 lalu calon KeADILan, Fairus telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi sebanyak 2,219 dengan jumlah undian sebanyak 7,346. Manakala calon Barisan Nasional, Abdul Jalil Abdul Majid memperolehi undi sebanyak 5,127.
Jumlah Pengundi: 15,421, Peratusan Kaum: Melayu : 72.51% Cina : 24.32% India : 2.43 % Lain-lain : 0.57%
Pakatan Rakyat Akan Menang 2/3 Majoriti Sekiranya DUN Perak Bubar
Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini, PAS dan Pakatan Rakyat dijangka menang dengan majoriti 2/3 sekiranya DUN Perak dibubarkan.
Naib Presiden PAS: Mohamad Sabu berkata sokongan kaum Cina dan India kepada PAS begitu ketara dalam pilihanraya tersebut sehingga kelihatan ‘pelik’.
“Saya yang sudah 30 tahun terlibat (dalam politik) berasa pelik apa yang berlaku didepan mata, orang India selimut (kan dirinya) dengan bendera PAS, bubuh (logo) kepimipinan ulama’ di baju, (letak) gambar Tok Guru Nik Aziz,
“bila orang datang nak mengundi, Cina (dan) India kejar keliling orang Melayu (dan berkata) ingat Islam ya, ingat syurga, jangan sokong parti rasuah (BN),”kata beliau dalam ceramahnya di Mengabang Telipot, dekat sini, malam kelmarin.
Beliau berkata keputusan PRK Bukit Gantang menunjukkan peningkatan undi dikalangan kaum Cina sebanyak 10 % , kaum India meningkat 5% . dan sedikit penurunan dalam undi Melayu, khususnya pada saluran satu.
Katanya, isu Hudud tidak lagi menjadi senjata UMNO/BN di Bukit Gantang kerana walaupun mereka menggunakan isu tersebut secara habis-habisan, mereka kalah di PRK Kuala Terengganu.
“Di (PRK) Kuala Terengganu penceramah-penceramah Cina (dari Pakatan Rakyat) jawab, orang yang takut Hudud (hanya) orang-orang yang buat jahat, kita yang tidak buat jahat, kita tak takut, apa juga hukum sekalipun,”terangnya kepada hadirin.
Katanya UMNO/BN turut memainkan isu perkauman bagi mendapat sokongan, namun pengundi masakini mempunyai pemikiran ‘politik baru’, yang tidak lagi melihat politik dari segi perkauman.
“Mereka cuba timbulkan balik politik perkauman, (tetapi) tidak jalan (berkesan), politik pada masa akan datang tidak dilihat dari sudut perkauman,
“Melayu jahat, kita kena tentang Melayu jahat itu, kalau Cina itu baik kita kena sokong atas kebaikkannya,
“ini politik baru Malaysia pada masa akan datang,”tegasnya.
Katanya anutan ‘politik lama’ orang Melayu sebelum ini menyebabkan UMNO terus menang, kerana walaupun UMNO melakukan rasuah, orang Melayu akan berkata ‘lebih baik orang Melayu mencuri daripada orang Cina’.
Beliau mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor, namun Dato’ Seri Khir Toyo tetap disokong oleh orang-orang UMNO sebagai pemimpin.
“Khir Toyo beli jam tangan dengan wang GLC (anak syarikat kerajaan) berharga RM160,000, beli beg tangan untuk isteri RM23,000, beli coklat untuk hadiah RM96,000, pergi melancong ke Disneyland belanja RM3 juta, isterinya gunakan wang kebajikan isteri-isteri wakil rakyat untuk melawat anaknya belajar di Australia dekat RM1 juta,”katanya.
PAS Besut Pasca 50 tahun
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (berjuangitumanis.blogspot.com)
Ustaz Adam Mat Said.(pemudabesut.blogspot.com)
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut Sesi 2007-2009
Dato' Haji Husain Awang, Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu.
Ketua Urusan Ulama; Ust Mohd Zin mengekalkan jawatan sesi laluKetua Pemuda; Ust Mohd Zulkifli Abd Kadir
Ahli Jawatankuasa yang terpilih
Ketua Penerangan sesi lalu
Ustaz Wan Ahmad Sukri Wan Isa juga mengekalkan kemenangan
Ustaz Aziz Abas (Bekas ADUN Kota Putera) antara terpilih
Ustaz Abdullah Mat Dan (Bekas ADUN Hulu Besut) juga mengekalkan jawatan
Abd Halim Tausah (Abg Din)
Aminudin Mat Ali (Pok Su Amin)
Jihadi Muda
Che Kop Che Mat (Keluang)
2 Wakil Muslimat yang menang;
Ustazah Napisah (Ketua Muslimat) & Rokiah Yaakob (Timbalan Ketua Muslimat)
Zaki Sulaiman(muka baru)~ Tapi ni gambar isterinya
Cikgu Sholahudin Jaafar (tiada gambar)
26 Apr 2009
'PM 1Malaysia' minum dengan tangan Kiri
NAJIB ditemani Raja Nong Chik (kiri) dan Saravanan mencuba air jus durian belanda dengan tangan kiri ketika melawat gerai jualan ketika lawatan mengejutnya di Jalan Masjid India, semalam.- Foto Bernama
Larangan Makan dengan Tangan Kiri
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda, "Janganlah kalian makan dengan tangan kiri, karena syaitan makan dengan tangan kiri," (HR Muslim [2019]).
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah sekali-sekali salah seorang dari kamu makan dengan tangan kirinya dan jangan pula minum dengan tangan kiri. Karena syaitanlah yang makan dan minum dengan tangan kiri," (HR Muslim [2020]).
Diriwayatkan dari Salamah bin al-Akhwa' bahwa ada seorang laki-laki makan dengan tangan kirinya di hadapan Rasulullah saw. Rasul berkata kepadanya, "Makanlah dengan tangan kananmu!" Ia menjawab, "Aku tidak bisa!" Nabi terheran sambil berseru, "Tidak bisa?!" Dan tidak ada yang menghalanginya kecuali kesombongan. Perawi berkata, "Kontan saja laki-laki itu kemudian tidak mampu mengangkat tangannya ke mulutnya," (HR Muslim [2021]).
Kandungan Bab:
Haram hukumnya makan dengan tangan kiri. Karena hal itu adalah kebiasaan syaitan. Maka kita harus menyelisihinya dan tidak menirunya.
Ancaman dosa ini berlaku atas orang yang tidak punya udzur, seperti sakit atau terluka. Akan tetapi bila ada udzur maka tidak ada dosa atasnya. Hal ini secara jelas ditegaskan dalam hadits yang terkahir dalam bab terdahulu, wallahua'lam.
Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 3/99-100.
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....
BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
►
2011
(11)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
▼
2009
(1436)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (34)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
-
▼
04/26 - 05/03
(29)
- ADUN Bukit Payong Ketua Pemuda PAS Terengganu baru
- Keputusan Pemilihan AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Te...
- Sesi Pengundian sedang berlangsung
- Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terenggan...
- GEMPAR ! ADUN Kuala Kurau diserang orang tidak dik...
- Demo bantah kabinet isu agama anak (Video)
- Istana Khir Toyo RM15 juta?
- Adun Kota Alam Shah letak jawatan?
- Presiden, Timbalan Presiden PAS perlu kalangan ulama
- Siapakah penganti Speaker Perak 7 mei nanti??
- 7 Hari Lagi Untuk Sidang DUN Perak
- Nizar dedahkan penyelewangan wang rakyat dalam PRK...
- Nizar : Kami hadir sidang DUN 7 Mei.
- Agama anak: NGO Islam bantah keputusan kabinet
- Bukit Gantang... Bantulah keluarga ini.....
- 10 SEBAB KENAPA ULAMA' kena menerajui PAS
- PRK N12 DUN Penanti (10) ~ Dr Mansor Calon Pakatan...
- Speaker Diarah Untuk Menyerahkan Kembali Toyota Camry
- PRK N12 DUN Penanti (09) ~ Diumum malam ini, beka...
- Krisis politik Perak: Misi terancang UMNO/BN
- MB Haram BN Usul Pecat Speaker DUN Perak
- PRK N12 DUN Penanti (08) ~ Penamaan calon 23 Mei, ...
- Pakatan Rakyat Akan Menang 2/3 Majoriti Sekiranya ...
- PAS Besut Pasca 50 tahun
- 'PM 1Malaysia' minum dengan tangan Kiri
- Gambar Final Piala FA
- Nizar Mahu 9 Hakim
- Gambar Mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut ke 50
- Manohara Odelia Pinot muncul
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.