Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

30 Apr 2009

Siapakah penganti Speaker Perak 7 mei nanti??

Menurut kenyataan-kenyataan media pada hari ini, agenda pertama sidang DUN pada 7 Mei ialah melucutkan jawatan Speaker. Usul ini dibawa oleh DS Zambry. Jika usul pecat Speaker Perak V.Sivakumar berjaya pada 7 Mei, siapakah akan menggantikannya untuk menjalankan urusan hari tersebut?

Spekulasinya ialah Timbalan Speaker Hee Yit Fong. Beliau akan menggantikan V.Sivakumar, sehingga Speaker baru dilantik. Tetapi sanggupkah beliau:

1) menghadiri persidangan DUN tanpa perasaan 'salah dan malu'
2) bersetuju menggantikan Speaker untuk menjalankan urusan mesyuarat hari tersebut
3) duduk atas kerusi Speaker
4) menghadapi cabaran 'dewan yang panas' pada hari tersebut


Agenda zambry Dalam Persidangan DUN 7 Mei

Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)

URUSAN MESYUARAT

I) Doa

II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.

III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.

IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

V) Usul-usul yang telah diberi notis:

1) Usul perlucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

2) Usul perlantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.

VI) Penangguhan


* Inilah agenda DS Dr Zambry Abdul Kadir untuk persidangan Dewan Negeri pada 7 Mei nanti. Agenda ini dibuat tanpa berunding dengan Tuan Speaker.

Jika Speaker Dewan Negeri tidak berhak dan mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, apa gunanya jawatan Speaker ini? Jika jawatan Speaker sudah tidak dihormati lagi, bawa dan letakkan seekor kaldai di kerusi Speaker supaya Zambry boleh membuat apa jua kehendak hatinya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasal Speaker Siva tu kaldai puak kau orang lah maka YAB Dr.Zambry selaku pihak kerajaan yang memegang majoriti di DUN Perak ingin nak tukar dengan Tuan Speaker yang baru, yang bukan kaldai tetapi professional yang akan berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan negeri, bukan untuk menegakkan benang basah dan kepentingan puak komplot kau orang!

Kaldai kau orang nie taksub dan dungu lah sangat kerana terdesak nak bergayut kat jawatan yang ada tu dan rindu takut hilang kereta free jenama Camry tu, sanggup buat apa sahaja macam kaldai dungu yang tak guna akal, disuruh apa saja sanggup, waimah berlaku kurang ajar dengan Raja, biadap pada Rakyat dan siapa sahaja pun dia tak kira asalkan tuan yg pegang tali dia arahkan dan suka. Jadi memang betul lah kerjaan komplot kau orang dah dapat letakkan kaldai sebagai Speaker tetapi Kerajaan BN tidak sanggup buat kerja bodoh tu!

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.