Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

27 Apr 2009

Pakatan Rakyat Akan Menang 2/3 Majoriti Sekiranya DUN Perak Bubar


Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini, PAS dan Pakatan Rakyat dijangka menang dengan majoriti 2/3 sekiranya DUN Perak dibubarkan.

Naib Presiden PAS: Mohamad Sabu berkata sokongan kaum Cina dan India kepada PAS begitu ketara dalam pilihanraya tersebut sehingga kelihatan ‘pelik’.

“Saya yang sudah 30 tahun terlibat (dalam politik) berasa pelik apa yang berlaku didepan mata, orang India selimut (kan dirinya) dengan bendera PAS, bubuh (logo) kepimipinan ulama’ di baju, (letak) gambar Tok Guru Nik Aziz,

“bila orang datang nak mengundi, Cina (dan) India kejar keliling orang Melayu (dan berkata) ingat Islam ya, ingat syurga, jangan sokong parti rasuah (BN),”kata beliau dalam ceramahnya di Mengabang Telipot, dekat sini, malam kelmarin.

Beliau berkata keputusan PRK Bukit Gantang menunjukkan peningkatan undi dikalangan kaum Cina sebanyak 10 % , kaum India meningkat 5% . dan sedikit penurunan dalam undi Melayu, khususnya pada saluran satu.

Katanya, isu Hudud tidak lagi menjadi senjata UMNO/BN di Bukit Gantang kerana walaupun mereka menggunakan isu tersebut secara habis-habisan, mereka kalah di PRK Kuala Terengganu.

“Di (PRK) Kuala Terengganu penceramah-penceramah Cina (dari Pakatan Rakyat) jawab, orang yang takut Hudud (hanya) orang-orang yang buat jahat, kita yang tidak buat jahat, kita tak takut, apa juga hukum sekalipun,”terangnya kepada hadirin.

Katanya UMNO/BN turut memainkan isu perkauman bagi mendapat sokongan, namun pengundi masakini mempunyai pemikiran ‘politik baru’, yang tidak lagi melihat politik dari segi perkauman.

“Mereka cuba timbulkan balik politik perkauman, (tetapi) tidak jalan (berkesan), politik pada masa akan datang tidak dilihat dari sudut perkauman,

“Melayu jahat, kita kena tentang Melayu jahat itu, kalau Cina itu baik kita kena sokong atas kebaikkannya,

“ini politik baru Malaysia pada masa akan datang,”tegasnya.

Katanya anutan ‘politik lama’ orang Melayu sebelum ini menyebabkan UMNO terus menang, kerana walaupun UMNO melakukan rasuah, orang Melayu akan berkata ‘lebih baik orang Melayu mencuri daripada orang Cina’.

Beliau mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor, namun Dato’ Seri Khir Toyo tetap disokong oleh orang-orang UMNO sebagai pemimpin.

“Khir Toyo beli jam tangan dengan wang GLC (anak syarikat kerajaan) berharga RM160,000, beli beg tangan untuk isteri RM23,000, beli coklat untuk hadiah RM96,000, pergi melancong ke Disneyland belanja RM3 juta, isterinya gunakan wang kebajikan isteri-isteri wakil rakyat untuk melawat anaknya belajar di Australia dekat RM1 juta,”katanya.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.