Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

28 Feb 2009

FRU kawal IPD Brickfields



Malaysiakini : Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar

Polis terpaksa bertindak "tegas" menyuraikan sekumpulan individu, yang berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pagi tadi untuk membuat laporan secara beramai-ramai berhubung layanan tidak adil kepada salah seorang tahanan ISA, P. Uthayakumar.


Kumpulan tersebut enggan bersurai walaupun diarahkan oleh polis beberapa kali.

Kira-kira 200 orang itu terdiri daripada beberapa Ahli Parlimen.

Pihak polis membenarkan kira-kira 50 orang yang terdiri daripada lima anggota keluarga Uthayakumar dan 45 wakil iaitu lima orang bagi setiap negeri termasuk ahli-ahli Parlimen memasuki IPD untuk membuat laporan masing-masing.

Bagaimanapun mereka yang menunggu di luar IPD pula diminta meninggalkan pekarangan premis tersebut.

Ramai yang mematuhi arahan tersebut tetapi kira-kira 30 orang enggan berbuat demikian.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga mula melepaskan air ke arah kumpulan tersebut.


brickfields uthayakumar hindraf 280209Pada awalnya mereka meninggalkan kawasan itu tetapi kembali semula, menyebabkan FRU terpaksa meneruskan tindakan mereka.

Kumpulan itu berhimpun semula buat kali ketiga lalu berhadapan dengan tindakan FRU,
tetapi akhirnya meninggalkan kawasan IPD.

Beberapa orang turut ditahan polis.

Sehubungan itu, polis menetapkan ruang lingkup kawasan larangan demi keselam
atan.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, rancangan 500 individu untuk membuat laporan secara beramai-ramai di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini dianggap sebagai perhimpunan haram dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertainya.

Kata beliau, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan dan melibatkan diri di dalam perhimpunan tanpa permit yang jelas boleh menggugat ketenteraman awam, tegas beliau.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 marching to stationSekumpulan 500 individu yang merupakan penyokong tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) P.Uthayakumar merancang untuk membuat laporan polis beramai-ramai di IPD Brickfields esok kerana mendakwa pihak berkuasa mengabaikan kesihatan Uthayakumar yang berada dalam tahanan.

Beliau berkata tindakan membuat laporan polis beramai-ramai dilihat sebagai satu cara untuk mempersendakan tugas pihak polis kerana menurutnya walaupun hanya satu sahaja laporan dibuat, ia tetap akan disiasat seadil-adilnya



Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi

PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.

Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.

Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.

Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.

Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak

Apa yang berlaku di Perak dan tidak dipaparkan di TV (5 Siri).




Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 2/5
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 3/5
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 4/5
Video Penerangan Penuh Krisis Di Perak 5/5

27 Feb 2009

Karpal & Pemuda UMNO.....

Karpal Singh raised point of order in Parliament after he was blocked, mobbed, threaten by UMNO Youth.





DAH CELAKA BODOH PULA

Media massa arus perdana samada ada media eletronik maupun media bercetak nampaknya bersungguh-sungguh membela tindakan pemuda UMNO yang menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Sedangkan tanpa menyedari perbuatan Pemuda-pemuda UMNO yang menyerang seorang wakil rakyat itu di perkarangan Parlimen jelas sekali menunjukkan mereka kumpulan yang memang celaka dan serangan itu bakal membawa kecelakaan kepada diri mereka sendiri dan juga kepada para pembela mereka.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh hari ini berkata, tahap keselamatan di Parlimen diperketatkan berikutan insiden pergaduhan semalam.

"Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Hamid berkata, beliau berasa sedih mengenai insiden itu dan menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia, kenyataan yang dilihat sebagai satu penampar tepat untuk para pembela mereka juga.

Dewan Rakyat malam tadi juga telah meluluskan usul untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Pengerusi, dan timbalannya Datuk Dr Ronald Kiandee selaku Timbalan Pengerusi.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), R. Sivarasa (PKR-Subang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat), katanya semasa membentangkan usul itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa berkenaan boleh mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Ketika ditanya sama ada jawatankuasa itu akan berbincang seperti inkuiri awam, Mohamed Nazri berkata: "Mereka akan melakukan apa jua yang perlu dilakukan, termasuk memanggil pihak yang terbabit (termasuk) polis. Selepas itu, mereka perlu membuat keputusan."

Beliau berkata Jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk memberi hukuman denda maksimum RM1,000 jika inidividu yang terbabit didapati bersalah.

‘Saya pinjam pentas PAS’ - Dato’ A.Samad Said ~ Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita/A%20Samad%201.jpg

Mstar : Isu PPSMI: Samad Said sedia guna platform Umno

Dato’ A Samad Said rasa sangat dukacita dan bimbang tentang masa depan bahasa ibunda yang disifatkan semakin ‘kuncup’ , ‘nazak’ dan bakal ‘terkubur’ sekiranya kerajaan Barisan Nasional tetap berdegil.


Sasterawan Negara itu berkata, beliau tidak ada wadah lain untuk mempertahankan bahasa Melayu, melainkan pentas PAS, yang masih mempunyai ruang dalam perjuangan ini.

“Memang Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (GMPPSMI) ini anjuran PAS dan memang saya akui itu.


“Tetapi harus diingat bahawa saya meminjam pentas untuk menyatakan sikap saya. Tidak ada pentas lain,” jelasnya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, dekat sini, hari ini.

Menurut ‘Pak Samad’, seramai 65 orang profesor dahulu telah menyatakan sikap dan telah menyatakan pandangannya tetapi tidak diterima oleh kerajaan.

Katanya, beberapa anjuran bagi bersemuka secara jujur dan ‘waras’ (baik) juga tidak diterima oleh pihak berkuasa.

Bahkan, kata beliau fikiran serta pandangan daripada budayawan juga tidak diambil-kira oleh pihak kementerian.

“Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu.

“Kalau Parti KeADILan Rakyat (PKR) memberikan pentasnya saya akan pinjam juga dan kalau Umno memberikan pentasnya juga saya akan gunakan itu semata-mata kerana saya tidak mahu bahasa saya itu dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menafikan telah ‘dibeli’ oleh pihak parti pembangkang dalam usahanya memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI tersebut.

“Saya tidak ‘dibeli’ tetapi saya berjuang kerana bangsa saya. Dari satu negeri ke satu negeri yang kami pergi dan kami memperjelaskan ini adalah ‘gerakan sopan’ dan bukan ‘gerakan garang’.

“Ini juga adalah gerakan hati nurani yang rata-ratanya mempercayai bahawa lidah bangsa (bahasa) itu harus dijaga bukan ‘ditetak’(bunuh),” ujarnya.

Katanya, jika kelantangan bersuara kerana berjuang dan mempertahankan bahasa ibunda (Melayu) itu dianggap tidak menguntungkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan gelaran Sasterawan Negara mahu ditarik-balik.

“Saya bersedia dan apa juga gelaran (Sasterawan Negara) itu sebenarnya untuk sementara dan tidak menjadi masalah kepada saya jika, kerajaan mahu menarik-balik gelaran Sasterawan Negara.

“Dan yang paling penting ialah perjuangan saya sebagai seorang Sasterawan untuk melestarikan bahasa saya, bahasa ibunda (Melayu) saya,” ujarnya dalam siri ‘roadshow’ GMPPSMI ke negeri Terengganu.

Katanya, Kementerian terbabit telah melanggar Undang-undang dan Akta serta tidak sah disisi Perlembagaan Negara.

Hadir sama pada majlis siding media itu Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Pengarah Institut Kajian Polisi (IKP), Mohamad Draman.

26 Feb 2009

Debat PPSMI: Pemuda Umno tolak,petanda buruk buat pejuang bahasa!

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Salahuddin Ayob menganggap penolakan cabaran debat oleh Ketua Pemuda Umno sebagai satu kemalangan besar terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau menegaskan penolakan tersebut juga merupakan satu petanda buruk yang digambarkan oleh Pemuda Umno terhadap usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang bahasa.

Salahuddin menegaskan demikian sebagai respon penolakan Hishamuddin terhadap pelawaan mengadakan debat mengenai isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

"Pemuda PAS kesal dengan kenyataan Hishamuddin Hussein kerana ia mengambarkan Pemuda Umno tidak berminat untuk memartabatkan bahasa Melayu.

"Penolakan ini juga memberikan gambaran buruk terhadap pendirian Pemuda Umno dalam isu bahasa Melayu," tegas beliau.

Beliau juga menegaskan DPPP tidak akan berputus asa dalam usaha mereka bersama pejuang-pejuang bahasa menuntut kerajaan memansuhkan PPSMI.

Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang juga Ketua Pemuda Umno untuk mengadakan satu perbincangan intelektual mengenai isu PPSMI.

Ketua Pemuda Umno dalam satu sidang media selepas selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini menolak cabaran debat yang dibuat oleh Salahuddin Ayob.

Selasa lalu, Pemuda PAS telah menghantar surat cabaran debat kepada Hishammuddin berhubung isu PPSMI melalui Naibnya, Khairy Jamaluddin di Parlimen.

Hapuskan Budaya Samseng...

theedge.tv : UMNO Youth wants proof on Karpal's bullet threat


Gombak Umno Youth chief Megat Zulkarnain Omardin seems to warn Bukit Bendera MP Liew Chin Tong during the confrontation in the Parliament compound.
themalaysianinsider : Scuffle in Parliament


Malaysiakini : Peluru: Karpal dikepung Pemuda Umno
MSO : Keberanian Pemuda Umno Biarlah Profesional dan Beradat

Salah laku pengurusan UDM.. SPRM tolong siasat ~ Malaysiakini

Pihak MAMPAT menerima sepucuk surat daripada kakitangan UDM yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap salah laku Pengurusan UDM terutama Dato' NC. Berikut adalah surat yang kami terima.... Semoga ada penjelasan yang munasabah daripada pihak UDM dan SPRM tolong siasat....

Kakitangan
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA
Gong Badak
8 Februari 2009
Pengerusi
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu
109 Taman Desa Pusu 3
Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu
Terengganu.

Yang Berhormat Dato’,

LUAHAN HATI KAKITANGAN UDM TERHADAP SALAH LAKU PIHAK PENGURUSAN UDM.

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Silap laku pihak pengurusan tertinggi UDM adalah seperti berikut;
i. Dato’ Naib Canselor telah memaksa supaya cek pembayaran dibuat atas nama beliau bagi pembelian sebuah kereta VIVA melebihi harga kereta tersebut. Pembelian tersebut adalah dibawah skim pinjaman kenderaan beliau dengan UDM.
ii. Dato’ Naib Canselor telah memaksa bahagian pengambilan pelajar UDM untuk mendaftarkan anak saudara isterinya sebagai pelajar di Fakulti Pertanian dan Bioteknologi walaupun tiada pengambilan pelajar baru pada Sem II Sesi 2008/2009 diambil sesuai dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar ini telah berdaftar di UDM pada 30 Disember 2008 walaupun tidak mencukupi syarat kemasukan keperingkat ijazah sarjana muda seperti tidak ada kelayakan MUET, dan hanya bersijil SPM tanpa sijil matrikulasi ataupun STPM serta diploma tetapi dibenarkan untuk mengambil memasuki jurusan Sarjana Muda Teknologi Makanan. Anak saudara isterinya menjadi pelajar tunggal untuk semester ini dan pensyarah diwajibkan pengajar seorang pelajar sahaja. Pegawai gred N48 yang enggan meluluskan pengambilan anak saudaranya telah ditukarkan dari Bahagian Pengambilan Akademik ke Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.
iii. Dato’ Naib Canselor juga telah menukar seorang kakitangan bahagian pembangunan (En. Muslim) ke bahagian perpustakaan kerana pegawai tersebut telah membuat laporan prestasi kerja yang tidak baik terhadap seorang kontraktor yang Dato Naib Canselor kemukakan.
iv. Dato Naib Canselor tidak membenarkan kakitangan yang ingin berjumpa walaupun beberapa kali membuat temujanji.
v. Pembelian komputer yang melebihi seratus buah yang berjumlah ratusan ribu tidak melalui tender seperti yang sepatutnya tetapi terus kepada pembekal komputer yang merupakan sepupu Dato’ Naib Canselor. Jenis komputer yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah sekiranya melalui proses tender.



vi. Setiap kali program yang melibatkan penggunaan hotel di luar kawasan, hotel yang dipilih adalah di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Kelantan yang dipunyai oleh sepupu Dato’ Naib Canselor yang juga merupakan pembekal komputer di perenggan v di atas walaupun tempahan telah dibuat ditempat lain (surat dikepilkan).
vii. Pembinaan 3 buah bangunan untuk pusat teknologi maklumat, bangunan akademik dan pengubahsuaian bangunan Khadijah di Kampus KUSZA diberikan kepada perunding yang merupakan saudara Dato’ Naib Canselor.
viii. Pengubahsuaian UDM Kampus Kota yang menelan belanja yang banyak dibuat tidak melalui tatacara Jawatankuasa Tender.
ix. Program MANAGEMENT DEVELOPMENT WORKSHOP di Sungkai, Perak yang menelan belanja melebihi RM1 juta. (melebihi RM50,000 X 18 kumpulan) telah diberikan kepada PUNCAK LESTARI SDN BHD. Apakah justifikasi yang diberikan untuk melantik syarikat ini mengendalikan program yang melibatkan peruntukan yang besar begini.



x. Pendaftar yang pencen telah dilantik balik yang berstatus kontrak tidak menjalankan tugas untuk kemajuan kakitangan tetapi membawa masuk anak-anak saudara ke UDM. Ada di antara kakitangan di UDM mempunyai adik beradik dan ipar seramai 8 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah.
xi. Kakitangan KUSZA yang bertaraf kontrak (ada yang berkhidmat melebihi 20 tahun) tidak disambung kontrak dan diberhentikan.
xii. Kakitangan UDM yang sebelum ini adalah kakitangan KUSZA tidak diberi tempat yang sepatutnya. Contoh pegawai yang bergred 52 dan 48 ditukarkan ke fakulti yang sepatutnya pegawai-pegawai ini menerajui pengurusan di unit-unit seperti Bahagian Pembangunan Organisasi dan Pentadbiran , Timbalan Pendaftar dan Bahagian Pengurusan Akademik.
xiii. Ini bukan surat layang. Sila siasat.

3. Diharap pihak YB Dato’ dapat mengambil serius perkara ini.

Sekian. Terima kasih

Yang benar,

Kakitangan UDM

s.k Y. Bhg. Dato' Mohd Azlan bin Hashim
No. 15, Jalan Bukit Ledang
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
Tel : 03-20949916
Fax : 03-20949926







Y. Bhg.Tan Sri Dato' Seri Panglima Dr. Abu Hassan bin Othman
No. 284 Persiaran Zaaba
Taman Tun Dr Ismail
60000 Damansara
KUALA LUMPUR
Tel : 03-77284505/019-8622999
Fax : 03-21427131

Y.B. Dato' Seri Abdul Hamidy bin Abdul Hafiz Managing Director/CEO Affin Bank Berhad, 19th Floor Menara Affin, 80 Jalan Raja Chulan, 50200 KUALA LUMPUR Tel : 03-20559004 Fax : 03-20319195
Y.B. Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee
(Ahli Perlimen Setiu)
Pejabat UMNO Bahagian Setiu
22100 Bandar Permaisuri
Setiu, Terengganu

Y. Bhg. Prof Dr. Rujhan bin Mustafa Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pengurusan IPT
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 3, Blok E9, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA
Tel : 03-88835839
Fax : 03-88895675

Y.B. Dato' Haji Mokhtar bin Nong Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
Tingkat 15
Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
Tel : 09-6233336
Fax : 09-6242244

Ketua Pengarah,
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 3, Blok E9, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA




Pengarah
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
Negeri Terengganu,
Tingkat 10, Wisma Persekutuan
Peti Surat 6000
Jalan Sultan Ismail
20720 Kuala Terengganu
TERENGGANU


Yang Amat Berhormat Dato' Ahmad bin Said ( D.P.M.T., A.S.M., P.J.K. )
MENTERI BESAR TERENGGANU
Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu


Y.BHG. DATUK DR ZULKEFLI BIN A. HASSAN
Ketua Setiausaha
Pejabat Ketua Setiausaha
Aras 6 Blok E3 Parcele
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRA JAYA


Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Tingkat 2, Wisma MAIDAM,
Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu.

25 Feb 2009

APABILA UMNO TERLUPA "KIDNAP" SPEAKER PERAK ~ Malaysiakini


Seseorang cenderung melakukan kesilapan apabila membuat kerja secara gopoh gapah. Itulah yang berlaku kepada Umno. Kegopohan parti gelojoh tersebut kini meletakkan nyawa “kerajaan haram” BN di Perak seperti nyawa-nyawa ikan.

Semuanya bermula apabila Umno terlupa speaker. Umno hanya menumpukan bagaimana nak “menculik” tiga orang bekas Adun yang melompat dan bagaimana nak mengusir Dato Seri Nizar sebagai MB Pakatan Rakyat ( PR ) tanpa menyedari bahawa orang yang mereka patut “culik” terlebih dahulu adalah Speaker DUN Negeri Perak.

Ada kemungkinan Umno terlepas pandang kepentingan peranan Speaker di dalam rampasan kuasa yang bersifat non military ( bukan ketenteraan ) ini. Rampasan kuasa bersenjata atau secara ketenteraan tidak memerlukan speaker Parlimen atau DUN ditawan. Dalam rampasan kuasa yang melibatkan “penculikan” ahli –ahli ADUN seperti di Perak kegagalan menawan speaker adalah suatu risiko yang besar. Dan kini Umno mula menanggung keperitannya..



Mungkin tidak keterlaluan kalau kita katakan Umno mungkin berpendapat apalah ada sangat pada batang tubuh speaker. Umno mungkin menganggap speaker hanya seperti pengerusi tetap Umno – tiada kuasa yang penting dan substantif..

Kini setelah speaker menggantung Dato’ Dr. Zambry dan enam ADUN BN yang lain untuk tempoh 18 bulan ( untuk Zanbry ) dan 12 bulan ( untuk 6 exco ) barulah Umno mula tercungap-cungap. Zambri terpaksa meminta talian hayat daripada Abdullah Badawi. Abdullah Badawi yang juga tercungap-cungap mencari bantuan tersasul meminta Zambri membuat laporan polis ke atas speaker. Zambri sendiri, saya percaya, agak terkejut dengan saranan Abdullah tersebut. Bagaimanapun memandangkan Umno diajar untuk memberikan ketaatan membuta tuli pada pemimpin mereka saranan tidak masuk akal Abdullah terpaksa juga diikuti Maka 19 laporan polis dibuat ke atas speaker Perak.

Polis yang sudah dibebani dengan masalah jenayah yang menghantui mereka kini dengan tidak semena-mena diminta pula siasat keputusan speaker. Ini mungkin kali pertama berlaku dalam dunia bertamadun polis diminta siasat keputusan seorang speaker DUN. Polis sendiri pun saya percaya bingung kenapakah mereka diminta siasat keputusan speaker. Polis pun maklum bahawa keputusan speaker melibatkan isu Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran. Kalau nak memahami Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah pun polis menghadapi masalah kenapakah Abdullah tambah lagi masalah mereka kini dengan diminta mereka siasat satu kes Perlembagaan.

Zambri pun tahu bahawa polis tidak boleh sama sekali mengganggu speaker dalam hal ini. Berdasarkan undang-undang yang BN gubal sendiri speaker adalah kebal. Polis tidak boleh ganggu termasuk menyoal siasat speaker. Mendakwa jauh sekali.

Kalau Abdulllah ambil masa sikit mendapatkan nasihat dari pakar undang-undang sudah tentu dia tahu bahawa berdasarkan Enakmen Dewan Undangan Negeri ( Hak Istimewa ) 1959 [ Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959 ] dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan jelas kedua-dua undang-undang tersebut memberikan kekebalan secara mutlak kepada speaker dari sebarang prosiding jenayah dan sivil .

Kekebalan speaker dari sebarang prosiding di Mahkamah boleh dikatakan diterima di seluruh dunia termasuk di negara dunia ketiga seperti Papua New Guinea. Untuk Umno saya cadangkan bacalah kes berikut.

Di dalam kes James Eki Mopio v Speaker of Parliament [1977] PNGLR 420 fakta kesnya adalah berkaitan dengan isu pelantikan Mr. Michael Somare sebagai Perdana Menteri Papua New Guinea selepas pilihanraya umum negara tersebut . Pihak Plaintif iaitu. Mr. James Eki Mopio yang juga ahli Parlimen mendakwa Speaker Parlimen telah gagal mematuhi seksyen 142 ( 4 ) Perlembagaan Papua New Guinea.

Mr. Mopio berhujah bahawa seksyen 142 ( 4 ) tersebut memperuntukkan berkaitan penjalanan dewan Parlimen sehari selepas mesyuarat Parlimen dipanggil . Beliau mendakwa pelantikan Perdana Menteri hendaklah dibuat sehari selepas mesyuarat Parlimen dipanggil dan memandankan speaker Parlimen gagal mematuhi seksyen tersebut maka pelantikan Perdana Menteri adalah tidak sah.

Mahkamah Agung Papua New Guinea yang menolak hujah Mr Mopio tersebut memutuskan bahawa kes ini adalah berkaitan dengan penjalanan urusan Parlimen dan tatacaranya (“ the conduct of the business of the Parliament and its procedure. ) Oleh itu Mahkamah memutuskan memandangkan isu di Mahkamah melibatkan isu sama ada tatacara Parlimen telah dipatuhi atau tidak dan juga isu kebebasan prosiding Parlimen serta fungsi dan peranan Speaker maka Mahkamah tidak ada bidangkuasa untuk mendegar kes tersebut.

Zambri nampaknya dah mula sedar bahawa saranan Abdullah untuk beliau membuat laporan polis menyebabkan beliau menjadi bahan ketawa di kalangan masyarakat yang celik undang-undang . Maka beliau kini terpaksa mendapatkan nasihat Peguam Diraja ( QC ) di London. Satu lagi bukti UMNO masih bermentaliti penjajah . Ia juiga satu bukti pembaziran wang yang nyata semata-mata demi mempertahankan kuasa yang dirampas dari orang lain secara haram.

Suatu yang menarik di dalam kes di Perak ini adalah meskipun Kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan namun speaker DUN Perak masih dikuasai oleh PR. Yang lebih manarik tiada siapa yang boleh memecat speaker hatta Y.M Tuanku Sultan. Ini kerana speaker tidak dilantik oleh Sultan. Ia dilantik oleh DUN. Maka DUN juga sahaja yang diberi kuasa untuk memecat beliau melainkan beliau meletakkan jawatan atau kehilangan kelayakan sebagai seorang ADUN.

Memandangkan speaker tidak hilang jawatan maka kuasanya juga tidak hilang. Kuasanya kekal seperti sebelum Kerajaan PR dirampas secara haram . Apabila Kerajaan PR dirampas secara haram kini speaker pula bertindak balas dengan mengharamkan Zambri dan enam yang lain masuk ke dalam DUN. Tiga ADUN yang melompat sudah awal-awal lagi diharamkan oleh Speaker masuk ke DUN kerana mereka bukan lagi ADUN disebabkan perletakkan jawatan mereka adalah sah di bawah Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak. Kalau pun mereka masih ADUN, tiga mahkluk yang melompat tersebut adalah ADUN SPR .

Jelas kini Umno dah mula terasa bodoh kerana bertindak secara gopoh gapah. Jika Umno boleh jatuhkan Nizar dan Kerajaan PR Perak dengan berselindung di balik Sultan maka tidak mustahil Kerajaan haram BN akan kembali tersungkur dengan kuasa seorang speaker sahaja.

PPSMI: Samad Said Nafi Diperalat Pembangkang - Malaysiakini

KOTA BAHARU: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan dirinya diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Beliau berkata, kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum isu berkenaan.

"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun "Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini.

Kehadiran sasterawan negara itu dalam beberapa siri ceramah pembangkang dalam isu PPSMI sejak kebelakangan ini mengudang rasa tidak senang umum.

Malam ini Samad dijadual berceramah dalam satu majlis anjuran Pas di Padang Perdana di sini bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas perkara itu, Samad berkata beliau bukannya "dibeli" parti politik, malah akan turut memperjuang isu itu jika dianjurkan Umno dan kerajaan.

"Kalau dituduh begitu, itu bukan maksud saya dan saya hadir di situ untuk memperjuangkan bahasa saya," katanya.

Malaysiakini - PPSMI: Samad Said nafi diperalat pembangkang

Siasatan kes Khir Toyo beli apartmen RM25 juta

Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo kini disiasat kerana dipercayai mendalangi pembelian dan penjualan apartmen mewah di Makkah membabitkan penggunaan dana awam sebanyak 25 juta ringgit.

Urus beli-jual itu dilakukan menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad, sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang kini dalam siasatan audit. Demikian menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor .

Pada 14 September 2007, Lembaga Pengarah syarikat PNSB yang dipengerusikan oleh Khir Toyo meluluskan syarikat berkenaan membeli lima unit apartmen di Menara Al Marwah, Makkah dengan harga RM8.3 juta.

Bagaimanapun tiga hari kemudian, PNSB membayar RM25.6 juta kepada sebuah akaun di Arab Saudi untuk membeli 12 unit apatmen.

Pembelian tujuh apartmen tambahan itu dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Apartmen berkenaan didaftar atas nama Khir Toyo, atas alasan memenuhi keperluan undang-undang kerajaan Arab Saudi.

Selepas membeli 12 apartmen itu, PNSB bertindak menjual 7 daripadanya kepada seorang individu pada harga kos RM17.2 juta ringgit.

Penjualan itu sekali lagi tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah.

PNSB menerima RM17 juta daripada individu berkenaan tetapi tidak ada sebarang resit rasmi dikeluarkan untuk memperaku penjualan apartmen itu pada harga kos.

Kes itu menjadi lebih “pelik” apabila PNSB di bawah kepemimpinan Khir Toyo, kemudiannya meluluskan pembayaran RM8.2 juta ringgit menerusi empat cek kepada individu yang sama.

Ini dilihat sebagai cubaan membeli semua apartmen itu daripada individu berkenaan, membolehkan beliau mengaut keuntungan besar.

Transaksi ini juga dibuat tanpa mesyuarat Lembaga Pengarah.

Namun, PNSB kemudian membatalkan tiga daripada cek berkenaan. Cek keempat bernilai dua juta ringgit dimasukkan ke dalam akaun individu berkenaan.

Namun PNSB kemudian mengarahkan bank menghentikan pembayaran itu.

Siasatan kini bertumpu kepada persoalan bagaimana PNSB yang dipengerusikan oleh Khir Toyo mendapat kelulusan untuk membeli tambahan tujuh apatmen, tanpa kebenaran Lembaga Pengarah.

Audit juga dilakukan untuk mengenal pasti kenapa segala urusan membabitkan penjualan 7 unit pada harga kos kepada individu berkenaan tidak mendapat kebenaran Lembaga Pengarah.

Turut disiasat ialah kenapa PNSB seterusnya cuba membeli balik apatmen itu daripada individu berkenaan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak bertindak tegas jika wujud unsur perbuatan jenayah dalam kes berkenaan.

Akaun kewangan PNSB bagi tahun 2007 masih belum dapat ditutup.

Anwaribrahimblog : Khir Toyo Dan Pangsapuri Di Mekah?

Mufti Wilayah, ahli UMNO no: 937786

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.


Dalam satu kenyataannya, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Mufti yang sama juga pernah berkata "sumpah mubahalah" yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos 2008 adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan.

Begitu mudah seorang mufti mengeluarkan hujjah berdasarkan hadith tanpa memberitahu "Sultan" yang bagaimana yang dikehendaki atau yang dimaksudkan oleh hadith berkenaan.

Sedangkan Anas meriwayatkan:

"Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan Sultan dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan Sultan dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Karena itu, jauhilah mereka." (HR al-Hakim).

Saidina Abu Bakar menegaskan ketika menerima perlantikan sebagai Khalifah, bahawa baginda wajib ditaati jika melaksanakan undang-undang Allah Ta’ala, bukan kerana sebab-sebab lain. Kerana terdapat ulama yang menyembunyikan hakikat ini, maka terjadilah keriuhan gila-gilaan berasaskan kejahilan tentang hukum Islam dan penderhakaan terang-terangan terhadap ajaran Islam.

Imam Ghazali telah mengingatkan umat Islam, terdapat dua jenis ulama: ulama jahat yang menggunakan Islam untuk dunia; ulama baik yang takutkan Allah Ta’ala dan cintakan Nabi SAW dan umat Islam. Sukar mendapat jenis ulama kedua ini, kerana begitu ramai “ulama” yang mengutamakan dunia dan kemewahan hidup. Ulama jenis ini wajib diderhakai seperti SUltan (pemimpin) yang jahat juga wajib diderhakai. Itulah prinsip Islam yang mesti dipegang dan dilaksanakan oleh umat Islam. Tepat dan jelas, tiada apa-apa kekeliruan lagi.

Bila disemak semula rupa-rupanya Mufti ini ialah seorang ahli berdaftar sebuah parti yang sentiasa bersalahan dengan hukum Islam malah tidak pernah menerima Islam di dalam bentuknya yang syumul.

Justeru itulah tidak hairan kenapa Mufti itu menjadi sedemikian perangainya. Greenboc

MB 'Haram' nak bagi kuliah agama ~ Malaysiakini

Mampukah Zambri buat apa yang Nizar buat?


IPOH (23 FEB) : Setiap hari Isnin Dr Zambry akan menyampaikan tazkirah dan mengimamkan solat Zohor di surau bangunan SUK.

Zambry berbuat demikian kerana cuba menyamai apa yang pernah selalu dilakukan hampir setiap hari oleh Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin. Nizar melakuykannya bukan sekadar hari isnin sahaja . Harap Zambri akan cuba melakukan sama.Perkara yang baik seperti itu , molek ditiru.




Mungkin Zambri mahu melihat dan mengukur sejauh mana populariti beliau dikalangan kakitangan awam disitu. Diharapkan, Dr Rahman tidak akan mengeluarkan apa-apa arahan mewajibkan setiap kakitangan ke surau.


Ah! Itu sembahyang bacaan sirr! Apa kata jadi imam sembahyang maghrib atau Isya? Kita semua nak dengar bacaan Zambri bagaimana ….. Sebelum ini, Nizar selalu mengunjungi masjid dan surau untuk sama-sama para jemaah mengimami solat Maghrib, Isya’ dan juga Subuh . Beliau juga sering menyampaikan kuliah selepas itu. Harap Zambri akan cuba melakukan sama.Perkara yang baik seperti itu , molek ditiru.

Nizar juga boleh dikatakan setiap waktu sebelum solat Jumaat akan menyampaikan tazkirah di masjid-masjid. Mampukah Zambri berbuat sama ? Harap Zambri akan cuba melakukan sama.Perkara yang baik seperti itu , molek ditiru.


Harap-harap Zambry akan turut sama memberi tazkirah di masjid-masjid tanpa menyusahkan dan melibatkan pihak polis.Nizar tidak pernah menyusahkan pihak polis untuk mengawalnya atau menyusahkan mereka untuk mengiringi beliau kemana-mana. Harap Zambri akan cuba melakukan sama.Perkara yang baik seperti itu , molek ditiru.


Tetapi, mampukah Zambri berbuat seperti itu? Ah! Jangan bimbang kerana Zambri mempunyai seorang 'Penasihat Agama' yang tersohor berstatus Exco yang akan jadi mentornya.Khabarnya mentornya itu pernah kena ….sysss Wallahu a’lam bissawab…..

Adaptasi dari : sini

24 Feb 2009

PPSMI: Khairy setuju debat dengan Pemuda PAS


Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan beliau secara pribadi untuk berdebat dengan Pemuda PAS dalam isu PPSMI.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi tadi calon Ketua Pemuda UMNO itu menerima surat jemputan debat daripada Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Dalam sidang media di lobi parlimen itu, Khairy berjanji akan membawa surat tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda UMNO.

Selain itu Khairy turut sepakat dengan Salahuddin untuk berbincang berkenaan dengan isu ISA. Perbincangan tersebut dijadualkan pada minggu depan di lobi parlimen. Walau bagaimanapun masa dan tarikh akan ditetapkan kemudian.

Dalam pada itu, Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana melantik beliau sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau berjanji akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Sidang media pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus dan Kamaruzaman Mohamad

Video berkaitan :
tvPAS: Exco pemuda Umno enggan terima surat cabaran debat PPSMI

Serahan surat untuk berdebat di dalam isu PPSMI tidak dapat disampaikan kepada Pemuda UMNO kerana Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein tidak hadir di Dewan Rakyat.


[ PEMUDA PAS nak debat dengan Ketua Pemuda UMNO yang kebetulan Menteri Pelajaran. Kenapa KJ beria-ria nak ganti menteri pulak.. Atau Menteri Pelajarn tu penakut.]

Siapa hina Islam ? ~ Malaysiakini


Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang didakwa meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, mengeluarkan kenyataan yang cepat dalam persoalan penubuhan jawatankuasa itu dengan mengulas bahawa cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.


Persoalannya adakah benar dengan diujudkan satu jawatan kuasa seperti itu menyebabkan Islam berada sama taraf dengan agama lain.

Shahabudin memberi andaian sendiri yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan, ‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” .

Rasanya di negara Malaysia yang kita cintai ini, apa yang diperjuangkan oleh pakatan Rakyat dan disana di dominasi oleh PAS khususnya dalam persoalan mempertahankan agama Islam, anggapan Shahabudin ternyata tersasar jauh.

Kamilah yang sedang mempertahankan Islam , jangan ungkit siapa yang hina Islam kecuali jawapannya sudah dapat dijawab oleh kita iaitu UMNO. UMNOlah yang telah mengadai agama demi kepentingan perjuangan sempit Melayu mereka.

Secara peribadi pada anggapan saya tidak adapun hasrat penubuhan jawatankuasa perundingan agama untuk meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain.

Contoh yang paling baik, di Universiti yang saya belajar di Aceh.Disana ada Fakulti Ushuluddin, terdapat Jurusan perbandingan Agama. Adakah ini boleh juga dianggap satu penghinaan.

Tersangat penting saya beranggapan baik disanalah kita dapat menyampaikan mesej Islam kepada penganut agama lain.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

[Kami tidak menyembah tuhan kamu dan kamu juga tidak menyembah tuhan kami.Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami. Tiada paksaan dalam beragama...Perbandingan antara agama juga dibuat oleh ulamak islam yg bernama Shahrastani, menjadi kitab rujukan dalam matapelajaran milal wannihal di Al-Azhar. Adakah Al-Azhar menghina agama Islam?]

Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai, Sarawak

Dublin Unting Ingkot ADUN kepada Batang Ai merangkap Timbalan Menteri Sukan dan Petanian bagi negeri Sarawak meninggal dunia jam 1.26 pagi tadi.

Unting adalah Naib Presiden kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Beliau koma apabila diserang stroke tahun lalu selepas ditemuramah oleh stesen radio tempatan.

Dijangkakan SPR akan mengadakan pilihanraya kecil di Batang Ai selepas 60 hari.

Malaysiakini: ADUN Batang Ai meninggal dunia

Golongan celaka orang yang enggan mansuh PPSMI ~ Malaysiakini

Kuala Lumpur, 23 Feb - Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan Bahasa Melayu.Beliau berpidato di dalam majlis himpunan dan ikrar mansuh PPSMI. Menurut beliau, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. “Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan.”

p1100019

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan.

p1090986

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina itu turutdiserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

p11000061



YB Zulkifili Nordin :Dasar PPSMI

Harakahdaily : PPSMI: Dr M.. bertaubatlah sebelum 'wafat'

TKO :PMSBI: Hishamuddin UMNO mengamalkan " All Child Left Behind"

23 Feb 2009

Kes Saman MB Perak disambung pada Rabu ini

2.35 petang: Mahkamah Bergelap Sekitar 15 minit


Kuala Lumpur; Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bergelap selama 15 minit sebentar tadi dalam keadaan semua pihak menunggu sebutan kali ke 2 pembicaraan krisis yang berlaku di Perak.

YAB Menteri Besar Perak,Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin sampai di mahkamah pada kira-kira jam 2.20 petang bersama dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Ahmad Awang, Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Khoo Ham, YB.Nga Kor Ming, YB.Sivanesan dan YB.Hj.Mohd Zainuddin, Pengerusi BBC Perak, YB.Drs.Khalil Idham Lim dan Pengerusi PKR, Hj.Osman beserta ahli rombongan lain.

Semua pihak sedang menunggu masa sebutan kes untuk kali yang kedua pada bila-bila masa oleh Hakim.

Kelihatan hadir ialah Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri Perak, Ahmad Kamal yang mewakili Zambry Abdul Kadir, dimana mendapat bantahan dari peguam yang mewakili DS Nizar dalam sebutan pertama lalu.Hakim akan menentukan kewajaran beliau mewakili Zamry kerana dakwaan dikenakan atas batang tubuh Zamry sedangkan dia Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Perak.

Pada hari ini juga, Hakim akan memutuskan samaada kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.

3.42 Petang : Penghujahan Sedang Berlangsung

Penghujahan dari pihak Peguam Negara dan peguam yang mewakili DS Nizar sedang berlangsung bermula jam 2.50 petang tadi.

Hakim Mohd.Arif B.Mohd Yusuf sedang mendengar penghujahan dari kedua belah pihak mengenai persoalan pertama adakah kewajaran Mohd.Arif terus menjadi hakim dalam sebutan kes ini.

Sebelum ini timbul persoalan mengenai Moh.Arif yang pernah menjadi penasihat kepada PKR dan PAS.

5.00 Petang: Perbicaraan ditangguh.

Sebutan kes Saman DS. Muhammad Nizar Jamaluddin terhadap Zambry Abdul Kadir ditangguhkan pembicaraannya sebentar tadi oleh Hakim Mohd. Arif.

Perbicaraan akan disambung kembali pada hari Rabu ini jam 9.00 di tempat yang sama.
- DRS. KHALIL IDHAM LIM

MB 'Haram' Perak guna Panduan Peguam Diraja di London ~ Malaysiakini

PETALING JAYA: Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kudetanya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Satu tindakan yang mengelirukan seolah-olah sistem perundangan di Malaysia tidak mampu lagi menyelamatkan tindakan jahat mereka.

Paling memeranjatkan banyak pihak, tindakan ini memperlihatkan suatu penghinaan kepada sistem undang-undang yang ada di Malaysia. Adakah sesuai jika kita katakan mereka inilah yang penderhaka kepada negara sendiri ?

Sehubungan itu, beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini.

Turut bersama mereka ialah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.

"Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata seorang sumber yang dipetik oleh The Star hari ini.

Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil oleh Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Kata sumber itu, pasukan tersebut ke London bagi pihak Zambry dan enam Exco berkenaan.

Ketika ditanya sama ada Peguam Diraja akan mewakili mereka di mahkamah, sumber itu berkata: "Tidak. Selain mendapatkan pandangan kedua, mereka juga mahukan pandangan berhubung kedudukan bidang kuasa Komanwel yang lain, selain kes-kes di Sabah dan Sarawak di sini.

Pada Rabu lalu, Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula digantung selama 12 bulan.

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (ADUN Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd. Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang).

Pada keesokan hari, Zambry berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan tindakan menggantung mereka daripada menyertai mesyuarat DUN.

Sehubungan dengan itu juga Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan yang salah dan mengelirukan kepada Zambry suapaya membuat laporan Polis. Arahan itu dianggap lucu dan diluar bidang kuasa polis oleh Tun Dr. Mahadhir.

oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

22 Feb 2009

PPSMI: Anak Nizar saman kerajaan ~ Malaysiakini

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, bahawa isu bahasa yang melibatkan bantahan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) bukan bermula kini tetapi secara agresifnya tiga tahun lalu.

Ini dibuktikan dengan tindakan saman yang dilakukan oleh anak Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pendidikan kerana telah melanggar Perlembagaan negara yang memelihara Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar Jamaluddin, 10 telah menyaman kerajaan pada tahun 2006 beserta beberapa pelajar sekolah yang lain kerana melaksanakan dasar yang menyebabkan sebilangan besar para pelajar khususnya kaum Melayu tercicir dalam mencapai kejayaan di kedua-dua mata pelajaran itu.

Demikian dinyatakan sendiri oleh ayah beliau, Nizar dalam ceramahnya di Felcra Kg Serigala, dekat sini malam tadi.

Katanya PPSMI membawa kesan yang negatif ke atas pencapaian keputusan peperiksaan pelajar-pelajar Melayu khususnya di luar bandar

"Kita dalam Pakatan Rakyat sudah lama membantah PPSMI dan memperjuangkan bahasa rasmi yang juga ingin dilenyapkan oleh Umno seperti mana yang berlaku ke atas tulisan jawi.

"Anak saya dan beberapa yang lain telah bertindak menyaman kerajaan kerana mencabuli perlembagaan negara yang melindungi bahasa ibunda," katanya yang turut dibantu dan diwakili oleh tujuh peguam antaranya Hanipa Maidin dan Amiruddin.

Sehingga kini katanya, kes tersebut masih dikesampingkan oleh Umno-BN yang jelas tidak menitik beratkan masalah yang dihadapi oleh para pelajar khususnya luar bandar dan mengabaikan tanggungjawab mendaulatkan Bahasa Melayu.

Dalam hal berkaitan Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan turut menganjurkan 'Himpunan dan Ikrar : Mansuhkan PPSMI' esok (23 Februari) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor jam 9.00 malam.

Program ini akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat antaranya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi GMP, Dato' Hassan Ahmad, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid; Penggiat Teater, Che Shamsudin Othman (Dinsman), Ahmad Lutfi Othman dan Wakil-Wakil NGO.

Majlis akan bermula dengan Ucapan Pengarah Program, Salleh Farmin dan diikuti Ucapan Aluan Dato' Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dan diselangi dengan pembacaan sajak oleh Dinsman.

Sebelum ucap utama, satu bacaan 'Sinopsis Perjuangan Bahasa' akan dipersembahkan dan diikuti dengan bacaan Ikrar Mansuhkan PPSMI oleh pimpinan-pimpinan yang dilantik.

Nizar : Saya yakin kita akan kembali


Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, his wife and their seven children loading up their family vehicle in preparation to move out of the Perak mentri besar's official residence today. – Pic by Choo Choy May >Read More

IPOH :-Tindakan Barisan Nasional merampas Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat disifatkan seperti Yahudi yang merampas hak orang Islam di Gaza, "Inilah dua kerajaan haram di bumi ini yang rakyat tolak mereka " Kata YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam majlis sempena meraikan para Petugas Unit Amal, Blogger dan wartawan di Kediaman Rasminya di sini.

Program yang diadakan itu adalah beberapa ketika beliau secara rasmi meninggalkan kediaman rasmi itu ke kediaman peribadi yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim, ADUN Bercam, Sum Cheok Leng, Setiausah Akhbar, Hj. Anuar Hashim, Setiausaha Politik, Hj. Misbahul Munir dan Ketua Pemuda PAS Perak, Hj. Norazli Musa.

Pada kesempatan itu Ir. Nizar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Unit Amal yang mengadakan kawalan untuk nya, " Saya hargai pengorbanan tuan-tuan" Katanya.

"Terima kasih juga kepada para blogger yang berkampung di sini, melaporkan kepada dunia siber tentang kerakusan Barisan nasional merampas kuasa dari pakatan Rakyat" . Katanya.

Beliau juga menjelaskan UMNO yang mengapi-apikan semangat perkauman telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat telah melahirkan rakyat yang saling menghormati antara satu sama lain, katanya.

Ir. Nizar mengimbau selama ini beliau tidak jemu membaca ayat-ayat Al Quran yang mengajak kita untuk melaksanakan pelbagai prinsip keadilan dan sebagainya.

Disamping itu beliau melahirkan kekesalan dan rasa sedih kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang ingin membela mereka di tumbang dan dirampas.

"Saya yakin kita akan kembali" tegas Nizar.

Ir. Nizar menegaskan selagi DUN tidak dibubarkan, pelabur tidak akan percaya untuk melabur di Perak.

"Kita akan berhadapan dengan mereka, kita akan jumpa dengan mereka di Bukit Gantang, kita jadikan ini sebagai isu supaya sokongan bertambah bergantang-gantang kepada Pakatan Rakyat".

Mengulas antara kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan pakatan Rakyat di Perak iaitu kutipan cukai tertinggi yang tidak dicapai sebelum ini sebanyak RM 263 Juta pada akhir Disember lepas. "Oleh kerana mereka tahu apa bila mereka membayar cukai dan dikembalikan kepada rakyat ". Katanya.- DRS. KHALIL IDHAM LIM

Malaysiakini : Umno penakut, kata Mohd Nizar

Catatan peribadi Dato Seri Ir Nizar ~ Malaysiakini

(Ini adalah catatan peribadi dato seri ir haji mohamad nizar jamaludin sendiri)

Oleh: Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.


Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan………..

NIZAR


Anak Pengerusi SPRM Ditangkap

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan
hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

"Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini. - Greenboc (link)

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.