Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

22 Feb 2009

PPSMI: Anak Nizar saman kerajaan ~ Malaysiakini

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, bahawa isu bahasa yang melibatkan bantahan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) bukan bermula kini tetapi secara agresifnya tiga tahun lalu.

Ini dibuktikan dengan tindakan saman yang dilakukan oleh anak Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pendidikan kerana telah melanggar Perlembagaan negara yang memelihara Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar Jamaluddin, 10 telah menyaman kerajaan pada tahun 2006 beserta beberapa pelajar sekolah yang lain kerana melaksanakan dasar yang menyebabkan sebilangan besar para pelajar khususnya kaum Melayu tercicir dalam mencapai kejayaan di kedua-dua mata pelajaran itu.

Demikian dinyatakan sendiri oleh ayah beliau, Nizar dalam ceramahnya di Felcra Kg Serigala, dekat sini malam tadi.

Katanya PPSMI membawa kesan yang negatif ke atas pencapaian keputusan peperiksaan pelajar-pelajar Melayu khususnya di luar bandar

"Kita dalam Pakatan Rakyat sudah lama membantah PPSMI dan memperjuangkan bahasa rasmi yang juga ingin dilenyapkan oleh Umno seperti mana yang berlaku ke atas tulisan jawi.

"Anak saya dan beberapa yang lain telah bertindak menyaman kerajaan kerana mencabuli perlembagaan negara yang melindungi bahasa ibunda," katanya yang turut dibantu dan diwakili oleh tujuh peguam antaranya Hanipa Maidin dan Amiruddin.

Sehingga kini katanya, kes tersebut masih dikesampingkan oleh Umno-BN yang jelas tidak menitik beratkan masalah yang dihadapi oleh para pelajar khususnya luar bandar dan mengabaikan tanggungjawab mendaulatkan Bahasa Melayu.

Dalam hal berkaitan Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan turut menganjurkan 'Himpunan dan Ikrar : Mansuhkan PPSMI' esok (23 Februari) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor jam 9.00 malam.

Program ini akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat antaranya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi GMP, Dato' Hassan Ahmad, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid; Penggiat Teater, Che Shamsudin Othman (Dinsman), Ahmad Lutfi Othman dan Wakil-Wakil NGO.

Majlis akan bermula dengan Ucapan Pengarah Program, Salleh Farmin dan diikuti Ucapan Aluan Dato' Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dan diselangi dengan pembacaan sajak oleh Dinsman.

Sebelum ucap utama, satu bacaan 'Sinopsis Perjuangan Bahasa' akan dipersembahkan dan diikuti dengan bacaan Ikrar Mansuhkan PPSMI oleh pimpinan-pimpinan yang dilantik.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...


1. PPSMI kamu tentang tetapi apabila DAP nak hapuskan tulisan JAWI kenapa PAS tak saman DAP?

2. Saya nak tanya yang mana penting bahasa(tulisan) atau pengetahuan?? Berapa banyakkah buku teknologi dan ilmiah lain yang di tulis dalam bahasa melayu??

3. Saya nak tanya berapa baguskah penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar apabila bahasa intu hanya di ajar pada waktu subjek itu sahaja?

4. Bukankah apabila seseorang itu kerap menggunakan bahasa itu maka dia akan mahir dalam bahasa itu? Bukankah ini satu kelebihan (pengetahuan)?

5. Adakah kerana diajar dalam bahasa inggeris maka orang melayu dah tak reti nak cakap dalam bahasa melayu??

6. Oleh kerana hebat sangat memperjuangan bahasa melayu,KENAPA PAS tak perjuangkan supaya bahasa ARAB dimasukkan sebagai subjek WAJIB untuk pelajar muslim??

7. ADakah PAS telah membuat satu pungutan suara ibubapa murid-murid di semua sekolah di MALAYSIA untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersetuju PPSMI? Jika tidak buat jangan berbohong beritahu bahasa semua orang tak setuju..

8. Adakah PAS tahu bahawa anak saudara saya yang baru darjah 3 dah pandai berbahasa inggeris berbanding abang dan kakak nya dan pemahaman bahsa melayu dia juga tak berubah..

9. Adakah anak Nizar terlalu BODOH untuk belajar dan faham BAHASA INGGERIS? Jika YA kenapa BAPAK dia hantar anak-anak dia bersekolah di SEKOLAH CINA??

Sila jawab ye..

wassalam

pemudabesut2 berkata...

Jawab dengan ketam pun tak guna. Dia ajar anak jalan betul tetapi dia jalan 2x5 dengan anaknya....sia-sia sahaja

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.