
Paling memeranjatkan banyak pihak, tindakan ini memperlihatkan suatu penghinaan kepada sistem undang-undang yang ada di Malaysia. Adakah sesuai jika kita katakan mereka inilah yang penderhaka kepada negara sendiri ?
Sehubungan itu, beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini.
Turut bersama mereka ialah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.
"Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata seorang sumber yang dipetik oleh The Star hari ini.
Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil oleh Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.
Kata sumber itu, pasukan tersebut ke London bagi pihak Zambry dan enam Exco berkenaan.
Ketika ditanya sama ada Peguam Diraja akan mewakili mereka di mahkamah, sumber itu berkata: "Tidak. Selain mendapatkan pandangan kedua, mereka juga mahukan pandangan berhubung kedudukan bidang kuasa Komanwel yang lain, selain kes-kes di Sabah dan Sarawak di sini.
Pada Rabu lalu, Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula digantung selama 12 bulan.
Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (ADUN Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd. Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang).
Pada keesokan hari, Zambry berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan tindakan menggantung mereka daripada menyertai mesyuarat DUN.
Sehubungan dengan itu juga Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan yang salah dan mengelirukan kepada Zambry suapaya membuat laporan Polis. Arahan itu dianggap lucu dan diluar bidang kuasa polis oleh Tun Dr. Mahadhir.
oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan