Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

26 Feb 2009

Debat PPSMI: Pemuda Umno tolak,petanda buruk buat pejuang bahasa!

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Salahuddin Ayob menganggap penolakan cabaran debat oleh Ketua Pemuda Umno sebagai satu kemalangan besar terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau menegaskan penolakan tersebut juga merupakan satu petanda buruk yang digambarkan oleh Pemuda Umno terhadap usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang bahasa.

Salahuddin menegaskan demikian sebagai respon penolakan Hishamuddin terhadap pelawaan mengadakan debat mengenai isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

"Pemuda PAS kesal dengan kenyataan Hishamuddin Hussein kerana ia mengambarkan Pemuda Umno tidak berminat untuk memartabatkan bahasa Melayu.

"Penolakan ini juga memberikan gambaran buruk terhadap pendirian Pemuda Umno dalam isu bahasa Melayu," tegas beliau.

Beliau juga menegaskan DPPP tidak akan berputus asa dalam usaha mereka bersama pejuang-pejuang bahasa menuntut kerajaan memansuhkan PPSMI.

Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang juga Ketua Pemuda Umno untuk mengadakan satu perbincangan intelektual mengenai isu PPSMI.

Ketua Pemuda Umno dalam satu sidang media selepas selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini menolak cabaran debat yang dibuat oleh Salahuddin Ayob.

Selasa lalu, Pemuda PAS telah menghantar surat cabaran debat kepada Hishammuddin berhubung isu PPSMI melalui Naibnya, Khairy Jamaluddin di Parlimen.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semenjak bila PEMUDA PAS perjuangkan bahasa melayu?? Kenapa masa TERESA KOK nak padam tulisan jawi PEMUDA PAS tak TENGKING dia??
Sekarang aku nak tanya kamu semua HEBAT kah kamu BERBAHASA MELAYU?? Apakah TINDAKAN PEJUANG BAHASA untuk memperkayakan BAHASA MELAYU??
Cuba PEMUDA BESUT berikan jumlah keseluruhan BUKU-BUKU dan RUJUKAN ILMIAH yang telah diTERJEMAHAN oleh PEJUANg BAHASA ini untuk memertabatkan BAHASA MELAYU??
Oleh kerana PEMUDA PAS memperjuangkan BAHASA MELAYU kenapa tak TEKANKAN supaya semua sekolah samada SEKOLAH KEBANGSAAN,atau jenis KEBANGSAAN CINA dan TAMIl menggunakan BAHASA MELAYU sebagai BAHASA PENGANTAR??

Salah ke mempelajari ILMU MATEMATIK dan SAINS didalam BAHASA lain daripada BAHASA MELAYU asalkan ITU DAPAT MEMBANTU MENIMBA ILMU bukan sahaja sekarang tetapi dimasa akan datang.. BAHASA INGGERIS itu juga satu CABANG ILMU,tidaklah RASULLULLAH menuntut kita belajar mencari ilmu sehingga ke NEGERI CINA jika kita tidak boleh faham dan bercakap dalam BAHASA CINA!!!

Ini lah masalah apabila jahil tidak mengaku tetapi bebal tak mahu menerima hakikat kebenaran dan kebaikan.

pemudabesut berkata...

hai ketam sape yang hapuskan dulu bahasa jawi... Kalu tak UMNO... yang menyebabkan ramai anak2 melayu tidak baca boleh baca jawi... UMNO memang lupa sejarah lalu....

Umno berpura-pura menunjuk kepada masyarakat bahawa mereka sedang memperjuangkan nasib tulisan Jawi yang kini sudah hampir pupus sedangkan masyarakat menyedari merekalah penyebab utama

imbas kembali sejarah di mana kerajaan Umno pada tahun 60-an melalui Menteri Pelajarannya, Tan Sri Khir Johari telah membuat perubahan kepada mata pelajaran Jawi sehinggakan martabat mata pelajaran Jawi berada pada peringkat yang rendah dan tidak penting untuk dipelajari.

Wahai ketam terimalah hakikat UMNO memang pemusnah....

pemudabesut berkata...

Wahai UMNO

antara penyokong kuat dasar PPSMI ini adalah Tok Sidang, JKKK, ahli-ahli Umno dan rakan-rakan sewaktu dengannya. Sedangkan dipihak yang menentang PPSMI terdiri dari Pakar-pakar Bahasa, Cendikiawan, Penyair, Sasterawan Negara dan sebagainya.

Siapa tidak kenal SN A Samad Said; Professor Dr Abdullah Hassan; Datuk Dr Hassan Ahmad; Prof Awang Sariyan; Dato' Professor Dr Nik Safiah Karim;Professor Dr Shahrir Mohd Zain; Tan Sri Ainuddin Wahid; Datuk Professor Dr Zainal Abidin Wahid; Datuk Mohd Ali Hassan; Ainon Muhammad; Khalid Salleh; Dinsman dan lain. Mereka ini semuanya menentang pelaksanaan PPSMI. Malangnya 'cendiakiawan-cendikiawan' kampung tidak mahu akur dengan kajian dan gesaan cendikiawan tulen diatas.

Mungkin ketam ni orang yang lebih bijak dr mereka yang saya sebutkan ni

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.