
Malaysiakini : Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar
Polis terpaksa bertindak "tegas" menyuraikan sekumpulan individu, yang berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pagi tadi untuk membuat laporan secara beramai-ramai berhubung layanan tidak adil kepada salah seorang tahanan ISA, P. Uthayakumar.
Kumpulan tersebut enggan bersurai walaupun diarahkan oleh polis beberapa kali.
Kira-kira 200 orang itu terdiri daripada beberapa Ahli Parlimen.
Pihak polis membenarkan kira-kira 50 orang yang terdiri daripada lima anggota keluarga Uthayakumar dan 45 wakil iaitu lima orang bagi setiap negeri termasuk ahli-ahli Parlimen memasuki IPD untuk membuat laporan masing-masing.
Bagaimanapun mereka yang menunggu di luar IPD pula diminta meninggalkan pekarangan premis tersebut.
Ramai yang mematuhi arahan tersebut tetapi kira-kira 30 orang enggan berbuat demikian.
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga mula melepaskan air ke arah kumpulan tersebut.

Kumpulan itu berhimpun semula buat kali ketiga lalu berhadapan dengan tindakan FRU, tetapi akhirnya meninggalkan kawasan IPD.
Beberapa orang turut ditahan polis.
Sehubungan itu, polis menetapkan ruang lingkup kawasan larangan demi keselamatan.

Kata beliau, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan dan melibatkan diri di dalam perhimpunan tanpa permit yang jelas boleh menggugat ketenteraman awam, tegas beliau.

Beliau berkata tindakan membuat laporan polis beramai-ramai dilihat sebagai satu cara untuk mempersendakan tugas pihak polis kerana menurutnya walaupun hanya satu sahaja laporan dibuat, ia tetap akan disiasat seadil-adilnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan