Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

18 Okt 2008

PERALIHAN KUASA: QADA’ DAN QADAR DI HADAPAN KITA …. - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kuasa pengurusan negara dan kepimpinan tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mulai Mac 2009. Rakyat jelata menantikan saat peralihan ini dengan pelbagai pendapat yang berbeza. Ada pihak yang amat optimis. Ada juga pihak yang sangat-sangat skeptikal.

Pihak yang optimis mengatakan bahawa Abdullah tidak akan berubah hati di saat-saat akhir. Sebaliknya, beliau akan mengkotakan kata-katanya. Abdullah pasti akan mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri sesudah Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 mengesahkan kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO.

Kelompok yang skeptikal amat bersyukur kepada Allah SWT jika apa yang diharap-harapkan oleh pihak optimis ini benar-benar menjadi realiti.

Tetapi, kelompok ini sentiasa menganalisa beberpa perkembangan mutakhir yang nampaknya seolah-olah difokuskan kepada Najib. Menurut mereka, perkembangan berkenaan, jika gagal ditangani secara bijaksana, boleh menjejaskan peluang Najib jadi Perdana Menteri.

Saya yakin Najib menyedari perkembangan ini. Tetapi, beliau tidak akan bertindak secara peribadi. Segala-galanya akan ditangani secara rasmi menerusi perspektif kerajaan.

Pada waktu yang sama, Najib akan berusaha mengisi ruang peralihan antara sekarang hingga Mac 2009, untuk menangani masalah kemelesetan ekonomi global yang impaknya turut dirasai di negara ini.

Inilah keutamaan Najib pada hari ini - untuk mengurangkan impak kemelesetan ekonomi global kepada rakyat jelata Malaysia seluruhnya. Ini bermakna Najib tidak akan meluangkan masanya untuk politicking. Sebaliknya, beliau akan memfokus kepada masalah nasional yang mendesak, luas dan besar.

Oleh itu, terserahlah kepada kita untuk menggunakan kebijaksanaan masing-masing bagi menilai keadaan dan suasana siasah tanahair di era peralihan ini. Atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi, kita boleh izinkan diri kita terus dikongkong oleh prasangka dan persepsi kita sendiri terhadap sesuatu perkembangan siasah mutakhir. Tapi, kita juga boleh jernihkan minda kita sendiri jika kita mahu menginsafi the bigger picture di hadapan kita.

Bagaimanapun, Allah SWT adalah maha berkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu yang kita cita-citakan jadi kenyataan. Inilah namanya qada’ dan qadar. Begitulah juga dengan Najib. Qada’ dan qadar akan akan menentukan destini Najib dalam siasah dan kepimpinan Malaysia selepas Abdullah. – Ruhanie Ahmad

Pemimpin PAS-DAP semakin akrab, kata Guan Eng - Malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara pemimpin PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah semakin akrab.

Pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab.

Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu ‘Tok Guru’ dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen, kata Lim.

Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan ke Terengganu untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato’ Seri Abdul Hadi di Rusila, Marang, kelmarin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan bekas Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya.

“Di sini kita (rakyat) boleh lihat ‘Tok Guru’ pernah jadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana.

“Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,”jelasnya.

Perlantikan hakim bidang kuasa Agong - Malaysiakini

Perlantikan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi adalah bidang kuasa dan hak mutlak Yang diPertuan Agong dan tidak seharusnya dipertikai oleh mana-mana pihak.

Perkara ini disebut dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah difahami dalam Perlembagaan Perskutuan Malaysia di bawah Perkara 122B.

Oleh itu, agak kurang bijak bagi sesiapa termasuk orang politik terutama wakil rakyat DAP ataupun Majlis Peguam untuk mempersoalkan perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Tun Azmi. Sama ada kita suka, setuju atau tidak dengan perlantikan itu, kita kena menerima dan menghormati kebijaksanaan Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang diPertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) dalam Perkara 122B tentang perlantikan seseorang hakim, lain daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Ketua Hakim Negara. Oleh itu, perlantikan Tan Sri Zaki dibuat setelah Perdana Menteri berunding dengan Ketua Hakim Negara yang akan bersara Tun Abdul Hamid. dalam erti kata lain, perlantikan Tan Sri Zaki dibuat mengikut semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Dewan Rakyat (DAP) YB Lim Kit Siang nampaknya sedang mempertikai perlantikan Tan Sri Zaki dengan cuba menggunakan Perkara 127 dalam Perlembagaan Persekutuan dan meminta semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menyokongnya.

Perkara 127 memperinci persoalan berkaitan sekatan mengenai perbincangan Parlimen tentang kelakuan hakim., iaitu:-

"Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan suatu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Dewan Negeri."

Kita tidak mempersoalkan hak YB Kit Siang untuk mengemukakan usul berkenaan tetapi adakah ianya perlu dan tidakkah ia, secara langsung, mempertikai kebijaksanaan dan bidang kuasa Yang diPertuan Agong?

Yang diPertuan Agong membuat perlantikan itu mengikut apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan ianya mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Kebijaksanaan Majlis Raja-Raja tidak seharusnya dipertikai kerana pada masa lepas, Majlis Raja-Raja pernah tidak bersetuju dan menolak calon yang dikemukakan oleh Perdana Menteri. Majlis Raja-Raja menggunakan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan tidak hanya meluluskan sesuatu cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Kita akui bahawa perlantikan hakim mungkin mempunyai kepentingan politik tetapi itu adalah hak Perdana Menteri dan terpulanglah kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan muktamat dan ianya mesti dihormati dan diterima oleh rakyat.- Kuda Ranggi

Aktivis Suaram ditahan bawah ISA - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Hrkh) -Seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Malaysiakini melaporkan, Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam.

Menurut penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, aktivis badan hak asasi itu kemudian dibawa ke balai polis Pasir Gudang tidak lama selepas itu.

Cheng dipercayai disiasat berhubung aduannya berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.

Pada mulanya, Cheng hadir di Seri Alam untuk memberikan keterangan berhubung laporan polisnya di balai polis Permas Jaya semalam mengenai penangkapan terhadap 27 penduduk dan pemimpin PAS di Plentong Jaya.

Nyam berkata, beliau bersama Cheng hadir kira-kira jam 8.30 malam selepas dihubungi seorang inspektor untuk mengambil keterangan wanita berkenaan.

Kira-kira dua jam kemudian, tambah Nyam, beliau dimaklumkan bahawa Cheng ditahan polis malam ini bawah akta kontroversi tersebut.

Semalam, kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan di kawasan setinggan itu dibebaskan setelah berada di balai polis kira-kira lapan jam.

Mereka - termasuk ahli jawatankuasa perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah - dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya, tempat mereka ditahan, pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.

Mereka, termasuk tiga wanita, ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Beberapa ratus penduduk membantah usaha perobohan itu.

Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk kawasan itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.

Kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang semalam selepas perundingan dengan wakil penduduk setelah ia dimulakan kira-kira jam 10 pagi.

17 Okt 2008

Krnonologi Kegagalan Misi Najib Sebagai PM !! ~ Malaysiakini

Melihat UMNO yang semakin tenggelam dan akan pupus, maka berbondong-bondonglah ahli akar umbi yang kini sudah mula menyertai Pakatan Rakyat. Pergolakan dalam UMNO sudah tidak dapat dielakkan lagi. Susulan daripada keputusan Pak Lah tidak mahu mengekalkan jawatan Presiden dan mungkin melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib menerusi proses peralihan kuasa dilihat sebagai keterlaluan. Ini kerana, ia mematikan semangat demokrasi dalam parti serta menyebabkan ahli terpaksa menerima individu yang tidak berwibawa dan dicurigai sebagai pemimpin negara. Masalahnya, jika pemimpin itu hanya untuk parti UMNO tidak menjadi halangan. Namun, bila jadi Perdana Menteri maka ia akan menjadi pemimpin seluruh rakyat Malaysia. Sanggupkan kita menerima kenyataan ini?

Pak Lah Kekalkan Jawatan Ketua Bahagian UMNO

Lazimnya, bila tahu kita akan mengundur diri maka kita akan beri ruang yang seluas-luasnya kepada pengganti untuk mengatur perjalanan pentadbiran. Namun, tidak bagi Pak Lah. Beliau bukan sahaja tidak bercuti malahan tidak menarik diri dari dicalonkan di kawasannya. Biarpun Mac 2009, mengamit memori manis buat Najib namun harus dingat banyak petanda-petanda awal dan isyarat yang memungkinkan kenyataan itu tidak mungkin terjadi. Pak Lah mungkin melepaskan jawatan Presiden tetapi tidak Perdana Menteri. Tambahan pula bila dilihat Pak Lah masih mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Kepala Batas baru-baru ini. Semua ini menyebabkan rakyat semakin pening melihat "gelodak" yang melanda kapal UMNO itu. Justeru itu siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika bukan Najib. Terdapat ramalan mengatakan bahawa Pak Lah akan terus berkuasa. Beliau hanya melakukan keputusan baru-baru ini atas desakan kepimpinan dan mahu meredakan keadaan. Justeru itulah beliau mengumumkan tidak mahu dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO Mac ini. Keputusan itu memberi ruang yang terbuka kepada Najib untuk naik setapak lagi sebagai orang nombor satu negara.

Perbicaraan Akta Hasutan Raja Petra Dijalankan

Namun, harus diingat dalam politik macam-macam boleh terjadi. Bahkan lebih parah lagi hingga bunuh-membunuh. Ini biasa kita lihat dalam politik hari ini. Maka itu apakah petanda yang Najib akan gagal mengejar impiannya itu?. Pastilah beliau akan disabit atau dipanggil ke mahkamah untuk kes hasutan yang melibatkan Raja Petra sekarang ini. Agak pelik bila Raja Petra yang kini ditahan ISA kemudian dibicarakan atas kesalahan yang lain. Walhal sepatutnya kes lain itu dibuang kerana beliau sudah ditahan ISA, iaitu undang-undang yang lebih tinggi dari segala undang-undang di negara ini. Maka itu, perbicaraan Raja Petra sekarang ini dilihat semakin "berhati-hati" dalam usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes Altantunya Shariibu. Umum melihat keputusan kes yang akan diumumkan hujung bulan ini akan memihak kepada tertuduh iaitu Razak Baginda, Sirul Azhar dan Azilah.

Keputusan Kes Altantunya Akan Diumumkan

Hujah ini dikuatkan lagi dengan sikap Sirul dan Azilah yang senantiasa mengelak dari diambil gambar oleh media sejak awal beliau ditahan dan didakwa lagi. Semua ini menjurus ke arah pembebasan kerana itulah imej dirinya dielakkan. Ini membolehkan beliau dapat hidup bebas selepas dibebaskan nanti. Bahkan, tidak ada rakyat Malaysia yang akan kenal diri mereka biarpun jasandnya berada bersebelahan dengan kita. Maka itu mereka akan dapat bebas bergerak seperti biasa tanpa ada sebarang sekatan. Hujah ini amat "konkrit", melihat kepada penghujung perbicaraan Altantunya, pihak peguambela sudah menunjukkan banyak keraguan terhadap tertuduh. Bukankah ini satu skrip biasa yang direka untuk memberi gambaran yang mereka tidak bersalah nanti.

Jika mereka tidakk bersalah, siapakah yang akan dipersalahkan?. Masih ingatkah kita kepada kes Noritta Shamsuddin, pragawati sensasi yang dibunuh kejam dulu?. Dalam kes itu, tertuduh Hanif Basree telah dibebaskan setelah terdapat prima facie yang beliau tidak bersalah membunuh Norrita. Mahkamah memutuskan "terdapat dua lembaga misteri yang tidak dikenal pasti" telah membunuh pragawati itu. Masalahnya, hingga sekarang lembaga itu masih belum dikenalpasti dan didedahkan kepada umum. Akhirnya kes itu ditutup begitu sahaja tanpa sebarang hukuman kepada pesalah sebenar. Terkadang kita pun naik hairan dengan "profesionalisme" penyiasatan polis dalam kes ini. Kes berprofail tinggi yang akhirnya tiada kesudahannya. Hingga rakyat mula tertanya-tanya siapakah yang bersalah. Bahkan ada yang mengaitkan nama-nama pemimpin tertinggi terlibat dalam kes ini.

Maka, bagaimanakah Sirul, Azilah dan Razak Baginda boleh terlepas?. Kesnya adalah sama, kemungkinan mereka akan dibebaskan atas fakta "melenyapkan mayat". Ini bermakna mereka melakukan kerja "Bom" bukan tujuan membunuh, tetapi sebaliknya melenyapkan mayat. Ini bermakna mayat sudah dibunuh dan mati ketika mereka melakukanya. Maka dalam pertuduhan mahkamah mereka dituduh "membunuh", bila pertuduhan ini dibacakan sekali lagi maka "melenyapkan mayat" bukanlah dikategorikan membunuh orang yang bernyawa. Melenyapkan mayat banyak cara, bagi orang Islam dikebumikan, bagi orang India di bakar serta macam-macam lagi caranya. Maka mereka bertiga pasti dituduh melenyapkan mayat cuma caranya mereka meletupkan dengan "bom C4". Maka itu mereka tidak boleh dituduh dan harus dibebaskan. Soalnya siapakah yang membunuh?. Itu persoalan lain, samalah dalam kes Noritta sehingga ke hari ini masih belum terjawab. Mungkin juga mahkamah akan merumuskan terdapat "lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh Altantunya". Bukankah ini satu alasan logik untuk membolehkan semua tertuduh dilepaskan dari hukuman.

~ Pahangdaily

Blog Tranungkite Online pula kena ceroboh ~ Malaysiakini

Blog TranungKite telah diceroboh......

Public Message from tiongcang: "LU ORG PANCING WA KELUAR DARI KUBUR EKKK......MEMANG SIALLLL!!!!! KACAU WA NAK RELAX TENGOK KO ORG FORUM..... SIAP LU PENCACAI WA CAYANGGGGG KAT LU ORG SEMUA. HA...HA....HA.....BLAH COWCINCOW.......HUHUHUHU....."


Sebelum ini blog YB Azmin Ali pada 28 Sept lalu telah diceroboh. Kini blog Tranungkite pula diceroboh

Perlantikan Zaki Azmi : Pelengkap kehanaman Institusi Kehakiman Negara ~ Malaysiakini

Penghakiman Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja yang telah membenarkan saman sebuah institusi kewangan ke atas DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan penghakiman terakhir bagi Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang akan bersara hujung bulan ini.

Institusi kehakiman negara sudah lama dikritik hebat, bermula dengan krisis kehakiman tahun 1988 dan selepas itu penghormatan dalam dan luar negara terhadap institusi kehakiman negara kian merudum. Sehinggalah perlantikan Ketua Hakim yang terakhir (Tun Abdul Hamid Mohamad) juga dipertikaikan kerana penglibatan serius beliau dalam krisis kehakiman 1988.

Namun kebelakangan ini seperti nampak ada cahaya untuk usaha mengembalikan maruah institusi kehakiman negara. 'Pampasan' kepada Bekas Ketua Hakim yang dipecat ketika Krisis Kehakiman 1988 walaupun belum cukup sedikit memberikan harapan.

Namun sinar 'kabur' itu terus padam apabila mendengar desas-desus calon Ketua Hakim yang baru iaitu seorang yang terkait rapat dengan parti politik umno selain dari cerita porpular kontroversi rumah tangganya.

integriti Institusi Kehakiman Negarasudah tercalar teruk ekoran senarai lantikan hakim yang diumum September 2007.

dalam senarai lantikan terbaru itu, melibatkan Peguam terkemuka, Tan Sri Zaki Azmi menjadi orang pertama yang dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Perlantikan beliau diragui kerana sejauh mana beliau mampu menjamin kebebasan bertindak dalam melaksanakan hukum. Ini kerana, Zaki menduduki jawatan tersebut tanpa dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, satu proses biasa dalam kenaikan pangkat hakim di negara ini.

Beliau mempunyai rekod 'yang masih segar' terlibat dengan perbagai syarikat korporat, firma guaman, parti politik malah juga masih segar dalam melakukan kesalahan secara sedar melanggar undang undang dalam perkahwinan beliau.

Peguam berusia 62 tahun itu, yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno - pernah menjadi penasihat undang-undang parti itu - menerima watikah perlantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi ini.

Zaki, anak kepada Tun Azmi Mohamed yang menjadi Ketua Hakim Negara dari 1966 hingga 1974, merupakan perunding kepada sebuah firma perundangan terkenal sejak September lalu.

Beliau juga pernah dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis pada 2004. Zaki juga merupakan Penasihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Sukan Negara.

Zaki juga pernah menjadi pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, setiausaha jawatankuasa pemilihan Umno dan timbalan pengerusi lembaga rayuan disiplin Umno.

Kontroversi perceraian

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan tersebut pada 2005 ekoran tercetusnya kontroversi berhubung perceraiannya dengan isterinya keduanya yang berusia 30-an.

Zaki mengahwini Nor Hayati Yahaya, 32, pada bulan Mei 2005 dan mereka berpisah selepas tiga bulan mendirikan rumahtangga.

Pasangan tersebut dikahwinkan oleh seorang kadi dari Thailand di Perlis dan kedua-duanya bersetuju untuk membakar sijil asal perkahwinan mereka bagi menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isteri pertamanya.

Mereka juga mencapai persetujuan sebelum perkahwinan itu bahawa jika hubungan mereka bermasalah, mereka bersetuju untuk berpisah.

Sejak itu, Zaki mendakwa beliau menerima pelbagai ugutan dari Nor Hayati, who, termasuk dakwaan meminta RM10 juta daripadanya.

Nor Hayati juga didakwa mendesaknya supaya mendaftarkan perkahwinan mereka, jika tidak, dia didakwa mengugut untuk mencemarkan reputasi Zaki.

berikut ialah profail beliau khususnya penglibatan dengan korporat dan UMNO.

Hampir kesemua penglibatan beliau tersebut 'masih segar' dan boleh menimbulkan keraguan dalam menjamin pelaksanaan keadilan. Maka sudah tentu rakyat punya alasan kukuh untuk khuatir mengenai kredibeliti dan intrigriti badan kehakiman negara. ~ chegubard

Kickdefella beri keterangan polis pagi ini

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Penulis blog, Syed Azidi Syed Aziz atau dikenali sebagai Kickdefella tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Perdana, di sini, kira-kira jam 10.05 pagi.

Menurut beberapa laporan, beliau yang ditemani beberapa rakannya dipanggil polis berhubung kenyataan dalam blognya yang meminta rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang terbalik.

Beliau yang merupakan Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 20 September lalu dan dikehendaki hadir hari ini untuk mengetahui perkembangan lanjut tindakan polis.

"Saya perlu datang semula 21 November, jaminan polis disambung sebulan lagi," kata beliau ketika dihubungi tadi.

Bulan lalu beliau telah ditahan reman empat hari tiga malam di Bukit Aman.

Pada 17 September lalu, pihak polis telah menahan Said Azidi di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

mStar: Penulis blog Kickdefella disambung jaminan polis lima minggu

Blogger wants his day in court - Sun2surf

Kg Baru Plentong Tengah, Songlap & MB Tipu


PLENTONG TENGAH DAN PENIPUAN MENTERI BESAR JOHOR
Menteri Besar Johor sebelum ini berjanji membantu penduduk Kg. Baru Plentong Tengah, rupa-rupanya penipuan belaka. Yang berlaku pada hari ini ialah :.

1. Helikopter berlegar-legar membuang duit rakyat.
2. Lebih kurang 200 anggota Polis dikerahkan
3. Lebih kurang 100 FRU dikerahkan.
4. Juruteknik TNB, SAJ dan Telekom dikerahkan
5. Lori penarik kenderaan dikerahkan.
6. Banner " UMNO menaja Jabatan Kerajaan memberi pemindahan percuma " dibentangkan.
7. Polis Trafik membuat 5-10 sekatan jalanraya dikerahkan.
8. Pemuda UMNO berlegar-legar memberi kuih raya kepada Polis yang bertugas
9. Pemuda Felda Taib Andak ditipu. Mereka diminta membantu mangsa banjir dgn upah RM60.00. tetapi mereka diarah merobohkan rumah penduduk.
10. Anak kecil, makcik dan pakcik dipijak oleh FRU.

Wahai Ghani Othman, hari ini kamu sambut Aidil Fitri dan bersuka ria dengan duit rakyat. Tunggulah nasib kamu bila nyawa kamu diambil Allah kelak


RM 100 JUTA & KG.PLENTONG TENGAH (KPT)
Pengakuan oleh :-

Mathew Thomas Philip
Tel : 03 6201 5678
H/P : 017 888 7772
e-mail : mtp@thomasphilip.com.my
Alamat : 5-1, Jalan 22A/70A, Wisma CKL, Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

1. 291 orang (KPT) telah kami beliau submit Saman sebanyak RM100 Juta atau RM 343,642.10 setiap orang bagi mengantikan kerugian "Bukit Lenang" ( Pemaju )
2. Beliau menyatakan lagi, tahun hadapan mereka semua akan Bankrupsi.
3. Dengan senyum di mengatakan perobohan adalah gimik.
4. Beliau mengakui jika dibuat perumahan untung bersih selepas cukai dan lain tidak melebihi RM 8 Juta.
5. Walaupun 29hb Oktober 2008 rumah dirobohkan, Pemaju tetap meneruskan saman RM100 Juta.
6. Beliau menyatakan Bukit Lenang tiada duit untuk membayar kos Guaman dan Mahkamah. Bukit lenang mesti ambil duit orang Kampung.

Harap Maklum

Sumber : AMK Johor

MALAYSIA TIDAK AKAN HADAPI KEMELESETAN: APA JAMINAN KERAJAAN?

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Malaysia tidak akan menghadapi kemelesetan ekonomi atau terjejas oleh krisis ekonomi global sekarang ini. Adakah kenyataan ini hanya sekadar untuk melepaskan diri daripada cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Bajet 2009 dibentangkan semula atau kerajaan benar-benar yakin dapat membebaskan negara ini daripada bencana ekonomi global ini? Jika ia mempunyai maksud politik yang terselindung, maka rakyat negara ini kini sedang diancam oleh masa depan ekonomi yang tidak menentu.

Di Amerika dan Eropah, negara-negara maju yang menjadi kuasa ekonomi dan politik dunia pun sudah tidak berupaya menangani krisis ekonomi ini di mana AS sendiri telah terjejas dengan teruk. Dan ia sudah tentu memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia kerana negara itu adalah rakan dagangan utama Malaysia. Amat mustahil untuk kita mengatakan bahawa kita boleh mengelak daripada kesan-kesan kemelesetan itu, sedangkan kuasa ekonomi yang lebih kukuh di Eropah pun turut terjejas. Atas asas apakah sebenarnya Menteri Kewangan memberikan pandangan yang sedemikian rapuh.

Ketikan krisis kewangan global berlaku pada 1997, AS hampir tidak terjejas kerana kekuatan ekonomi mereka. Tetapi bagaimana nasib rakyat di Amerika Latin ketika itu? Di rantau ini, rakyat Indonesia, Thailand dan Filipina menderita dengan teruk. Bahkan, Malaysia juga telah terjejas dengan teruk sehingga banyak projek terbengkalai, syarikat-syarikat gergasi gulung tikar dan ahli-ahli korporat menjadi muflis. Adakah kerajaan melupai saat-saat genting ini. Ia lebih teruk daripada krisis ekonomi yang berlaku pada 1984. Adakah kerajaan mengharapkan ia berulang dan Najib Razak akan mengatakan ia sebagai kesan kelemahan kepemimpinan Abdullah Badawi? Selicik inikah permainan politik Menteri Kewangan?

Kerajaan harus sedar bahawa kejatuhan harga minyak dunia telah memberi kesan yang besar terhadap pendapatan negara kita, walaupun rakyat menikmati penurunan harga minyak. Begitu juga kejatuhan harga getah dunia yang memberi kesan langsung kepada rakyat luar bandar yang terlibat dalam industri getah. Minyak dan getah adalah antara komoditi terpenting Malaysia dan ia melibatkan hampir setiap aktiviti kehidupan rakyat. Bagaimana pula kesan berantainya? Krisis ini juga akan menjejaskan nilai Dolar AS dengan teruk dan sudah tentu ia turut melibatka nilai mata wang kita. Jika hendak diperkatakan kesan-kesan kegawatan ekonomi global ini ia amat banyak. Persoalannya, apakah sebenarnya rancangan kerajaan untuk berhadapan dengan krisis ini. Apakah jaminan yang boleh diberikan kepada rakyat bahawa kita dapat melepaskan diri dari kemelut global ini. Atau sekadar menyedapkan hati rakyat melalui kenyataan rapuh Menteri Kewangan itu?

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

17.10.2008

16 Okt 2008

Lim Guan Eng pula kunjungi ke rumah Tok Guru Haji Hadi

Marang - Dalam tempoh dua minggu selepas ayahnya Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, anaknya Setiausaha DAP Lim Guan Eng membuat kunjungan hormat ke rumah Tok Guru

“Kunjungan (ini) untuk berikan salam aidil fitri, dalam keadaan ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat saya mengambil kesempatan ini,
”bukan sahaja kita berjumpa di Parlimen, sempena saya menghadiri Mesyuarat Raja-Raja disini, kunjungi rumah kediaman YB Tuan Guru,”kata Guan Eng ketika ditemui selepas kunjungan hormat tersebut, di Kampung Rusila, dekat sini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata melalui kunjungan tersebut beliau dapat melihat walaupun Tok Guru telah menjadi Menteri Besar sebuah negeri, Tok Guru masih tinggal dalam keadaan yang sederhana.

”Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan berjiwa rakyat dimana tidak ada apa-apa kelebihan (pangkat) hanya untuk berkhidmat untuk rakyat,”tambahnya

Dalam respon berkaitan kunjungan Guan Eng, Tok Guru berkata kedatangan Guan Eng adalah satu kunjungan hormat sempena beliau datang ke Terengganu.

http://buletinonline.net/images/berita11/kitsiangharirayatg.jpg

Lim Kit Siang mengunjungi Tuan Guru Hj Hadi pada 1 syawal lalu


”Kedatangan beliau (Guan Eng) lebih bersifat kunjungan hormat, kunjungi hari raya, “banyak kita berbincang (termasuk) perkara-perkara politik tentang kerjasama pakatan rakyat yang perlu dimantapkan lagi,”kata Tok Guru

Mengulas hubungan antara PAS dan DAP, beliau berkata hubungan diantara PAS dan DAP akan diteruskan dalam konteks Pakatan Rakyat dimana penyelarasan dibuat di negeri-negeri dikuasa Pakatan Rakyat dan juga di parlimen.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Bendahari PAS Terengganu YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam. - Buletin Online

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Ini adalah makluman program HIMPIT. Himpunan Pemuda Islam Terengganu bagi tahun 2008. PEMUDABESUT melihat program tahun ni dilihat lebih menarik dengan suasana yang dirasakan lebih kembali kepada konsep HIMPIT dulu-dulu. Setakat ni PEMUDABESUT dah berjaya mengumpul hampir 100 orang pemuda untuk ke sana......

Tarikh: 23 - 25 Oktober
Tempat: Pantai Pandak, Chendering
Aktiviti: *Rujuk Tentatif

Tentatif Program
23 OKTOBER 2008 (KHAMIS)

09.00 – 12.00 Mlm : CERAMAH PERDANA I
* YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
* YB Saifudin Nasution
* YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut (YDP PAS K.Trg)
* Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani
24 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

08.00-09.00 pg : PENDAFTARAN PESERTA

09.30-11.00 pg : BICARA PEJUANG
Bersama YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Naib Ketua Pemuda Negeri)
11.15- 12.30 pg : Pembahagian Tapak Khemah

01.00 – 02.00 Ptg : Solat Jumaat & Khutbah Sempena HIMPIT.

02.30 – 06.00 Ptg : PEMUDA PERKASA (Modul KHAS)
Solat Asar Berjamaah
06.00 - 08.30 Mlm : Khidmat Diri
Kuliah Maghrib HIMPIT
09.00 – 12.00 Mlm : CERAMAH PERDANA II
* YB Solahuddin Ayub
* Ybg Tuan Haji Muhammmad bin Sabu
* YBM Dr Syed Azman Syed Nawawi ( ADUN Batu Buruk )
* YB Ustaz Ariffin Deraman
25 OKTOBER 2008 (SABTU)

07.30 - 12.00 Pagi : PEMUDA BERSAMAMU
* LARIAN HIMPIT ‘08
* Bola Sepak Pantai
* Pertandingan Memancing
* Sukan Rakyat
* Rawatan Kesihatan
12.00 : PERASMIAN PENUTUP DAN PEMBAHAGIAN HADIAH
Oleh : Dato Hj. Mustafa Ali
Pesuruhjaya PAS Terengganu
Bola sepak pantai. Are U ready?
Lampiran**

1. Ceramah Perdana I & II
* Kedua-dua ceramah dibuat ditapak HIMPIT.

2. PERKHEMAHAN PESERTA DIURUSKAN OLEH DPP KAWASAN-KAWASAN. (Penganjur hanya menyediakan khemah untuk AJK Program dan Urusetia Program Sahaja

3. Pemuda Perkasa (Modul Khas)
Modul yang menguji ketahanan fizikal dan mental peserta seperti aktiviti pendakian bukit, aktiviti pantai dan lain-lain.
4. Khutbah Himpit
Sebanyak empat buah masjid dalam DUN Batu Buruk terlibat untuk khutbah ini.
5. Kuliah Mahrib HIMPIT
Sebanyak 3 buah surau di setiap DUN dalam Kawasan Kuala Terengganu terlibat.
6. Tayangan Video dan Khidmat Kesihatan Percuma (sepanjang program)

7. Pemuda BersamaMu - Penyertaan Larian HIMPIT, Bola Sepak Pantai, Memancing dan Sukan Rakyat hanya kepada peserta program sahaja.

Nota: Apa-apa maklumat, kena rujuk dengan SU Pemuda Kawasan masing-masing la.

Wallahua'lam.

Transkrip penuh Ucapan Dato Seri Abdul Hadi Awang - Malaysiakini

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, seluruh pegawai kerajaan dan para pemerhati, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama ikut serta dalam perbahasan Belanjawan Bajet Tahun 2009, satu perkara yang penting dan menjadi perhatian di seluruh negara. Insya-Allah saya akan tumpukan kepada perkara prinsip dan konsep serta akan menyebut contoh-contoh yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dan penekanan supaya pihak kerajaan dapat menunaikan tanggungjawab dengan tepat dan berjaya dan kita sama-sama bertanggungjawab di dalam menunaikan amanah memimpin negara.- mppas>>>

25 pemimpin PAS dan PKR ditangkap, kampung Melayu dirobohkan

(”LIVE”) KG.PLENTONG TENGAH : SELURUH AMK NEGERI JOHOR TETAP BERSAMAMU…!!!

Dengan kemeriahan Syawal AMK Johor di ketuai Sdr. Zabide Abas dan Sdr. Mohd. Nazri Ismail dengan semangat kental serta rakan-rakan AMK dari pelosok Johor tidur dirumah usang bagi menemankan penduduk Kg. Plentong Tengah bagi memastikan rumah mereka tidak dirobohkan.

Laporan dari Kg. Plentong Tengah.
15 Oktober 2008.
* 10.00 pagi - Anggota Polis Johor Jaya memula Sekatan jalan raya

* 5.00 Petang - Ketibaan 20 AMK Johor Bahru
* 5.20 Petang - Ketibaan 15 AMK Muar dan Kulai
* 5.30 Petang - Anggota Polis menambah bilangan bagi menghalang orang luar masuk
* 6.00 Petang - Ketibaan 25 AMK dari beberapa bahagian dari Tenggara, Simpang Ranggam.
* 6.30 Petang - Wakil penduduk diwakili Wak Pian mulai gusar kerana penduduk ada yang dihalang untuk pulang kerumah.
* 7.30 Malam - AMK dari berapa bahagian mulai tiba lagi
* 8.30 Malam - Setiausaha Johor Sdr. Nazri tidak dibenarkan masuk dan terpaksa diseludup oleh penduduk Kampung
* 8.45 Malam - Penduduk Kg. menjamu AMK Johor yang ingin tidur bersama-sama mereka.
* 10.00 Mlm - Wakil penduduk menyerahkan rumah usang untuk kami bermalam di bersebelahan surau.

16 Oktober 2008
* 5.30 Pagi - Sholat Subuh berjemaah bersama penduduk
* 6.30 pagi - Penduduk Kg. menyediakan sarapan.
* 7.00 Pagi - ketibaan beberapa lagi AMK Johor.
* 7.45 Pagi - Ketibaan 4 Kontigen FRU dengan anggota lebih kurang 200 Anggota
* 8.00 pagi - Anggota Polis menambah lagi Anggota
* 8.10 Pagi - Lebih kurang 300 orang temasuk dari PKR, PAS, DAP, PRM dan NGO dapat memasuki Kampung

* 8.20 pagi - Sdr. Mohd Nazri terpaksa menenangkan penduduk Kg. yang semakin panik. Polis menabah lagi anggota
* 8.30 pagi - FRU mula mengepung kami. Penduduk semakin panik.
* 9.30 Pagi - Rayuan kami telah diterima agar penagguhan merobohkan premis.
* 10.30 Pagi - Pemaju memberitahukan kami tarikh berikutnya 29hb Oktober 2008.
* 10.31 Pagi - 1. Kira-kira 10 rumah kosong telah dirobohkan
2. 100 orang penduduk dan NGO telah di pukul oleh FRU dan Polis
3. 24 penduduk telah ditahan oleh Polis
4. Bantahan penduduk telah meningkat kepada 4,000-5,000 orang.
5. Mangsa yang telah dipukul telah dihantr ke Klinik dan Hospital.
6. MENTERI BESAR JOHOR SEDANG MENJAMU PARA STAFF DAN AHLI UMNO SEMPENA SAMBUTAN AIDIL FITRI DI KEDIAMANNYA.

* 11.30 Pagi - Ketibaan Sdr. Samsul Iskandar dan beberapa Exco AMK Malaysia ke Kg. Plentong Tengah

*12.00 tgh/hari - Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghubungi AMK berjanji untuk berunding dengan pihak pemaju bagi menyelesaikan isu perobohan di Kg. Plentong Tengah.

* 12.30 tgh/hari - FRU & polis makan tengahari yg telah disediakan oleh pihak pemaju.
- Helicopter PDRM masih berlegar-legar

* 1.30 pm - Setakat ini 28 orang telah di tahan termasuk 2 wanita.
* 1.50 pm - Pihak FRU & pemaju meneruskan meroboh rumah penduduk walaupun ketika ini hujan.

* 2.30 pm - Pemaju dan FRU menghentikan kerja-kerja meroboh premis kerana hujan turun semakin lebat.
* 3.30 pm - Exco AMK berada di Balai Polis Johor Jaya bagi membantu penduduk kg yg di tahan.

- AMK Seri Gading


Malaysiakini: 25 ditahan, kampung Melayu dirobohkan

Sekurang-kurangnya 25 orang termasuk pemimpin PAS dan PKR ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang usaha merobohkan kawasan setinggan tersebut.

Bagaimanapun ada sumber lain mengatakan kira-kira 40 orang telah ditahan sewaktu pemajunya Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan kawasan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

Menurut presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim, yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menurut sumber seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

[Laporan penuh]

Kronologi Kampung Baru Plentong Tengah :

1984 - 1986 :

KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT). LAGI>>>

15 Okt 2008

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar

KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.

Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.

Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.

Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."

Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.

"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.

Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.

Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu. -mStar

Skandal Calon Presiden UMNO (x) ~ Malaysiakini

PM: NAJIB lebih baik daripada ANWAR!




Anwar terpaksa menguburkan niat sucinya untuk menjadi PM ke 6 selepas gagal membentuk kerajaan pada 16 September lalu seperti yang digegarkannya.

Terbukti semuanya retorik walaupun ia memaksa BN jadi inca-binca membawa lari MP mereka ke Taiwan dan Mongolia..Kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti Anwar mula terhakis dan kini mereka mengalih tumpuan kepada Najib yang dilihat calon yang paling baik dan sesuai menggantikan Dollah Badawi- Bapa Hadhari Malaysia @ Pak Mertua Khairy.

Di bawah ini diperturunkan dalil-dalil yang menyokong sebab-sebab mengapa Najib lebih layak dan tidak dapat ditandingi Anwar untuk menjadi PM ke 6:-

1) Latar belakang keturunan.

Berbeza dengan Anwar, Najib dikatakan mewarisi sifat-sifat pemimpin daripada bapanya yang juga bekas PM Malaysia. Kecemerlangan Tun Razak dapat dilihat sendiri Najib kerana beliau membesar dengan bapanya. Beliau juga mewarisi 'saham-saham' dan 'darah daging' dari Genting Highland sejak awal penubuhan pusat judi terbesar Asia tenggara di negara Hadhari ini.

2) Pemimpin keluarga

sebagai pemimpin keluarga Najib dilihat berjaya apabila TIDAK pernah meninggalkan anak isteri lamanya untuk berkahwin dengan isteri orang lain. Beliau merupakan suami yang cukup penyayang dan jarang menghampakan isterinya untuk berbelanja mewah apabila ke luar negara. Isteri dan anak-anaknya didik dengan penuh sopan bertudung litup dan bertutur lembut berbanding pesaingnya yang membiarkan isterinya berambut perang berbotox-botox. Anak-anak pesaingnya suka enjoy dan berpeluk2 dengan bukan muhrim..(sila lihat disini)..anak isteri Najib okey,!!
*err... sewaktu persandingan anak perempuan Rosmah dengan penyanyi lelaki yang juga seorang pakar motivasi, Rosmah dan Najib SENTIASA di sisi mempelai ini..

3) Mengenang jasa

inilah sifat terpuji Najib berbanding Anwar yang menderhaka menentang gurunya Mahathir. Najib sungguh setia dan mengenang budi. contoh:- Mengenang jasa Bintang Bollywood yang cium isterinya diizinkan dapat pingat Datuk oleh kerajaan kesultanan Melayu Melaka.

4) warak

walau tidak selancar Anwar yang gemar bemain ayat Al Quran dan hadis, Najib tetap warak dan mengamalkan Islam dengan baik. Beliau selalu menasihatkan rakyar agar sentiasa mengikuti ajaran islam yang sebenarnya. malah beliau tidak kisah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak kenal Altantuya. Itulah bukti kewarakannya.

5) pengalaman

Beliau antara yang termuda bergelar YB dan 6 tahun di penjara menyebabkan Anwar ketinggalan dari segi pengalaman merompak kekayaan negara berbanding Najib.

6) Tiada rekod jenayah

Najib bersih dari sebarang perlakuan jenayah. Walaupun dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, sumpah keramatnya diakui sah oleh ulama muktabar tersohor dunia, Syeikh Dollah Badwi AlHadhari. Anwar pula masih tak nak bersumpah apabila dituduh meliwat Saiful Bukhari, sebaliknya Najib bermurah hati menolong memberikan biasiswa kepada Saiful, mangsa liwat yang bangang di universiti.

7) Bijak berurusan

Ciri-ciri kepimpinan yang ada padanya digunakan untuk berurusan dalam hal-hal perniagaan 'G to G'.. Kebijaksanaannya melantik Sykt.Perimekar dan Ombaklaut sebagai orang tengah dalam urusan pembelian kapal selam mahu pun jet Sukhoi telah menjadikan Razak Baginda kaya raya sebelum dikambinghitamkan dalam kes Altantuya..

8) Bibir Najib lebih merah..auw!
tak yah ulaslah bab bibir ni..tanya Ezamlahh!!

sebenarnya banyak lagi hujah-hujah yang mahu penulis bentangkan tetapi lapan ini saja sudah cukup untuk menewaskan Anwar..
Jangan bimbang Najib! kami para blogger berikrar akan berjuang dan menyokong dari belakang sehingga akhirnya kerusi Perdana Menteri menjadi milik................ ROSMAH!

~ kelantan kito

14 Okt 2008

HARGA BARU PETROL DAN DIESEL

(Dipetik dari sun2surf)

Skandal Calon Presiden UMNO (ix) ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak laporan yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. "Saya tak percaya beliau terlibat dalam soal penyalahgunaan kuasa," kata beliau. Beliau mengulas mengenai laporan laman web itu yang menyebut Najib menggunakan kuasanya bagi mencampuri siasatan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Laporan Malaysia Today itu menyiarkan dakwaan hubungan mesej teks melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) antara Timbalan Perdana Menteri itu dengan peguam Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Razak Baginda. Ia juga menyebut dengan jelas bahawa Najib mencampuri siasatan pihak polis bagi menyelamatkan Abdul Razak. Sebaliknya Abdullah percaya bakal penggantinya itu akan menjadi seorang pemimpin dan Perdana Menteri yang baik serta mampu menunjukkan kepimpinan yang mantap. "Saya percaya beliau tidak akan salah gunakan kuasanya, kalau tidak bagaimana beliau nak jadi pengganti saya," katanya.

Pengendali laman web tersebut kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menghadapi kes di bawah Akta Hasutan. Dalam pada itu Presiden Umno itu juga melahirkan rasa gembira dengan keputusan yang dibuat oleh 28 Umno bahagian yang mencalonkan Najib sebagai Presiden parti. "Sudah tentulah saya gembira kerana beliau mendapat sokongan, ini perkara baik. Abdullah sekali lagi mengulangi pendiriannya yang mahukan Najib menjadi penggantinya sebagai Presiden Umno yang baru turut meminta agar ahli Umno memberikan sokongan kepada Timbalan Presiden Umno itu. "Saya nak Datuk Seri Mohd Najib gantikan saya, saya nak supaya ahli-ahli parti beri sokongan kepada beliau. Beliau boleh jadi pemimpin yang baik," katanya.

[Mudah benar jawapan Pak Lah tentang Najib dalam kes Altantunya ini. Beliau sepatutnya minta pihak polis menyiasat Najib dan Rosmah dan dibawa ke mahkamah sebagai saksi utama kes ini. Tambahan pula kesemua yang terlibat mempunyai kaitan yang rapat dengan TPM itu. Maka untung benarlah Najib, sedangkan seluruh dunia sudah mengetahui, mendengar, melihat dan mengesyaki beliau terlibat. Apakah dengan berada di luar mahkamah Pak Lah boleh yakin Najib toda bersalah. Sepatutnya, bersihkanlah imej badan kehakiman negara. Jika ada laporan buat siasatan terutamanya dalam isu SMS yang didedahkan. Apakah individu yang mendedahkan perkara ini pula yang akan ditahan ISA kerana menyebarkan maklumat itu?]
~ PAHANG dAILY

13 Okt 2008

Tuan Guru Nik Aziz: Tidak perlu guna ISA sekat PR ambilalih kuasa

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menyekat Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan peralihan kerajaan, kata Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tidak perlu bertengkar, tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menyekat kami untuk melakukan peralihan kerajaan baru, jalan yang paling baik adalah menyertai PR dan bersama-sama membina sebuah pentadbiran yang berlandaskan syariat Islam, kata beliau.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu menasihatkan "saudara-saudara daripada Umno supaya beralih kepada PAS atau masuk Parti Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), itu adalah cara yang paling baik".

Sekiranya kerajaan BN tidak mahu PR melakukan pertukaran kerajaan, BN harus memperbetulkan keadaan yang berlaku sekarang.

Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, beliau menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan terpaksa melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu PAS sentiasa menyokong tindakannya itu.

Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah, katanya.

Sementara itu, Anwar semalam menegaskan tiada sasaran tarikh tentang peralihan kuasa seterusnya.

Saya tidak pernah memberi tarikh peralihan kuasa, sebaliknya mengambil langkah yang perlu dalam usaha menyampaikan hasrat rakyat kepada pemimpin, ujar beliau.

Rakyat telah menyuarakan pendapat serta kemahuan mereka, kata beliau, dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atasnya mengenai peralihan kuasa tidak pernah diendahkannya.

Lihat sendiri Pilihan Raya ke-12 dan ditambah dengan kemenangan di Permatang Pauh baru-baru ini yang dikatakan mustahil oleh mereka (BN), ujarnya.

Bercakap pada sidang media ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pimpinan PKR di Kelab Sultan Sulaiman semalam, Ketua Umum PKR itu berkata pembangkang akan cuba menganalisis kembali belanjawan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini pada sidang Parlimen hari ini.

Analisis tersebut, katanya, termasuklah perkara-perkara yang tidak jelas serta perincian jumlah-jumlah tertentu.

Bekas Menteri Kewangan itu juga akan mengulas krisis ekonomi yang kini melanda negara dan berada dalam keadaan bahaya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemuda PAS akan anjur himpunan raksasa bantah ISA

KUALA LUMPUR,13 Okt (Hrkh) - Satu himpunan raksasa akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS bagi membantah penggunaan Akta ISA pada 10 Januari 2009 jam tiga petang di Putrajaya.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, PAS telah mengambil ketetapan untuk terus konsisten bahawa ISA mesti dihapuskan.

Malah katanya, akta zalim itu kini bukan sahaja ditentang oleh rakyat bahkan turut dibantah oleh rakan-rakan di dalam komponen BN iaitu MIC dan MCA.

Pemuda PAS akan mengadakan himpunan raksasa bertemakan Hapuskan ISA, yang akan menghimpunkan hampir 100,000 rakyat untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan supaya akta itu dihapuskan.

Salahuddin juga yakin berjaya mengumpul dan menggerakkan rakyat seramai ratusan ribu itu berdasarkan pengalaman dalam Himpunan Bersih pada tahun lepas yang dianggap memberi desakan hebat kepada kerajaan.

"Dalam masa tiga bulan mulai sekarang kita akan gunakan masa ini untuk memobilisasikan rakyat, walau siapapun akan menjadi PM dalam terdekat ini akta zalim akan dihapuskan demi maruah rakyat,"katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Salahuddin turut memaklumkan pada November ini akan diadakan ceramah melancarkan himpunan raksasa itu.

Berhubung ketidakpuasan mahasiswa terhadap perjalanan pilihan raya kampus tidak lama lagi, Salahuddin akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Pengajian Tinggi pada 20 Oktober nanti.

Dalam pertemuan di Parlimen, Salahuddin akan menyerahkan memoradum menuntut satu pilihan raya kampus yang adil dan telus serta bersih.

Antaranya, kata beliau pilihan raya yang bebas daripada gangguan yang tidak bertamadun daripada pihak universiti termasuklah tidak menandatangani borang penamaan calon, dan rampasan komputer riba pelajar yang bukan pro aspirasi sebagaimana terjadi tahun sebelum ini.

"Pilihan raya kampus akan menentukan masa depan mahasiswa, jadi dunia kampus ini perlu bersih daripada elemen yang tidak bertamadun supaya dapat mewujudkan demokrasi yang tulen," katanya.

Bercakap soal peralihan kuasa pada Mac nanti, Salahuddin tidak berniat untuk campur tangan plan peralihan itu bagaimanapun beliau berharap situasi itu tidak akan menjejaskan negara.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dalam kesibukan negara menghadapi peralihan kuasa masalah besar rakyat tidak diselesaikan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

"Dalam kesibukan ini masa depan negara, kestabilan politik dan masalah isu besar rakyat seperti kenaikan harga barang di pasaran dibiarkan begitu sahaja, BN harus memberi tumpuan kepada rakyat walau apa pun yang berlaku dalam parti mereka" tambahnya.

Skandal Calon Presiden UMNO (viii) ~ Malaysiakini


Ni atas bahu je.... Tak apa kan??

Dia ni peminat saya.... Emak cium pelakon hindustan tak apa...


Emak cium pipi.....saya tak cium lagi..

Tak apa lah papa... Masa papa muda2 dulu teruk lagi kan??

Bapak berok borek, Anak itik rintik


EDISI SKANDAL
Skandal Calon Presiden UMNO (i)

Skandal Calon Presiden UMNO (ii)
Skandal Calon Presiden UMNO (iii)
Skandal Calon Presiden UMNO (iv)
Skandal Calon Presiden UMNO (v)
Skandal Calon Presiden UMNO (vi)
Skandal Calon Presiden UMNO (vii)

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.