Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

13 Okt 2008

Pemuda PAS akan anjur himpunan raksasa bantah ISA

KUALA LUMPUR,13 Okt (Hrkh) - Satu himpunan raksasa akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS bagi membantah penggunaan Akta ISA pada 10 Januari 2009 jam tiga petang di Putrajaya.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, PAS telah mengambil ketetapan untuk terus konsisten bahawa ISA mesti dihapuskan.

Malah katanya, akta zalim itu kini bukan sahaja ditentang oleh rakyat bahkan turut dibantah oleh rakan-rakan di dalam komponen BN iaitu MIC dan MCA.

Pemuda PAS akan mengadakan himpunan raksasa bertemakan Hapuskan ISA, yang akan menghimpunkan hampir 100,000 rakyat untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan supaya akta itu dihapuskan.

Salahuddin juga yakin berjaya mengumpul dan menggerakkan rakyat seramai ratusan ribu itu berdasarkan pengalaman dalam Himpunan Bersih pada tahun lepas yang dianggap memberi desakan hebat kepada kerajaan.

"Dalam masa tiga bulan mulai sekarang kita akan gunakan masa ini untuk memobilisasikan rakyat, walau siapapun akan menjadi PM dalam terdekat ini akta zalim akan dihapuskan demi maruah rakyat,"katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Salahuddin turut memaklumkan pada November ini akan diadakan ceramah melancarkan himpunan raksasa itu.

Berhubung ketidakpuasan mahasiswa terhadap perjalanan pilihan raya kampus tidak lama lagi, Salahuddin akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Pengajian Tinggi pada 20 Oktober nanti.

Dalam pertemuan di Parlimen, Salahuddin akan menyerahkan memoradum menuntut satu pilihan raya kampus yang adil dan telus serta bersih.

Antaranya, kata beliau pilihan raya yang bebas daripada gangguan yang tidak bertamadun daripada pihak universiti termasuklah tidak menandatangani borang penamaan calon, dan rampasan komputer riba pelajar yang bukan pro aspirasi sebagaimana terjadi tahun sebelum ini.

"Pilihan raya kampus akan menentukan masa depan mahasiswa, jadi dunia kampus ini perlu bersih daripada elemen yang tidak bertamadun supaya dapat mewujudkan demokrasi yang tulen," katanya.

Bercakap soal peralihan kuasa pada Mac nanti, Salahuddin tidak berniat untuk campur tangan plan peralihan itu bagaimanapun beliau berharap situasi itu tidak akan menjejaskan negara.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dalam kesibukan negara menghadapi peralihan kuasa masalah besar rakyat tidak diselesaikan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

"Dalam kesibukan ini masa depan negara, kestabilan politik dan masalah isu besar rakyat seperti kenaikan harga barang di pasaran dibiarkan begitu sahaja, BN harus memberi tumpuan kepada rakyat walau apa pun yang berlaku dalam parti mereka" tambahnya.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.