Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

18 Okt 2008

Aktivis Suaram ditahan bawah ISA - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Hrkh) -Seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Malaysiakini melaporkan, Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam.

Menurut penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, aktivis badan hak asasi itu kemudian dibawa ke balai polis Pasir Gudang tidak lama selepas itu.

Cheng dipercayai disiasat berhubung aduannya berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.

Pada mulanya, Cheng hadir di Seri Alam untuk memberikan keterangan berhubung laporan polisnya di balai polis Permas Jaya semalam mengenai penangkapan terhadap 27 penduduk dan pemimpin PAS di Plentong Jaya.

Nyam berkata, beliau bersama Cheng hadir kira-kira jam 8.30 malam selepas dihubungi seorang inspektor untuk mengambil keterangan wanita berkenaan.

Kira-kira dua jam kemudian, tambah Nyam, beliau dimaklumkan bahawa Cheng ditahan polis malam ini bawah akta kontroversi tersebut.

Semalam, kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan di kawasan setinggan itu dibebaskan setelah berada di balai polis kira-kira lapan jam.

Mereka - termasuk ahli jawatankuasa perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah - dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya, tempat mereka ditahan, pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.

Mereka, termasuk tiga wanita, ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Beberapa ratus penduduk membantah usaha perobohan itu.

Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk kawasan itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.

Kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang semalam selepas perundingan dengan wakil penduduk setelah ia dimulakan kira-kira jam 10 pagi.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.