Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

17 Okt 2008

MALAYSIA TIDAK AKAN HADAPI KEMELESETAN: APA JAMINAN KERAJAAN?

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Malaysia tidak akan menghadapi kemelesetan ekonomi atau terjejas oleh krisis ekonomi global sekarang ini. Adakah kenyataan ini hanya sekadar untuk melepaskan diri daripada cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Bajet 2009 dibentangkan semula atau kerajaan benar-benar yakin dapat membebaskan negara ini daripada bencana ekonomi global ini? Jika ia mempunyai maksud politik yang terselindung, maka rakyat negara ini kini sedang diancam oleh masa depan ekonomi yang tidak menentu.

Di Amerika dan Eropah, negara-negara maju yang menjadi kuasa ekonomi dan politik dunia pun sudah tidak berupaya menangani krisis ekonomi ini di mana AS sendiri telah terjejas dengan teruk. Dan ia sudah tentu memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia kerana negara itu adalah rakan dagangan utama Malaysia. Amat mustahil untuk kita mengatakan bahawa kita boleh mengelak daripada kesan-kesan kemelesetan itu, sedangkan kuasa ekonomi yang lebih kukuh di Eropah pun turut terjejas. Atas asas apakah sebenarnya Menteri Kewangan memberikan pandangan yang sedemikian rapuh.

Ketikan krisis kewangan global berlaku pada 1997, AS hampir tidak terjejas kerana kekuatan ekonomi mereka. Tetapi bagaimana nasib rakyat di Amerika Latin ketika itu? Di rantau ini, rakyat Indonesia, Thailand dan Filipina menderita dengan teruk. Bahkan, Malaysia juga telah terjejas dengan teruk sehingga banyak projek terbengkalai, syarikat-syarikat gergasi gulung tikar dan ahli-ahli korporat menjadi muflis. Adakah kerajaan melupai saat-saat genting ini. Ia lebih teruk daripada krisis ekonomi yang berlaku pada 1984. Adakah kerajaan mengharapkan ia berulang dan Najib Razak akan mengatakan ia sebagai kesan kelemahan kepemimpinan Abdullah Badawi? Selicik inikah permainan politik Menteri Kewangan?

Kerajaan harus sedar bahawa kejatuhan harga minyak dunia telah memberi kesan yang besar terhadap pendapatan negara kita, walaupun rakyat menikmati penurunan harga minyak. Begitu juga kejatuhan harga getah dunia yang memberi kesan langsung kepada rakyat luar bandar yang terlibat dalam industri getah. Minyak dan getah adalah antara komoditi terpenting Malaysia dan ia melibatkan hampir setiap aktiviti kehidupan rakyat. Bagaimana pula kesan berantainya? Krisis ini juga akan menjejaskan nilai Dolar AS dengan teruk dan sudah tentu ia turut melibatka nilai mata wang kita. Jika hendak diperkatakan kesan-kesan kegawatan ekonomi global ini ia amat banyak. Persoalannya, apakah sebenarnya rancangan kerajaan untuk berhadapan dengan krisis ini. Apakah jaminan yang boleh diberikan kepada rakyat bahawa kita dapat melepaskan diri dari kemelut global ini. Atau sekadar menyedapkan hati rakyat melalui kenyataan rapuh Menteri Kewangan itu?

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

17.10.2008

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.