
Pada 24 Mei lalu, Zaid memfailkan petisyen supaya keputusan pilihan raya kecil itu diisytiharkan tidak sah dan batal dengan mendakwa berlaku rasuah dalam bentuk sogokan kepada penduduk di kawasan itu.
BN Guna Pelbagai Istilah Untuk Tipu Rakyat
PAS Terengganu menyifatkan pemakaian istilah 'pengurangan subsidi', 'penyelarasan subsidi' dan 'rasionalisasi subsidi' oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menaikkan harga barangan merupakan satu tindakan 'politik' bagi tujuan menyembunyikan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan.
"Mereka cuba mempolitikkan istilah dan (dengan itu mereka berharap) tindakan-tindakan yang dilakukan dapat diterima oleh rakyat, mereka cuba menyembunyikan penyelewengan-penyelwengan yang ada,"kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.
Menurutnya, disebalik pemberian subsidi kepada rakyat, kerajaan BN telah nmemberikan subsidi yang lebih besar kepada syarikat-syarikat kroni.
Beliau juga menyelar tindakan kerajaan mengaut semula subsidi tersebut dari rakyat sedangkan pada masa yang sama katanya, pembaziran wang rakyat terus berlaku dan kerajaan terus mengutip cukai dari rakyat.
"Ingin membatalkan subsidi, sepatutnya kerajaan tidak perlu ambil dari rakyat, kalau subsidi ditarik, cukai diambil, boleh...tetapi kerajaan perlu meningkatkan kos buruh (iaitu) kadar gaji (yang ada) masih rendah,"ujarnya ditemui selepas Ijtimak Tarbawi PAS Dungun semalam.
Mengulas lanjut, katanya, ucapan-ucapan pemimpin Umno yang membandingkan harga minyak dan barangan lain diantara negara Malaysia dengan negara lain umpamanya Singapura adalah merupakan ucapan yang memperbodohkan rakyat.
Menurutnya, negara-negara tersebut tidak mempunyai sumber yang banyak berbanding negara kita.
Beliau mempertikaikan tindakan kerajaan menaikkan harga gas yang turut didakwa turut diberi subsidi, sedangkan menurutnya gas adalah barangan keluaran tempatan dan tidak diimpot dari negara lain.
Oleh itu, beliau menyimpulkan tindakan kerajaan menaikkan harga dan mengutip hasil dengan menguatkuasakan peraturan keatas rakyat merupakan strategi Umno dan BN mengumpul dana menghadapi pilihanraya.
Namun, beliau kesal kerana menurutnya, kerajaan BN mendakwa tujuan menarik balik subsidi adalah tujuan berjimat cermat, sedang apabila tioba pilihanraya samada kecil atau umum, tidak ada konsep jimat cermat.
"yang kita hairan bila berlaku pilihanraya kecil atau sebagainya, tidak ada konsep jimat cermat, pemimpin-pemimpin (Umno/BN) menabur dana awam, sumber kerajaan, menggunakan pelbagai dana GLC dan sebagainya untuk kepentingan pilihanraya Umno,"jelasnya.
Justeru, PAS Terengganu akan menggerakkan seluruh jentera bagi menerangkan perkara sebenarnya kepada rakyat dengan siri-siri ceramah dan penyebaran maklumat
"Seluruh organisasi parti perlu digerakkan untuk memberikan maklumat dan menjelaskan pengistilahan-pengistilahan yang digunakan Umno/Bn untuk menipu rakyat,"tambahnya. BO
Naik Harga Barang, Naik Cukai; BN Sudah Tidak Mampu Memerintah-Arah Media Jangan Guna 'Barang Naik'
Tindakan Dato' Seri Najib Razak mengarahkan editor semua akhbar supaya tidak menggunakan perkataan 'harga naik' atau 'barang naik' dalam melaporkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel, gas serta gula kelmarin disifatkan sama sepeti tindakan mana-mana diktator yang memanupulasikan media untuk keuntungan mereka.
"Dalam hal ini media diarahkan supaya jangan mengggunakan perkataan 'harga naik' dan 'barang naik', tetapi digunakan istilah untuk menyusun semula subsidi dan pengurangan subsidi, malahan di suruh juga (media supaya) digembar-gemburkan dengan tindkan Najib berani,
"inilah merupakan satu corak yang digunakan oleh mana-mana pemimpin diktator yang memanupulasikan media untuk kepentingan mereka,"kata Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaputama program Ijtimak Tarbawi PAS Kawasan Dungun, di sini Sabtu 17 Julai
Katanya, tindakan kerajaan Umno/BN menaikkan harga tersebut akan 'menyeksa' 75 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan dibawah RM2000 kerana menurutnya, rantaian barangan lain akan turut naik harga apabila harga minyak dinaikkan.
Oleh itu PAS menganggap kerajaan BN yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang telah kering idea untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Katanya, beliau telah mengarahkan semua cawangan-cawangan PAS diseluruh negara untuk menaikkan kain-kain rentang dan papan-papan tanda serta menyebarkan risalah bagi menunjukkan rasa protes dan meningkatkan kesedaran sivik serta politik dikalangan rakyat.
"Ini permulaan kepada usaha kerajaan untuk menghapuskan subsidi secara menyeluruh, secara berperingkat, lepas ini, rakyat akan kena (cukai lain) lagi, dia akan kenakan GST,
"pada kita (PAS) kita menganggap dia (kerajaan) sebagai orang yang kering idea, bangkrap idea untuk mengemukakan (rancangan) untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, yang mereka tahu naik cukai, naik harga barang, naik harga minyak, kemudia sekarang saman ekor pula," jelas Ustaz Idris.
Oleh itu, katanya PAS menganggap kerajaan BN yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang telah kering idea untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan hanya pandai mengambil yang menindas rakyat.
Sebaliknya, pada masa yang sama, menurutnya, kerajaan di dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat berjaya melakukan pelbagai usaha memudahkan hidup rakyat.
Kerajaan BN Pusat mahu mengurangkan dan menghapuskan subsidi, sebaliknya kata beliau, kerajaan Selangor memberikan subsidi , umpamanya 'air percuma' dan subsidi bayaran air kepada penghuni rumah pangsa, dalam usaha 'mengembalikan pendapatan kerajaan' kepada rakyat.
Justeru, bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat, beliau menawarkan khidmat kepada rakyat untuk menggantikan kerajaan BN kerana ia sudah tidak mampu lagi untuk menguruskan pentadbiran negara..
"Sebab itu dengan rasa rendah diri (kerana) kerajaan BN sudah tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat, serahkan kepada kami (PAS dan Pakatan rakyat),
"kami yakin dan kami ada kemampuan dengan empat negeri yang sedang diperintah, telah banyak dana-dana kebajikan yang kita tubuhkan untuk rakyat, InsyaAllah, kita boleh,"katanya yakin.- BO