Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

20 Jul 2010

Mahkamah Tolak Bantahan Awal Zaid


KUALA LUMPUR, 20 Julai - Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak bantahan awal oleh peguam Datuk Zaid Ibrahim dan akan mendengar permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, untuk membatalkan petisyen yang dikemukakan oleh peguam itu.
Hakim Datuk Azahar Mohamed memerintahkan hakim pilihan raya mempunyai kuasa sedia ada untuk menolak atau melupuskan petisyen itu sekira ianya cacat.
Mahkamah diberi kuasa untuk berbuat demikian jika petisyen itu tidak memenuhi syarat mandatori yang ditetapkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954, katanya.Azahar berkata beliau akan mendengar merit permohonan Kamalanathan esok.
Zaid, kini sebagai Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu.

Pada 24 Mei lalu, Zaid memfailkan petisyen supaya keputusan pilihan raya kecil itu diisytiharkan tidak sah dan batal dengan mendakwa berlaku rasuah dalam bentuk sogokan kepada penduduk di kawasan itu.
Zaid menamakan Kamalanathan, pegawai pengurus pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Azahar berkata beliau juga akan mendengar bantahan awal yang dikemukakan oleh SPR atas alasan Zaid telah gagal menyediakan bukti secukupnya terhadap dakwaan rasuah itu.
Beliau menjelaskan kuasa yang diberikan kepada hakim pilihan raya untuk menolak petisyen pilihan raya telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa kes sebelum ini.
"Pada petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh pengundi PAS, Ahmad Jamaluddin Abd Majid terhadap Rafidah Aziz, Mahkamah Persekutuan memerintahkan baawa hakim pilihan raya mempunyai kuasa untuk menolak petisyen itu sekiranya mempunyai kecacatan," katanya.
Kamalanathan, yang juga Ketua Penerangan MIC, telah memohon untuk membatalkan petisyen itu atas alasan ianya mengaibkan, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Katanya Zaid gagal mendedahkan identiti orang yang dikatakan telah ditawarkan rasuah.
Peguam Zaid, Azahar Azizan Harun, sebelum itu mengemukakan bahawa di bawah Seksyen 36(1) Akta Kesalahan Pilihan raya 1965, hakim pilihan raya tidak mempunyai kuasa untuk melupuskan petisyen itu tetapi harus menentukan sama ada wujud sebarang amalan rasuah atau amalan haram dalam perbicaraan penuh.
Peguam Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Kamalanathan, berhujah bahawa ada beberapa petisyen pilihan raya ditolak tanpa perbicaraan penuh dan ianya disahkan oleh Mahkamah Persekutuan.
"Oleh itu, Mahkamah Pilihan Raya tertakluk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya.
Bernama

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.