Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

8 Ogo 2008

Permatang Pauh: Muktamar tidak halang PAS beri komitmen ~ Malaysiakini

PAS akan membantu memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh nanti.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata PAS akan menghantar petugas untuk membantu gerak kerja pilihan raya tersebut walaupun tarikh penamaan jatuh pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-54.

"Jawatankuasa PAS Pusat akan memutuskan untuk menghantar petugas bagi membantu kerja-kerja di Permatang Pauh pada hari penamaan calon nanti," ujarnya ketika ditemui selepas sidang media Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat KeADILan, Merchant Square, Damansara kelmarin.

Walau bagaimanapun, PAS katanya akan tetap memberikan komitmen kepada perjalanan gerak kerja pilihan raya kecil yang menjadi tumpuan umum meskipun ianya dilihat akan mengalihkan sedikit tumpuan para perwakilan yang sedang sibuk bermuktamar.

"Tiada halangan untuk menjalankan gerak kerja itu nanti, tetapi yang lebih penting adalah tempoh kempen selama 10 hari," katanya.

Dtanya mengenai pertembungan tarikh muktamar dan penamaan calon di Permatang Pauh, Hatta yakin ianya tidak akan menjejaskan tumpuan PAS dalam muktamar tahunan itu nanti.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 di Ipoh dijangka akan membahaskan beberapa isu penting yang akan membicarakan pelbagai perkara khususnya berhadapan dengan kemelut politik tanah air yang menampilkan PAS sebagai antara ikon penting.

"Walau apapun kita tetap akan turun ke sana selepas muktamar dengan lebih ramai," katanya.

Hatta juga menjelaskan tarikh tersebut menjadi cabaran kepada pimpinan Pakatan Rakyat memandangkan sehari selepas berakhirnya muktamar iaitu pada 18 Ogos merupakan tarikh bermulanya sidang ketiga Dewan Rakyat.

"Kita akan mengemaskini dan menyusun pembahagian kerja di kalangan Pakatan Rakyat bagi memberikan tumpuan agar segala perancangan berjalan dengan lancar," ujarnya.

Muktamar Tahunan PAS ke-54 akan bermula pada 13 hingga 17 Ogos, tarikh penamaan calon di Permatang Pauh jatuh pada 16 Ogos manakala Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 18 Ogos. SUMBER : Harakahdaily

URUTAN DETIK SEJAK SAIFUL MEMBUAT ADUAN POLIS ~ Malaysiakini

28 Jun : Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun : Anwar menerima perlindungan sementara di Kedutaan Turki
LAGI...

30 Jun : Anwar keluar dari Kedutaan Turki. Lagi..









1 Julai : Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Lagi..

2 Julai : Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds. LAGI....

8 Julai : Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya. LAGI...

15 Julai : Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” LAGI...

16 Julai :
10.05 pagi :
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu. Lagi....

1 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur. LAGI...

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL. LAGI....

17 Julai : Anwar dibebaskan dengan jaminan polis. LAGI....

21 Julai : Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

21 Julai : Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

30 Julai : Anwar hadir di JAWI untuK memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang meminta jabatan itu menyiasat Mohd. Saiful mengikut hukum qazaf. LAGI....

30 Julai : Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

31 Julai : Datuk Ser Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar. LAGI....

31 Julai : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

1 Ogos : Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, pula mengeluarkan akuan bersumpah LAGI....

6 Ogos : Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.


7 Ogos :
~Anwar hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 LAGI...

7 Ogo 2008

Pilihanraya Permatang Pauh : AKIM vs DSAI? ~ Malaysiakini

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti serpihan PAS yang akan turut bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang, akan mengumumkan nama calonnya pada 15 Ogos ini, sehari sebelum hari penamaan calon.

Presidennya, Hanafi Mamat berkata, beliau yakin calon Akim akan mendapat sokongan penduduk Permatang Pauh khususnya daripada kalangan penyokong PAS.

Akim yang ditubuhkan pada 1995 dan mendakwa mempunyai kira-kira 10,000 anggota di seluruh negara pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Baharu tetapi tewas.

"Kita yakin penyokong PAS yang lama memahami hasrat Akim akan mengundi calon parti kami nanti," kata Hanafi.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.Pengundian ialah pada 26 Ogos ini. BERNAMA
~ dipetik dari : mSTAR Online


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 1999 (AKIM)

P028 - PASIR PUTEH
Jumlah Pemilh :
56,773
% Undian : 76.59%
Undi Ditolak : 821

Calon
1.
Kamarudin Md Nor (BN) - 16,962
2. Hasim Bin Othman (AKIM) - 274
3.
ALWI BIN JUSOH (PAS) - 25,373 (8,411 ~majoriti)
Gambar : Ustaz Alwi bin Jusoh
(Ahli Parlimen P028 Pasir Puteh tahun 1999)

Salinan Akuan Bersumpah Dr Mohamed Osman Abdul Hamid ~ Malaysiakini


Pautan berita Malaysiakini 7/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: 'Liwat: Doktor Pusrawi pertahan laporan


Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, pula mengeluarkan akuan bersumpah dengan mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Ia merupakan akuan bersumpah ketiga melibatkan isu kontroversi dalam negara sejak dua bulan lalu, selepas dua yang sebelum ini berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia.

Sambil menegaskan beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, Dr. Muhamad Osman, rakyat Myanmar berkata, Saiful pada peringkat awal telah diserah untuk menemui seorang doktor wanita.

Bagaimanapun oleh kerana Saiful mahu dia hanya diperiksa doktor lelaki, dia diserahkan kepada Dr. Muhamad Osman.

"Melalui pengalaman saya, saya telah berhadapan dengan banyak kes yang serupa, yang diadu oleh pesakit (Saiful) dan oleh itu, saya telah menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit dan saya telah merekodkan penemuaan-penemuaan saya dalam fail pemeriksaan perubatan standard hospital," kata beliau dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos lalu.

Akuan bersumpah itu ditandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Mohd. Annuar Mohd. Salleh.

Dalam akuan bersumpah itu, beliau mengakui mempunyai status penduduk tetap Malaysia dan tinggal di B-24-3, Menara City One Condominium, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Beliau memperoleh kelulusan perubatan daripada Institute of Medicine 2, University of Rangoon pada 1977.

Dr. Muhamad Osman berhijrah ke Malaysia pada 1995 dan berkhidmat dengan RISEAP sebagai Pegawai Perubatan dan kemudian dengan HIKMAH (Harakah Islamiah) di Sarawak sebagai Pegawai Perubatan sehingga 1999, di Hospital Universiti (2000 hingga 2007) dan Hospital Pusrawi sejak awal tahun ini.

Katanya, Saiful telah diliwat oleh seseorang.

Kata Dr. Muhamad Osman, kemudiannya beliau difahamkan fail pemeriksaan perubatan ke atas Saiful telah disebarkan dalam media dan internet.

"Saya terkejut dan hairan apabila mengetahui fail perubatan dengan kandungan yang sama tanpa sebarang pindaan ditemui dalam media," katanya lagi.

Kata Dr. Muhamad Osman, beliau mengetahui sebaran laporan hasil pemeriksaan itu selepas mula bercuti.

Dr. Muhamad Osman bercuti selama dua minggu dan sepatutnya kembali kerja pada Isnin lalu tetapi pengurusan Hospital Pusrawi memaklumkan beliau tidak kembali melaporkan diri sehingga semalam.

"Untuk rekod, bagaimanapun, saya ingin mengesahkan bahawa saya perdirian teguh dengan penemuan-penemuan saya (ke atas Saiful)," katanya.

Pada minggu lalu, Hospital Pusrawi menjelaskan Dr. Muhamad Osman hanya melakukan pemeriksaan biasa terhadap Saiful tetapi bukan aspek yang berkaitan liwat.

Malah, pusat perubatan swasta itu turut menafikan ia pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi mengenai laporan perubatan Saiful yang mengadu telah diliwat Anwar.

Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, Dr. Muhamad Osman merupakan seorang pegawai perubatan am yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu dan bukannya seorang doktor pakar.

“Dr. Mohamad Osman telah menasihatkan pesakit Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan.

“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan liwat,” kata beliau.

Pusrawi melahirkan pandangan selepas kelmarin laporan perubatan yang tidak disahkan daripada hospital itu mendedahkan pemeriksaan ke atas Saiful, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.

Dalam akuan bersumpah itu, Dr. Muhamad Osman memberitahu, beliau tidak tahu siapa yang membocorkan laporan pemeriksaan ke atas Saiful.

Katanya lagi, pada awal bulan lalu, beliau telah dikunjungi seorang pegawai polis bernama ASP Rosmi Mat Derus dari Cawangan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

"Saya telah ditemu siasat dan disoal berkaitan dengan perkara-perkara menyentuh pemeriksaan perubahan pesakit (Saiful), yang saya telah memberikan kerjasama yang baik," katanya.

Kenyataan itu ditulis dengan tangan dan apabila ia ditaip beberapa fakta yang tidak dibincangkan telah disertakan dalam kenyataan yang ditaip.

Dr. Muhamad Osman menyebut bahawa beberapa perenggan pada muka terakhir juga telah dimasukkan dalam bahasa Malaysia.

Beliau berkata, pertemuan kedua polis itu disusuli dengan kunjungan DSP Choo dari Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Dr. Muhamad Osman memberitahu, memandangkan keselamatan diri dan keluarganya teracam beliau memutuskan untuk kembali ke Myanmar - kira-kira seminggu selepas kunjungan DSP.

sumber :mSTAR Online


Dokumen akaun bersumpah ini dipetik dari blog RPK : www.malaysian-today.net &
p99ampang.com

Suka sama suka, kenapa saiful tidak didakwa? ~ Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 7/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: 'Mengapa saya sahaja didakwa?'

"Saya dah tanda tangan ikat jamin peribadi saya, dan pasport saya masih berada bersama saya . Saya hargai pendirian yang diambil peguam saya.Yang saya kesalkan ialah pendakwaan ini. Walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa seolah dipaksa. Kalau tidak mustahil pendakwaan itu dibuat," demikian antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 1 pada jam 11.15 pagi ini, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Penasihat KeADILan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

"Dahulu dalam media tempatan dihebahkan bahawa ada penderaan dan paksaan. Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab mengatakan ada rogol, tetapi hari ini pendakwaan suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa saya seorang yang kena dakwa. Jika suka sama suka, kena dakwa kedua-dua,"katanya yang berucap dihadapan kira-kira 40 media dan diiringi isterinya,Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak-anaknya yang turut memberi sokongan kepadanya.

Jelas Anwar, tumpuannya kini pada Pilihan Raya Permatang Pauh. Katanya, beliau akan memulakan ceramahnya malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya.

"Dari Taman Medan kita akan ke Permatang Pauh. Dan insya-Allah dari Permatang Pauh sampai ke Parlimen dan kita ambil alih kerajaan dan perbetulkan segala kekhianatan, penipuan dan rasuah yang ada," katanya.

Anwar ada alibi

Sementara itu, Menurut Peguam Anwar Ibrahim, Sankara Nair Anwar memiliki alibi yang kukuh pada masa kejadian (26 Jun) pada jam 3 petang sebagaimana yang didakwa oleh pembantunya, Saiful.

Sankara yang ditemui di luar kamar sebaik sahaja prosiding tamat jam 10.30 pagi berkata, Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini dilihat berlaku adil kerana membenarkan anak guamnya diikat jamin setelah Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan liwat.

Beliau salah seorang daripada sembilan peguam bela Anwar berkata, Hakim S.M Komathy memperlihatkan sifat adil dengan menggunakan budi bicaranya membenarkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin.

Sankara juga berkata, pendakwaan kes liwat terhadap Anwar tidak akan menjejaskan proses pilihan raya kecil Permatang Pauh akhir bulan ini.

Hakim menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama.

Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar:

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Anwar diwakili sembilan peguam

Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheefa Koya, Leela J Jesuthasan dan Mohd Razlan Jawaludin.

Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun manakala pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah.

Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi tuduhan liwat. Dalam kes pertama pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdapat juga peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok.

Sementara itu beberapa orang pimpinan PAS turut mengikuti perbicaraan tersebut seperti Naib Presiden, Dato' Husam Musa; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; AJK PAS Pusat merangkap ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan AJK PAS Pusat yang juga ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menyambut baik keputusan mahkamah tersebut.

Husam yang ditemui menyatakan keputusan tersebut menunjukkan mahkamah lebih bebas dan adil.

"Kami bersyukur atas keputusan yang diambil oleh mahkamah tadi. Selepas ini, kita akan turun 'berperang' di parlimen Permatang Pauh bagi memenangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim,"kata Dr Lo' Lo'.

Anwar meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah pada kira-kira 11.35 pagi.

Laluan ke kompleks itu sesak seketika apabila lebih 2,000 penyokong Anwar berhimpun di luar dan dalam perkarangan kompleks menyebabkan Anwar sukar meninggalkan kawasan itu.
Sumber ; Harakahdaily

Polis tahan Blogger Penarik Beca aka Bakaq ~ Malaysiakini

Sepasukan polis dari bahagian Jenayah Perdagangan menahan dan merampas komputer milik penulis blog Penarik Beca, Abu Bakar Mohamad Rashid jam 11 pagi semalam.

Beliau ditahan di rumahnya, di taman Koperasi Polis, dekat Gombak, kata isterinya, Puan Salwa, ketika dihubungi Siasah.

Namun ketika ditemui oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin malam tadi, polis memberitahu Abu Bakar disiasat di bawah Akta Hasutan.

Hari ini, kira-kira jam 2 petang, para sahabat dan penyokong beliau dikatakan akan berkumpul di perkarangan balai polis bersebelahan Bank Negara bagi memberikan sokongan moral kepada Abu Bakar. Sumber : Siasah

BLOG PENARIK BECA :1. http://malaysiakita-bm.blogspot.com/
2. http://penarikbeca.blogspot.com/

Ibu kota sesak lagi!!!!! ~ Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 7/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: Heavy security in Duta court complex

Sekali lagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundang kemarahan orang ramai khususnya pengguna kenderaan yang menuju ke tempat kerja apabila melakukan sekatan jalan raya di hampir seluruh jalan masuk ke ibu kota.

Tindakan pihak polis itu dipercayai bagi menghalang dan menyekat kehadiran orang ramai dan para penyokong Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibraham yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi ini.

Antara sekatan jalan raya dilaporkan berlaku di lebuh raya NKVE, Grandsaga, Besraya, Lebuh Raya Persekutuan, Plaza Utara berhampiran Tol Jalan Duta dan Lebuhraya KL-Seremban manakala di Cheras, kenderaan mengalami kesesakan jalan raya kira-kira tiga kilometer daripada sekatan jalan oleh polis.

Dua buah stesen radio swasta turut melaporkan senarai jalan-jalan yang dikenakan sekatan jalan raya bagi memberi laluan kepada pengguna untuk mencari jalan alternatif ke ibu kota pada hari ini.

Seorang juruhebah radio pagi ini telah memberi saranan dan nasihat kepada orang ramai agar merancang perjalanan khsususnya mahu menuju ke KLIA dan LCCT bagi tujuan menaiki kapal terbang supaya mencari jalan alternatif dan keluar lebih awal bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku.

"Kesesakan dan sekatan jalan raya ini di jangka akan memakan masa satu hari, oleh itu rancanglah perjalanan anda," kata seorang penyampai radio sebentar tadi.

Ramai pengguna jalan raya yang menghubungi dan menghantar sistem pesanan ringkas SMS ke Harakahadaily.net kecewa dengan tindakan polis yang menyebabkan kelewatan orang ramai ke tempat kerja dan tergendala urusan seharian mereka.

"Apa kena mengena kes Anwar dengan kami. Kami tidak puas hati kerana nak menghalang atau sebab tertentu, kami yang tiada kaitan terpaksa sangkut di dalam trafik 'jem'.

"Beginikah tugas polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan bertindak menyusahkan orang ramai." kata seorang pemanggil yang enggan dikenali.

Dalam hal berkaitan juga semalam Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Ismail Omar turut memberi amaran kepada para penyokong Anwar untuk tidak melakukan sesuatu tindakan yang melanggari undang-undang ketika menghadiri perbicaraan Anwar di mahkamah pagi ini.
Sumber : Harakahdaily

10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR. ~ Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 6/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: Liwat: Abdullah nafi dakwaan PKR


10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR.

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

.

1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

sumber : Polis tidak akan serah laporan Saiful (Utusan)

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

Sumber : Anwar Telah Ditangkap Polis Sebelum Pukul 2 Petang




3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi. Rujukan : Tokoh PKR diseret ke mahkamah




4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

Rujukan : Khairy: Jika berani, beri DNA Anwar




5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.




6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.




7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

sumber : KES ANWAR- PEGUAM NEGARA WAJAR DIPECAT ? (peguampas)




8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

sumber : Zuraidah beri bunga kepada Pengarah HBKL

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

Sumber : Anwar: Pejabat PM, polis terlibat




10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Sumber : Najib mengaku jumpa Saiful
Shahrir, Azalina Deny Knowing Youth Allegedly Sodomised By Anwar
'Saiful rapat dengan TPM, isteri'



Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.




Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.




Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

sumber : Saiful dedah kunjungan ke luar negara




Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.


Teks asal diambil dari Nadi REFORMIS

dan diubahsuai sedikit oleh pemudabesut


6 Ogo 2008

Statement by Anwar on sodomy charges ~ Malaysiakini


This morning the Malaysian Election Commission announced nomination and polling day for the by-election that I will contest in Permatang Pauh. I look forward to the campaign period to meet with voters in my home constituency. I invite all Malaysians to join me in this historic campaign to bring forth a New Dawn for Malaysia as we work together to build a more peaceful and prosperous nation.

At the same time we would reiterate our longstanding concerns about the integrity of the electoral process. To this date, the evidence of phantom voters and ballot box stuffing has yet to be addressed by the Election Commission. The poor handling of the use of indelible ink in the General Elections gives all Malaysians, particularly those in Permatang Pauh, reason to be concerned about the conduct of polling this month. I urge the Election Commission to take this opportunity to restore some credibility to its reputation by fulfilling its constitutional mandate to ensure that voting is fair and unbiased. MORE.....


SPR berniat jahat ; buang undi hari kerja~ Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 6/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: Mengundi di Permatang Pauh 26 Ogos

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa berniat jahat kerana menetapkan hari bekerja, Selasa 26 Ogos sebagai tarikh pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar semasa mengulas pengumuman SPR hari ini berhubung tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Menurut Mahfuz, tindakan SPR ini sekali lagi mencetus kebimbangan kepada semua pihak terutamanya pengundi berdaftar di Permatang Pauh yang rata-ratanya golongan pekerja.

"Saya bimbang ini satu lagi taktik untuk mengurangkan peratusan keluar mengundi dalam agenda Umno-BN memastikan undi kepada Pakatan Rakyat berkurangan seklaigus boleh dijadikan bahan kononnya sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim berkurangan," katanya.

Beliau mempertikai tindakan SPR itu yang baginya satu sejarah sejak sekian lama pilihan raya umum dan kecil diadakan.

Ujarnya lagi, penetapan tarikh pembuangan undi itu hanya akan menyusahkan pengundi yang duduk di Permatang Pauh tetapi bekerja di Butterworth; Georgetown atau Balik Pulau.

"Jika mereka (pengundi yang bekerja di bahagian pulau) tidak mendapat cuti, bagaimana mereka hendak membuang undi dengan hanya pulang pada waktu rehat yang hanya ada masa satu jam untuk menunaikan kewajiban mereka sedangkan perjalanan dari bahagian pulau ke Permatang Pauh mengambil masa yang lama," ujarnya.

Selain itu, beliau melihat bahawa tindakan SPR ini sebenarnya menghina Majlis Raja-raja Melayu yang bertanggugjawab melantik Pengerusi SPR dan anggotanya untuk memeganga amanah menjalankan tugas.

Malah bagi Mahfuz, sikap berdiam diri Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap tindakan SPR yang mengkhianati rakyat itu membayangkan adanya konspirasi dalam penentuan tarikh tersebut.

Justeru, beliau meminta SPR mengkaji semula penetapan tarikh itu dan mengubahnya kepada hari cuti bagi membolehkan semua pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Beliau juga mendesak Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) berbuat sesuatu termasuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap pengkhianatan SPR ini.

Dalam satu sidang media di Putrajaya pagi tadi, SPR mengumumkan, pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli Parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos.

SPR yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Namun sejak 1998, kerusi itu disandang oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi.

Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya.

Beliau mengingatkan semua calon supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka.

Abdul Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang.

Permatang Pauh merupakan satu daripada 13 kersui Parlimen di Pulau Pinang, memang 'panas' sejak 1999.

Majoriti pengundi kawasan ini terdiri daripada orang Melayu yang merupakan 68.5 peratus atau 40,039 daripada 58,449 pengundi kawasan itu, diikuti oleh kaum Cina seramai 14,489 orang atau 24.79 peratus dan India 3,581 orang (6.3 peratus) serta lain-lain 240 orang (0.41 peratus).

Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Kerusi Dun Seberang Jaya, yang diwakili oleh Datuk Arif Shah Omar Shah daripada BN, mempunyai 22,678 pengundi iaitu Melayu 14,163 orang (62.36 peratus), Cina 5,436 (23.97 peratus), India 2,978 (13.13 peratus) dan lain-lain 122 (0.54 peratus).

Kerusi Dun Permatang Pasir yang diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS mempunyai 20,350 pengundi iaitu Melayu 14,715 orang (72.31 peratus), Cina 5,278 (25.94 peratus), India 328 (1.61 peratus) dan lain-lain 29 (0.14 peratus).

Kerusi Dun Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dari KeADILan mempunyai 15,421 pengundi iaitu Melayu 11,181 orang (72.51 peratus), Cina 3,776 (24.49 peratus), India 375 (2.43 peratus) dan lain-lain 89 (0.57 peratus).

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Wan Azizah mengalahkan calon BN Dato' Pirdaus Ismail dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 13,388 undi.

Namun, 31 Julai lalu beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh. SUMBER

Zuraidah beri bunga kepada Pengarah HBKL ~ Malaysiakini


Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin semalam menghadiahkan sejambak bunga kepada pihak Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana mengeluarkan laporan keatas dakwaan liwat keatas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Dalam sidang medianya selepas pertemuan bersama pihak Pengarah HBKL, beliau berkata 10 Jambak bunga yang dihadiahkan beliau mempunyai mesej tersirat dan pihak hospital agak terkejut dengan kehadiran beliau.

Menurut catatan di blog beliau, p99ampang.com, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak hospital kerana tulus jujur dan amanah dalam mengeluarkan laporan tersebut.

Katanya, beliau telah mendapat tahu isi laporan yang dikeluarkan oleh HBKL yang menyatakan bahawa tidak ada unsur-unsur liwat oleh Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan.

“Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat,” kata blog berkenaan.

Tambah tulisan blog berkenaan lagi, “salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya.”


Pilihan Raya kecil : Sanglang dulu, baru Permatang Pauh? ~ Malaysiakini


Pautan berita Malaysiakini 1/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: P'raya Ptg Pauh ditentu 6 Ogos


Ketika orang ramai dari kalangan penggiat politik, pemerhati mahupun orang biasa sehinggalah mereka yang terlibat secara langsung khususnya para pengundi di Dun Sanglang masih tertanya-tanya apakah yang akan terjadi dengan kes petisyen Dun tersebut, tiba-tiba tumpuan politik negara mula beralih ke Permatang Pauh pula. Keputusan Mahkamah Pilihan raya berkaitan petisyen Dun Sanglang baru-baru ini membingungkan semua orang kerana keputusan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan ditolak tetapi sebaliknya lawan beliau, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin tidak pula diisyhtiharkan sebagai pemenang.

Ekoran keputusan tersebut, Ustaz Hashim sebagai pempetisyen telah memfailkan rayuan ke Mmahkamah Persekutuan pula.
"Tarikh rayuan belum diberikan oleh mahkamah," itulah jawapan yang mampu diberikan oleh pimpinan PAS Perlis bila ditanya orang.
Dalam pada itu, kerusi Dun Sanglang masih lagi kosong. Cakap-cakap mengenai pilihan raya kecil Dun Sanglang terus berkumandang.
Tidak dinafikan di pihak PAS sendiri persediaan sedang dijalankan, apatah lagi di pihak Umno/BN yang begitu rancak menyusun program di Dun Sanglang.
Sudah beberapa kali program-program yang berselindung di bawah nama kerajaan diadakan di sana. Beberapa orang Menteri juga sudah turun padang. Mungkin juga mereka datang untuk menampilkan muka ketika pemilihan Umno di peringkat bahagian sedang rancak berjalan sekarang.
Tatkala ramai yang sedang mencongak-congak tentang percaturan di Sanglang, tumpuan tiba-tiba beralih ke parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang.
Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Presiden Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi yang dimenanganinya dalam pilihan raya umum lepas untuk memberikan laluan kepada suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
Awalnya, Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan dikatakan memilih untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru yang sedang dalam proses perbicaraan petisyen pilihan raya.
Bagaimanapun akhirnya laluan diberikan oleh isterinya sendiri untuk beliau meneruskan karier politiknya yang tersekat lewat peristiwa tahun 1998 lalu.
Situasi ini sekaligus memperlihatkan pilihan raya kecil akan diadakan di Permatang Pauh dahulu memandangkan situasi di Sanglang masih belum terjawab.
Sekiranya sesuatu kerusi dikosongkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memutuskan untuk mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari.
Apapun, pilihan raya kecil ini adalah ujian pertama bagi parti-parti di bawah Pakatan Rakyat pasca pilihan raya umum ke-12.
Masa inilah Pakatan Rakyat perlu menunjukkan satu kejituan dalam pakatan yang dibentuk bagi membuktikan mereka mampu dilihat rakyat di dalam negara ini untuk menggantikan pemerintahan Barisan Nasional.
Begitu juga kerjasama yang padu perlu untuk menafikan sebarang tohmahan atau usaha dari parti pemerintah yang memperkudakan media arus perdana di negara ini untuk cuba memecah-belahkan pakatan PAS, KeADILan dan DAP ini.
Sebagai ikon politik nombor satu di negara ini pada masa ini, Anwar yang akan bertanding di kerusi Permatang Pauh pasti akan menarik tumpuan seluruh dunia yang menanti-nantikan "political comeback" beliau.
Begitu juga dengan visi untuk melihat beliau melangkah ke Putrajaya September ini, sudah pasti seluruh pelusuk dunia sedang memerhatikan perkembangan ini.
Walau bagaimanapun, laluan beliau tidak semudah yang diharapkan kerana masih banyak kontroversi yang sedang melanda. Hanya diharapkan tidak berlaku sebarang perkara yan tidak diingini sebelum berlangsungnya pilihanraya kecil tersebut.
Nampaknya kata-kata "Jom gempur Sanglang" terpaksa ditangguhkan sementara dan digantikan "Jom Gempur Permatang Pauh" pula. SUMBER : Harakahdaily

Majlis Peguam jangan ‘main api’ ~ Malaysiakini

Pautan berita Malaysiakini 5/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: 'Sensitif' berforum isu tukar agama

Majlis Peguam diberi amaran supaya tidak ‘bermain api’ dengan menganjurkan forum bertajuk Memeluk Islam pada hujung minggu ini yang disifatkan amat sensitif kepada umat Islam negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, forum yang dilaporkan akan turut menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan itu boleh menyebabkan wujud salah faham di kalangan umat Islam sendiri.

Beliau berkata, apa jua isu yang menyentuh Islam adalah perkara yang cukup sensitif kepada umat Islam. LAGI....




5 Ogo 2008

BN pilih Dr MAZA lwn DSAI? ~ Malaysiakini

Oleh :ZULKIFLI JALIL

Pautan berita Malaysiakini 4/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: BN tidak beri Anwar menang percuma

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Mohd. Asri menolak tawaran itu secara baik kerana berpandangan beliau sudah selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi.

“Ya, saya memang orang Permatang Pauh dan memang banyak pertanyaan supaya saya menjadi calon di Permatang Pauh tetapi saya tidak minat.

“Cukuplah, bagi pada orang politik lainlah. Saya tidak mahu tambah kekusutan politik yang ada... lagi pun ini (politik) bukan medan saya.

Mohd. Asri ditanya pandangannya sama ada beliau mahu mengikut jejak beberapa pemimpin agama sebelum ini untuk menyertai politik termasuk menjadi calon menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Antara pemimpin agama yang menyertai politik ialah dua bekas Imam Besar Masjid Negara, Taib Azamuddin Mohd. Taib dan Datuk Pirdaus Ismail.

Taib kini ialah Ahli Parlimen Baling manakala Pirdaus yang merupakan Exco Pemuda UMNO pernah bertanding sebanyak dua kali atas tiket Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh pada pilihan raya umum 2004 dan Mac 2008.

Dalam kedua-dua cubaan itu, beliau tewas kepada isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di Permatang Pauh.

Sementara itu, ditanya mengenai persepsi banyak pihak termasuk para pemimpin BN sendiri bahawa Anwar sukar ditewaskan di Permatang Pauh, Mohd. Asri memberitahu: “Yang penting bagi Anwar ialah beliau mesti meningkatkan majoritinya. Majoritinya tidak boleh kurang daripada apa yang diperoleh oleh isterinya sebelum ini. Jika sebaliknya berlaku, tidak tahulah.”

Dalam pada itu, Mufti Perlis menyatakan rasa khuatir kemungkinan agak terlewat untuk memberi keadilan kepada bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat oleh pemimpin politik itu.

“Kes yang dihadapinya perlu diambil tindakan segera. Keadilan perlu diberi sama rata baik kepada Anwar mahupun kepada Mohd. Saiful,” ujarnya.

SUMBER : Utusan Online

4 Ogo 2008

Laporan BPR Terhadap Pak Lah Esok ~ Malaysiakini

Oleh : Abdul Aziz Mustafa

Pautan berita Malaysiakini 4/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan: Abdullah unperturbed by drop in popularity

Populariti Pak Lah terbukti semakin menurun apabila Veteran Umno, Dato' Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato' Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik "of the highest order".

Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.

Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi esok (5 Ogos 2008) dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.

Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.

Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik "of the highest order," walau apa pun alasan yang diberi.

"Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.

Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.

"Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya.

Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya.

SUMBER : Harakahdaily

Anwar tetap bertanding di lokap polis ~ Malaysiakini

Dipetik dari: Harakahdaily

Ketua Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim bertegas akan tetap bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sekalipun beliau tahan polis dan berada di dalam lokap.

Dalam hal ini, katanya, beliau terpaksa bertindak cepat bagi matlamat untuk menyelamatkan ekonomi negara yang kian teruk. Hasratnya untuk bertanding, tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Beliau turut melahirkan rasa bimbang, jika selepas ini beliau tidak lagi dibenarkan berkempen sambil mengulangi ketegasannya untuk bertanding sekalipun beliau ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap.
Anwar berkata demikian dalam ceramah Peristiharan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kelmarin.
Beliau membidas dakwaan seetengah pihak kononnya pengosongan kerusi berkenaan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai mengkhianati pengundi Permatang Pauh.
Katanya, sejak awal lagi Wan Azizah telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.


Turut memberikan ceramah, Presiden PKR, Dr Wan Azizah, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP.


Sementara itu di Pekan, Pahang, Timbalan Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak anggapan bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi pengukur kepada sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya umum Mac lepas.


Katanya, pilihan raya kecil ini tidak boleh dianggap sebagai ukuran mutlak sebab pilihan raya kecil biasanya bersifat setempat, banyak pertimbangan atas isu-isu tempatan, atau atas isu-isu tertentu yang mungkin tidak ada kaitan dalam konteks nasional.


"Walaupun saya sedar, langkah Datuk seri Anwar Ibrahim untuk bertanding ini untuk membawanya sebagai isu nasional," katanya kepada Bernama.


Menyentuh soal calon BN, Najib berkata, belum masanya untuk Umno memikirkan siapakah calon yang selayaknya dan pihak media tidak membuat sebarang spekulasi. Ini kerana jelasnya, banyak kriteria yang harus diberi perhatian dalam konteks pilihan raya kecil Permatang Pauh ini.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuaratnya Rabu (6 Ogos) ini bagi memutuskan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor memberitahu akhbar talian mSTAR Online, segala-galanya akan diputuskan Rabu ini.

Tiga pertimbangan diambil kira: Pertama tempoh 60 hari berkuat kuasa mulai hari penyandang jawatan melepaskan kedudukannya, hari Speaker Dewan Rakyat memaklumkan SPR ataupun hari panel suruhanjaya mengadakan mesyuarat.

Mesyuarat Rabu ini akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.

Mengambil kira tiga minggu bagi keseluruhan proses pilihan raya, hari pengundian kemungkinan jatuh antara 24 dan 28 Ogos ini.


Memandangkan pilihan raya pernah diadakan pada bulan puasa ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas, empat tahun lalu yang turut dimenangi calon PKR, jika SPR memberikan ruang yang lebih luas, pengundian kemungkinan diadakan minggu pertama bulan September ini.

MAHASISWA BENTUK BADAN BERTINDAK MEMBANTAH PEMBATALAN MOU AL-AZHAR ~ Malaysiakini


Pautan berita Malaysiakini 1/8/08 yang berikut saya simpan untuk rujukan:Lemah Arab punca al-Azhar batal MoU




Mahasiswa berasa sedikit hairan apabila Najib mengumumkan bahawa pembatalan MOU antara IPTS dengan Al-Azhar adalah kerana kehendak pihak Al-Azhar sendiri. Nampak begitu gugup lagi teragak-agak apabila Najib mengeluarkan kenyataan ketika menjawab isu ini. Walaupun berbagai kenyataan yang cuba menutup bahawa ianya adalah daripada pihak Al-Azhar sendiri, kami tetap yakin usaha pembatalan MOU ini adalah usaha dari pihak kerajaan Malaysia sendiri melalui kedutaannya di Mesir.

Pihak kedutaan dan Kementerian Pengajian Tinggi juga dilihat telah memainkan faktor penting dalam menjayakan misi sabotaj dengan menyekat kemasukan pelajar ke Al-Azhar. Ini dilihat berikutan dari pembatalan secara mengejut yang disyaki terdapat campurtangan dari pihak berkuasa (kerajaan Malaysia). Isu pembatalan ini juga dikesan adalah rentetan dari kepulangan Najib dari Kaherah Mesir pada satu ketika dahulu.

Kerajaan cuba menarik perhatian bahawa faktor utama yang menjadi pembatalan adalah disebabkan penguasaan bahasa Arab yang lemah di kalangan Azhari. Tidakkah sepatut pihak kerajaan melihat pokok punca perkara ini dari akar umbi lagi. Dengan usaha menyekat bantuan per kapita ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR), cengkaman dari pihak kerajaan terhadap perlaksanaan mata pelajaran pengajian Arab-Islam di sekolah Agama kerajaan, persekutuan dan negeri dan serta rakyat, kualiti sukatan pengajian STAM serta perlaksanaannya, kebajikan terhadap guru-guru sekolah agama yang telah dianaktirikan berbanding dengan guru-guru sekolah yang lain sehingga menjejaskan emosi guru yang mengajar di sekolah agama tersebut dan proses akreditasi (MQA) yang dilihat telah melonggarkan sukatan pengajian Arab / agama sehingga mutu graduasi dari sudut thaqafah dan intelektual kelihatan hambar. Apakah kerajaan tidak sedar bahawa puncanya adalah di pihak kerajaan sendiri. Tidak malukah kerajaan Malaysia dengan pembatalan ini menunjukkan kualiti akademik di Malaysia berada di tahap yang minima dan terkongkong sehinggakan pihak Al-Azhar sendiri yang telah membatalkan MOU antara IPTS dengan Al-Azhar. Pelaksanaan ujian Imtihan Qabul selama ini yang menjadi syarat dan sekatan kemasukan ke Al-Azhar di bawah kelolaan Kedutaan Malaysia adakah benar-benar mendatangkan kesan? Natijah perlaksanaan Imtihan Qabul ini adakah berkesan terhadap pelajar yang lemah dan adakah dibuat kelas intensif bagi membaiki kelemahan pelajar tersebut?. Sangat tidak adil jika kelemahan ini dilihat secara pukul rata sedangkan sebaliknya ramai mahasiswa Azhari yang mampu menguasai bahasa Arab.

Kadang-kadang mengapa kemasukan pelajar ke Al-Azhar sering disabotajkan, nilai akademik Al-Azhar kerap kali dipertikaikan dan kemampuan bahasa sering dialasankan. Sedangkan dilihat dari segi kemasukan pelajar ke Jordan dan lain-lain Universiti di Timur Tengah dilihat sangat mudah malah dengan hanya melalui SPM sudah dikira mencukupkan syarat kemasukan, begitu juga dengan sukatan akademik pelajar jurusan pengajian Islam di Universiti tempatan sepatutnya dipertikaikan dan dipandang semula kerana mereka tidak mempunyai asas yang jitu dan kemampuan bahasa Arab yang majoriti sangat ketara lemahnya. Apakah yang telah menggugah pihak kerajaan sehingga pihak kerajaan sangat berselera besar dalam percubaan campurtangan dan mensabotaj kemasukan ke Al-Azhar?

Apakah mereka ini masih memerlukan Intensif khusus selama setahun sedangkan mereka telah mengikuti selama 3 tahun program Ijazah berkembar mereka di sini. Mengulas penguasaan bahasa Inggeris kumpulan itu, Najib berkata, mereka yang terpilih mendapat keputusan baik dalam SPM antara 8A hingga 10A, termasuk pencapaian bahasa Inggeris dan Matematik. Jika subjek Bahasa Arab yang menjadi kelemahan mengapakah subjek bahasa Inggeris yang harus diberi penekanan tidak bahasa Arab ? Adakah penilaian kemasukan dengan STAM sudah tidak diambil kira dan telah digantikan dengan SPM sahaja? Dengan SPM 8A hingga 10A sahaja sebenarnya langsung tidak menjamin kualiti ilmu dan bahasa Arab tanpa mengambil STAM atau melalui Muadalah MOU jika hendak ke Al-Azhar walaupun dengan menyertai program Khusus selama setahun untuk ke Al-Azhar sekalipun.

Apakah yang sering dirisaukan kerajaan sehingga berbagai sekatan telah dilakukan? Bermula dengan isu sekatan pelajar ke Al-Azhar melalui perlaksanaan STAM sedangkan kemasukan ke Universiti Timur Tengah lain tidak menggunakan sijil STAM, diwujudkan “Imtihan Qabul” (peperiksaan kemasukan) yang sepatutnya kemasukan mereka dinilai berdasarkan pencapaian akademik mereka di kolej mereka sebelum ini walaupun mereka sudah mengikuti pengajian berkembar kolej yang mempunyai MOU secara langsung dengan pihak Al-Azhar, perletakan Batu Asas cawangan Al-Azhar di Rembau dan yang terakhir pembatalan terus kemasukan pelajar graduan MOU ke Univ. Al-Azhar.

Kami, Gabungan Mahasiswa IPTS Membantah Pembatalan MOU Al-Azhar (BANTAH) dari 17 buah IPTS, bersama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak bahawa Universiti Al-Azhar dianggap sebagai peluang terakhir bagi menyambung pengajian ke sana dan pelajar yang ke sana bukan pelajar pilihan di Universiti tersebut. Kenyataan ini sangat memandang rendah martabat pelajar yang menyambung pengajian ke sana. Bagaimanakah mereka hendak menyambung ke sana, melainkan mereka ini mesti terlebih dahulu mencukupkan syarat kemasukan ke Al-Azhar. Perlu diingatkan, mereka inilah (Azhari) satu ketika dahulu di antara yang telah mencorak sejarah Malaysia. Tidak mustahil pada akan datang mereka akan mencorak semula. Corakan dan goncangan mereka bertambah hebat jika kerajaan dan kedutaan Malaysia membuat sabotaj ke atas kami dan warga Azhari. Jangan berasa begitu kebal, sedangkan yang mengiringi anda adalah munajat hamba yang telah dizalimi. Sekiranya kerajaan tidak mempedulikan pandangan kami, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil pendekatan agresif dan berdemontrasi bagi memastikan rakyat sedar akan kejahatan kerajaan sekular yang dilihat anti-ulama.

Zaeem Irsyad,
Pengerusi,
Gabungan Mahasiswa IPTS Membantah Pembatalan MOU Al-Azhar (BANTAH)

Dzulkhairi Mohd Noor,
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)



BANTAH terdiri daripada mahasiswa :
1. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan
2. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Selangor
3. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah
4. Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Kedah
5. MINDA Kedah
6. MADIWA Perak
7. Kolej IHSANIAH Penang
8. Kolej Ar-Razi Penang
9. Pusat Pengajian Tinggi Pondok Moden Kandis Kelantan
10. Darul Hijrah Pahang
11. Maahad Tinggi Pengajian Islam dan Bahasa Arab Pahang
12. Maahad Tinggi Pengajian Islam Perlis
13. Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu
14. Kolej Islam Darul Quran (KUDQI) Terengganu
15. Kolej UNITI Negeri Sembilan
16. Maahad Ahmadi (MARSAH) Johor
17. Kolej Pengajian Islam Dan Bahasa Arab Melaka


PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.