Assalamu alaikum to all,
Demam pilihanraya kecil Permatang Pauh mula terasa. SPR akan bermesyuarat Rabu 6 Ogos untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian. Maklumat yang diterima menyatakan bahawa penamaan calon akan diadakan pada hari Sabtu 16 Ogos dan pengundian pada 24 Ogos. Ini dibuat kerana Ameno/ Be End mahu pastikan bajet yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen pada Jumaat 29 Ogos tidak tenggelam dengan suasana pilihanraya kecil. Juga mulai 1 Sept umat Islam sudah mulai berpuasa Ramadhan.
Kita berharap SPR/Ameno & Be End menyedari bahawa seluruh dunia sedang bertumpu ke pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sebarang cubaan untuk menipu atau sabotaj pilihanraya ini akan membawa padah yang buruk kepada negara samada dari segi ekonomi, perdagangan dll.
Be as it may, kami dari Jentera Parlimen Kulim Bandar Bharu sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk memberikan apa jua bantuan untuk memastikan kemenangan DSAI di Permatang Pauh. Kebetulan setelah pengumuman untuk bertanding di Parlimen Kulim BB tempoh hari oleh DSAI kami telah menggerakkan seluruh jentera di KBB. Cuma kami perlu memindahkan gerak kerja jentera ke Permatang Pauh yang sebenarnya merupakan jiran terdekat kami. Saya penuh bangga melihat komitmen jentera Parlimen KBB yang begitu bersemangat untuk membantu Permatang Pauh. Moga ALLAH memberkati usaha dan perjuangan kita semua..insyallah.
Adios..
Adios..
Zulkifli Noordin
http://zul4kulim.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan