Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

1 Nov 2008

Selangor haramkan Jom Heboh

Dewan Undangan Negeri Selangor masih bersidang hari ini. Semalam di Dewan EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan konsert Jom Heboh TV3 dianjurkan dimana-mana lokasi di Selangor. Menurut beliau keputusan ini dibuat kerana stesyen TV berkenaan sentiasa berat sebelah dan tidak adil dalam membuat liputan berkenaan kerajaan negeri.


Malah kata beliau “hostess” TV3 juga berpakian tidak sopan ketika keluar di kaca TV.

Saya percaya langkah ini seiringan dengan resolusi Seminar Siyasah Syariah” yang dianjurkan oleh PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda Pusat baru-baru ini. Adapun resolusi kelima seminar itu berbunyi:

Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan Islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: “Apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.”

Sesungguhnya kalau kita tinjau konsert “Jom Heboh” TV3 yang diadakan hampir di seluruh negara, tiada apa pengisian yang bermanfaat pun selain hiburan, menyanyi, menari dan melonjak-lonjak atas pentas oleh artis yangs esetengahnya berpakaian kurang sopan. Syabas Selangor kerana berupaya mengambil pendirian sedemikain.


Mudah-mudahan atas semangat seminar di atas, negeri-negeri lain yang kita perintah bersama akan mengambil langkah yang sama juga. Memang PAS bukan dominan dalam negeri-negeri tertentu namun apa yang cuba dibawa oleh PAS ini adalah berkait-rapat dengan Islam yang dianuti oleh sebahagian besar rakyat di negeri-negeri ini. Konsert TV3 ityupun kalau kita lihat rata-rata dikerumuni oleh rakyat yang beragama Islam, lantas atas dasar itu PAS bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu.

Yang penting moral rakyat terpelihara dan suasana yang aman, bermoral dan ceria dapat dilahirkan demi kebaikan semua.

31 Okt 2008

Bina segera Masjid Cina di KL ~ Malaysiakini

Pembinaan Masjid Cina telah pun diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Masjid Jubli Peraka atau Masjid Cina terletak di Rantau Panjang Kelantan hasil dari cetusan idea MB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat. Tuan Guru mahu menggambarkan bahawa Islam ini bukan milik orang Melayu semata-mata, ia universal dan malah dirantau Timur ini orang Cina lah antara yang terdahulu memeluk Islam.

Masjid Cina ini apabila siap dan beroperasi sepenuhnya akan dipimpin dan ditadbir oleh imam dan para pegawai keturunan Cina. Kalau kita lihat senibinanya pun rata-rata berkonsepkan seni bina Cina.

Lalu saya tidak terkejut malah bersetuju dengan cadangan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin di Dewan Rakyat semalam agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Biar segala aktiviti, kuliah dan khutbahnya dijalankan dalam bahasa Mandarin bagi memudahkan masyarakat Cina yang beragama Islam disamping berdakwah mendakatkan masyarakat Cina yang belum Islam kepada Islam.



Masjid Cina di Rantau Panjang, Kelantan

Kata YB Zul biarlah masjid itu nanti dibina di tapak Penjara Pudu sekarang kerana ianya dikelilingi oleh masyarakat Cina, dan itupun saya percaya ramai antara kita yang akan setuju.

Di Kuala Lumpur sekarang pun kita sudah ada masjid India dan masjid Pakistan (ada yang panggil masjid Benggali) yang menjalankan aktiviti dan khutbah dalam bahasa masing-masing, jadi saya tidak nampak mengapa kita tidak pula boleh membina sebuah Masjid Cina.

Semoga idea ini akan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan saya percaya jika dana yang menjadi halangan, masyarakat Islam seluruh negara termasuklah tokoh-tokoh korporat Islam dan kerajaan negeri Kelantan dan Kedah boleh menyumbang ke arah pembinaannya. Tahniah YB Zul atas cetusan idea berkenaan.

PASTI BESUT ke Ihtifal Pasti peringkat kebangsaan

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM

Ihtifal Pasti peringkat kebangsaan akan diadakan pada 31 Oktober dan 1 November 2008 di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Mentalon, Alor Setar, Kedah. Seramai 247 orang peserta akan mengambil bahagian dalam acara-acara nasyid, azan, khutbah, pidato, hafalan Al-Quran, bercerita dan mendeklamasi sajak.

Majlis perasmian akan diadakan pada 31 Oktober jam 8.00 malam bermula dengan majlis makan malam bersama-sama Tuan Haji Abdullah bin Jusoh, Exco Pendidikan dan Teknologi Maklumat, exco kerajaan negeri dan pemimpin Pas negeri Kedah. Seramai 1000 orang dari seluruh negara dijangka hadir memenuhi perkarangan kediaman rasmi MB pada hari pertandingan 1 November 2008 nanti. Majlis penutup akan disempurnakan oleh Exco Penerangan, Kesihatan, NGO dan Pembangunan Insan, Dr Ismail bin Salleh jam 2.30 petang.

Majlis Guru PASTI (MGP) Besut telah menghantar 12 orang guru PASTI bagi mengiringi seorang pelajar PASTI Al-Hayyu, Pachakan yang mewakili PASTI Terengganu dalam Pidato. PEMUDABESUT doakan semoga adik Norlailatul Jaaizah bt Mohd Nazir akan mencapai kejayaan. Tajuk Pidato yang akan disampaikan ialah Islam Sebagai Adden.. Selamat berjuang Anakku........

Kes Altantuya: Razak bebas ~ Malaysiakini

NASIB ketiga-tiga tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda bakal diketahui hari ini. - fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI, 10.15 pagi] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebentar tadi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik tanaha air itu.

Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri danKoperal Sirul Azhar Umar, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Mohd Zaki akan mengumumkan tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan sebentar lagi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mula bersidang pukul 9.35 pagi tadi.

Kes berprofil tinggi itu berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, melibatkan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.

Ia merupakan dua kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian hari ini.

Satu lagi ialah kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur.

BERITA TERDAHULU

Pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibu negara dan Shah Alam, Selangor menjadi tumpuan orang ramai sejak awal pagi ini untuk mengikuti perkembangan kes berprofil tinggi - melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Tinjauan mStar Onlinedi kawasan pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati orang ramai termasuk saudara-mara tertuduh kes pembunuhan Altantuya sudah mula berkumpul sejak 7.30 pagi.

Begitu juga di kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Bapa Altantuya turut hadir, kira-kira pukul 8.50 pagi.

MAHKAMAH Shah Alam membebaskan Abdul Razak Baginda daripada tuduhan subahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. - Foto Yusni Arrffin

Berbanding di Shah Alam, bilangan orang yang mula berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak 7.30 pagi tadi tidak ramai berbanding ketika Ogos lalu.

Anwar tiba di kawasan mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi peguam Sankara Nair.

Turut hadir untuk mengikuti kes Anwar ialah bekas penulisan ucapan beliau. Dr. Munawar Anees.

Semalam Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Munawar agar mahkamah menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya serta menyerahkan rayuan itu ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkannya dihujah berdasarkan merit.

Pihak keselamatan mula membenarkan wartawan masuk ke kamar mahkamah sejak pukul 8.30 pagi di kedua-dua lokasi - di Jalana Duta, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Di Shah Alam, Mazlinda Makhzan - isteri Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh, tiba kira-kira 8.55 pagi dan disusuli Razak lima minit kemudian.

Apabila tiba di kawasan mahkamah, Mazlinda terus memeluk Razak dan menangis.

Keluarga tunang seorang lagi tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri tiba pukul 7.15 pagi.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin dijadual menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan tersebut iaitu sama ada ketiga-tiga tertuduh perlu dipanggil untuk membela diri ataupun sebaliknya.

Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar (keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babakbabak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding.

Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lalu.

Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan.

Sementara itu, perbicaraan kes Anwar yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.

Perbicaraan kes liwat Anwar masih berasa di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.

PEMUDABESUT ke Ijtima Kepimpinan PAS TRG


Petang ini, PEMUDABESUT seramai 55 orang pemuda termasuk 21 unit amal akan bertolak ke Kemaman untuk menghadiri Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu kali ke 12. Turut menyertai PEMUDABESUT ke sana ialah 3 buah bas dan hampir 30 buah kereta. Ijtima yang julung kali diadakan di Kemaman ini akan bermula 8 pagi esok (1 nov 2008). Dikata orang bahawa jarak antara Jerteh dan Kemaman ialah serupa jarak antara Jerteh ke Alor Setar. Tapi dalam perjuangan ini, jarak tidak menjadi masalah.

http://buletinonline.net/images/berita13/deanijtima%5C%272.jpg

Dewan Dato’ Seri Amar; Tempat berlangsung Ijtima' Kepimpinan PAS Trg

PEMUDABESUT @ Makam Malam bersama Mat Sabu

Pada malam tadi, PEMUDABESUT seramai 5 orang telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama Tn Hj Mohd Sabu (Naib Presiden PAS). Majlis yang bertujuaan bagi mengisi Tabung At-Taawun Lajnah Kebajikan DPPN Trg telah diadakan di BB Seafood Garden, Gong Badak.

Tempat Majlis Makan Malam

SEMANGAT: Ucapan Hj Mat (baru balik dari Lubnan; berjumpa dengan perjuang Islam) membakar semangat Pemuda

Turut hadir Ketua Pemuda DPP Trg; Ust Azman

Zul Amal & Tuan Bakar ( Bendahari).... Bila nak makan ni...

Ikan.... Sedap nye...

Antara penderma yang hadir

Rasa po Chang?.... Sape ek
(Rasa macam kenal?...Sape ni..)

Exco Trg dipecat ~ Malaysiakini

YANG DIPECAT

SMS diterima bertalu – YB Yahya Khatib Mohamad dipecat daripada jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco). Wakil Marang tak akan ada dalam Exco Kerajaan. Yahya akan dipecat bersama dua Exco yang lain.

Dua perkara nak direnungkan.

PERTAMA. Dalam kes Yahya, itu bukan salah Dato’ Ahmad Said. Bukan juga kerana Man Bakar kalah. Benar Man Bakar menjadi antara orang kesayangan Mat Said, tapi bukan kerana kekalahan memalukan Man Bakar di tangan Yahya makanya Yahya dipecat sebagai Exco.

Mat Said sudah awal-awal memutuskan dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri agar Ketua Bahagian tidak ditandingi dan semua Exco juga telah dilarang dan diberi amaran supaya tidak bertanding jawatan utama dalam parti (kurang jelas jawatan utama merujuk kepada sama ada Ketua Bahagian sahaja atau termasuk juga Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian). Mat Said dah katakan, tindakan akan diambil sekiranya ada Exco yang berdegil.

Yang jelas Yahya satu-satunya Exco di Terengganu yang berani menyanggah arahan dan larangan Mat Said. Sepatutnya Mat Said sudah memecat Yahya selepas Yahya mengesahkan pencalonan untuk beradu Ketua Bahagian. Kalau pemecatan dibuat pada masa itu, mungkin Man Bakar masih boleh diselamatkan.

Siapa pengganti Yahya sebagai Exco daripada Marang masih di awangan. Marang hanya ada dua ADUN BN dalam DUN Terengganu sekarang, Yahya (Pengkalan Berangan) dan Alias Abdullah (Alor Limbat). Dua DUN lagi dikuasai PAS iaitu Rhu Rendang dan Bukit Payong.

Alias menang Timbalan Ketua Bahagian. Beberapa hari sebelum pemilihan, Alias yang juga pada mulanya menawarkan diri jawatan Ketua Bahagian telah menarik diri dan mengumumkan menyokong Yahya. Alias juga merupakan orang kuat Idris Jusoh dan pernah diuar-uarkan sebagai Exco menggantikan Dato' Dr Latif sekiranya Idris masih Menteri Besar. Lagi pun semasa pemilihan Exco oleh Mat Said April lalu, Man Bakar tidak menyokong Alias kerana bimbang Alias akan menentangnya (Man Bakar) pada pemilihan UMNO kali ini. Lalu Mat Said tiada pilihan dan Yahya dilantik sebagai Exco daripada Marang. Alias juga baru saja dipecat daripada jawatan Pengerusi Kumpulan Ladang-ladang, anak Syarikat Kerajaan Negeri.

Kalau dendam atau faktor proksi dan kem diambilkira, Mat Said boleh biarkan tiada Exco daripada Marang. Kerana perlantikan Exco adalah hak Menteri Besar. Mewakili daerah / kawasan parlimen seperti sebelumnya hanyalah tradisi, bukan peraturan atau syarat yang termaktub dalam undang-undang tubuh.

KEDUA. Siapa dua orang lain yang dimaksudkan Mat Said akan dipecat sama sebagai Exco? Kalau larangan dan amaran tidak bertanding jawatan utama dalam parti dijadikan landasan (dengan mengambilkira jawatan utama termasuk juga Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian), ada dua orang Exco yang bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian menentang penyandang sedia ada. Mereka ialah Datuk Za’abar Mohd Adib bertanding menentang YB Zakaria Abdullah, penyandang Timbalan Ketua Bahagian di Dungun dan YB Rozi Mamat bertanding menentang YB Dato’ Rosol Wahid (penyandang Timbalan Ketua Bahagian) di Hulu Terengganu. Kedua-duanya (Za’abar dan Rozi) menang di Bahagian masing-masing. Tetapi kedua-duanya memihak kepada kem Ketua Bahagian sedia ada yang ‘disokong’ Mat Said.

Bagaimanapun, kalau faktor dendam atau faktor proksi dan kem diambilkira, dua Exco dalam Bahagian Setiu akan menjadi mangsa. YB Ashaari Idris (Langkap) walaupun ditentang tetapi beliau adalah penyandang. Tetapi silap beliau hanya kerana beliau berada dalam kem Cikgu Ramlan Ali yang menentang kem Ketua Bahagian sedia ada (kem Datuk Mat Jidin Shafie). Seorang lagi ialah YB Khazan Che Mat (Batu Rakit) yang mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Bahagian tanpa bertanding juga tersilap berada bersama kem Cikgu Ramlan menentang Mat Jidin.

Bagi Bahagian Kuala Nerus yang belum bersidang, mungkin kedua-dua Exco daripada Bahagian itu terselamat kerana Ketua Bahagian sedia ada ditentang oleh Che Azmi Abdul Rahman, bekas Ahli Parlimen yang juga Timbalan Ketua Bahagian, manakala jawatan Timbalan Ketua Bahagian yang ditinggalkan Che Azmi menjadi jawatan mengisi kekosongan. Lagi pun masih ada masa dan ruang untuk perkiraan ‘menyelamatkan’ diri, kalau-kalau adanya ura-ura pemecatan ini turut melibatkan Exco daripada Bahagian Kuala Nerus.

Kalau hendak dikaitkan sedikit pun (hanya sedikit dan hanya rasaan semata), YB Ahmad Razif boleh dikaitkan sedikit sebagai salah seorang yang tergolong dalam kategori “dua yang lain” itu, kerana Che Azmi yang akan menentang Ketua Bahagian sedia ada, adalah abang kepada YB Razif dan dikatakan juga YB Razif bekerja keras membantu abangnya.

Seperti biasa, persoalannya : Apakah tindakan Mat Said ‘memecat’ tiga Exco ini adalah untuk menunjukkan ketegasannya atau untuk menutup keaibannya sebagai Ketua parti dan Ketua Kerajaan yang lemah dan tidak dihormati? Kerana banyak yang aib terpaksa dihadapi oleh Mat Said sepanjang beliau menjadi Pengerusi Perhubungan dan Menteri Besar, termasuk yang terbaru UMNO Bahagian pimpinannya terpaksa mengadakan semula persidangan.

~ penulis
Foto Sayaabdul mubin ismail

30 Okt 2008

BUKTI; KJ minum arak? ~ Malaysiakini

Taktik Politik 'Mentengkolokkan' Dengan Botol?

Semalam telah tersebar gambar mamat ni di Blog-blog.(KJ minum arak?). Hari ni Husin Lempoyang beri hujah adakah betul gambar tersebut. Kita sama-sama nilai.... Betul @ Tidak????


Ana semalam dituduh menggunakan taktik politik yang cuba mentengkolokkan dengan botol ... eh maaf, membetulkan pemimpin masa depan dengan menegur.

Ada kata salah kita menjatuhkan maruah seseorang.

Ada persoalkan siapa ana untuk meng-ian chin-kan seseorang?

Ada juga mengatakan ana munafiq kerana ana pun minum air sarbat. ... air sarbat itu air ada halia lah!

Seorang komentar bernama Khairy Jamaluddin berkata:

Ini usaha jahat untuk menafikan hak saya sebagai penuntut Oxford untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan akhirnya sebagai Perdana menteri Malaysia seblum saya berumor 40 tahun.

Orang yang dalam gambar itu mungkin kembar saya dari berlainan ibu dan bapa. Kami memang sama lahir di Kuwait pada tahun 71, belajar di UWC, Singapore dan Oxford, dan juga kahwin dengan Nori.

Ini bukan saya. ... Saya tidak minum minuman itu kerana saya minum Champagne Dom Perignon saja.

He he he ... rasanya itu bukan Khairy Jamaluddin yang memberi komen. Dia sedang sibuk mahu cuba mengajak Mukhriz berdebat dengannya tetapi hanya dapat berdebat dengan Khir Toyo. Mukhriz sedia kalau ia hanya satu forum yang tidak ada tembak menembak sesama parti. Khairy sedang sibuk mengira berapa jumlah yang sesuai ...

Komentar Tan Sri Tak Dapek Kalimullah mengagak akan ada tukang nafi untuk Khairy. Pasti ada akan kata ana melakukan rawatan mendoktorkan gambar. Jangan hairan ana akan dikecam sebagai cuba mentian chuakan Khairy.

Ana mahu kebenaran sahaja.

Gambar yang belum disentuh jururawat

Selama beberapa tahun ini kita ditipu oleh permainan putarbelit media perdana hingga tidak dapat lihat mana yang benar dan mana yang penipuan. Kita diberitahu ini adalah modal insan menantu Imam Hadhari dikatakan hebat dan pandai.

Rakyat perlu tidak ditipu dan perwakilan yang mahu mengundi perlu tahu siapa pemimpin yang berkata memperjuangkan alif ba dan ta.

Ana ajak Khairy beri pendiriannya dan media perdana siarkan sepenuhnya. Kalau ana dituduh munafiq, ana tidak mahu Khairy dituduh munafiq kerana dia akan jadi Perdana Menteri satu hari.

Jika dia buat, mengaku saja. Baik sekali, kalau Khairy bertaubat nasuha. Ana sanjungi.

Ana kata ini berlaku.

Kalau Imam Ramlang Poringi dan mana-mana Tuan-Tuan Magistret (melainkan Joe Labu) sedang membaca blog ana, di hadapan ente-ente semua ana mengaku gambar ini benar.

(Sori ana tak mahu sumpah, kerana Haji Hadi, Nik Ajis dan Qardawi tidak kasi. Ana sudah talipon semua ulamak dari Amerika, England, Egypt, Syria, Jordan, 'Arab Saudi, Hindustan, Kongstan, Afghanisatan, dan Gohead Gostan. Hehehe ... ingat siapa cakap macam itu? hehehe.)

Bagi memastikan maklumat cukup dan kalau mahu jadi kes dan tidak dibuang keluar oleh Mahkamah Persekutuan, ana kena sebutkan tempat, alamat, haribulan dan masa - Heritage Mansion, Jalan Kemunting off Jalan Doraisamy, KL, bulan Jun, lebih kurang hari Khamis 17 haribulan, dan antara waktu pukul 10:00 pm ke pukul 2:00 am

Cukup maklumat kalau mahu buat kes.

Kalau tidak cukup puashati, ana kata kerusi-kerusi itu wujud di Master Lounge Heritage Mansion (kalau hari ini tidak diubahsuai untuk hilangkan bukti) kerana ia kerusi sama yang diduduki artis-artis selebriti dalam gambar di bawah ini. Wow!


Kalau tidak percaya, bandingkan gambar bawah ini dan katakan wujud ke tidak kerusi-kerusi seperti itu. Wow!

Kalau tidak cukup juga, ana beritahu orang yang berada disebelah Khairy berbaju merah itu adalah tuan punya tempat bernama William. Wow!



Ada kerusi-kerusi kosong kerana dua orang lagi ia-itu Dax atau Firmansyah Muhammad Kalo dan Jason Lo tidak ada di kerusi. Mungkin sedang buang air dan berdansing.

Malam itu adalah malam pembukaan kelab yang baru selesai kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian. Dahulu cuma satu tingkat dan sekarang sudah ada dua tingkat.

Kelab ini memang selalu didatangai penuh dengan selebriti-selebriti, termasuk Maya Karin. Wow!

Gambar ini diambil pada akhir tahun lepas semasa dia belum kahwin. Muga jadi isteri yang soleh dan berpakaian yang sopan macam Ziela ye.

Ada juga Hannah Tan yang menarik orangnya. Wow!

Jadi kalau Khairy rasa tidak salah pergi ke tempat-tempat sedemikian, katakan seluasnya. Bukankah Khairy percaya pada liberalisasi, globalisasi, meritokrasi dan keterbukaan. Ini adalah cara bersosial dan membina Setiakawan?

Ana pun percaya pada keterbukaan. Sekarang malam panas, ana selalu tidor tak pakai baju.

Amacam Hannah, nak masuk Islam? Ana boleh ajar bab munakahat. Boleh cuba-cuba raptai ijab kabul dengan Husin. Wow!

Ana sudah tidak terlalu banyak Wow! lah hari ini ...

UMNO & RASUAH.. Mana boleh dipisahkan (ii) ~ Malaysiakini

YANG MISTERI : KAD RAYA

Misteri awal : Bulan ramadhan yang lalu, kira-kira seminggu sebelum raya, seorang teman yang kebetulan menjadi perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu menghulurkan sekeping kad raya kepada saya. Katanya, dia tak tahu daripada siapa kad raya tu, walaupun di dalamnya tercatat nama ‘orang yang mengucapkan selamat hari raya’ tu. Kad raya berkenaan diposkan dari Kuala Lumpur pada 25 September 2008, bersetem Malaysia 40 sen. Bagus mengeratkan silaturahim sesama Islam.

Misteri pertengahan : kawan saya masih tertanya-tanya, siapa kenalan dia yang datangnya dari Indonesia. Keturunan orang bangsawan / istana lagi tu. Seingat kawan saya tu, dia tak punya hubungan atau kenalan orang biasa pun, apa lagi di kalangan bangsawan tambahan makin jauh di kalangan istana dari Indonesia. Namun setelah dilihat nama dan alamat sendiri yang digunakan oleh pengirim untuk mengirim kad raya berkenaan, beliau mengesyaki bahawa mungkin semua perwakilan UMNO Cawangan dalam Bahagian Hulu Terengganu menerimanya. Setelah ditanya beberapa kenalan lain yang juga perwakilan, maka sahlah bahawa kad itu dihantar kepada perwakilan cawangan.
Misteri tiga suku pertengahan : kad raya tu, daripada siapa, proksi siapa, arahan siapa dan untuk menyokong siapa? Ada banyak orang yang bertanding. Atau paling tidak, ada dua kem / rakit yang bertanding daripada jawatan no. 1 hingga pemeriksa kira-kira. Tapi rakit mana yang minta disokong? Masih ternganga. Terfikir oleh kawan saya, strategi kempen apa ni? Tak kan kempen nak jadi Ketua Bahagian pun guna TKI (Tenaga Kerja Indonesia) juga? Waduuhhh… gayat apa kiranya ini.
Misteri separuh akhir : siang hari, sehari sebelum persidangan Bahagian, kawan saya memaklumkan dia menerima sehelai kemeja putih ‘kain linen’ dan sebuah songkok daripada ‘ejen’ calon Ketua Bahagian. Bersamanya juga ada sampul surat. Setelah diteliti didapati kemeja dan songkok tercatat “buatan Indonesia”. Manakala di dalam sampul surat terdapat sebuah surah Yasin dan wang tunai RM1,000.00.

Misteri akhir : malam hari, beberapa jam sebelum persidangan, kawan saya menghadiri majlis pertemuan kumpulan / rakit “kad raya” ini dan terpandang beberapa buah kereta mewah yang tidak pernah kelihatan sebelumnya di Hulu Terengganu. Banyaknya orang yang datang membantu calon Ketua Bahagian and the geng / rakitnya ini. Misteri kad raya sudah terjawab.
Misteri terbongkar : Ketua Bahagian and the geng menang. Daripada soksek soksek di kalangan perwakilan, setiap seorang perwakilan kali ini menerima tidak kurang RM3,500.00 tunai (tunai sahaja, tak termasuk nilai kemeja, songkok, makan minum pertemuan dan sebagainya) daripada Ketua Bahagian and the geng yang menang ini. Turut tidak termasuk kiraan terimaan itu ialah yang diterima perwakilan daripada ‘bangkai’ Ketua Bahagian and the geng yang kalah.

Misteri terus misteri : yang terus menjadi misteri : apakah kawan saya mengundi calon Ketua Bahagian and the ‘kad raya’ geng ini?

UMNO & RASUAH.. Mana boleh dipisahkan ~ Malaysiakini

YANG BERBELIT DAN PUTAR ALAM

Saya menjadi agak terkedu dan sedikit terbantut idea bagaimana nak memulakan tulisan ini. Bukan tak percaya dengan apa yang saya baca, tetapi saya menjadi terharu, sedih, kecewa dan kasihan kepada ahli-ahli UMNO dan masyarakat ramai. Pelbagai rasa yang lahir secara pantulan ini datang bersama persoalan : begitu mudahnya pemimpin UMNO memutarbelitkan fakta, menyembunyikan kebenaran, bersifat putar alam, bertujuan untuk memperbodohkan dan mempertololkan ahli-ahli UMNO dan masyarakat ramai, tanpa menyedari bahawa dirinya sendiri yang tolol, bengong dan bodoh.

Kenyataan balas Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Zubir Embong terhadap dakwaan YB Dato’ Rosol Wahid berhubung adanya politik wang dalam pemilihan UMNO Bahagian Hulu Terengganu baru-baru ini, selain sarat dengan rasa kehibaan dan simpati kepada ahli UMNO dan masyarakat ramai, juga sebenarnya amat melucukan dan boleh ‘berguling-bating’ ketawa dek kerana lucunya kenyataan bodoh dan bengong pemimpin kanan UMNO negeri itu. Kenyataannya telah dengan sengaja dibuat bagi menyerlahkan kebodohan dan ketololan diri sendiri.
(Keratan muka depan akhbar Sinar Harian edisi Terengganu keluaran 28 dan 29 Oktober 2008 yang menyiarkan kenyataan Rosol dan kenyataan balas Zubir)

Apa tidaknya, dalam masa semua orang bercakap pasal rasuah politik @ politik wang dalam UMNO sampai ke seantero dunia, Zubir boleh mempertikaikan dan menafikan kenyataan Rosol dengan nada yang penuh kesombongan selain berbaur dendam kesumat. Apalah salah dan dosa orang-orang UMNO, sehingga dikurniakan dengan pemimpin yang terlalu bongok dan bengong sebegini?

Hairan kenapa Zubir berkeras sangat untuk mempertahankan juak-juaknya selain berusaha menyembunyikan hakikat sebenar yang berlaku dalam proses pemilihan UMNO sekarang. Amat mustahil, Zubir tidak tahu hakikat berlakunya rasuah politik yang amat bermaharajalela sekarang. Pelik juga, kenapa Ketua Penerangan yang cuba menjadi jaguh ini, nampak sangat bersungguh-sungguh menutup perbuatan terkutuk beberapa pemimpin di kalangan kumpulannya.

Zubir bukan baru dua hari terlibat dalam politik UMNO. Beliau pernah jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu, pernah kalah di DUN Batu Burok. Beliau pernah pegang jawatan penting dalam UMNO di semua peringkat, daripada cawangan sehingga ke Pusat. Pernah jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan sekarang sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan Ketua Penerangan UMNO negeri.

Sempena pemilihan UMNO kali ini, Zubir pernah menyatakan hasrat untuk bertanding Ketua Bahagian, tetapi terbantut kerana kononnya ‘mematuhi arahan’ Pengerusi Perhubungan. Jadi, tak kan bila dah pegang jawatan yang besar-besar gitu, kes ‘sekecil’ politik wang tu Zubir tak tahu atau buat-buat tak faham pula.

Siapa Rosol sehingga Zubir bimbang dan terkilan lalu berkata “dakwaan daripada orang yang berkedudukan seperti Rosol hanya boleh mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap parti UMNO”? Kenapa Zubir tidak memberi amaran, melahirkan keterkilanan dan kebimbangan dengan kenyataan pemimpin-pemimpin besar negara berhubung dengan politik wang seperti Menteri, Timbalan Menteri, AMT UMNO waima kenyataan Timbalan Presiden dan Presiden parti sendiri sebelum ini?

Kalau pun benar kenyataan Rosol boleh mengaibkan dan memudaratkan UMNO secara keseluruhan, untuk sementara ini tak payahlah buat kenyataan. Membisu itu lebih baik daripada berkata-kata. Biar orang kata kita bodoh sebab tak bersuara, tetapi jangan orang tersedar dan lebih pasti (comfirmed) kita bodoh setelah sepatah kita bersuara. Baikilah dengan cara yang betul dan lebih berhemah. Bukan dengan melalak di surat khabar.

Mungkin kalau kenyataan Rosol itu menjadi kenyataan Man Bakar, maka kemungkinan Zubir akan berkata, “Memang benar berlaku (politik wang). Man Bakar tewas di Marang kerana politik wang. Kita bantu Man Bakar, tapi kita bagi duit tak cukup. Lagi pun Man Bakar salah guna peruntukan yang kita beri, dia guna sebahagian duit tu untuk bayar hutang, bukan diguna sepenuhnya untuk beli perwakilan. Sebab tu dia kalah.”

Atau sekiranya ditakdirkan Pak Rosli kalah di Dungun, saya kira Zubirlah orang pertama yang akan mengeluarkan kenyataan 'mengutuk' perwakilan. Pasti Zubir kata, “macam mana perwakilan tak reti nak balas budi? Kita dah beri Nokia E90 sebiji seorang, masih tak cukup ke? Minyak kereta ke Awana Kijal malam akhir tu, kita dah beri RM1,000 seorang. Kalau tak cukup, semasa persidangan pagi itu pun masih boleh SMS, kita boleh lagi hulur dalam tandas. Jangan main politik wang, minta wang untuk main politik tak apa”.

Yang jelas, Zubir cuba mempertahankan anak buahnya. Semua orang tahu siapa orang Zubir dan siapa bukan orangnya. Dato’ Ahmad Said (Mat Said) sendiri adalah orang Zubir. Zubir adalah bos kepada Mat Said, bukan Mat Said bos Zubir.

Bagaimana Zubir jadi bos Mat Said dan bos kepada semua konco-konconya yang lain, itu kena tanya Zubir sendiri. Rasanya Zubir ada jawapan apabila ada yang bertanya, siapa ‘dalang’ utama menjatuhkah Idris Jusoh dan berapa banyak wang yang digunakan ‘dalang’ berkenaan untuk menaikkan Mat Said.

Mungkin bagi ‘dalang’ berkenaan, itu bukan rasuah atau penggunaan wang untuk kepentingan politik beliau dan konco-konconya, tapi hanya “sedekah politik”.

29 Okt 2008

KJ minum arak? ~ Malaysiakini

Anda tafsir lah sendiri berdasarkan gambar yang anda lihat....




Sama tak botol minuman dalam gambar sebelah ni dengan botol minuman yang ada dekat depan KJ dalam gambar dekat atas tu???








SUMBER ~ Perisik Rakyat

TG NIK AZIZ semakin sihat

Walaupun sakit lutut, Tuan Guru mesra menjawab setiap persoalan kami.

Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam keadaan sihat walaupun lututnya masih sakit. Gambar di atas dirakam selepas solat asar pada petang Jumaat 24 Oktober 2008 di Masjid Pulau Melaka. PEMUDABESUT doakan TGNA semakin sihat....

SIAPA ROSMAH MANSUR? - Malaysiakini

Berasal dari Negeri Sembilan. Orangnya kecil molek, berkulit cerah dan mempunyai tahi lalat besar di pipi. Tahi lalat saiz duit siling lima puluh sen. Mengikut cerita orang-orang tua itu adalah tahi lalat bertuah. Kerana tuah tahi lalat itulah agaknya beliau dapat berkahwin dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi, sekarang khabarnya tahi lalat bertuah itu sudah dibuang. Khabarnya beliau pergi buat “plastic surgery” di Jepun. Banyak ribu juga habis. Tidak apalah kerana semua Najib yang tanggung. Duit rasuah yang Najib dari Vincent Tan pun tidak habis. Duit balak tidak usah kira, tidak luak.

Rosmah seorang wanita berpelajaran tinggi. Dapat ijazah dalam dan luar negeri. Bijak orangnya dan petah bercakap. Gaya dia bercakap memang boleh pikat hati orang, terutama kaum lelaki. Sayang kelulusannya disalahgunakan. Kelulusan tinggi digunakan untuk memancing orang-orang lelaki yang sudah beristeri dan berpangkat serta kaya-raya.

Menurut cerita mereka yang pernah tidur dengan Rosmah, sebagai teman permainan dan teman tidur beliau tidak menjemukan. Dia pandai bergaya dan “fashionable”. Senyuman dan jelingan boleh membuat lelaki hidung belang dan buaya seperti Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan Najib Tun Razak melutut kepadanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengh Tunku Kursiah, Seremban. Mengikut kawan-kawan yang sama bersekolah dengannya, beliau terkenal sebagai pelajar yang ego dan suka menunjuk-nunjuk. Tidak punya ramai kawan rapat di kalangan pelajar-pelajar perempuan. Tetapi punya ramai teman lelaki. Pantang nampak lelaki kacak dan berada. Sejak di sekolah menengah lagi sudah selalu bertukar-tukar pasangan.

Sebagai gadis lincah, kalau boleh dianggap masih gadis semasa menuntut di Universiti Malaya, beliau sangat popular dan terkenal di kalangan penuntut lelaki. Beliau menjadi Ahli Persatuan Kesuma dan aktif dalam pertunjukkan-pertunjukkan kebudayaan yang dianjorkan oleh pihak universiti. Secara peribadi dikatakan beliau ini sangat periang dan peramah.

Di antara Rosmah dengan Rahim Thamby Chik mereka sudah berkenalan sejak di kampus lagi tetapi, hanya sebagai kawan kenalan biasa sahaja. Rahim Thamby Chik juga terkenal buaya di kampus. Ada juga orang kata Rosmah ada taruh hati pada Rahim. Tapi perangkapnya tidak mengena. Rahim terlepas.

Sesudah bertunang dengan Aziz bekas suaminya beliau masih lagi berpoya-poya dengan lelaki lain. Beliau sungguh hebat dan “hot”. Pantang disapa oleh lelaki terutama yang kacak-kacak.

Dikatakan juga Rosmah suka main “jim ramy” dengan anak-anak lelaki Raja Nong Chik. Semasa itu beliau berminat kepada salah seorang anak Raja Nong Chik bernama Salleh. Ini setelah jadi isteri Aziz. Betul ke?

Ramai orang tidak sangka macam mana Aziz boleh tersangkut hati dengannya . Semasa di kampus lagi beliau sudah di cap sebagai jamban. Aziz budak baik dan lemah lembut orangnya. Dikatakan dia berkahwin dengan Aziz atas dasar suka sama suka.

Semasa berkerja dengan Island & Peninsular Bhd,. sebagai PRO, Rosmah berkesempatan bergaul dan berkenalan dengan ramai VIP, termasuk menteri-menteri dan timbalan menteri, perangai lamanya balik semula. Beliau ambil kesempatan dari tugasnya yang membolehkan dia selalu pergi “out-station” buat pertemuan-pertemuan sulit dengan lelaki terutama VIP yang diminatinya. Rosmah dilantik jadi pengurus kerana dapat banyak projek bagi pihak syarikatnya. Senang dapat projek kerana sanggup gunakan dirinya sebagai umpan. Bossnya Azwa sayang padanya dan naikkan dia pangkat.

Mengikut kata kawan-kawannya Rosmah pernah berkata walaupun satu hari dia mesti kahwin dengan orang besar. Dia gila kedudukan dan gila pangkat. Cita-citanya berjaya dapat kahwin Najib

Seorang kawan memberitahu, pernah seorang datin, isteri bekas seorang menteri yang sekarang dikatakan menjadi salah seorang Naib Presiden UMNO Baru memberitahunya, semasa Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri mengadakan sidang mesyuarat di Sarawak, dalam masa rehat beberapa orang Timbalan Menteri dan Menteri telah bercakap tentang Rosmah. Mereka buat perbandingan sesama mereka tentang pengalaman masing-masing dengan Rosmah.

Kesimpulan dari cerita itu membuktikan seolah-olah kebanyakkan dari mereka telah meniduri Rosmah. Rosmah yang sekarang ini menjadi isteri Najib. Apakah ini sudah kerana jodoh? Kasihan Najib. Kalau cerita ini benar, Rosmah bolehlah juga dianggap sebagai janda tidak rasmi kepada ramai lelaki atau “spare tyre” mereka.

Isteri yang lebih cantik, lebih setia ditinggalkan dan ambil bekas sisa-sisa orang. Macam tidak ada perempuan lain.

Dari cerita orang yang rapat dengan Rahim Thamby Chik, sebelum Rosmah diperkenalkan kepada Najib beliau adalah kendak Rahim. Rosmah berharap dapat kahwin dengan Rahim. Rahim ini hebat orangnya dan bukan calang-calang lelaki. Rosmah tidak dapat tundukkan Rahim. Rahim lagi bijak darinya. Rahim tahu Najib suka perempuan-perempuan seperti Rosmah. Mereka satu kem. Kem buaya darat. Mengikut cerita kononnya dalam dia sudah jadi isteri Najib dia masih berjumpa Rahim. Betul ke? Kalau betul, jahat sungguh awak ni…

Untuk lepaskan dirinya dari Rosmah dia cepat-cepat paskan Rosmah kepada Najib. Dia beri pengakuan kepada Rosmah, kalau dia baik dengan Najib dia boleh dapat kawasan balak. Negeri Pahang banyak balak, Melaka tidak ada balak.

Rahim bukan mudah dikenakan orang. Di Negeri Melaka ketika dia menjadi Ketua Menteri, dialah raja. Mengikut cerita orang-orang Melaka kononnya beliau pernah menghalau Pegawai-pegawai Majlis Ugama Melaka dan Polis dari bilik hotelnya di Hotel Ramada. Mereka datang menyerbu ke bilik hotel itu apabila terima laporan ada orang berkhalwat. Apabila sampai ke bilik itu yang di dapati berkhalwat ialah Ketua Menteri Melaka sendiri Rahim Thamby Chik dengan seorang gadis jurujual.

Najib walaupun buaya besar seperti Rahim Thamby Chik, kena dengan Rosmah dia kalah dan terduduk. Lupa diri, lupa anak bini. Balak Pahang pun dia berikan kepada Rosmah. Hotel Hyatt Kuantan menjadi tempat mereka berkendak tidak kira siang atau malam setiap kali Rosmah datang ke Kuantan.

Apabila Najib ke Kuala Lumpur mereka berkendak di Hotel Shangri-la kerana Najib tinggal di situ dan pejabat Rosmah di Bangunan SPK berhampiran dengan hotel itu.

Sejak dia mengadakan perhubungan sulit secara haram dengan Najib dia lupa terus kepada suami dan anak-anaknya.

Mengikut cerita orang, Rosmah, Najib dan Toh Puan Rahah masa pergi ke Mekkah kali kedua, mungkin untuk membuang dosa kononnya, semasa dia berjalan mengelilingi Kaabah, dikatakan terkena baling batu yang tidak tahu dari mana datangnya.

- Read more here: Malaysia Today>>>

Lebih 7 kes Bulan Oktober - Pemuda UMNO Tidak Mahu Bincang Masalah Sosial - Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita13/ybsalehuddin.jpgKuala Terengganu - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob berkata, pihaknya telah menghantar beberapa pucuk surat kepada kerajaan dan Pemuda UMNO bagi membincangkan masalah sosial yang kini menjadi isu nasional, namun tidak mendapat sebarang respon.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah sosial yang semakin parah melanda khususnya di negeri ini dimana statistik jenayah menunjukkan Terengganu negeri paling tinggi berlaku kejadian rogol dan zina bawah umur.

Beliau turut mendesak kerajaan supaya satu pelan bertindak lebih komprehensif diwujudkan dalam usaha menyelesaikan masalah sosial yang semakin serius di kalangan remaja di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata dalam keadaan zaman yang telah berubah, semua pihak perlu melihat secara holistik tentang pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan terhadap remaja sekarang.

“Program-program perlu dilihat di samping pendekatan baru dan ini semua wajar kita fikirkan bersama. Saya lihat hiburan semata-mata yang dibuat Barisan Nasional (BN) telah menjadikan keadaan seperti ini berlaku.

“Pergaulan bebas, penyebaran bahan-bahan lucah secara tidak terkawal dan ini semua merupakan faktor utama yang harus kita fikir bersama agar masalah sosial remaja dapat diatasi demi masa depan agama, bangsa dan negara kita,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan HIMPIT 2008.

“Saya harap semua pihak dapat memberi komitmen untuk kita fikirkan perkara ini demi masa depan remaja kita,” katanya

Pada bulan ini sahaja (Oktober) pelbagai kejadian masalah sosial dilaporkan oleh media di negeri Terengganu, termasuk perbuatan lucah, klip video lucah pelajar sekolah, merogol dan cubaan merogol.

Seawal 2 Oktober, sewaktu bulan Ramadhan, seorang adik telah menendang bahagian kemaluan abangnya dan berjaya menyelamatkan maruahnya dari dicabul di Kampung Pantai Ali, Hulu Terengganu.

Rakyat Terengganu pada 14 oktober lalu telah dikejutkan dengan tindakan seorang remaja wanita 21 tahun yang telah merendam bayi yang baru dilahirkannya dalam baldi, sebelum mencampakkan bayi tersebut di kawasan masjid ‘Terapung’, Kuala Ibai.

Sebelumnya, pada 10 oktober, seorang remaja wanita yang sedang menonton televisyen di rumahnya terkejut apabila tiba-tiba seorang lelaki telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya dan tanpa segan silu terus menunjukkan alat sulitnya ke arah mangsa.

Adegan tidak senonoh itu berlaku ketika remaja berusia 17 tahun itu hanya tinggal seorang diri di rumah keluarganya di Rumah Awam Kos Rendah Tok Randuk, Ajil, Hulu Terengganu kira-kira jam 8.30 malam.

Pada 16 Oktober, seorang warga emas berusia 66 tahun telah dicekup Pegawai Agama Daerah Besut, Nik Zulhaiza Ismail selepas dipercayai berasmara termasuk melakukan ‘seks oral’ dengan seorang remaja wanita berusia 25 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Keruak, Hulu Besut.

Pada 21 Oktober, media melaporkan Klip video berjudul 'Tayangan Perdana' menggemparkan masyarakat kerana melibatkan seorang pelajar perempuan yang selama ini dianggap berakhlak.

Paling mengejutkan, aksi ghairah itu dirakam oleh seorang remaja lelaki menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah kelas kosong di sekolah itu.

Pada 21 Oktober lalu, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol anak tirinya yang berumur 17 tahun dalam kejadian di Kampung Che Lijah, Dungun, semalam.

Tangkapan dilakukan selepas mangsa mengadu lelaki berumur 36 tahun itu merogolnya dalam semak ketika diajak oleh bapa tirinya untuk menemaninya ke rumah kawan untuk mengambil motosikal yang baru dibeli, Ahad lalu.

Pada 26 Oktober, polis menahan dua remaja lelaki berusia 15 dan 18 tahun kerana disyaki merogol seorang pelajar sekolah di sebuah rumah kosong di Ajil, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah 1 negeri, Supritendan Khairi Ahrasa berkata, tangkapan itu dilakukan selepas mangsa mengadu teman lelakinya dan lapan lagi lelaki yang dikenali merogolnya secara bergilir-gilir di rumah itu. - buletinonlne

28 Okt 2008

Pemimpin yang takut berdebat adalah ‘Bapok’ ~ MALAYSIAKINI

Seorang artis terkenal seperti penyanyi atau pelakon..juga mempunyai ramai peminat dan penyokong.

Seorang bintang sukan terkenal seperti pemain bolasepak..juga mempunyai ramai peminat dan penyokong.

Seorang raja lawak terkenal..juga mempunyai ramai peminat dan penyokong.

TETAPI adakah mereka seorang ‘Pemimpin’?

Pemimpin yang sebenar ialah seorang Pemimpin yang dapat berdiri di atas kaki sendiri dan bukan seorang yang bersandarkan kepada bilangan penyokongnya.

Seseorang yang mahu menjadi seorang pemimpin mestilah bersedia bila-bila masa untuk berdiri di atas pentas untuk berdebat sebarang isu. Beliau mestilah:

a. Boleh menjawab dan menjelaskan semua soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya.
b. Boleh menyatakan masalah yang dihadapi serta langkah-langkah untuk mengatasinya.
c. Perkara-perkara yang akan dilaksanakannya jika dipilih.
d. Apakah rancangan hadapannya.

Tujuan berdebat bukan untuk kita melihat seseorang itu pandai bercakap atau tidak, tetapi kita mahu mendengar ‘isi’ yang akan diperkatakan oleh seseorang pemimpin itu. Jika berdebat tetapi tanpa ada isi ia bukan debat tetapi ‘kelentong’.

Oleh itu [alasan] Datuk Mukhriz yang tidak mahu berdebat merupakan satu ‘excuse’ untuk menutup kelemahan dirinya. Selama ini beliau hanya bermegah kerana mempunyai banyak pencalonan.

Tidak dinafikan jumlah penyokong yang ramai serta pencalonan yang banyak diterima oleh beliau ‘mungkin’ kerana faktor simpati ahli-ahli UMNO terhadap bapanya Dr. Mahathir. Kata orang, untuk membalas jasa Dr.M maka undilah anaknya Mukhriz Mahathir.

Persoalanya ialah, adakah Mukhriz layak dan benar-benar mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang sebenar-benarnya? Atau beliau hanya [menang sorak] sahaja.

Bagi menjawab persoalan di atas maka Mukhriz perlu naik ke pentas untuk menjawabnya. Ini bukan lagi masalah dalaman UMNO tetapi ia melibatkan secara langsung dengan masalah negara kerana bakal-bakal pemimpin UMNO akan menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

Seperti kata Tun Musa Hitam, ahli-ahli UMNO perlu keluar dari kepompong UMNO dan cuba berada dalam masyarakat luar juga. Bukan hanya berada dikalangan sesama ahli-ahlinya sahaja.

Disebaliknya saya ‘tabik’ dan sanjungi Datuk Seri Mohd Khir Toyo kerana sudi berdebat seperti mana yang dicadangkan oleh KJ.

Walaupun Dr. Khir dilihat seorang calon bukan pilihan tetapi sekurang-kurangnya beliau telah menunjukan kepada kita bahawa beliau seorang ‘Pemuda Jantan’ kerana berani menyahut segala cabaran untuk menjadi seorang Pemimpin UMNO.

http://suarasukj.blogspot.com

HUJAH TV9 - YB Saifuddin Nasution & YB Khir Toyo


HUJAH TV9 - YB Saifuddin Nasution - Part 1

HUJAH TV9 - YB Saifuddin Nasution - Part 2



HUJAH TV9 - YB Saifuddin Nasution - Part 3

Satu Blog Total bagi jawapan

Lawak Minyak - Pemuda Besut Tanya & Ini Jawabnya

.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh PEMUDABESUT tentang

‘Pengusaha Stesyen Minyak’ lebih penting dari pengguna ?

Sila Klik sini 'Satu Blog Total'

antara jawapan.....

Maaf Lah, Pemuda Besut, gamaknya Menteri sibuk dengan pemilihan Parti. Jadi dengar Lah jawapan di...

” memang untung..mak mertua kakak

saya ade sebijik stesen minyak shell..

saya pernah tanye die berapa keuntungan

bersih setiap bulan die cakap lepas tolak

gaji pekerja, kos maintenance dan sebagai

nyer ade lah...


Nak tahu berapa? Klik sini:

http://pemudabesut.blogspot.com/


Silakan Datuk...

kejatuhan harga komoditi, khususnya minyak mentah, dan minyak sawit.

Silakan Datuk...

Penerangannya:
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, akan meneruskan kejayaan yang telah dicapai oleh Perdana Menteri Malaysia. Ertinya Malaysia akan terus tetap Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang.

Kerajaan sentiasa mengutamakan Rakyat Malaysia. Sebab itu Lah, kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel rendah sahaja, supaya Rakyat tidak terbeban. Kerajaan boleh naikkan harga minyak umpamanya RM 8 seliter, dan turun RM 2 sesekali, dan bukan RM 0.10, RM 0.15, dan RM 0.15.

Dalam konteks sekarang, kerajaan mengutamakan Stesen Minyak, kerana Rakyat Malaysia ini ialah pemilik Stesen.

Jika Rakyat Malaysia tidak berpuas hati, setiap Rakyat digalakkan membuka seorang sebuah Stesen Minyak.

Kerajaan akan bantu setiap Rakyat Malaysia yang memiliki stesen minyak itu.

Atikah Sulaiman:
Itu dia jawapannya. Mesejnya, buka Lah stensen minyak sendiri, dan kerajaan akan membantu anda.

Datuk adakah ini bererti negara kita akan mempunyai lebih daripada 15 juta stesen minyak?

Penerangannya:
Lebih dari itu pun tak apa. Setiap Rakyat Malaysia, bukak Lah stesen minyak sendiri.

...

Kuang! Bhaa!! Gang!!!

27 Okt 2008

‘Pengusaha Stesyen Minyak’ lebih penting dari pengguna ? ~ Malaysiakini

Sepatutnya kesejahteraan pengguna perlu diberi keutamaan dan bukan pengusaha atau tauke-tauke stesyen minyak yang memang telah kaya-raya terus diberi perlindungan dan pertolongan.

Geram, menyampah, meluat, menyakitkan hati, tak puas hati dan apa juga istilah yang boleh di terima untuk digambarkan kepada Kerajaan Malaysia dalam isu minyak ini.

Hari ni minyak USD62 setong (27/10/2008). Dah turun 56% dari paras harga tertinggi pada Julai 2008. Banyak turun tu. Bila pulak minyak malaysia nak turun bawah pada RM1.92 ?

Cuba kita ikuti pendapat seorang pembaca mengenai keuntungan yang diperolehi oleh seorang Pengusaha Stesyen minyak.:

” memang untung..mak mertua kakak saya ade sebijik stesen minyak shell..saya pernah tanye die berapa keuntungan bersih setiap bulan die cakap lepas tolak gaji pekerja, kos maintenance dan sebagai nyer ade lah rm10-15k setiap bulan tu belum masuk keuntungan jualan untuk kedai2x mini market di stesen minyak & sewa workshop..tapi semua tu bergantung pada lokasi stesen minyak tersebut pulak. [Rujuk]


Fakta yang rakyat perlu tahu:
1. Masa harga minyak dunia USD100, harga minyak dalam negara ialah RM1.92
2. Bila minyak dunia naik USD 104, harga minyak dalam negara melonjak RM2.70, kenaikan sebanyak 78 sen.
3. Bila minyak dunia turun semula USD100, berapa kerajaan turunkan semula harga minyak ?..hanyalah seposen, oh ye lupa nak campur rebate. Campur lah jadi lebih kurang 20 sen.

Artikel-artikel & Link berkaitan:

1. Oil drops to $64 despite OPEC output cut (24/10/08) - http://www.msnbc.msn.com
2.
Oil Prices slip below $70 a barrel (16/10/08) - http://www.nytimes.com
3. Petrol RM1.92 dikaji (21/10/08) - http://www.malaysiatoday.com
4. Minyak boleh turun bawah RM1.92 (13/10/08) - http://www.kosmo.com.my
5. Ulasan tentang harga minyak dunia (08/03/08) - http://newsyoumavemissed.blogspot.com

SUMBER
~ Suaraukj
~ahmad tarmizi
~ pinkturtle2

Ezam jadi Anwar Ibrahim ke-2 untuk UMNO ~ Malaysiakini

Dua malam lepas saya hadir di kediaman Sdr Ezam Mohd Nor di Shah Alam atas jemputannya sempena Aidilfitri.

Dah lama tak bersua dengan Ezam. Kali terakhir saya berkomunikasi dengan beliau adalah semasa desas-desus beliau akan menyertai UMNO. Saya dan ramai kawan-kawan beliau dalam PAS telah memujuk untuk beliau tidak menyertai UMNO, malah mempelawa beliau menyertai PAS.

Saya tidak berminat mengulas lanjut tentang perkara yang membuatkan beliau menyertai UMNO. Saya cuma ingin menelah nasib beliau di dalam UMNO selepas ini.

Apabila Ezam menyertai UMNO ia diihat satu tamparan yang hebat untuk pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dan partinya, PKR. Ezam mampu menjadi satu senjata ampuh untuk UMNO berdepan dengan Anwar. Walaubagaimanapun, itu semua terbukti meleset apabila kehadiran Ezam gagal menjejaskan populariti Anwar dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Malah Anwar menang besar dalam pilihanraya tersebut.

Maka apa lagi yang ada pada Ezam untuk UMNO?

Mungkin tidak ada apa-apa lagi pada Ezam untuk Pak Lah, kerana tempoh beliau bertakhta di dalam UMNO hanya berbaki beberapa bulan lagi. Tapi saya percaya Najib tidak akan mempersia-siakan kehadiran Ezam di dalam UMNO. Najib sedang merencana banyak agenda dalam persediaan beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Antaranya adalah tanggungjawab besar beliau untuk memulihkan kredibiliti UMNO dan BN di mata rakyat.

PRU-12 baru-baru ini membuktikan rakyat menuntut reformasi besar dalam pentadbiran negara. Di mata rakyat, Malaysia sudah kepupusan nilai demokrasi dan keadilan. Di mata rakyat juga, pemimpin BN dan UMNO adalah pengamal politik rasuah dan korupsi. Untuk UMNO dan BN terus relevan dalam persada politik negara, mereka mesti berusaha merubah hakikat ini, atau dengan cara yang lain, mengubah persepsi terhadapnya.

Kebangkitan rakyat menuntut integriti, keadilan dan pemulihan demokrasi mesti ditangani Najib. Apakah Najib akan menggunakan Ezam untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sedang melaksanakan pemulihan demokrasi dan perang terhadap rasuah?

Ezam adalah tokoh demokrasi dan anti rasuah sejak sekian lama. Seperti kata Salahuddin Ayub, diri Ezam itu bagai sebuah instititusi yang memperjuangkan demokrasi dan menentang rasuah. Saya yakin semangat dan inspirasi menentang rasuah masih berpasak dalam diri Ezam, dan saya harap ianya masih sekental dulu.

Di awal zaman awal 80-an, ketika UMNO berdepan dengan kebangkitan idealisma Islam sedunia yang juga memberi kesan dalam arus politik Malaysia, Dr Mahathir telah membawa masuk Anwar Ibrahim untuk memberikan imej Islam di dalam UMNO. Kemasukan Anwar, tokoh muda ABIM ke dalam UMNO telah memberikan keyakinan kepada umat Melayu Islam bahawa UMNO cukup serius dalam pelaksanaan Islam. Ia juga berjaya mengimbangi suara PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang melaungkan pelaksanaan Islam dalam pentadbiran negara. Maka rakyat terpesona dengan UMNO dan melupakan PAS. Apa yang terjadi pada Anwar selepas itu adalah sejarah yang kita semua maklum.

Mungkin kali ini UMNO akan menggunakan Ezam untuk meredakan tuntutan rakyat dan pembangkang kepada demokrasi dan penentangan terhadap rasuah. Mungkin selepas ini, Ezam akan diberikan satu kedudukan penting dalam mana-mana portfolio kerajaan dalam menangani rasuah.

Maka sepertimana Anwar berjaya membuat tempelan-tempelan program Penerapan Nilai-Nilai Islamnya dengan maksud meredakan tuntutan pelaksanaan Islam sepenuhnya oleh PAS, Ezam akan membuat tempelan-tempelan dalam program anti rasuahnya untuk membaiki imej UMNO dan meredakan tuntutan rakyat yang mendesak. Cukup untuk membuat rakyat terpesona semula dengan UMNO.

Itu telahan saya. Saya harap saya silap! ~ AHMAD SABKI YUSOF

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.