Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

28 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (34): LIVE di tempat Pusat Penamaan Calon P059 Bukit Gantang


Esok Kru Pemuda besut akan berlintas langsung di Pusat Penamaan calon di Dewan Perbandaran Taiping. Tungggu..............


PRK P059 BUKIT GANTANG (33): Dari mana datang peminta Ir Nizar?

Hari ini PEMUDABESUT berkesempatan pegi ke dua tempat program Calon PAS P059, DS Ir. Nizar (DSIrN). Salah satunya di Majlis Kenduri di Kampung Bukit Gantang. Yang kawe raspect kat DSIrN ni walaupun beliau juga adalah seorang MB Perak yang dikategorikan sebagi VVIP, beliau bersalam dengan semua tetamu lelaki sampai ke Tukang Masak & pembasuh pinggan di belakang.

Lagi yang peliknya pulak, bila je Ir Nizar datang ke kenduri tersebut, orang ramai tidak henti-henti bergambar dengan beliau. Dari turun kereta sampailah nak makan, ada lagi yang nak bergambar dengan beliau. Memang Ir Nizar ni ada AURA...Bila datang Haji?... Nizar sempat bertanya khabar dengan Naib YDP PAS Besut; Hj Hassan

tengah baca doa makan pun sempat lagi peminat Ir Nizar bergambar


Tukang masak & geng pun sempat bergambar...

SALAM... Abg Din Tausah bersalam dengan MB Perak


Rombongan PAS Besut dengan IR Nizar

Sebelah petangnya, PEMUDABESUT berkesempatan ke Majlis bersama penduduk di Pekan Changkat Jering anjuran PKR Selangor. Sebelum Ir Nizar sampai ke tempat program, kawe tengok orang tak lah ramai sangat kat program tu....adalah sekitar 40 orang. Tapi yang hairan & ajaibnya bila sahaja Ir Nizar sampai...Entah dari mana orang datang. Terus penuh tempat program tu...

Sebelum kedatangan Ir Nizar pukul 5.51 petang

Semasa Ir Nizar memberi ucapan. Pukul 6.07 petang. Entah datang dari mana peminat nya...

PRK P059 BUKIT GANTANG (32) : Malam Motivasi Pemuda


Semua Pemuda di UPU berdekatan dengan UPU Bukit Gantang untuk datang ke Majlis Motivasi Pemuda yang akan diadakan di Markas PAS UPU Bukit Gantang malam esok. InsyaAllah seekor lembu akan dikorbankan hasil sumbangan seorang dermawan untuk jamuan selepas majlis....TAKBIR

TERKINI : Syeikh Mahmud datang Terengganu jumpa YDP Agong


Baru sebentar, PEMUDABESUT dapat sms dari menantu syeikh Mahmud mengatakan bahawa Syeikh Mahmud akan pergi berjumpa dengan Yang Dipertuan Agung. Mengikut maklumat itu, ini adalah bertujuan bagi mengadap YDP Agong bagi merayu supaya Najib tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri awal april ini...

PRK P059 BUKIT GANTANG (31) : Jalan-jalan cari Pusat Penamaan Calon

Salam Bukit Gantang

Pagi tadi, PEMUDABESUT berkesempatan pusing-pusing bandar Taiping untuk kenal jalan ke tempat penamaan Calon esok hari. Al-maklumlah kali pertama masuk bandar taiping.. ikut sedap hati je ... Tetapi dengan sedikit panduan sahabat semasa belajar di U dulu yang juga ex-Calon PAS Dun Kubu Baru, Perak Ust Nazri kami sampai ke Destinasi iaitu Dewan Perbandaran Taiping, walaupun terpaksa tawaf 2x Tasik Taman Taiping.
Taiping Lake Garden #1 by sathyan.ram.


Tapi yang jadi masalah taman ni... tengok dari luaran taman ni waktu malamnya tentu tempat orang muda membuat 'noda'...Tapi tengah duk bercerita tentang Taman Tasik Taiping, Ust Syukri memberi cadangan untuk kami sama-sama membawa family bercuti di Taiping ini. OK jugak cadangan ustaz tu.. boleh bawa ke ZOO malam Taiping.. Tapi..

Berbalik kepada kepada 'pokok kelapa' perbincangan tadi, SPR awal-awal lagi beri amaran supaya penyokong calon esok hanya dibenarkan datang hanya 20,000 orang sahaja. 10,000~ Pakatan Rakyat / 10,000~ BEnd. Mana cukup kouta tu Abg SPR woi!. Datanglah wahai penyokong... tak kan SPR nak bilang jumlah orang yang datang ..Kalu bilang pun yang datang 100,000 orang pun dia kata 1,000 orang... Satu lagi bagi penyokong esok, sila baca TIPS ke tempat penamaan calon esok di ABO (KLIK). OK tengok gambar yang sempat kawe ambik untuk lebih jelas.... Mata kawe rasa ngatuk lak..semalam pukul 3 baru dapat tidur...dengar abd Din Tausah & Geng main 'ulik mayang'...
Peta ke Pusat Penamaan Calon Bukit Gantang
Padang menempatkan penyokong esok. Muat ke 20,000 orang ni????

Selamat datang ke Taiping Bandar Warisan since 1879.. Ayoo dah umur 130 tahun dah bandar Taiping ni..
Salah satu bangunan zaman British yang berdekatan dengan Pusat penamaan calon esok..

Penjara Taiping yang didirikan pada tahun 1883... Tua Nye Penjara ni...Juga berdekatan dengan Pusat penamaan calon..

Perpustakaan Awam Taiping ... Sape boring-boring esok, sementara tunggu pengumuman calon yang bertanding boleh ke sana untuk membaca..Tu pun kalau buka esok..

Suasana jalan pada pukul 11.32 pagi masih legang di hadapan pusat penamaan calon..

Kedudukan Muzium Perak dibelakang tempat penamaan calon

PRK P059 BUKIT GANTANG (30): PAS Besut berkampung di UPU Bukit Gantang

BESUT, 26 Mac (Hrkh) - Bagi memastikan kerusi Bukit Gantang terus kekal di tangan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil 7 April ini, PAS Besut menghantar jentera pilihan raya bermula 15 Mac lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Adam Said berkata, rombongan pertama seramai 30 petugas terdiri daripada jentera pemuda dan muslimat berada di Bukit Gantang selama seminggu.

Katanya, rombongan pertama itu diketuai Pengarah Majlis Tindakan Dun Jertih, Haji Hassan Salleh.

"Kita menggerakkan jentera kempen di Kampung Bukit Gantang yang terletak dalam Dun Changkat Jering," katanya ketika ditemui di sini.

Manakala kumpulan kedua seramai 30 orang petugas bertolak ke Bukit Gantang 21 Mac lalu bagi menggantikan kumpulan pertama.

Menurutnya PAS Besut diberi tanggungjawab membantu petugas tempatan di UPU Bukit Gantang sehingga ke hari pengundian 7 April ini.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian anggota Parlimen kawasan berkenaan, Roslan Sharom. Dato' Seri Nizar Jamaluddin akan membawa cabaran PAS mempertahankan kerusi tersebut.Haji Hassan, Pok Aki & Pok Ya sibuk memilih bahan mentah untuk masakan tengahari.

UPU tempat PAS Besut bertugas; UPU Bukit Gantang

Rumah Penginapan Muslimat PAS Besut

Ni Hotel 5 Bintang, tempat penginapan Muslimin PAS Besut....

PRK P059 BUKIT GANTANG (29): Osman Jailu kena lontar kasut?

Salam..

Kat Bukit Gantang ni macam macam ada. Kalau di Iraq, Presiden Amerika, George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, dilontar kasut.

Wartawan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, "ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!" lalu membaling kasut yang dipakainya.

Tapi lain pulak, kat Bukit gantang....


Osman Jailu pun kena lontar kasut oleh 9411 pengundi DUN Changkat Jering, Bukit Gantang. Tapi oleh kerana Osman tiada di Malaysia. Diberitakan 2-3 hari lepas duk di Jakarta (sumber). Jadi pengundi DUN Bukit Jering lontar kat sini je lah...... Macam-macam ada......

PRK P059 BUKIT GANTANG (28): Ir Nizar ada Aura...

Semalam

AURA! AURA!
PEMUDABESUT berkesempatan mengikuti program Ir Nizar dengan masyarakat di Pasar Malam di UPU Bukit Gantang. Jika melihat sambutan orang ramai, memang Ir Nizar mempunyai AURA....

Mana tak kawe kata macam tu...

1. Sebuah kedai cina yang sebelum kedatangan Nizar sudah ditutup...Oleh kerana kehadiran Ir Nizar di kedai bersebelahan lalu tauke cina itu membuka kedai untuk menyambut kedatangan Bakal ahli Parlimen P 059 yang baru.
2. Kebanyakkan Pemuda yang naik motosikal di sekitar pasar malam berhenti kerana ingin bersalaman dengan Ir Nizar... AURA...AURA...

3. Seorang anak yang kawe rasa umur lebih kurang 6 tahun yang kebetulan berada disebelah kawe pun minat dan mengenali Ir Nizar. " Pa, tu Nizar kan? MB Perak..." tanya anak itu kepada bapanya...






4. Tafsirlah sendiri bila lihat gambar yang kawe ambil dari Blog ABO ketika Ir Nizar di Pasar tapak pasar malam Sungai Kerang pada petang 26hb. Mac, 2009.(sehari sebelumnya)




Salah seorang rombongan PAS Besut di sini berkata AURA Dato Seri IR Nizar. Mereka umpamakan AURA yang ada pada Ir Nizar seakan AURA ketika Mawi menang AF3 lalu ....Tapi PB rasa AURA Ir Nizar lebih dari tu lagi...

Dari yang kanak-kanak sampai dewasa
Dari yang Muda sampai yang Tua
Dari yang miskin sampai yang kaya
Dari yang melayu sampai cina & india..
Dari yang UMNO sampai yang MCA & MIC
merasa AURA mu.. WAHAI NIZAR.......

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.