Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

27 Mac 2009

Permohonan Sivakumar Didengar 28 Mei

ImageKUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar permohonan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar dan enam yang lain bagi mendapatkan kebenaran agar satu semakan undang-undang dijalankan berhubung permintaan mereka supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepadanya di kamar hari ini.

Pihak yang hadir dalam prosiding hari ini terdiri lima peguam mewakili pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi mewakili responden.

Sivakumar bersama anggota-anggota Dewan Undangan Negeri Perak, Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Tai Sing Ng (PKR-Kuala Sepetang) dan A. Sivanesan (DAP-Sungkai) serta tiga pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang), membuat permohonan semakan perundangan itu terhadap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong.

Mereka memohon perintah mahkamah bahawa kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang adalah kosong setelah ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas. Mereka juga memohon perintah injunksi melarang Jamaluddin, Osman dan Hee daripada melakasanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jamaluddin dan Osman menang sebagai calon PKR manakala Hee menang atas tiket DAP.

Bulan lepas, mereka keluar parti masing-masing bagi menyokong Barisan Nasional, dan ini menyebabkan kerajaan pakatan DAP, PAS dan PKR, yang memerintah Perak, tumbang.

Pada 3 Feb, Sivakumar memberitahu SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu kosong dengan alasan kononnya Jamaluddin, Osman dan Hee telah meletak jawatan. Bagaimanapun SPR meragui tentang peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.