Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

23 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (17): MB Perak dipilih calon PR kerusi Bukit Gantang.


MSO :Nizar Jamaluddin Jadi Taruhan Pas di Bukit Gantang

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS malam ini diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Ia diumumkan di sini sebentar tadi.

Nizar kehilangan jawatan Menteri Besar apabila kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri keluar dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Pengumuman calon Pakatan Rakyat ini dibuat kira-kira 10 hari selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya, Ismail Saffian.

Penamaan calon akan diadakan pada 29 Mac ini dan pengundian pada 7 April bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 8 Februari lalu.

Roslan mengalahkan Bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Zabidi dengan majoriti 1,566 pada pilihan raya umum tahun lalu. Seorang lagi calon bebas M. Mogan hilang wang pertaruhan dengan hanya 882 undi.

Pengundi Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus, Cina 27.1 peratus, India 9.1 peratus dan lain-lain kaum 0.2 peratus.

Jumlah pengundi mengikut kaum Parlimen Bukit Gantang dan tiga kerusi DUN dalam kawasan itu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong mempunyai pecahan peratusan kaum yang hampir sama di Perak.

Bukit Gantang mempunyai 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.7 peratus (Cina) dan 9.71 (India) dan dan 0.04 peratus kaum lain.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.