Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

23 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (16): Mengibarkan Bendera Bulan Hijau di Pulau Sangga


Oleh : Semalam saya bersama Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya PAS Negeri Perak, Hj Asmuni Awi dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan dan beberapa sahabat-sahabat dari jentera pilihanraya PRK Bukit Gantang berkunjung ke Pulau Sangga.

Tujuan kami ke pulau itu ialah untuk menyemarakkan kempen PRK Bukit Gantang, mengebarkan bendera 'Bulan Hijau'.

Sebanyak 3,000 helai bendera bulan hijau, 2,000 dari PAS Perak dan 1,000 dari PAS Kelantan di serahkan kepada penduduk tempatan dan terus dikibarkan.

PAS Terengganu menyumbangkan beberapa ratus 'paper bag' bulan hijau, berisi buah tangan keropok keping didatangkan khusus dari Kemaman sebagai ole-ole dan penambat hati pengundi disana.

Perjalanan ke Pulau Sangga mengambil masa 25 minit dari jeti di Kuala Sepetang (Port Weld).

Terdapat lebih kurang 300 orang penduduk yang bermastautin di pulau itu dengan pengundi berdaftar juga seramai 300 orang.

Sebahagian dari pengundi yang berdafttar di Pulau itu telah pun berhijrah ke darat dan kesemua pengundi disana akan mengundi di Kuala Sepetang.

Terdapat sebuah sekolah rendah dengan murid seramai hanya 20 orang di Pulau itu.

Baru-baru ini YB Tai, ADUN Kuala Sepetang telah menghadiahkan sebuah 'generator' enjin elektrik berharga RM 20,000 untuk membekalkan elektrik bagi kegunaan sekolah, kerana bekalan elektrik yang ada tidak mencukupi.

Saya juga dimaklumkan, minyak enjin tersebut sebelum ini telah ditanggung oleh bekas Ahli Parlimen, Hj Ruslan Shaharum.

Mengikut sejarahnya, Pulau Sangga telah mula didiami sejak tahun 1870, semasa kegemilangan Port Weld dibawah pentadbiran British.


Turut berkunjung bersama kami ke Pulau Sangga adalah YB Tai ADUN Kuala Sepetang, YB ADUN Pasir Putih dan Yang DiPerua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar

Sebelah petangnya pula, buat kali pertama dalam sejarah, kami masuk ke Kampung Benggali, kubu kuat UMNO/BN.

Sejak selepas merdeka sehinggalah semalam, tidak pernah diadakan program oleh mana-mana parti pembangkang.

Pihak UPU Pematang Aur juga keberatan untuk mengadakan program disana, namun kami dari Terengganu tetap berkeras untuk memcahkan tembok pemisah yang dibuat oleh UMNO/BN.

Akhirnnya kami menemui satu lokasi di kaki lima jalanraya dan disitulah diadakan majlis BBQ tersebut.

Walaupun tidak ramai, namun angka seratus orang yang hadir ke majlis bakar ayam BBQ anjuran UPU Permatang Aur sudah dianggap cukup berjaya untuk memecahkan benteng UMNO/BN.

InsyaAllah, semuanya telah bertukar dari 'kebiruan' kepada 'kehijauan', bulan akan terus cerah bersinar di parlimen Bukit Gantang

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.