Jumlah RM 4 bilion itu lebih tinggi daripada belanja membina bahasa Melayu semenjak Merdeka hingga sekarang.
Semalam, 23 Mac 2009, semasa mesyuarat ahli jawatan kuasa GMP di Rumah Pena, SN Dato' A Samad Said melaporkan kesan yang diterimanya daripada pertemuan antara beliau dan Dato' Dr. Hassan Ahmad dengan menteri pelajaran Dato' Hishamuddin Hussein pada 19 Mac 2009.
Dato' A Samad said memberitahu bahawa beliau mendapat kesan menteri pelajaran itu mahu meneruskan dasar PPSMI disebabkan faktor wang.
Menurut sasterawan negara itu, sepanjang pertemuan tersebut, si menteri berkali-kali mengulang-ulang hujah sudah banyak wang dibelanjakan bagi melaksanakan PPSMI.
Bekali-kali beliau menyebut 5 bilion, 5 bilion, 5 bilion.

Dengar betul-betul Dato', siapa kata Cina tidak sokong GMP!
Dato ingat apa Menteri kata ....
Kita sudah berbelanja berbilion-bilion RM.

Kita sudah berbelanja berbilion-bilion .... 3.2 bilion .. er. 5 bilion RM
Banyaklah, sampai tidak terkira siapa yang dapat kontrak …

Tetapi sebenarnya belum cukup ...
Kita perlu sambung PPSMI suapaya banyak lagi kontrak …

Supaya lebih banyak kontrak dapat diagihkan ...
Yalah … ya salam … selamat wang negara!

Ya, betul ...
Bantu kami, sokong kami, anak-anak luar bandar ….

Kanak-kanak di hutan dan luar bandar ...
Kah, kah …. Eleh kamu ini dalam bahasa apa pun fail … tak payah.

Kah kah ...
Nota: Cerita bergambar ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada sebarang kaitan dengan orang yang masih hidup atau sudah mati. Perseirasan adalah kebetulan sahaja. Kreativiti hujung minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan