Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

23 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (15): Siapa Calon PAS?

Cina Islam :Siapa calon PAS di Bukit Gantang ?
Mstar : Exco PAS Pusat calon Pakatan di Bukit Gantang?
Roslan SMS : Mara ke Bukit Gantang
Sanggahtoksago : .........sebagai calon Parlimen Bukit Gantang!

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/siapacalon.gifPresiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan kehadirannya ke Majlis Perisyhtiharan Calon bagi Pilihanraya Kecil P.059 Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan di Padang Taman Kota Jaya, Simpang.

Pegawai Khasnya, Zaihan Daud berkata demikian ketika ditemui di pejabat Perhubungan PAS Terengganu, semalam.

Menurutnya wakil-wakil dari parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR juga telah mengesahkan kehadiran mereka.

“Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengesahkan akan turut berucap dalam majlis itu,”katanya.

Azmin akan menggantikan Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dimaklumkan akan berada di Kuching, Sarawak sejak pagi Isnin.


Koordinator Media PKR, Ginie Lim berkata Anwar akan mengumumkan calon PKR yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai di sebuah hotel, di Kuching pada jam 9.30 pagi, Isnin (hari ini).


Dalam pada itu, spekulasi bertiup kencang menjangkakan, Ahli Jawatankuasa PAS Ustaz Idris Ahmad menjadi pilihan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

"Idris dilihat sebagai calon paling sesuai bagi PAS dan Pakatan Rakyat bertanding di Bukit Gantang disebabkan beberapa faktor termasuk kerana beliau merupakan anak tempatan," kata satu sumber kepada akhbar Internet mStar Online.

Ustaz Idris, 45, adalah lulusan pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, juga merupakan bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS.
http://buletinonline.net/images/stories/berita2/lokasiisytiharcalon.jpgBeliau pernah mengajar di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) dan Instititut Teknologi Ibnu Sina beberapa tahun lalu.

Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering pada tahun 1997.

Ketua UPU Permatang Aur DUN Changkat Jering, Ismail Kamarudin amat berharap pimpinan Pakatan Rakyat bersepakat memilih Ustaz Idris sebagai calon.

“Ustaz (Idris) adalah anak kelahiran Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, ayahnya terkenal dengan panggilan Tok Guru Haji Ahmad Sungai Petai,”kata Ismail.

Sumber PAS Kawasan Bukit Gantang memberitahu, Ustaz Idris adalah antara empat nama terakhir yang telah dikemukakan oleh PAS Perak kepada PAS pusat minggu lalu.

Selain Idris, nama yang turut disebutkan ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad sendiri, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Haji Asmuni Awi dan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.

Bagaimanapun Ustaz Ahmad dan Hj Asmuni dikatakan telah menolak tawaran tersebut.
Namun demikian, siapa pun calon yang akan diumumkan malam ini, Isnin 23 Mac, adalah bergantung kepada keputusan mesyuarat yang akan di adakan di Markas PAS Bukit Gantang, Air Kuning, pada jam 2.30 petang, hari ini.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.