Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Mac 2009

PRK P059 BUKIT GANTANG (23): Ceramah Di Sungai Tinggi Cemas Hampir DiHujani Air Asid



Bukit Gantang – Majlis Memperkenalkan Calon PRK Bukit Gantang di Sungai Tinggi dalam DUN Terong dekat sini, cemas dihujani asid dari meriam air (water canon) polis simpanan persekutuan (FRU).

Bagaimana pun, YAB Dato’ Seri Nizar Jamaludin sempat menyampaikan ucapannya di Markaz MTD Sungai Tinggi, sebelum suasana bertukar menjadi cemas.

Sekitar jam 10 malam, Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping pada awalnya hanya meminta pihak penganjur supaya memastikan semua hadirin dan pembesar suara dibawa masuk kedalam bangunan.

Timbalan Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Zulkifli Ahmad berkata pihaknya telah berunding dengan Encik Syed (Timbalan OCPD).

“Perundingan pada mulanya mencapai kata sepakat, apabila Encik Syed bersetuju membenarkan ceramah,

“beliau meminta hadirin yang berada diluar markaz masuk dan pembesar suara jangan diletakkan diluar bangunan,”kata Ustaz Zulkifli yang ditemui Buletinonline.

Namun, sekitar jam 10.30 malam, katanya, setelah pembesar suara dibawa masuk dan sebahagian hadirin berada didalam markaz, pihak FRU tiba-tiba meminta majlis dihentikan.

Ahli Dewan Undangan Kawasan Canning dari DAP yang baru menamatkan ucapannya tekah keluar untuk berunding dengan ketua pasukan FRU.

Ketika itu, pihak FRU tidak mahu lagi mendengar rayuan dan meminta ceramah dihentikan serta merta.

Selang beberapa ketika, setelah majlis berhenti, dengan nada keras, ketua FRU memberi amaran meminta semua hadirin bersurai.

“Semua diminta bersurai dalam masa lima minit, sekiranya tidak, kami akan menyuraikan dengan kekerasan,”ulang ketua FRU sambil berdiri memegang miktrofon diatas atap kenderaan.

Orang ramai yang berada dalam Markaz mula keluar perlahan-lahan, dan yang tinggal hanyalah terdiri dari kalangan wanita dan kanak-kanak sahaja.

Penjelasan YB Canning tentang perkara tesebut ditolak oleh pihak FRU dan amaran lebih keras dikeluarkan, memaksa orang ramai, termasuk wanita dan kanak-kanak bersurai, meninggalkan kawasan Markaz sepenuhnya.

Pada masa yang sama dua dua kelompok anggota FRU telah berbaris membentuk enam barisan yang berjumlah lebih hampir seratus orang, bersaip sedia mengambil tindakan.

Dengan perisai dibelelah tangan, anggota FRU mengetuk-ngetuk cota, mengeluarkan bunyi yang menakutkan orang ramai.

Ketika itu trak meriam air sudah bergerak setentang dengan hadapan Markaz dan muncung ‘meriam air’ sudah dilaraskan, menuju sasaran tepat ke kawasan markaz.

Air asid yang berwarna kuning, pedih dan akan ‘mencekik tekak’ sesiapa saja yang bakal menghidunya, sudah sedia dimuntahkan.

Dalam keadaan cemas dan kelam kabut, lebih seratus hadirin wanita bergegas keluar meninggalkan dewan Markaz.

Ustaz Zulkifli memaklumkan Dato’ Seri Anwar yang dijangka turut menyampaikan uacapan, tidak dapat hadir kerana disekat ditengah jalan.

Kira-kira lebih 2,000 hadir ke majlis yang julung-julung kalinya diadakan di UPU Sungai Tinggi, setelah Nizar di isytiharkan sebagai calon PAS, semalam. Buletin

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.