Laporan polis dibuat, hari ini, berhubung kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan terhadap Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail .
Beliau berkata, kata-kata kesat berbaur ancaman yang dilemparkan kepadanya semasa Sesi Majlis Dialog Awam bersama penduduk Seksyen 23, 5 September lalu dikhuatiri mengancam keselamatannya.
“Bukanlah hasrat saya, untuk memenjangkan isu ini, kerana isu sebenar ialah isu sebeanr ialah pemindahan kuil sek19 namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya semakin hari semakin bertambah memandangakan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini,” katanya.
Beliau berkata kepada media sebelum membuat rakaman percakapan di Ibu Pejabat Polis, Shah Alam, tengahari tadi.
Beliau yang juga ahli penal Dialog tersebut dicemari perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan tertentu yang mencetuskan kekecohan dengat kata-kata seperti “ Aku akan rogol kau, Rodziah!” yang boleh memburukan nama beliau.
“Dialog yang lepas begitu jelas perkara itu berlaku, begitu jelas hamburan kata-kata tetapi setelah semingu yang berlalu tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak tertentu,
“Saya telah hadir bagi wakil rakyat daerah itu bagi menyelesaikan masalah itu tapi apa yang saya dapati dalam dialog itu, beberapa perkataan yang menuju kepada saya iatu perkataan jalang, “Rodziah mengalahkan pelacur”, “babi” dan “sundal” dan satu kata yang menyentuh kepada keselamatan saya ialah, “Aku akan rogol kau Rodziah!, intimedasi ini jelas untuk memburukan nama dan menghina saya,” katanya.
Selain itu, katanya, tindakan melaporkan perkara ini juga bagi mewakili dan memperjuangkan melindungi hak kaum wanita diluar sana yang diancam dengan kenyataan berunsur ganguan seksual seperti itu.
“Saya akan bekalkan klip video yang menunjukan jelas perlakuan tersebut, saya tuntut pihak polis untuk menyiasat perkara ini sama-ada lemparkan kepada saya atau sesiapa yang yang dilamparkan,”
“siasat mereka ini bawa kemuka pengadilan dan demi keselamatan semua individu terutamanya mereka tidak boleh menghina maruah wanita,” katanya.
TV ONLINE
12 Sep 2009
Rodziah Buat Laporan Polis Terhadap Ugutan Seksual
11 Sep 2009
Kemunculan KDSB Membongkar Keburukan BN |PKFZ
Seandainya skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tidak terbongkar, maka Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dikuasai "orang kuat" Barisan Nasional, Tiong King Sing akan terus berselindung di dalam ribuan syarikat pembinaan, memeras kekayaan negara tanpa disedari ramai.
KDSB kini menjadi isu hangat dalam media. Polis telah membekukan akaun KDSB menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001, setelah meneliti hasil siasatan isu PKFZ daripada Kementerian Pengangkutan.
Apakah wajah sebenar KDSB? Jelas, KDSB hanyalah salah satu catur dalam permainan politik Barisan Nasional untuk memunggah kekayaan ekonomi negara. Skandal ini memperlihatkan bagaimana Tiong berkongsi kek PKFZ bersama UMNO, dan MCA sebagai catur yang penting, turut merasai sebahagian kek ini melalui Kementerian Pengangkutan yang dikuasainya.
Dari zaman Mahathir...
KDSB ialah anak syarikat milik sepenuh Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd (WBHSB), sementara Tiong adalah pemegang saham terbesar WBHSB dengan 70% saham dalam genggamannya. KDSB ditubuhkan pada 22 April 1994, dengan tujuan utamanya--PKFZ.
Di samping itu, Wijaya Baru Sdn Bhd (WBSB) yang merupakan kontraktor utama PKFZ, ditubuhkan pada 9 Oktober 1990, berkecimpung dalam bidang pembalakan, pembinaan, pembangunan infrastruktur (seperti lebuh raya), jalan raya dan perparitan, pembinaan, turkey contract, financing project developement, perumahan serta hartanah komersial dan sebagainya. Selain Tiong King Sing, antara pemegang saham terbesarnya ialah Omar bin Abdul Latip dan Idris bin Jani. WBSB ialah anak syarikat kepada WIJAYA, 4022 Main Board Industrial Product.
Mengapa Tiong yang bangkit dengan bidang pembalakan, melibatkan diri pula dalam bidang pembinaan? Sekali imbas, Malaysia berada dalam zaman peralihan ke ekonomi perindustrian ketika itu, di bawah pimpinan PM ke-4, Mahathir Mohamed. Ditambah pula Asia didodoi dengan pujian "Alaf ke-20 milikan Asia" ketika itu, Malaysia berada di puncak kegemilangan ekonomi dalam sejarah.
Pasaran saham dan hartanah mula berbuih dalam kepesatan ekonomi. Malah, kerajaan giat memperkembangkan bidang pembinaan, dengan meluluskan "projek gajah putih" yang "mega".
Pada ketika itu, projek pembinaan dan hartanah adalah kerjaya "cepat kaya", selain pasaran saham. Kocek mereka yang berhubung rapat dengan kerajaan BN (khususnya UMNO), disarat penuh dengan kepentingan. Lantaran itu, syarikat pembinaan berkongsi antara bumiputera dengan Cina tumbuh bagai cendawan selepas hujan, dan WBSB adalah salah satu daripadanya.
Perniagaan tanpa modal
Projek PKFZ bermula sejak tahun 1993. Kerajaan berniat menukarkan pelabuhan Klang kepada national load hub, malah sebagai pusat transshipment di rantau ini. Dalam Rancangan Malaysia ke-7, beberapa strategi diterapkan, melakar lengkuk projek PKFZ.
Mereka yang memiliki "otak berniaga" semestinya faham, apabila projek PKFZ terjana, maka projek mega pembinaan akan bertapak, sementara nilai tanah kawasan di sekitar pelabuhan Klang akan melonjak.
Tapak tanah yang mengundang kontroversi dalam PKFZ ini, telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad, yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO. Maka, UMNO-BN dipercayai berniat untuk membangunkan PKFZ sejak tahun 1992 lagi.
Tiong (gambar kanan) melalui KDSB, anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh WBSB, membeli tapak tanah tersebut dengan harga RM 95,000,000 atau RM3/kaki persegi daripada Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad. Untuk pemimpin kanan UMNO dalam Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad, ini perniagaan tanpa modal kerana tanah ini diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada Koperasi. Dengan kata lain, RM 95,000,000 telah dimasukkan ke kocek dengan mudah, hanya melalui pertukaran hak milik tapak tanah.
Onn Ismail, Pengerusi Tetap Umno merangkap Ketua UMNO Bahagian Klang ketika itu adalah Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad. Malah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Faizal Abdullah bukan sahaja Bendahari BN Selangor dan Timbalan Ketua UMNO Umno Kapar, tetapi yang lebih penting, beliau ialah menantu Onn Ismail.
Tiong masuk gelanggang
Ini mungkin menjelaskan mengapa Faizal Abdullah (gambar kiri) yang berumur 30 tahun ketika tahun 2000 telah menduduki kerusi nombor dua dalam syarikat di bawah Tiong--termasuk Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, KDSB dan lain-lain, sebagai Timbalan Ketua Eksekutif. Hanya melalui perkongsian kepentingan, barulah Tiong boleh menempah satu-satunya tiket untuk masuk ke gelanggang.
KDSB telah menjual tanah tersebut kepada Lembaga Pelabuhan Klang pada tahun 2002, dengan RM 1,088,000,000 (1 billion 88 juta), atau RM25/kaki persegi dan bayaran ansuran berkadar interest 7.5%, atau bersamaan RM1.8 billion secara keseluruhannya. Pertukaran tangan ini membawa keuntungan bersih hampir RM 993 juta.
Belum lagi dikira keuntungan yang diperolehi KDSB yang mendapat "turkey contract" dari projek PKFZ. Pada ketika itu, ADUN UMNO Abdul Rahman Palil merangkap jawatan Pengerusi bersama Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad dan Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang.
Dari perkiraan masa, Tiong mungkin telah mula mengatur langkahnya ke dalam PKFZ sejak tahun 1993. Sekiranya krisis ekonomi tidak meledak pada tahun 1997/98, lantas mencelarukan projek ini, PKFZ mungkin dijalankan lebih awal, dan bukannya diluluskan kabinet hanya pada 24 Mac 1999, selepas kemelut ekonomi. (Bahagian pertama, bersambung)
Oleh: Neo Chee Hua
( Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina)
Diterjemah dan disunting: Lim Hong Sian.
Akuan bersumpah Ong Tee Keat menerima RM10 juta | pkfz
Adakah Presiden MCA, Ong Tee Keat, menerima RM10 juta seperti yang didakwa Pengerusi Kuala Dimensi Tiong King Sing? Ong mengatakan Tidak dan Tiong berkata Ya. Makananya kita memerlukan orang ketiga untuk memberitahu kita siapa antara 2 watak utama ini berkata benar. Orang ketiga itu haruslah seseorang yang menguruskan wang tersebut dan bertindak sebagai penghantar.
10 Sep 2009
9 Sep 2009
Lailatul Qadar ..... Berusahalah Memperolehinya... Malam ke 23 Ramadhan
PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN;
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 13 September 2009
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!
Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
Berita Tergempar di Perak | Nizar
Mengikut artikal 72 Perlembagaan Persekutuan tiada mahkamah yang berkuasa merombak atau membincangkan mana-mana keputusan yang telah di buat oleh mana-mana keputusan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia, dengan ini pemecatan Oleh Sivakumar tehadap MB Zambry dan enam Exconya adalah sah dan berkuatkuasa sehingga tamat tempuh pecat
Oleh itu apa-apa tugas yang di jalankan oleh Zamry boleh di bawa kemuka pengadilan kerana bertugas tanpa kebenaran dan tidak sah
Pemuda Besut: Takziah Kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu
Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut mengucapkan takziah kepada Ustaz Satiful Bahari Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 3 Terengganu dan juga kepada keluarga Wan Rozami Wan Abdul Latif serta Zaradi b. Su, di atas kemalangan menimpa keluarganya.
Mereka juga ingin bergembira di Hari Raya.... - Merah Hitam
Pada hari ini, ada 17 tahanan ISA dengan 40 bilangan anak dan isteri masih menjadi mangsa akta tahan tanpa bicara ISA. Walaupun pada 1 ogos lalu rakyat telah memberitahu pada PM mereka tidak menolak ISA kerana unsur tahan tanpa bicara itu, namun nampaknya, PM dan Menteri Dalam Negeri masih belum bersimpati untuk membebaskan kesemua tahanan, dibulan mulia ini.
Kesemua anal-anak itu telah kehilangan orang yang sepatutnya mencari rezki untuk mereka.Bapa-bapa mereka yang masih ditahan dibawah ISA, tiada pekerjaan yang boleh menjana wang untuk diberikan pada keluarga bagi menyambut perayaan yang bakal menjelma di penghujung Ramadhan mulia ini.
Bapa mereka masih dianiaya oleh Menteri Dalam Negeri yang nampaknya belum mahu membebaskan , walaupun sedang berada di bulan yang penuh kemaafan dan keberkatan ini. Apakah perasaan isteri dan anak-anak ini? Adakah anda semua sampai hati melihat mereka yang sedang dizalimi ini, menyambut kegembiraan Syawal dalam keadaan serba kekurangan lantaran bapa mereka masih di kurung di Kem Kamunting sana?
Silalah tunjukkan keperihatinan anda dengan menghulurkan sedikit bantuan supaya mereka juga dapat bergembira sepertimana insan lain.Saya merayu agar lebih ramai bloggers Muslim yang akan linkkan bannner GMI ini di blog masing-masing supaya lebih ramai yang akan menyumbang untuk tujuan ini.Saya mensasarkan sekurang-kurangnya cuba memperolehi dalam lingkungan RM 10 – 15 ribu supaya dapat diagihkan samarata kepada semua mangsa.
Anda yang menyumbang di akaun Bendahari GMI, dibawah nama Nashita Md Noor, May Bank 162209939776, boleh telefon beliau di hp 0132096373 untuk memastikan wang telah dimasuk ke akaunnya.Semoga Allah beri pahala yang berlipat kali ganda kepada setiap sumbangan di malam sepuluh akhir Ramadhan ini. - lailagmi.blogspot.com/
8 Sep 2009
Mustafa Ali menang saman Kerajaan & Polis
Kerajaan bersetuju untuk membayar kepada beliau sebanyak RM50,000 sebagai gantirugi kerana menahan beliau di bangunan Parlimen 11 Disember tahun 2007 lalu.
Persetujuan itu dirakamkan di hadapan Hakim Mahkmah Tinggi, Hakim P.S. Nathan hari ini.
Mustafa mengemukakan saman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman dan memorandum Bersih.
Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.
Sebelum Mustafa, Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat juga menang samannya ke atas polis pada 26 Ogos lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya memutuskan Dr Hatta tidak bersalah ketika ditahan oleh polis kerana memberikan satu ceramah di Bandar Muadzam, Pahang.
Pada 10 Jun 2004, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi B. Haji Daud telah bertindak menangakap Hatta dan dua lagi rakannya semasa mengadakan ceramah di Markas PAS Bandar Muadzam Shah kerana mendakwa ceramah berkenaan tiada permit.
Ekoran penangkapan itu, ketiga tiga mereka telah dibawa ke lokap Bandar Muadzam Shah sebelum dipindahkan ke lokap Rompin dan ditahan selama 12 jam.
Mahkamah telah mengarahkan Timbalan Pendaftar membuat taksiran jumlah gantirugi yang perlu dibayar Ketua Polis Daerah Rompin yang menangkap beliau itu.
19 Ogos lalu, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS juga menang samannya ke atas Berita Harian. Mahkamah mengarahkan akhbar itu membayar RM150,000 kepada Mahfuz.
Mahfuz menyaman akhbar itu ekoran membuat laporan kononnya Mahfuz mengajak Datuk Shaziman Mansur (ketika itu timbalan menteri) bertumbuk.
Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk “Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk”.
Ketiga-tiga kes di atas diuruskan oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin. -Malaysian Insider
7 Sep 2009
Kenapa Kerajaan Takut Tubuh Suruhanjaya Siasat PKFZ?
Keengganan pihak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat skandal zon bebas perlabuhan klang PKFZ akan membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk terus mengkritik pentadbiran negara.
Pakatan Rakyat sebelum ini mengusulkan penubuhan jawatankuasa diraja bagi menyiasat skandal melibatkan wang rakyat berbilion ringgit ini pada persidangan parlimen penggal kedua jun lalu.
Namun ditolak speaker Pandikar Amin Mulia atas alasan usul itu tidak perlu disegarakan.
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyatakan beliau tidak yakin kepada jaminan kerajaan sebelum ini yang menjanjikan siasatan telus dan adil akan diadakan bagi menyelesaikan isu ini.
"Mengapa kerajaan tidak mahu menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu PKFZ yang berlarutan sehingga kini. Kita telah bagi cadangan didalam Parlimen dan diluar Parlimen sebab kita lihat badan- badan yang ada sukar untuk buat siasatan samaada SPRM ataupun PDRM. Tidak ada jaminan tindakan yang telus dan penuh integriti," kata Mahfuz.
Skandal PKFZ juga sudah dibawa ke mahkamah tetapi masih tidak ada sebarang tanda- tanda skandal ini akan menemui titik noktah.
Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM mendedahkan kontraktor utama Kuala Dimensi mengenakan bayaran terlampau sehingga projek ini menanggung bebas hutang dan kos yang tinggi. Kos operasi PKFZ melonjak naik daripada kos asal sebanyak RM 1.1 billion kepada RM7 bilion juta dan mungkin mencecah sehingga RM 12.5 billion.
Dalam perkembangan lain, Kuala Dimensi mendakwa Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat menggunakan pesawat khas milik Kuala Dimensi untuk kegunaan peribadi.
Ong bingkas menyaman syarikat berkenaan kononnya untuk membersihkan nama baiknya.
Mahfuz menyifatkan tindakan Ong adalah satu tindakan yang berani sekaligus mencerminkan menteri pengangkutan itu tidak berdiam diri tatkala didakwa menyalahguna kuasa.
Sifat ini jauh berbeza dengan ketuanya, Najib Razak yang sehingga kini masih berdiam diri walaupun menerima tomahan dari seluruh dunia berhubung kematian warga mongiolia, Altantuya Sharibbu.
"Isu ini sudah berlarutan. Kini sesi tuduh diantara Kuala Dimensi dan pihak menteri. Ong didakwa RM 5 juta dan menggunakan pesawat secara percuma kepnuyaan Kuala dimensi. Ong telah mendakwa syarikat itu sebagai usaha untuk membersihkan nama dia. Ini adalah satu tindakan yang berani berbanding ketuannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang sehingga kini masih belum mengambil tindakan terhadap tuduhan liar terhadapnya, walaupun sudah dinasihatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan bekas Naib Presiden UMNO, Tengku Razaligh Hamzah," ujarnya lagi.
Tapak baru kuil di Seksyen 23
“Lokasi ini lebih strategik dan sesuai, terletak 100 meter daripada tapak cadangan asal dan 400 meter daripada kawasan perumahan,” kata satu kenyataan pejabat menteri besar.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini juga meninjau beberapa kawasan dalam usaha menyelesaikan perpindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke lokasi yang lebih sesuai.
Tinjauan itu turut disertai oleh exco kerajaan negeri dan juga ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar juga hadir pada tinjauan tersebut yang melibatkan seksyen-seksyen 18, 19, 20 dan 23 Shah Alam.
“Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak cadangan baru ini.
“Kerajaan negeri prihatin untuk mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat untuk memastikan satu penyelesaian terbaik dapat dicapai,” kenyataan pejabat Abdul Khalid dipetik.
UMNO dalang kekecohan | pkfz
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyanggah dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien bahawa Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas berikutan isu insiden membabitkan pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam.
Khalid ketika dihubungi oleh TV Antara berkata, tanggungjawab kerajaan negeri telah dilaksanakan dengan sebaiknya lalu mengadakan dialogsupaya penduduk Seksyen 23 dapat mengutarakan sebarang permasalahandengan lebih jelas.
"Kita telah menjalankan tugas untuk mengadakan dialog. Itu tanggungjawab kita tetapi bila mereka-mereka yang menjadi penimbul masalah semamsa dialog itu, adalah orang-orang yang sama yang mengarakkan kepala lembu dab oleh kerana mereka tidak dikenakan sebarang tindakan, dan Hishamuddin sendiri menyatakan sokongan tindakan biadap mereka itu, maka itulah yang menyebabkan dialog itu tidak dapat berjalan dengan baik" ujarnya.
Katanya lagi, sokongan yang diberikan oleh Hishamuddin sekali gus memarakkan lagi semangat anti perkauman sehingga menimbulkan kekecohan pada sesi dialog yang berlangsung dalam Ramadhan yang mulia.
"Kegagalannya adalah daripada pihak kerajaan pusat yang memberikan pelindungan dan pembelaan serta sokongan dan dokongan kepada golongan pelampau yang diberikan kebebasan untuk bertindak sesuka hati" katanya lagi.
Malah dalam nada tegas Khalid berkata, tiada seorang pun ahli PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terlibat dalam siri kekecohan yang berlangsung diSeksyen 23 shah Alam dan pada sesi dialog di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Namun katanya lagi, sekiranya terdapat ahli PAS mahu pun PKR yang turut serta dalam insiden yang memalukan itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka sebagai ahli parti lantaran tindakan yang bercanggah itu.
"Berhubung dengan ahli PAS dan PKR, setakat mana yang kita lihat semua yang bercakap pada hari yang berkenaan adalah orang UMNO. Tak ada seorang pun yang ahli PAS.
Walaupun mereka mengakui mereka dari PAS, PKR dan sebagainya tetapi pengakuan itu hanya sekadar pengakuan dan tidak ada satu perkara yang terbukti." tambah beliau lagi.
Beliau menambah, sekiranya pakatan pembangkang tidak pernah berkompromi terhadap kebiadapan sedemikian rupa, mengapa tidak UMNO juga mengambil tindakan yang sama terhadap ahli mereka yang terlibat.
"Sekiranya ada orang PAS atau PKR sekalipun, kalau mereka buktikan keahlian mereka, maka kita akan ambil tindakan untuk memecat mereka kerana tindakan mereka bercanggah dengan dasar-dasar dan nilai yang dibawa oleh parti dan sekiranya UMNO sendiri benar dengan sikap mereka menolak ekstrimisme, maka mereka seharusnya mengambil tindakan yang sama." tegas khalid.
Ujarnya lagi, pihaknya tetap berpendirian kekecohan yang berlaku berpunca dari mainan UMNO.
" Mereka cakap itu hanya untuk menutup hakikat bahawa, ianya sebenarnya memang ditaja oleh UMNO Barisan Nasional. Hakikat ini terbukti dengan campur tangan Noh Omar dan sokongannya yang ditunjukkan oleh Hishamuddin" katanya.
Dalam satu perkembangan yang lain, ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim turut mempunyai pandangannya yang tersendiri berkenaan dengan isu kuil.
"Soalnya ini bulan puasa, kedua itu kita cerita pasal 1 Malaysia, semenjak sebut 1Malaysia, semenjak pilihanraya 2008, isu kaum dibangkit-bangkitkan dan gayanya secara langsung dan tidak langsung seolah-olah itu sahaj modal yang ada. Tidak ada jalan lain sebenarnya. Mungkin dulu isu kaum itu orang sudah memberontak tapi kita lihat orang dan kumpulan tertentu yang hangat sangat" ujar Nasir.
Nasir juga berkata, setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sepatutnya kerajaan bersikap waras dan matang dalam menangani isu perkauman.
Beliau berkata demikian setelah mendengar 16 Hindraf ditahan dalam upacara nyalaan lilin di ibu negara baru-baru ini.
" Yang baru-baru ini Hindraf kena tahan, bawa bunga dan sebagainya, yang satu lagi bawa kepala lembu yang merupakan simbol kepada kepada kaum India, dipijak dan dilidah, tidak satu pun yang kena tahan. Polislembab dan nampak sangat seolah-olah kalau isu kaum ini berlaku, BN boleh dapat balik 5 negeri termasuk wilayah. Itu harapan mereka. Di mana 1 Malaysia? 1 Malaysia itu hanya omong-omong kosong sahaja.
Benda itu satu hipokrasi" ujarnya beliau.
Majlis dialog yang berlangsung pada 5 September lalu bertujuan memberipenerangan dan mengumpul maklum balas berhubung cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 100 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Penduduk di Sekysen 19 telah merungut sekian lama bahawa kuil itu terletak hanya kira-kira 20 meter daripada kawasan perumahan dan menimbulkan pelbagai kemusykilan.
Kerajaan Barisan Nasional,baik di Selangor mahupun di peringkat Persekutuan akur dengan rungutan itu tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bertahun-tahun.
Setelah mengambil alih pemerintahan Selangor tahun lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan untuk memindahkan kuil itu ke sebuah tapak industri di Seksyen 23 yang terletak kira-kira 200 meter daripada kawasan perumahan, dan bukan lagi 20 meter seperti di Sekysen 19.
Malangnya dialog itu "disabotaj" UMNO. -TVA
poster tok guru haji hadi, tok guru nik aziz dihina dikencing pemuda umno yang kurang ajar
Inikah warisan pemimpin UMNO BN....jijik...hina...dan memualkan
Semoga mereka ini diberi balasan setimpal oleh Allah kerana menghina Alim ulama ....nauzubillah!!!
Ana tak sanggup menyiarkan gambar tersebut..... Lihat gambar dalam blog Anak Muda Shah Alam
Kemana Hilangnya Muka-Muka GENG LEMBU Semasa RUMAH ALLAH di Roboh Dahulu..??
Di sini saya senaraikan beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, di sita dan di roboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.
• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah AlamSaya ingin tahu, apa tindakan ahli-ahli geng kepala lembu ini buat semasa rumah Allah itu diperlakukan oleh pemerintah yang juga konon mengaku Islam?
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
Saya percaya, tindakan “geng lembu” ini tidak lain dan tidak bukan adalah pembawakan dan muslihat 1 Malaysia yang mahu membuat onar agar pentandiran negeri Selangor sekarang ini seperti tidak pandai memerintah.
Tidakkah geng lembu ini tidak terfikir bahawa lembu itu merupakan haiwan suci bagi agama Hindu? Apa perasaan mereka jikalau orang-orang Hindu pula keluar di jalanraya dan membakar Al-Quran?
Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?
Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?
Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/
Jabatan Penjara Diberi Lampu Hijau Sebat Kartika
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memberi kebenaran kepada Jabatan Penjara untuk menjalankan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.
Hishammuddin berkata, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar bersama seorang pegawai wanita telah datang ke pejabatnya minggu lepas untuk menunjukkan demonstrasi hukuman sebat tersebut kepadanya.
"Dia (pegawai wanita yang melakukan demo) menyebat belakang sebuah kerusi dengan rotan.
"Memang ada sedikit tekanan pada hayunan rotan tapi ia bukannya meninggalkan kesan kesakitan, tidak seperti hukuman rotan yang pernah dijalankan di sekolah-sekolah satu ketika dahulu.
"Saya sangat berpuas hati dan hukuman sebat itu boleh dijalankan oleh Jabatan Penjara jika mahkamah memutuskan untuk meneruskan dan menguatkuasakan hukuman tersebut," katanya dalam temubual bersama akhbar The Star.
Baru-baru ini Hishammuddin berkata, kementeriannya perlu mengkaji prosedur yang betul sebelum melaksanakan hukuman merotan terhadap wanita menurut undang-undang Syariah.
Tambahnya, beliau tidak akan membenarkan jabatan tersebut untuk melaksanakan hukuman merotan tersebut jika mereka tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam melaksanakannya.
Kartika, 32, didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating.
Hukuman sebat ke atas Kartika sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang tetapi ditangguhkan setelah mendapat campurtangan daripada pelbagai pihak yang memberikan pelbagai alasan antaranya kerana sekarang adalah bulan Ramadan dan kemudiannya Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan pelaksanaan hukuman tersebut tidak dapat dijalankan lagi kerana pihak berkuasa penjara tidak pernah melaksanakan hukuman sebat ke atas wanita sebelum ini.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, walaupun beliau berpuas hati dengan kemampuan Jabatan Penjara untuk melaksanakan hukuman merotan itu, namun hakikatnya mereka tidak mempunyai pengalaman berbuat demikian.
“Ini kerana wanita itu (Kartika) akan menjadi pesalah pertama yang akan dirotan (di bawah undang-undang Syariah). Sementara empat lelaki yang pernah dikenakan hukuman yang sama telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Syariah terhadap hukuman ke atas mereka,” katanya.
Ketika ditanya mengenai merit menjatuhkan hukuman rotan ke atas Kartika, Hishammuddin berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Jabatan Penjara supaya 'tidak terlibat' dalam isu tersebut.
"Itu bukan skop mereka.Ia merupakan satu proses penghakiman yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah. Jika keputusan mahkamah ialah hukuman rotan adalah menjadi tugas mereka (Jabatan Penjara) untuk melaksanakannya secara adil.”
Sementara itu, bapa Kartika, Shukarno Mutalib, ketika dihubungi, berkata keluarga mereka sangat gembira apabila mendengar berita yang Jabatan Penjara akan menjalankan hukuman merotan itu.
"Syukur,alhamdulillah. Kartika mahu semuanya selesai dengan segera," katanya. -Mstar
Yang ni bila nak kena sebat?
Isu Arak; Sultan Selangor Restui Tindakan Hassan Ali
Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.
Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.
Dr Hassan yang ditemui Tvselangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.
Beliau berkata, penjelasan tersebut meliputi larangan penjualan arak kepada masyarakat Islam dan penguatkuasaan yang harus dilakukan oleh pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.
“Soal arak tentang penguatkuasaan itu di mana pegawai masjid, ini ditimbulkan dan untuk saya melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan.
“Alhamdulilah baginda sangat faham apa yang berlaku dan sebab itu saya rasa hal ini bukan menjadi persoalan dan tidak menjadi masalah, cuma kita perlu mengupgrade dan meningkatkan mutu darjah pembangunan agama negeri Selangor,” katanya.
Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.
“Apa yang dilaporkan oleh akhbar bukan itu kedudukannya, saya yang meminta ehsan tuanku untuk mengadap baginda, dan baginda menetapkan semalam sebagai tarikh untuk saya mengadap, sebagai exco kerajaan negeri Selangor berbagai-bagai perkara yang di laporkan sebagai rutin melaporkan kepada sultan tentang kemajuan dan masalah dihadapi untuk melonjakan Islam di negeri Selangor ini,” katanya.
Dr Hassan ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid Al-Munawarah, Shah Alam, petang tadi.
Katanya, banyak perkara tentang perkembangan agama Islam dimaklumkan kepada Baginda, meliputi pendidikan, dakwah, masjid, surau, zakat dan pentadbiran mahkamah syariah di Selangor.
Beliau turut melaporkan tentang lawatannya ke Timur Tengah untuk bertemu pelajar bagi meningkatkan kemajuan pelajar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sana.
“Kami melawat Syria, Mesir dan Jordan bertemu para pelajar, ini juga perlu diberitahu kepada tuanku, tentang keperluan-keperluan kepada pelajar, langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kemajuan kepada pelajar, dari segi akedemik, kehidupan, sahsiah peribadi dan sebagainya kerana sebahagian besar dari pelajar tersebut menerima bantuan terus daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.
Anwar Palu Gendang Perang Utk Bgn Pinang
Di hadapan ribuan yang hadir di Dewan Tow Boo Keong, Ipoh, malam semalam, Anwar menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat untuk menggiatkan kempen memenangi kawasan Umno ini.
"Ada orang kata ketuanan Melayu, saya hendak tanya Melayu mana tuan? Melayu pemimpin Umno, Melayu kaya, Melayu sombong bukan Melayu kampung, bukan Melayu miskin, bukan Melayu yang merana," katanya.
Pakatan Rakyat memenangi semua pertarungan di Semenanjung dan tewas satu di Batang Ai, Sarawak. Hanya PRK Penanti yang menyaksikan Umno-BN tidak bertanding, gagasan kerajaan alternatif ini merangkul 7-1 kemenangan berbanding BN, yang terbaru PRK Permatang Pasir pada Ogos lalu.
Kerusi Dun Bagan Pinang diisytihar kosong dengan kematian Adun Azman Mohd Noor Jumaat lalu. Dalam PRU12, Azman meraih 6430 undi menewaskan pesaing Pas, Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi.
Meskipun Umno dikatakan kuat di Bagan Pinang, namun pemimpin reformasi itu berkata beliau amat yakin Pakatan Rakyat mampu merampas kemenangan dari pemerintah. Anwar menambah rakyat perlu membuktikan bahawa perubahan juga dituntut di kawasan-kawasan Umno.
Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa saingan yang akan dihadapi Pakatan Rakyat sukar. Selain dari 5,000 undi pos yang menanti Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Suruhanjaya Pilihan Raya juga dibidas kerana gagal memastikan pilihan raya diadakan secara telus dan adil, halangan yang membantutkan arus perubahan.
Anwar juga mengajak Pakatan Rakyat menilai prestasi masing-masing. Beliau berkata gagasan alternatif itu perlu mengeratkan kerjasama dan menunjukkan kerja yang konsisten dengan prinsip Malaysia baru.
Kematangan, ikhtisas dan ketanggungjawaban harus ditunjukkan dan dibuktikan supaya pengundi yakin dengan pilihan mereka.
Anwar mendapat tepukan gemuruh apabila beliau sekali-lagi mengulangi pendiriannya bahawa kedudukan Melayu dan Islam akan dimartabat, sementara hak bukan-Melayu dan bukan-Islam di negara ini dipertahan.
"Kita sudah matang untuk membuat keputusan, ini Malaysia terdapat pemimpin Cina dan India. Saya seorang Melayu dan bangga menjadi Melayu, saya seorang Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak datang ke di sini untuk menyenangi kaum Cina bahawa saya bukan Melayu.
"Tidak menjadi masalah orang Melayu jadi Melayu atau orang Islam terus komited dengan pegangannya. Tetapi ini adalah negeri Melayu yang mempunyai jiwa kaum Cian, India, Iban dan Kadazan, ini negara kita. Kita boleh dengar suara yang menyatakan 1Malaysia, siapa kata 1 Malaysia? 1Malaysia untuk orang atas dan 1Malaysia untuk orang bawah," katanya.
Beliau menyeru semua untuk menolak politik provokasi yang telah menenggelamkan ruang dialog dan toleransi. Ramuan untuk keharmonian adalah keadilan dan kebijaksanaan dalam mencari penyelesaian apa-apa isu sensitif yang berbangkit.
Lebih 600 ahli dikatakan menyertai Parti Keadilan Rakyat malam itu. Bekas Ahli Parlimen Lumut Yap Yit Thong menyerahkan borang keahlian baru ke tangan Anwar Ibrahim, selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat turut diadakan disambut dengan tepukan gemuruh dari para hadirin.
6 Sep 2009
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....
BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
►
2011
(11)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
▼
2009
(1436)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
-
▼
09/06 - 09/13
(22)
- Rodziah Buat Laporan Polis Terhadap Ugutan Seksual
- Iftar Pemuda Besut Bersama Naib Presiden PAS
- Kemunculan KDSB Membongkar Keburukan BN |PKFZ
- PKR Setuju Pas Tanding Bagan Pinang
- Akuan bersumpah Ong Tee Keat menerima RM10 juta | ...
- Tak perlu berunding dengan Umno - TG Nik Aziz
- AtasSelanjutnya
- Lailatul Qadar ..... Berusahalah Memperolehinya......
- Berita Tergempar di Perak | Nizar
- Pemuda Besut: Takziah Kepada Timbalan Pesuruhjaya ...
- Mereka juga ingin bergembira di Hari Raya.... - Me...
- Mustafa Ali menang saman Kerajaan & Polis
- Kenapa Kerajaan Takut Tubuh Suruhanjaya Siasat PKFZ?
- Tapak baru kuil di Seksyen 23
- UMNO dalang kekecohan | pkfz
- poster tok guru haji hadi, tok guru nik aziz dihin...
- Kemana Hilangnya Muka-Muka GENG LEMBU Semasa RUMAH...
- Jabatan Penjara Diberi Lampu Hijau Sebat Kartika
- Isu Kepala Lembu: SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR...
- Isu Arak; Sultan Selangor Restui Tindakan Hassan Ali
- Anwar Palu Gendang Perang Utk Bgn Pinang
- Sidang DUN Perak 2 September Sah– Aziz Bari
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (34)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.