Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Sep 2009

Jabatan Penjara Diberi Lampu Hijau Sebat Kartika

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memberi kebenaran kepada Jabatan Penjara untuk menjalankan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Hishammuddin berkata, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar bersama seorang pegawai wanita telah datang ke pejabatnya minggu lepas untuk menunjukkan demonstrasi hukuman sebat tersebut kepadanya.

"Dia (pegawai wanita yang melakukan demo) menyebat belakang sebuah kerusi dengan rotan.

"Memang ada sedikit tekanan pada hayunan rotan tapi ia bukannya meninggalkan kesan kesakitan, tidak seperti hukuman rotan yang pernah dijalankan di sekolah-sekolah satu ketika dahulu.

"Saya sangat berpuas hati dan hukuman sebat itu boleh dijalankan oleh Jabatan Penjara jika mahkamah memutuskan untuk meneruskan dan menguatkuasakan hukuman tersebut," katanya dalam temubual bersama akhbar The Star.

Baru-baru ini Hishammuddin berkata, kementeriannya perlu mengkaji prosedur yang betul sebelum melaksanakan hukuman merotan terhadap wanita menurut undang-undang Syariah.

Tambahnya, beliau tidak akan membenarkan jabatan tersebut untuk melaksanakan hukuman merotan tersebut jika mereka tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam melaksanakannya.

Kartika, 32, didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating.

Hukuman sebat ke atas Kartika sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang tetapi ditangguhkan setelah mendapat campurtangan daripada pelbagai pihak yang memberikan pelbagai alasan antaranya kerana sekarang adalah bulan Ramadan dan kemudiannya Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan pelaksanaan hukuman tersebut tidak dapat dijalankan lagi kerana pihak berkuasa penjara tidak pernah melaksanakan hukuman sebat ke atas wanita sebelum ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, walaupun beliau berpuas hati dengan kemampuan Jabatan Penjara untuk melaksanakan hukuman merotan itu, namun hakikatnya mereka tidak mempunyai pengalaman berbuat demikian.

“Ini kerana wanita itu (Kartika) akan menjadi pesalah pertama yang akan dirotan (di bawah undang-undang Syariah). Sementara empat lelaki yang pernah dikenakan hukuman yang sama telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Syariah terhadap hukuman ke atas mereka,” katanya.

Ketika ditanya mengenai merit menjatuhkan hukuman rotan ke atas Kartika, Hishammuddin berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Jabatan Penjara supaya 'tidak terlibat' dalam isu tersebut.

"Itu bukan skop mereka.Ia merupakan satu proses penghakiman yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah. Jika keputusan mahkamah ialah hukuman rotan adalah menjadi tugas mereka (Jabatan Penjara) untuk melaksanakannya secara adil.”

Sementara itu, bapa Kartika, Shukarno Mutalib, ketika dihubungi, berkata keluarga mereka sangat gembira apabila mendengar berita yang Jabatan Penjara akan menjalankan hukuman merotan itu.

"Syukur,alhamdulillah. Kartika mahu semuanya selesai dengan segera," katanya. -Mstar



Yang ni bila nak kena sebat?








Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.