Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

27 Feb 2010

Gambar : Chile gempa bumi


Sekurang-kurangnya 64 disahkan maut apabila satu gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter menggegar tengah selatan Chile, hari ini.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang ini waktu Malaysia), 90 kilometer dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer.
Chile Earthquake: An overturned vehicle in the concrete of a highway that collapsed
Chile Earthquake: Vehicles on a highway that collapsed during the earthquake near Santiago

Chileans take to the streets in Santiago after the earthquake
People try to rest on the streets at Santiago, Chile
Debris in Santiago after an earthquake hit Chile
Chile Earthquake: People gather on a street of downtown Santiago after an earthquake
Chile Earthquake: A car is seen under a pile of rubble in Valparaiso
Chile Earthquake: A man looks at the debris outside his house in Valparaiso
Chile Earthquake: The walls and aisles of a pharmacy in Vina del Mar are seen destroyed
AFP melaporkan sebentar tadi Pusat Amaran Tsunami Pasific Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami melanda Chile dan Peru berikutan gempa kuat tersebut.

Pusat gegaran berikutan kejadian gempa jam 3.34 pagi waktu tempatan (2.34 petang waktu Malaysia) itu terletak di 91 kilometer (km) di utara bandar Concepcion di Chile dan 110km dari barat daya Talca, juga di Chile, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga mengeluarkan amaran bahaya tsunami kepada Ecuador.

Difahamkan, setakat ini kemungkinan tsunami sudah berlaku belum dapat disahkan lagi tetapi mengikut ukuran gempa, ia berpotensi untuk membawa tsunami.

Sementara itu Pulau Okinawa awal hari ini digegarkan gempa kuat awal selepas kali terakhir 15 tahun lalu dengan menyebabkan tsunami kecil.

Gempa berukuran 7.0 magnitud berlaku di kedalaman 22 kilometer (km) dengan pusat gegaran terletak di 81km di barat daya ibu negeri Naha, lapor Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Agensi Meteorologi Jepun kemudian mengeluarkan amaran tsunami di pesisiran Okinawa, tetapi menariknya semula.

Agensi juga turut mengeluarkan amaran berasingan mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh di Okinawa, apabila hujan diramal berlaku di pulau itu lewat hari ini.

Bagaimanapun, laporan terbaru menyebut berlaku peningkatan ombak setinggi 10 sentimeter (4 inci) di sebelah selatan Okinawa yang membawa tsunami kecil.

Ia adalah gegaran kuat berlaku di Okinawa sejak 1996 selepas Agensi Meteorologi Jepun meletakkan alat mengesan gegaran gempa di pulau yang turut menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat itu.

Setakat ini, dua orang berusia 66 dan 74 dilaporkan cedera akibat gempa itu tetapi mereka tidak mengalami kecederaan serius.

Paip air dilaporkan rosak teruk di 20 tempat dengan pokok dilaporkan tumbang terutama di bahagian tengah Okinawa.

"Gempa bumi ini amat menakutkan dan mengejutkan kami daripada tidur," kata Yasushi Ohama, seorang pegawai kerajaan Jepun di pulau itu.

"Bagimanapun penduduk tidak panik dan perniagaan berjalan seperti biasa di sini," katanya.

Di Tokyo, Perdana Menteri, Yukio Hatoyama berkata kerajaan akan menubuhkan pusat perhubungan di pejabat Perdana Menteri untuk mengumpulkan maklumat mengenai kejadian gempa itu.

Selain membunuh suspek berdepan kes bersekududukan


Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.


"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.

Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.

Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.

“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini. – Bernama

Pemuda Besut @ BBQ Pemuda UPU Alor Lintah

Malam tadi Pemuda DUN Jertih bersama Pemuda UPU Alor Lintah telah berjaya mengumpul tenaga pemuda dalam program BBQ & tayangan LCD yang berlangsung di Masjid Pak De Malik. Program ini berjaya mengumpul pemuda dari cawangan Alor Lintah, Hong Badang, Pak De Malik & Lapan Kotak. Selain itu penduduk sekitar bersama-sama dalam program itu.

Penduduk & pemuda tempatan sedang khusyuk menonton LCD ceramah

Sedap...
Pemuda sedang bakar ikan...

Tambah...tambah...
Tak cukup tangan bagi bakar ikan ni...

Terima kasih..
Muslimat tempatan turut membantu membersih ikan

Thailand Rampas Harta Thaksin Bernilai RM 4.7 Bilion

BANGKOK, 26 Feb — Mahkamah Agung Thailand malam ini membuat keputusan untuk merampas 46.3 bilion baht (RM4.7 bilion) daripada sejumlah 76.6 bilion baht (RM7.8 bilion) aset yang dibekukan milik perdana menteri yang disingkirkan Thaksin Shinawatra dan keluarganya.
Jumlah harta yang dirampas itu bersamaan dengan 60 peratus nilai kekayaan dimiliki mereka termasuk kadar faedah yang ditimbangkan.
Panel sembilan hakim memutuskan untuk merampas harta keluarga Thaksin dan saudara-maranya, yang diperoleh hasil jualan Ship Corp kepada Temasek Holdings, syarikat pelaburan milik Singapura pada 2006.
Para pemerhati melihat keputusan itu dijangka membangkitkan balik kemarahan para penyokong Thaksin, yang kini berada dalam buangan kendiri, dan mencetuskan semula kebangkitan gelombang politik baru di Thailand.
Menurut para hakim, mereka menentukan kadar harta dirampas itu yang bersamaan dengan perbezaan dalam nilai saham-saham Shin Corp daripada tarikh sebelum Thaksin menjadi perdana menteri dan nilai apabila ia dijual kepada Temasek Holdings empat tahun lalu.

“Jumlah wang yang dirampas ini dianggap sebagai kekayaan tambahan diperoleh beliau ekoran penyalahgunaan kuasa,” kata hakim-hakim berkenaan dalam kenyataan dikeluarkan.
Mahkamah mendapati Thaksin telah memanfaatkan syarikat-syarikat dikawal Shin Corp dengan mengubah pembayaran royalti Advanced Info kepada operator telekomunikasi milik kerajaan dan meluluskan pinjaman kerajaan kepada Myanmar, sebahagiannya digunakan untuk membeli kelengkapan daripada Thaicom.
Mahkamah juga mendapati Thaksin merupakan pemilik sebenar Shin Corp meskipun ketika memegang jawatan perdana menteri, yang sekali gus melanggar undang-undang.
Thaksin digulingkan pada September 2006 ketika berada di New York.
Thaksin juga didapati bersalah menyalahgunakan kuasa sebagai ketua kerajaan dalam memberikan keistimewaan kepada unit-unit Shin Corp.
Thaksin mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan berhubung keputusan hari ini jika beliau menemui bukti baru kesnya.
“Beliau akan menggunakan kesemua ospyen dengan terbuka,” kata Noppadon Pattama, bekas menteri luar dan salah seorang anggota pasukan peguam Thaksin sebelum penghakiman diumumkan.
“Ia satu kompromi penyelesaian, kemungkinan penyelesaian terbaik kepada semua,” kata ketua pegawai eksekutif Asia Plus Securities Pcl di Bangkok, Kongkiat Opaswongkarn dipetik Bloomberg.
“Perpecahan dalam masyarakat tidak boleh diselesaikan dalam sehari tetapi sekurang-kurangnya rakyat boleh bernafas untuk buat sementara waktu,” katanya.TMI


Begitulah keadaannya di Thailand,mungkin selepas ini Pemimpin Politik mereka tidak akan berani lagi melakukan rasuah atau membaham harta negara secara membuta tuli.Kat Malaysia entahlah !!! bukan nak rampas harta si perasuah bahkan siasatan SPRM pun hilang entah kemana.Duit PPRT berpuluh juta hilang,rumah pemimpin bernilai puluhan bahkan ratusan juta yang kalau di fikir tak munasabah langsung dengan gaji mereka.Mana hasil siasatannya? tak de beb bahkan duit pakai timbang kilo lagi fuhh.Adalah sorang dua yang cuba di siasat dan di kaitkan dengan rasuah pastu senyap je tak pun bila bicara bebasss.Oh Malaysia tanahairku...

26 Feb 2010

Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul



PULAU PINANG, 26 Feb -- Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas (kiri) menyentuh bebola kaca sebagai simbolik pelancaran e-Munakahat semasa Majlis Perhimpunan Ummah & Perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Lim Guan Eng (dua dari kiri).


Sebahagian peserta yang menyertai Perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Sumber : Bernama

Pemudabesut @ gotong royong di UPU Alor Lintah

Sempena program Al-Falah di UPU Alor Lintah hari ini, pemudabesut bersama penduduk Gong Badang gotong-royong membersih kubur Gong Badang.

Bersih kubur....

Ketua Pemuda DUN Jertih bersama Jentera pembersih....

Potong...Potong....
Kerja-kerja membuang pohon / semak


Bekas PM Kanada pula gesa kes liwat Anwar digugur

Anwar Ibrahim and Paul Martin in 1995: a clear expression of international concern AP

Paul Martin: Speak out for Anwar Ibrahim's sake

KUALA LUMPUR — Selepas anggota perundangan dari Australia dan Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan mereka berhubung perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendirian yang sama diambil oleh bekas perdana menteri Kanada Paul Martin.

Martin, menerusi tulisannya dalam “Globe and Mail” Kanada semalam, menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan kes liwat membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

“Jika negara ini (Malaysia) mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang bermotifkan politik terhadap Anwar digugurkan dan beliau bebas untuk meneruskan visinya melahirkan Malaysia sebuah negara demokratik, yang menghormati hak asasi dan undang-undang antarabangsa,” kata Martin sambil berkata, beliau mengenali Anwar ketika kedua-dua mereka memegang jawatan menteri kewangan.

Martin merupakan perdana menteri Kanada dari 2003 hingga 2008 selain menjadi ahli Parlimen selama 20 tahun dan menteri kewangan dari 1993 hingga 2002.

Dalam tulisannya Martin berkata, kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengikuti perbicaraan Anwar adalah tanda keprihatinan masyarakat asing tentang kes dikenakan ke atas beliau, yang kedua sejak 1998.

“Ini adalah isu yang dunia mesti (bangun untuk) bercakap,” kata beliau dalam tulisannya dengan tajuk “Speak Out for Anwar Ibrahim’s Sake”.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Anwar.

“Saya meminta kerajaan Malaysia dan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan satu prosiding perundangan adil dan saksama dalam perbicaraan yang sedang berlangsung terhadap bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim,” kata Kerry dalam kenyataan dikeluarkan di Washington awal minggu lalu.

Pendirian itu merupakan gesaan kedua selepas satu petisyen dikemukakan oleh lebih 50 ahli Parlimen Australia agar kes Anwar digugurkan.

Bagaimanapun tindakan itu mendapat bantahan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta parti-parti politik. - themalaysianinsider

Koleksi Ceramah Maulidur Rasul oleh Ust Akhil Hayy




Video & Gambar : Pulau Burung Ciptaan MB Terengganu Berharga RM6 juta






Zaman Dato Idris pembangunan Pulau Wan Man RM249.7 juta, zaman Dato Ahmad Said, pembangunan Tasek Kenyir RM289 juta, sama saja,
dua-duanya projek yang tidak memberi manfaat yang banyak kepada rakyat,kata Dr Alias Razak, ADUN Bukit Tunggal

Lagi Artikel Baca Di SINI

Perutusan sempena Maulidur Rasul SAW oleh Presiden PAS.

Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat – Presiden PAS

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS

25 Feb 2010

Tekanan Warden Penjara Punca Raja Azman Telan Pisau


Tekanan akibat diletakkan dalam sel berasingan antara faktor utama yang menjurus kepada tindakan Raja Azman Raja Petra menelan dua bilah pisau cukur serta mencalar tangan kirinya semasa dalam Penjara Sungai Buloh 8 Februari lalu.

Kesimpulan ini dibuat setelah Pesuruhjaya Suruhajaya Hak Asasi Manusia, Datuk N. Siva Subramaniam melakukan siasatan dipenjara tersebut pagi tadi.

Datuk Siva berkata ketegangan yang berlaku antara Raja Azman dan warden penjara mendorong anak editor portal berita Malaysia Today itu bertindak mengancam nyawa beliau sendiri.

Langkah warden mengasingkan beliau dari banduan lain menambahkan tekanan emosi ke atas Raja Azman, 32 tahun.

"Tiada orang lain mencederakan beliau cumanya tekanan diterima warden penjara mengasingkan beliau menyebabkan beliau menelan pisau cukur itu untuk menunjukkan beliau tidak berpuas hati tindakan warden.

"Raja Azman menyatakan beliau sendiri mengambil keputusan menelan pisau cukur itu kerana tertekan tindakan yang dilakukan warden penjara yang tidak berlaku adil padanya," jelas Datuk Siva pada sidang media di Penjara Sungai Buloh selepas membua lawatan bagi melihat keadaan Raja Azman.

Hasil siasatan Suhakam dan pihak penjara Sungai Buloh berhubung kes isolasi Raja Azman mendapati beliau melanggar peraturan penjara menyebabkan berlaku perbalahan dengan warden.

"Warden terpaksa mengasingkan beliau kerana melanggar peraturan dan apabila ditanya pada Raja Azman beliau mengakui perkara itu tetapi tekanan pengasingan tersebut membuatkan emosi beliau terganggu.

"Raja Azman calarkan tangan kiri beliau sebelum menelan dua belah pisau itu menyebabkan beliau rebah dan terus dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

"Suhakam melihat tidak ada unsur jahat pihak lain melakukan kecederaan pada Raja Azman," ujar beliau.

Datuk Siva berkata keadaan kesihatan Raja Azman adalah baik dan telah pulih sepenuhnya tetapi masih menerima rawatan susulan daripada dua orang doktor.

"Kedua-dua pisau cukur keluar sendiri tanpa sebarang kecederaan dalaman kepada Raja Azman dan pihak Penjara Sungai Buloh menyatakan layanan adil diberikan kepada Raja Azman bersama banduan lain," katanya. -SK

Saifuddin: Kerajaan Tipu Rakyat Kelantan, Putarbelit Akta Petroleum 1974


Kerajaan Persekutuan Umno-BN harus berhenti memutarbelitkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 semata-mata untuk menafikan rakyat Kelantan hak royalti minyak, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Sebaliknya, parti pemerintah sepatutnya bertindak atas usul Pakatan Rakyat di Parlimen yang menuntut kesamaran terma "luar pesisir pantai" di bawah akta itu di atasi dan hak negeri-negeri mendapatkan royalti diperakui dengan jelas.

Saifudin berkata, Umno-BN sengaja menggunakan definisi samar “luar pesisir pantai” untuk menafikan royalti minyak kepada mana-mana negeri yang jatuh ke tangan pembangkang, seperti Terengganu pada tahun 1999 dan Kelantan, sejak 1990.

Beliau berkata, tindakan Umno-BN menggunakan duit rakyat untuk menyiarkan iklan-iklan di media arus perdana bagi menyokong dakwaannya bahawa Kelantan hanya layak mendapatkan wang ehsan adalah tidak bermoral.

"BN menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma "luar pesisir" pantai yang kabur dalam APP. Maksud APP adalah jelas terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak dalam lingkungan 3-batu nautika," tegas Saifuddin.

"APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud; ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu - maknanya semua telaga minyak berada jauh dari pantai," jelas beliau.

Saifuddin menjelaskan usul yang dibawa oleh Pakatan ke Dewan Rakyat pada Disember 2009 berupaya memastikan APP dikemaskini selari dengan keadaan semasa.

"Semasa APP 1974 di rangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai seperti carigali Tapis di Terengganu dan Temungo di Sabah," kata Saifuddin menjelaskan rujukan akta tersebut.

"Telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah "luar pesisir pantai" di dalam APP," tegas Saifuddin.

Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam

Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.



Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh hujung minggu lalu.

Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam)http://bumiperak.blogspot.com/

Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah.
YB Dato' Seri Ir Nizar menjamu selera bersama wakil rakyat bukan Islam selepas ceramah disampaikan di Surau Taman Rapat Koperasi, Ipoh "

Mesir perketat benteng Gaza.

Mesir terus memberi tekanan dengan membina benteng bawah tanah yang menghubungkannya dengan Semenanjung Gaza, di wilayah Palestin. Usaha itu adalah untuk menutup lebih daripada 1,000 terowong penyeludupan yang merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan Gaza kepada dunia luar. Mesir dan Israel memperhebat pengepungan ke atas Gaza sejak Hamas menang besar dalam pilihanraya Palestin 2006.

Terowong-terowong tersebut membolehkan Hamas mengelakkan impak terburuk akibat pengepungan itu. Sekiranya Mesir berjaya membina semua bentengnya, ia bermakna talian hayat Gaza ke dunia luar akan tertutup sepenuhnya dan dikhuatiri memberi ancaman kepada sedikit ketenangan yang dialami sejak berakhirnya Perang Gaza pada Januari 2009. Peperangan tersebut berlaku selepas Hamas dan Israel berbalas tembakan selama 6 bulan disebabkan Israel meneruskan agenda pengepungannya ke atas penduduk Gaza. Hamas tidak mempunyai pilihan lain selain daripada meneruskan penentangan.

Pertumbuhan aktiviti di dalam terowong itu selepas perang walaupun menyebabkan Hamas perlu mengangkat senjata, tetapi telah membolehkan kedua-dua pihak mengelakkan membuat perjanjian yang sukar tanpa perlu mengalami krisis kemanusiaan atau keganasan yang lebih teruk. Tahun lepas merupakan antara tahun yang paling kurang berlakunya keganasan di sepanjang sempadan itu.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

24 Feb 2010

Video & Gambar : Demo Orang Asli Di Gombak



Polis Guna Akta hasutan Untuk Kekang Kebenaran Mengenai Kes Anwar : Pemimpin PR

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran polis kerana memberi penjelasaan terhadap isu pertuduhan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di soal siasat polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang 7 Februari lalu.

Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh seorang anggota Polis.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

” Satu skrip telah disediakan kepada kami pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat bahawa apa jua yang menyentuh tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dituduh di bawah Akta Hasutan seperti mana yang berlaku kepada YB Manoharan” kata Salahuddin kepada para pemberita kepada pemberita di parlimen hari ini. TVS

23 Feb 2010

Tokoh Pemikir Dunia,DS Anwar Tersenarai Di Tangga Ke-32


Sebuah Website antarabangsa Foreign Policy yang menyenaraikan tokoh-tokoh pemikir dari seluruh dunia telah menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangga ke 32 daripada 100 Global Thinkers yang diiktiraf oleh website berkenaan. Beliau yang juga ketua pembangkang dan penasihat umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia diikraf sebagai 'pemikir global' yang memperjuangkan demokrasi negara-negara Islam "for challenging the Muslim world to embrace democracy". Berikut screenshot dari website berkenaan (sila klik untuk membesarkan gambar)




www.foreignpolicy.com

Pakatan akan sedia lebih platform untuk suarakan pandangan



Pakatan Rakyat akan menyediakan lebih banyak platform untuk membolehkan para pimpinan dan wakil rakyatnya menyuarakan pandangan mereka jika tidak berpuashati dengan sesuatu perkara.

Ia akan dibuat melalui Sekretariat Pakatan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat akan menubuhkan segera "Penal Disiplin" untuk mengkaji sebarang perlanggaran disiplin di kalangan para ahli dan pemimpinnya.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat PKR dekat sini hari ini.

22 Feb 2010

Blogger dedah perbualan Saiful dengan blogger Umno

Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta supaya menyiasat satu blog yang mendakwa mempunyai bukti penipuan orang yang menuduh Datuk Seri Anwar meliwatnya iaitu Saiful Bukhari Azlan.

Blog itu, milosuam.blogspot.com memaparkan perbualan antara seorang blogger, Papagomo dengan Saiful Bukhari melalui facebook.

Berikut adalah rakaman perbualan melalui facebook yang disiarkan oleh blog Milosuam itu.


Harakahdaily

Isteri ADUN Pelabuhan Klang Tuntut Cerai Fasakh



KLANG: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 21 April ini bagi sebutan semula kes tuntutan cerai fasakh isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.
Hakim Syarie, Abdul Hakim Soleh membuat keputusan berkenaan selepas memerintahkan defendan memfailkan pembelaan berikutan tidak bersetuju dengan beberapa terma-terma dalam tuntutan plaintif, Ramizah Mazlan, 39.
Pada prosiding sebelum itu, Abdul Hakim bertanya kepada Badrul tarikh beliau menerima saman tuntutan cerai fasakh daripada isterinya.
"Saya menerimanya pada 12 Februari 2010, 8:30 malam," katanya yang tidak diwakili peguam.
Badrul hadir bersama ibunya juga memberitahu mahkamah bahawa dia telah membaca dan memahami isi kandungan saman tersebut.

Bagaimanapun beliau memaklumkan tidak bersetuju dengan beberapa terma tuntutan fasakh berkenaan.
Ramizah hadir dengan berbaju kurung flora, bertudung kuning, seluar merah hadir di mahkamah bersama anak lelaki bongsunya serta peguam bela, Norrasyada Osman.
Di luar mahkamah peguam syarie Norrasyada berkata, anak guamnya memfailkan tuntutan pada 4 Februari lalu di mahkamah yang sama.
Menurutnya, defendan hanya menyetujui lima terma daripada 24 terma yang disenaraikan dalam tuntutan cerai fasakh isterinya.
“Walaupun satu terma tidak setuju, defendan kena failkan pembelaan.
"Saya mohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan kandungan tuntutan kerana menghormati permintaan anak guam saya,” jelasnya.
Bagaimanapun katanya, secara umumnya, ia melibatkan isu tuntuan nafkah di bawah Seksyen 53, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu mengenai pembubaran perkahwinan secara fasakh.
Pasangan tersebut bernikah pada 31 Julai 1993 di Klang. Mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Pada 20 Oktober tahun lalu, Badrul Hisham Abdullah semalam mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta.
Beliau menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).Mstar

Mustapa Adalah Pengkhianat Kepada Rakyat Kelantan



Beliau sanggup terima wang ihsan sebagai ganti wang royalti minyak Kelantan. Royalti minyak adalah hak rakyat Kelantan. Apa yang diperjuang beliau untuk mendaptkan semula wang royalti minyak Kelantan? Malah, beliau sanggup menentang orang yang menuntut hak rakyat Kelantan.

21 Feb 2010

Hina mahkamah: Isteri kedua Sultan Kelantan saman Sultanah



KOTA BARU, Feb 21 —Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Raja Perempuan Kelantan kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan beliau menziarahi baginda di hospital Singapura.
Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.
Pada akhir Disember lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan juga telah mengesahkan Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana.
Elia Suhana dilaporkan pernah cuba mengunjungi baginda beberapa kali tahun lalu tetapi gagal.
Baginda menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak pertengahan tahun 2009.
Elia Suhana, 31, telah diberikan kebenaran dua kali dalam seminggu oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Yusof Daud pada 4 Feb lalu untuk menziarahi Sultan Kelantan.
Beliau mendapat perintah lawatan pagi Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.

Bagaimanapun beliau gagal untuk menemui baginda dan oleh itu membuat permohonan interlokuturi.
Beliau mendakwa dihalang oleh Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan dua pengawal peribadinya, Mohamad Shahriman Zainal Abidin dan Zaiton Hussein Marican yang turut dinamakan sebagai responden dalam afidavitnya.
Peguam Elia Suhana Fakrul Azman Abu Hassan memberitahu wartawan anak guamnya telah dihalang oleh ketiga-tiga responden berkenaan daripada menemui Sultan Kelantan, sebaliknya dibiarkan menunggu sahaja di Hospital Mount Elizabeth.
Fakrul Azman berkata mahkamah juga mengarahkan polis membantu Elia Suhana untuk menyerahkan perintah mahkamah kepada ketiga-tiga responden.
Ketiga-tiga responden juga diarahkan oleh mahkamah supaya hadir di mahkamah pada 7 Mac ini untuk menjelaskan sebab mereka enggan memaruhi arahan yang dikeluarkan dan mengapa tindakan tidak boleh diambil ke atas mereka.
Dengan keputusan itu kata beliau, pelanggannya boleh menemui Sultan Kelantan dengan diiringi polis kerana beliau kepingan untuk menemui suaminya yang beliau tidak temui sepanjang enam bulan.TMI

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.