Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

10 Jan 2009

'Sambutan luar biasa orang Cina terhadap calon PAS ~ malaysiakini

KUALA TERENGGANU,10 Jan (Hrkh)- Sambutan masyarakat Tionghua terhadap calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu amat luar biasa kali ini.

Pendirian tersebut dinyatakan sendiri oleh Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham hasil kempennya di Kampung Tiong dan Kampung Cina, Kuala Terengganu.

"Saya terperanjat dan begitu baik sekali sambutannya. Orang Cina sekarang bukan lagi macam orang Cina dahulu. Orang Cina takutkan PAS dan orang Melayu takutkan DAP kerana fitnah, ugutan dan 'benda-benda' (perkara) yang tidak betul," ujarnya ketika ditemui di Kampung Cina, baru-baru ini.


Katanya, pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) sering kali menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP dan menakutkan orang Cina terhadap PAS.

Menurutnya, orang Cina sekarang ini sudah terbuka minda terutama setelah melihat kepada perwatakan dan peribadi Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur, Air, Kemudahan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Perak berpendapat meski pun MB Perak dari kalangan orang PAS namun beliau seorang pemimpin yang baik.

"Orang Cina sekarang sudah terbuka terutama melihat kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar, sungguh pun dia orang PAS tetapi dia (Nizar) adalah pemimpin yang begitu baik, mentadbir dengan baik dan melayan semua orang dengan baik," jelasnya kepada Harakahdaily.

Kini katanya, orang Melayu, Cina, India dan orang Asli di seluruh negara ini telah mengetahui kesemua cerita fitnah dan bohong pemimpin Umno-BN itu

9 Jan 2009

Tok Guru Nik Aziz ketuai demo bantah Israel di Kota Bharu

KOTA BHARU, 9 Jan - Ribuan umat Islam mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Ilmu Kota Bharu, Perkarangan Pejabat PAS Kelantan bagi membantah kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin khususnya Gaza.

Demonstrasi anjuran Pemuda PAS Kelantan itu diketuai sendiri oleh YAB Tok Guru Nik Aziz selepas selesai Kuliah Mingguannya di Dataran Ilmu. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk turut serta, di mana simbolik pada tunjuk perasaan tersebut adalah acara membakar bendera Israel dan juga Amerika Syarikat.

Selain daripada itu, Pemuda PAS Kelantan telah menyediakan kain rentang yang memaparkan gambar Perdana Menteri Israel dan juga Presiden Bush untuk dipijak oleh orang ramai. Kain rentang tersebut diletakkan di atas jalan raya dan orang ramai berebut-rebut untuk memijak kain rentang tersebut sebagai tanda simbolik bantahan dan kebencian mereka terhadap rejim haram Israel Laknatullah.

KT: Dua lokasi dikesan port pengundi hantu


Kuala Terengganu – Angkatan Muda Keadilan (AMK) berjaya mengesan dua lokasi yang mungkin digunakan oleh Barisan Nasional sebagai ’port’ (tempat) meletakkan pengundi hantu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Pengarah Pilihanraya AMK Fariz Musa telah menyerbu lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang pengundi-pengundi yang didaftarkan di situ.


Bercakap di lokasi tersebut semalam, Fariz Musa berkata pihaknya berjaya mengesan pengundi yang meragukan, kemungkinan besar ’pengundi hantu’ berdasarkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP).

”Kita berada di lokasi yang beralamat 78 Jalan Sultan Ismail, iaitu di pasaraya Hock Kee Seng, yang mana kami (AMK) berjaya mengesan lebih 20 pengundi wujud dalam senarai pengundi didaftarkan menggunakan alamat ini,

”Apabila kami meminta penjelasan dari pegawai pasaraya, beliau berkata tidak ada sesiapa yang tinggal dibangunan ini,” ujar Fariz.

Menurutnya SISMEP juga mengesan tiga nama dari daftar pengundi yang berdaftar pada alamat itu dikenalpasti sebagai ahli wanita UMNO yang berdaftar.

Katanya bukti itu mengukuhkan lagi dakwaan wujudnya pengundi hantu dan lokasi tersebuti adalah antara beberapa tempat yang digunakan Barisan Nasional untuk menempatkan pengundi hantu.Oleh yang demikian beliau menggesa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi yang tidak wujud itu.

”Tindakan ini kami ambil supaya pihak SPR mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi,

”Kami juga mencabar Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said (yang menafikan wujudnya pengundi hantu) supaya turun bersama AMK ke lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.” katanya.
Beliau berkata antara lokasi lain dimana wujudnya pengundi hantu adalah adalah yang beralamat di No. 22 Jalan Sultan Ismail dan dirumah nenek beliau di Jalan Tekukur Kuala Terengganu.

”No. 22 Jalan Sultan Ismail adalah premis kepada Restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut, di rumah nenek saya terdapat seorang berbangsa Cina berumur 82 tahun yang didaftarkan, ”katanya.

8 Jan 2009

Sketsa Kempen Puteri Umno PRK P 036 ~ Malaysiakini

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU

1. Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.

2. Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.

3. Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.

4. Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.

5. Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.

6. Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.

7. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.

8. Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.

9. Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.

10. Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam. Ulama yang saya maksudkan disini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.

6 Jan 2009

KT : Calon Bebas anak SUP Menteri Besar Terengganu

Calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu Azharuddin Adam, adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan anak kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Tan sri Wan Mokhtar Ahmad..


Sebelum menjadi setiausaha politik kepada wan Mokhtar, Ayah beliau, Adam Taib merupakan pengarah pelajaran negeri Terengganu.
.,
Kemudian beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Mokhtar selepas bersara wajib dari Jabatan Pelajaran Terengganu.
Adam Taib menjadi SUP MB sehingga tahun 1999 dan kemudian kerajaan Terengganu bertukar tangan kepada PAS.
.
Pada tahun 2004 selepas BN dapat menawan semula Terengganu dengan cara yang sangat jijik, Ayah kepada Azharuddin ini dilantik pula sebagai pengarah U-Best di zaman Idris Jusoh.
. .
U-Best adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang dibentuk menggantikan unit Pembangunan Insan dizaman Kerajaan PAS.U-Best dilihat bekerja untuk kepentingan Umno.
.
Azaharuddin merupakan ahli perniagaan yang dikatakan sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang ada pada hari ini kerana beliau seringkali dipinggiran sejak akhir-akhir ini.

Sekitar Penamaan Calon P.36

Tiga calon disahkan layak bertanding dan pengesahan telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil P.36 Mat Razali Kasim pada jam 11.30 pagi.

.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot.
Calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

4 Jan 2009

Apa reaksi konsert Rihanna di Malaysia - Malaysiakini

Sisipan hiburan sebuah akhbar hari ini menulis tentang berita yang menyatakan penyanyi kulit hitam Amerika Syarikat yang sedang popular, Rihanna akan mengadakan konsert di Malaysia Februari ini.

Rihanna y
ang mula mendapat tempat di hati peminat dengan lagu hits Umbrella, adalah lebih ’seksi & bahaya’ berbanding Avril Lavigne. Tidak lama dahulu, kecoh negara kita apabila Avril Lavigne ingin mengadakan konsert dan berduyun-duyun petisyen dihantar sebagai bantahan.

Kita tunggu apa reaksi...

Utusan Malaysia : Konsert Rihanna di Malaysia

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.