1.0 MUKADDIMAH
Para peserta ijtima’ sekelian,
Hari ini kita masih berada di penghujung bulan Syawal, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin minal ‘aiddina wal faaizin, kullu ‘aamin wa antum bikhair. Tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang sedang berjihad di Palestin, Iraq, Afghanistan, Filiphina, Selatan Thailand dan juga saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian di Padang, Sumatera Barat dan lain-lain.
Hari Raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dan bagi mereka yang berjihad. Walaupun ribut dan badai melanda bahtera perjuangan, mereka tetap dengan janji dan tidak sekali-kali menukarkannya kepada yang lain. Hal ini telah dikisahkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran;
“Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab, mereka menyatakan inilah janji Allah dan RasulNya, benarlah janji Allah dan Rasulnya. Tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah”
Dalam suasana berhari raya ini juga, kita menyertai Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, di Negeri Sembilan. Suatu pilihan raya kecil yang amat buruk, kotor dan jelek dalam sejarah tanah air. Walaupun BN berbangga dengan kemenangan besar mereka, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa sistem demokrasi di dalam negara ini penuh dengan ugutan, permusuhan, rasuah, kebiadaban dan penipuan oleh UMNO/ BN.
Namun, kita tetap bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang termahal, nikmat yang diberikan hanya kepada orang-orang yang dikasihiNya iaitu nikmat Iman dan Islam. Bahkan bertambah-tambah syukur kita, apabila dipilih oleh Allah menjadi pekerja dan pejuang Islam berhimpun pada hari ini membincangkan tajuk,
“Berubah Untuk Kemenangan Islam”.
2.0 ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
2.1 Islam Agama Fitrah
Islam, agama seluruh para anbiya’ dan mursalin alaihimussalaa tu wassalam semenjak nabi Adam sehingga nabi kita Muhammad SAW adalah ajaran yang sempurna. Ia bukan ciptaan manusia dan juga bukan ciptaan Nabi kita Muhammad SAW sebagaimana yang diistilahkan oleh orientalis Barat sebagai Muhammadanism (agama Muhammad) tetapi ianya adalah daripada Allah Yang Maha Esa dan Maha Agung. Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika dunia berada dalam kesesatan jahiliyyah (kerosakan aqidah, akhlaq, ekonomi, politik). Penduduk Mekah yang mempunyai Baitullah (Kaabah), telah mensia-siakan ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Rome, tempat berkembangnya ajaran Kristian, telah menjadi kuasa politik yang memperalatkan Kristian untuk kepentingan segelintir manusia. Parsi, negeri yang maju dari segi aspek kebendaan tetapi penduduknya menyembah api di samping berpegang dengan falsafah Zoroaster. China, penduduknya beragama Budha, Lotze dan Confutze yang mengabdikan diri sesama makhluk. India, negeri yang dibanjiri oleh dewa-dewi yang disembah oleh penganut Hindu. Tidak kurang juga apa yang dilakukan oleh penduduk Asia Tengah dan Timur Jauh yang syirik dan terkapai-kapai dalam kegelapan.
Islam di bawah pimpinan Muhammad SAW, Nabi terakhir memimpin manusia secara fitrah. Lihatlah bagaimana hebatnya wahyu pertama yang diturunkan dalam surah Al-Alaq, ayat 1-5:
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Islam mengajak manusia mengenal penciptanya, agar mereka mengenal tujuan hidup dan tempat mereka akan kembali di penghujung hayat mereka.
2.2 Islam Merubah Wajah Dunia
Sirah menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar berlegar di dalam masjid sahaja. Ianya di sampaikan disegenap penjuru dunia. Setelah berjaya melahirkan peribadi Muslim, keluarga Muslim, masyarakat dan negara Islam di al-Madinah al-Munawwarah. Rasulullah mengembangkan Islam dengan menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin yang berada di sekeliling Madinah selepas mengadakan perjanjian Hudaibiyah. Surat-surat dihantar kepada Najasyi (Raja) Habsyah, al-Muqauqis Raja Mesir, Kisra Raja Parsi, Heraqla (Hercules) Raja Rome, pemimpin Bahrain Al-Munzir bin Sawi, pemerintah Yamamah Hauzah bin ‘Ali, pemerintah Damsyik al-Harith bin Abi Syamar dan juga Raja Oman. Kepada Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah Rasulullah SAW menulis surat dengan susunan ayat-ayat berikut :-
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Rasulullah SAW kepada Hauzah bin Ali, selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Ketahuilah bahawa sesungguhnya agamaku akan mencapai kemenangan sehingga kepenghabisan sampainya kuku unta dan kuda. Maka dengan Islamlah nescaya kamu selamat, dan aku jadikan (pertanggungjawabkan) untuk mu apa yang telah ada di bawah tangan (kekuasaan) mu.”
2.3 Sistem Ciptaan Manusia Pasti Tumbang
Manusia mencipta sistem-sistem bagi mengurus kehidupan mereka. Sistem ini menemui kegagalan kerana ianya menolak aqidah, syariat dan akhlak yang mulia. Ianya tidak mempunyai piawaian yang mutlak tetapi bersifat anjal mengikut ketentuan masyarakat. Marilah kita melihat bagaimana salah satu sistem ciptaan manusia, iaitu sistem ekonomi. Sistem ini sedang mengalami keruntuhan yang menakutkan kuasa-kuasa besar dunia. Sistem ekonomi kapitalis (perusahan bebas), sosialis (mengembalikan kuasa ekonomi dari Borjuis (kapitalis) kepada golongan Proliter (petani dan buruh), komunis (mengembalikan kuasa ekonomi kepada proliter secara demokrasi dan sederhana) tidak dapat menandingi sistem ekonomi Islam yang dikenali sebagai muamalat kerana ianya berdasarkan wahyu Ilahi bermatlamat mencari keredhaan Allah, meletakan harta hak mutlak Allah dan aktiviti perekonomian adalah ibadat.
Cerdik pandai dalam pelbagai bidang sedang menjenguk kepada kehebatan syariat Islam setelah teori-teori ciptaan barat sudah tidak dapat bertahan lagi. Islam membaiki kefasadan ini sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Saidina Umar yang sempat hidup di era jahiliyah dalam ucapannya yang terkenal :-
“ Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari selain daripada Islam untuk mendapatkan kemuliaan, nescaya kita mendapat kehinaan”
Abad ke-21 menyaksikan bagaimana kekuatan peradaban manusia dicabar oleh zaman. Kemusnahan blok Komunis dari segi geopolitik, ekonomi dan budaya menjadi bukti bahawa ideologi yang tidak bertunjang kepada Islam akan berakhir dengan kegagalan. Blok kapitalis juga tidak dapat diteladani kerana ianya tidak berteraskan nilai-nilai positif. Kehebatan Amerika dan Eropah juga makin meluntur dan tidak dapat lagi dibuat panduan.
Dalam keadaan meraba-raba ini, kita mesti memberi keyakinan kepada dunia bahawa ubat yang paling mujarab untuk membaiki penyakit jahiliyah abad 21 ini hanya kembali kepada Islam. Firman Allah:
“Allah menjadi wali kepada orang-orang beriman dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan kekufuran, syak serta ragu-ragu kepada cahaya kebenaran yang jelas dan menerangkan dengan mudah dan senang. Sedangkan orang-orang kafir yang menjadi wali atau pelindung mereka adalah syaitan yang menghiasi mereka dengan kejahilan dan kesesatan. Mereka mengeluarkan orang-orang kafir dari jalan kebenaran kepada kekufuran dan pendustaan. Mereka itulah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya”.
3.0 MENILAI PERMASALAHAN
Perkara pertama yang mesti dilakukan dalam melaksanakan agenda perubahan ialah memahami permasalahan. Terdapat faktor luaran dan faktor dalaman yang menyebabkan adanya masalah dan halangan kepada usaha PAS untuk melaksanakan perubahan. Justeru faktor-faktor ini patut dianalisa agar kita dapat merumuskan cara-cara penyelesaian yang terbaik dalam usaha melakukan perubahan untuk kemenangan Islam.
3.1 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Luaran.
Musuh-musuh Islam yang dipimpin oleh Amerika dan Yahudi bersama dengan North Atlantic Trity Organization (NATO) terus menerus menunjukkan permusuhannya ke atas umat Islam dengan melabelkan umat Islam sebagai pengganas. Mereka berusaha menyemai perasaan benci masyarakat dunia kepada Islam dengan harapan Islam - yang semakin berkembang dengan pesat termasuklah dalam negara mereka sendiri - dapat disekat dan dihancurkan.
Dasar negara kita yang sekular dengan mengasingkan antara agama dengan kehidupan dunia terutamanya mengenai penyiaran dan hiburan merupakan punca kepada kebejatan sosial dan jenayah yang makin membarah pada hari ini. UMNO pula sebagai parti yang menganut faham liberal tidak berhenti daripada melebarkan kejahilan dan salah faham terhadap Islam dalam masyarakat. Mereka sebagai golongan yang memerintah tidak berusaha memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam dan syariatnya bahkan mereka hanya memejamkan mata walaupun berlakunya kecelaruan dalam pelaksanaan undang-undang Islam yang diwartakan sendiri oleh mereka sebagaimana dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarno di Pahang.
Demokrasi yang dilaksanakan kini penuh dengan kepincangan dan ketidakadilan. Ciri-ciri demokrasi yang sebenar sudah tiada. Maklumat melalui media yang sepatutnya adil kepada semua pihak hanya menyiarkan maklumat untuk sebelah pihak sahaja. Jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah jentera tersebut bukan lagi milik kerajaan tetapi milik parti yang memerintah. Perhimpunan aman yang sepatutnya menjadi hak dan kebebasan yang dijamin dalam perlembagaan disekat dengan memperalatkan pasukan keselamatan. Bahkan boleh kita katakan, aspek pelaksaan demokrasi oleh negara-negara bukan Islam yang memusuhi Islam lebih baik berbanding dengan negara kita yang diperintah oleh orang Islam sendiri.
3.2 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Dalaman.
Kita telah menyaksikan perjalanan abad-abad silam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Semakin jauh kehidupan dengan Baginda semakin tercabarlah pula kehidupan umatnya. 14 abad telah berlalu. Gerakan dan parti Islam seperti PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan, melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa. Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya ;
Pertama : Adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi?
Kedua : Adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah?
Ketiga : Adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawannya?
Persoalan-persoalan di atas memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan sekalian merasa kekurangan di dalam perkara-perkara yang dibincangkan ini tetapi saya juga yakin bahawa tuan puan tidak merasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk berdepan dengan mereka yang menentang kita terutamanya musuh tradisi politik kita dari kalangan UMNO dan BN.
4.0 MENITI PERUBAHAN
4.1 Memahami Fikrah Perubahan
Islam sebagai addin yang sempurna menawarkan kepada seluruh manusia jaminan keselamatan di dunia dan di akhirat melalui suatu proses perubahan hidup dari jahiliyyah kepada Islam. Proses ini bermula dengan keyakinan seseorang bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya. Iaitu suatu proses perubahan yang menggarap dan menjawab persoalan besar manusia yang berakal; dari mana datangnya, kenapa berada di persada dunia ini dan ke mana akhirnya.
Sebagai agama yang syumul, Islam merupakan suatu sistem yang lengkap merangkumi hubungan hamba dengan Allah dan hubungan dengan makhluk. Ia dianuti dan dihayati sebagai sebuah cara hidup yang merangkumi pelbagai bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan, pemikiran (falsafah), dan kesenian yang berpaksikan kepada aqidah tauhid. Adalah suatu tugas yang besar untuk menjayakan perubahan menyeluruh seperti ini. Namun, Rasulullah S.A.W telah diutuskan sebagai pelengkap dan penyudah kepada sekalian para nabi dan Rasul dengan membawa bimbingan ilahi, dengan wahyu al-Quran dan pimpinannya yang dipimpin terus oleh Allah SWT telah berjaya mengubah masyarakat jahiliyyah Mekah dan Madinah serta sekitarnya meninggalkan sistem-sistem yang gasar seterusnya menggantikannya dengan sistem Islam.
Hari ini kita bercakap untuk berubah bagi kemenangan Islam. Kerana Islam mesti memimpin. Allah SWT telah memberikan panduannya yang nyata melalui ayat 11 surah al-Ra’d:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri”
Kebanyakkan ulama yang mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan mendatangkan azab dan bala bencana melainkan manusia itu sendiri yang berubah daripada keimanan dan ketaatan kepada kekufuran dan kemaksiatan.
Al Ka’bi Rahimahullah berkata: ‘Sesungguhnya kesemua ayat menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memulakan sesuatu azab dan bala’ bencana. Beliau mengemukakan beberapa ayat. Di antaranya ialah ayat di atas.
Qatadah ibnu Dua’mah, seorang tabi’in besar, salah seorang anak murid kepada Abdullah Ibnu Abbas berkata ‘Selepas membaca ayat tersebut: Sesungguhnya datangnya perubahan daripada manusia dan permudahan daripada Allah, maka janganlah kamu mengubah nikmat-nikmat Allah pada kamu’.
Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh. Akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri.
4.1.1 PAS mesti menjadi sebuah parti politik dan gerakan Islam yang disegani
Perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita. Keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan. Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam.
Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO kini semakin hampir kepada zaman kejatuhannya sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya contohnya Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana UMNO dan BN di Malaysia. Golongan yang jatuh ini akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat. Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu (government in waiting).
4.1.2 Jaminan hidup aman untuk generasi akan datang
Keruntuhan moral dan akhlak pada hari ini telah membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Inilah dia kesan buruk yang diakibatkan oleh sistem pemerintahan yang tidak mengambil kira pelaksanaan syariat serta persoalan dosa dan pahala. Sekiranya perubahan yang kita inginkan itu berlaku iaitu dengan menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah, sudah pasti kehidupan yang aman dan sejahtera akan dinikmati oleh generasi yang akan datang.
4.2 Menguruskan perubahan
Dengan menyedari hakikat kekurangan dan kelemahan kita walaupun tanpa menyenaraikannya, marilah kita berusaha menguruskan suatu perubahan ke arah mencapai cita-cita murni iaitu kemenangan Islam.
Setiap ahli mesti menggabungkan diri dan berintima’ dalam saf perjuangan. Dengan intima’ ini kita menjadi orang-orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembangan yang berlaku seperti fiman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4. Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggungjawab fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.
4.2.1 Keperluan PAS menguruskan agenda tarbiyyah dengan lebih mantap dan kesedaran sebenar ahli kepada kepentingan tarbiyyah harakiyyah dalam keimanan, keilmuan, kemasyarakatan dan kecergasan.
4.2.2 Peranan Organisasi PAS daripada atas hingga ke bawah dan peranan dewan-dewan (ulama’, Pemuda dan muslimat) serta sayap-sayap organisasi parti yang terdiri dari lajnah-lajnah semua peringkat hendaklah digaris pandukan pencapaiannya oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Latihan-latihan kepada petugas dilakukan secara terus menerus sementara kepentingan perkaderan pelapis diberikan perhatian. PAS juga memerlukan skim pembangunan sukarelawan atau pekerja sukarela dalam pelbagai bidang, agar mereka dapat membantu parti secara terus menerus atau apabila diperlukan.
4.2.3 Keperluan berdakwah ke seluruh negara dalam konteksnya yang munasabah bagi PAS. Orang Melayu sendiri perlu disedarkan dan dibimbing dengan ajaran Islam yang syumul. Mereka adalah mad’u yang terdekat dengan PAS.
4.2.4 Meningkatkan pengorbanan ahli dalam semua sudut (intelektual, harta, masa dan tenaga)
4.2.5 Membina pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej seterusnya mengembalikan mood rakyat untuk menyokong PAS melalui program-program kemasyarakatan.
4.2.6 Memperluaskan penggunaan media baru
4.2.7 Merancang penguasaan gerakan PAS dalam masyarakat dan memikirkan cara-cara yang baik bagi memungkinkan PAS memimpin masyarakat.
4.2.8 Menguruskan badan-badan dan institusi-institusi parti seperti Nisa’, Waja dan PASTI.
4.2.9 Muda-mudi adalah harapan jamaah dalam melahirkan Generasi Rabbani. Mereka hendaklah dilihat dengan penuh kasih sayang dan dibimbing dengan hikmah dan kebijaksanaan. Sesungguhnya kerajaan UMNO/BN tidak mampu lagi untuk memimpin mereka dan menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk mereka. Dasar-dasar penyiaran, kebudayaan dan sukan; filem-filem yang ditayangkan, majalah-majalah dan lebih-lebih lagi pusat-pusat hiburan menjadi alat perniagaan yang penyakitnya membarah ke dalam masyarakat. Jenayah arak, dadah, persundalan, pergaulan bebas tanpa batasan agama dan budaya hidup berpeleseran adalah wajah muda-mudi hari ini. PAS mesti bertindak segera merubah suasana menyelamatkan generasi muda agar menjadi pewaris ummah dan tanah air pada masa hadapan.
4.2.10 Kewujudan kepimpinan pemuda PAS di peringkat negeri hingga cawangan adalah bagi menjamin kesinambungan perjuangan ini dan mengembangkan pengaruh Pas kepada orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang budaya. Kepimpinan pemuda mestilah berusaha melahirkan pemuda berilmu, beriman, berketerampilan dan kuat semangat. Meramaikan naqib muda bagi mengendalikan usrah remaja terutama dari kalangan anak-anak ahli Pas perlulah diagendakan supaya kewujudan keluarga muslim terbina dengan terancang. Aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang menjadi jambatan penghubung dengan warga muda perlu diurus dengan bijaksana tanpa melangkau batasan syariah.
4.3 Natijah Perubahan
Alhamdulillah, hasil daripada polisi memasyarakatkan PAS, Membangun Bersama Islam dan PAS untuk semua, kita telah berjaya memerintah pada tahun 1999 – 2004 dan seterusnya mengembangkan pengaruh PAS dalam pilihan raya 2004 dan 2008.
Mari kita mengimbas sejenak hasil daripada perubahan yang berlaku untuk kita menilai kepentingan perjuangan kita bagi memenangkan Islam dan menjadikannya berkuasa ke atas negeri Terengganu Darul Iman.
4.3.1 Hasil daripada pemerintahan PAS / BA. Diantaranya ialah:
a) Perubahan ke arah Pelaksanaan Syariat lslam.
Kerajaan PAS / BA telah membuat perubahan ke arah pelaksanaan Syariat Islam kerana PAS yakin asas penting pegangan sesebuah pemerintahan ialah melaksanakan syariat Allah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dipinda dan tujuh enakmen telah diluluskan. Pindaan perlembagaan negeri dibuat dengan meletakkan AI-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber undang-undang dan rujukan tertinggi. Sementara enakmen yang diluluskan ialah enakmen, hisbah, enakmen pentadbiran hal-ehwal agama lslam (Terengganu) 1422H/ 2001 M), enakmen mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, enakmen kesalahan jenayah syariah(Takzir ) ( Terengganu) 2001 dan enakman tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Enakman kesalahan jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ) Terengganu 1423H/ 2003 M).
b) Perubahan dan Pembangunan dalam Pentadbiran Kerajaan
Pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa bersama duduk semeja dengan Menteri Besar dan EXCO kerajaan bagi merangka dasar dan polisi kerajaan. Hal seperti ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Begitu juga dengan dasar kewangan, amalan riba telah ditinggalkan. Pegawai dan kakitangan kerajaan diajak bersama-sama menjalankan tugas sebagai suatu ibadat untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
c) Pembangunan ekonomi, Kebajikan dan pembahagian kekayaan adalah untuk rakyat.
Dasar-dasar pembangunan ekonomi, perindustrian, pertanian, sosial, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, pembangunan belia dan lain-lain telah dirangka. Walaupun tanpa royalti, projek-projek pembangunan berasaskan kepada sumber-sumber tempatan seperti sumber perkayuan, sumber mineral, pembangunan tanah untuk pertanian bahkan pembangunan rumah mampu milik dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan PAS juga melaksanakan kebajikan kepada rakyat dengan menganugerahkan tanah, menambah bantuan kebajikan, menambah bantuan imam bilal, cukai rumah kediaman dan tol juga telah dihapuskan dan lain-lain.
d) Pembangunan pendidikan dan dakwah Islamiyyah
Kita telah berjaya mengemukakan pelan pembangunan dan program pendidikan yang komprehensif daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Kita berbangga dengan program Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) sehingga kepada kerjasama KUSZA dengan universiti luar. Begitu juga dengan program tarbiyyah, dakwah, amar ma’ruf dan nahi mungkar serta Hisbah.
4.3.2 Sebaliknya, natijah daripada kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke-11 (2004) telah mendatangkan banyak kerosakan kepada negeri dan rakyat. Kenyataan ini boleh dilihat contohnya daripada aspek-aspek berikut;
a) Pentadbiran negeri menjadi terumbang-ambing apabila kakitangan kerajaan diintip dengan CCTV dan ditekan dengan pelbagai peraturan. Di peringkat kampung, amalan pilih kasih dan mengutamakan suku-sakat menjadi amalan biasa JKKK.
b) Keadaan akhlak generasi muda dan pelajar amat membimbangkan. Ramai pelajar yang terlibat dengan penagihan dadah (pil kuda) dan salah laku seks serta gejala sosial. Kejadian jenayah meningkat dan keruntuhan budi pekerti remaja, pemuda dan pemudi menjadi-jadi. Kegiatan ’menogok’ arak dan judi, telah mula menjadi ’nadi’ kehidupan kota Kuala Terengganu dan bandar-bandar lain
c) Pengurusan Ekonomi dan pembangunan negeri dimonopoli oleh kroni. Pengangguran meningkat, kemiskinan rakyat Terengganu kembali ke tangga utama, rakyat marhaen yang dibela, dianugerah tanah oleh kerajaan PAS, dirampas dan dihina.
d) Terengganu kehilangan pusat pendidikan agama dengan penutupan KUSZA. Anak-anak pintar dari jurusan agama yang ingin melanjutkan pelajaran disekat bantuan dan biasiswa. Sedangkan anak-anak Exco mendapat bantuan biasiswa percuma.
Dengan menyedari hakikat, betapa kuasa pemerintahan memainkan peranan untuk menegakkan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar, maka usaha menguruskan perubahan dengan serius dan sistematik mestilah diambil sebagai kewajipan yang sebenar-benarnya di semua peringkat. InsyaAllah, setiap kita yang hadir di dalam perhimpunan ini mampu menjawab bagaimana melaksanakannya.
Marilah kita bercita-cita melakukan perubahan untuk kemenangan Islam agar suasana seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W kembali ke Negeri Terengganu Darul Iman:
“Demi Allah, pasti Allah akan menyempurnakan agama ini sehingga seorang yang berjalan dari Sana’ ke Hadharal Maut, tidak merasa takut melainkan kepada Allah dan hanya bimbang kepada serigala yang akan menangkap kambingnya.”
5.0 PENUTUP
Adalah menjadi tanggungjawab kita disemua peringkat meletakan diri kita berdasarkan kelebihan dan kepakaran masing-masing yang dikurniakan oleh Allah untuk sama-sama merapatkan saf perjuangan serta menjana kekuatan parti dan menempatkannya di persada dunia: bersaing dalam arena politik bagi menguasai Malaysia Negara tercinta. Sesungguhnya kita semua adalah mujahidin Ummah. Kita mesti bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni ini. Kenapa tidak?... Allah telah menjamin bahawa kemenangan ini bersama-sama kita seperti yang termaktub di dalam firmannya:
“ Adalah menjadi hak Kami membantu orang-orang yang beriman”
Justeru itu, berusahalah melaksanakan segala perintahNya pada setiap masa, berjuang untuk melaksanakan perintahNya yang belum dilaksanakan lagi dan meninggalkan segala laranganNya. Dia memerintahkan kita untuk mencari jalan bagi mencapai kemenangan Islam. Kita memilih perjuangan secara damai (pilihan raya) sebagai wasilah untuk mendapatkan kekuasaan bagi melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Kita memohon kepadaNya agar terus istiqamah berjuang menegakkan agama ini, walau apapun mehnah dan fitnah kerana jaminannya:
“Sekiranya engkau menolong Agama Allah, Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu”
InsyaAllah kita akan terus memacu kehadapan dengan penuh izzah dan taqwa kepada Allah S.W.T. dan mendapat keredhaan Allah serta syurgaNya. Samada kita mencapai kemenangan, atau kita syahid di jalannya.
Akhirnya dengan lafaz saya rasmikan ijtima Kepimpinan Negeri Terengganu kali ke 13 dan saya doakan ijtima’ ini mendapat keberkatan sepanjang perjalanannya
TV ONLINE
17 Okt 2009
Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu - Ucaputama Presiden; Berubah Untuk Kemenangan Islam
Cara Penyerahan Kertas Undi Pos
Hari keduanya pasangan ini pergi ke PUSASDA tetapi jawapannya juga sama kertas undinya tiada di sana. Akhirnya mereka menghubungi JRP (Jabatan Rekod & Pencen), MINDEF bertanyakan kertas undi mereka. Akhirnya JRP berjanji akan menyerahkan kertas undi di Port Dickson. Esoknya Unit Semboyan datang untuk menyerahkan kertas undi.
Saya dan rakan-rakan membuat intipan bagaimana serahan kertas undi ini dibuat. Akhirnya saya dapati serahan telah dibuat oleh bebarapa anggota tentera berdekatan dengan Pasar Raya pada jam 7.30 malam.
Pada hari esoknya unit yang sama juga mengambil semula kertas undi untuk dimasukan ke dalam Karung Khas SPR yang mungkin berada di Kem sebelum diserahkan kepada Pusat Penyimpanan.
Wahai Rakyat Malaysia. Saksikanlah bagaimana proses penyerahan kertas undi ini dibuat. Persoalan-persoalan yang perlu kita curiga adalah :
1. Mengapa kertas undi pengundi pos begitu sukar untuk diperolehi? Jika kedua pasangan ini tidak menghubungi JRP, apakah mungkin mereka memperolehi kertas undi ?
2. Apakah akan terjadi jika anggota tentara yang membuat penyerahan kertas undi tersebut membuat khianat menjual kertas undi ini kepada pihak tertentu? Tiada siapa yang yang boleh mengawalnya.
3. Bagaimana SPR boleh membuat pemantauan penyerahan kertas undi ?
4. Apakah rakyat Malaysia boleh yakin kertas undi sebanyak 2911 yang sepatutnya dipos tidak diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu? Apakah jaminan peristiwa Pak Abu Kasim bekas anggota tentera berpangkat sarjan memangkah undi rakan-rakannya tidak akan berulang di Bagan Pinang ?
Suhaizan Kaiat
Pengerusi J/K Khas
Undi POS
Dewan Pemuda PAS Pusat
16 Okt 2009
SIARAN LANGSUNG: Ceramah Perdana Sempena Ijtima' PAS Terengganu
Ceramah Perdana Sempena Ijtima' PAS Terengganu. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato' Haji Mustaffa Ali, Dato' Haji Harun Taib di Pekan Manir, Kuala Terengganu.
16.10.2009, 9.00 malam
SIARAN LANGSUNG:
http://www.terengganukini.net/v2/
"Umno for all" Pekembar tak tau malu tiru slogan Pas
Ha ha.. ha..PEKEMBAR yang tak tau malu itu tiru slogan Pas.Nampaknya mereka begitu terdesak menarik sokongan bukan melayu yang kini beralih menyokong Pakatan.Maklumlah MCA dan MIC pun dah hancus berkecai ha..ha..ha..Janganlah pulak kekgi keahlian Umno di buka pula pada bukan melayu,nanti kang kena tukar nama lak,nama PEKEMBAR nak letak kat mana. Kat muzium ke ha..ha..ha..Tapi sedih jugak orang melayu terutama kat Kg terutama negeri Ambo Terengganu terus sokong Parti Nyanyok ni. Cukup ke RM 300 setahun tu buat sekolah anak.Sok sok terhegeh hegeh jugak cari orang Pas nak pinjam duit,ni bukan tipu ni,kisah benar ni..he..he..tele lah duit ehse mung tu biar tubik taik biru..
P/S:PEKEMBAR adalah singkatan bagi UMNO dalam bahasa melayu,tapi mereka malu nak guna bahasa sendiri.Maklumlah pembela orang melayu katakan he..he..baso bengong...
ADUN2 PR Hadir, Ganesan pula bakal dihumban keluar?
Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.
Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.
15 Okt 2009
Dimanakah laporan siasatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh ?
Tragedi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh ada 2 Jun 2009 kira-kira pukul 9.30 pagi mengakibatkan hampir 60 % struktur bumbung bahagian hadapan kiri dan kanan stadium berkenaan sepanjang 400 meter runtuh menyebabkan besi serta serpihan bumbung jatuh ke bahagian tempat duduk dan kerugian awal yang dianggarkan sejumlah RM25 juta.
Stadium berharga RM292 juta itu baru siap kira-kira setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada 3 Julai 2009 dalam MStar , menyatakan bahawa kerajaan Terengganu akan melantik perunding dari Britain untuk mengetahui punca runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak. Malah beliau juga berkata perunding itu yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dijangka menyerahkan hasil siasatan dalam tempoh tiga bulan.
Manakala Utusan Malaysia pada 6 Jun 2009 melaporkan , bahawa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh yang ditubuhkan akan menyiapkan laporan awal siasatan selewat-lewatnya sebulan.
Namun sehingga sekarang hampir 3 bulan lebih masih tidak kedengaran hasil laporan awal sisatan terhadap stadium runtuh .
Buletinonline.com pada 15 Julai pula melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh. Pengarah (Bahagian Perisikan) SRPM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata setakat ini, lebih 90 peratus siasatan kes berkenaan, yang melibatkan elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan telah dijalankan.
Sudah hampir 3 bulan , dimanakah laporan siasatan oleh SPRM ?
Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu juga telah membuat laporan polis supaya siasatan dibuat dan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat dengan dengan pembinaan dan pengeluaran kelulusan menggunakan stadium tersebut . Sehingga kini masih tiada sebarang tindakan oleh pihak polis .
The Malaysian insider pada 23 Jun 2009 melaporkan bahawa Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menyalahkan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu sehingga terjadinya kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan. Menurut Mampat , JKR adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap projek berkenaan kerana ianya adalah projek di bawah selenggaraan JKR.
Rakyat sehingga sekarang menunggu laporan dan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab sehingga mengakibatkan runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut . Kejadian yang sangat memalukan negeri Terengganu dan negara serta mengorbankan ratusan juta wang rakyat .
AMK desak supaya laporan siasatan terhadap stadium runtuh didedahkan kepada seluruh rakyat Terengganu dan tindakan perlu diambil segera kepada mereka yang terlibat .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
14 Okt 2009
Bangkrap: Mahkamah Arah Pahang Bayar RM65 Juta
Kerajaan Pahang di ambang bangkrap apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 9 Oktober lalu mengekal keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan mereka membayar RM65 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.
Seruan Gemilang adalah antara empat syarikat yang menyaman kerajaan Pahang membabitkan nilai keseluruhan RM300 juta ketika Datuk Seri Adnan Yaacob menjadi Menteri Besar (MB), antara April dan Ogos lalu.
Syarikat lain ialah Asia Chart Sdn Bhd (RM200 juta), Spag'n Plantation Sdn Bhd (RM209 juta) dan Upayapadu Sdn Bhd (RM24 juta), selain tuntutan pelbagai pihak ketika Tan Sri Khalil Yaacob sebagai MB.
Jumlah keseluruhan saman yang ditanggung kerajaan negeri ialah kira-kira lima bilion berikutan amalan penyelewengan, rasuah dan konisme yang membudayai parti pemerintah itu.
Walaupun Mahkamah Rayuan Putrajaya melepaskan Adnan sebagai responden dan diganti Pegawai Kewangan Negeri tapi keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 supaya membayar RM65 juta, kekal.
Keputusan itu dibuat tiga panel hakim diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.
Berikutan pertukaran responden itu, Karpal Singh yang mewakili syarikat itu akan mengeluarkan suatu perakuan baru bagi menuntut pembayaran daripada Pegawai Kewangan Negeri Pahang.
Di luar mahkamah, Pengarah Seruan Gemilang, Saiyeed Ali berkata, pihaknya hanya mahu pihak terbabit membayar seperti yang diputuskan mahkamah.
"Sebelum ini, kita memohon perintah mandamus (perintah akur bayar) kepada kerajaan negeri dan tiada bantahan sehingga mahkamah mengeluarkan sijil mengikut Seksyen 33(1) APK, 1956 (Akta) pada Mac 2008," katanya.
Pada 12 Oktober lalu, Saiyeed Ali Al-Habsyee menghantar sijil perintah mandamus yang diterimanya pada 7 Mac 2008 untuk diserah kepada Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan perlu dilunaskan dalam 14 hari.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap keputusan mahkamah berkaitan pengekalan keputusan dan penukaran responden, tepat dengan mengambil kira kapasiti Adnan sebagai Menteri Besar.
"Jika Adnan tidak mampu membayar wang atau diisytihar bankrap, masalah lain timbul," katanya.
Pada 27 Ogos 2007, syarikat itu menghantar surat tuntutan kepada defendan yang menuntut bayaran bagi jumlah penghakiman sehingga sijil mengikut Seksyen 33(1) APK, 956 (Akta) dikeluarkan tapi bayaran itu tidak diterima.
Pada 25 Mei 2007 pula, Mahkamah Tinggi Kuantan mengarahkan kerajaan Pahang membayar syarikat itu RM37,127,471.60 bersama faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar milik Umno negeri di Pekan. TVA
13 Okt 2009
Berubah Kepada Sebuah Negara Yang Lebih Baik - PAS Terengganu
KUALA TERENGGANU - PAS dan Pakatan Rakyat mengajak seluruh rakyat membuat satu perubahan kearah membentuk sebuah negara Malaysia yang lebih baik.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi Salleh, berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam Majlis Rumah Terbuka Perhubungan PAS Terengganu yang diadakan di perkarangan pejabat PAS, di Taman Seri Intan, disini, hari ini (13 Oktober).
”Supaya mereka memahami matlamat dan dasar yang diperjuangkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat,
”(yang mana) perjuangan ini adalah untuk memandu negara kita kearah yang lebih baik dan menghapuskan gejala-gejala yang tidak sepatutnya berlaku,”katanya
Menurutnya, ia juga menjadi matlamat seluruh rakyat yang mempunyai rasa tanggungjawab dari pelbagai bangsa dinegara ini.
Apa yang kita sambut pada hari ini mempunyai agenda untuk memperlihatkan batang tubuh PAS dan perjuangannya yang lebih baik kepada umum.
”Inilah yang disebut dalam kitab suci al-Quran, iaitu untuk mengujudkan ’baldatun toyyibat wa rabbun ghafur’, sebuah negeri yang baik yang mendapat pertolongan daripada Allah, dan mendapat kemapunan dari Allah SWT,”ujarnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Malaysia.
Beliau berkata program sambutan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Eidul Fitri yang diadakan pada hari ini, InsyaAllah akan melahirkan suasana kesatuan dalam usaha menggerakkan perubahan, menubuhkan kerajaan baru yang akan membawa kebaikan kepada semua. BO
Kalah atau Menang – Undi Pos Tetap Mencurigakan
Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya.
Fakta 1 :
PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Peti undi ini adalah datang daripada MINDF. Rujuk Table 1. Jika dibandingkan dengan peti-peti yang lain, peti 14,15 dan 16 cukup pelik kerana PAS dapat 0. Pengundi-pengundi ini adalah mereka yang dalam proses pencen(peralihan). Kebanyakkan mereka mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel. Mereka boleh menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang tentera. Mungkin kerana itu undi mereka perlu diletakkan di MINDF. Saya penuh percaya kebanyakkan mereka tidak mengundi.
Persoalannya jika mereka tidak mengundi mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Jawapannya mudah peristiwa Pak Abu Kassim yang telah mengaku memangkah undi-undi anggota tentera semasa berkhidmat mungkin telah berlaku sekali lagi. Pengakuan ini dibuat pada 28.09.2009 dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz..
Fakta 2 :
Jika dilihat daripada 3 pilihan raya iaitu tahun 2004, 2008 dan 2009 maka pencapaian PAS dalam undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 2009 adalah yang terburuk iaitu 14.41 % dibandingkan dengan 26.28%(2008) dan 31.38%(2009). Rujuk Table 2.
Persoalannya mengapa keadaan ini terjadi sedangkan kawalan dan tekanan daripada PAS sangat kuat dibuat dalam PRK kali ini? Antara usaha-usaha PAS terhadap undi pos adalah dua kali pertemuan dengan SPR, dua kali laporan polis, dua kali bantahan, 5 kali sidang akhbar, kawalan 24 jam di tempat penyimpanan kerta undi pos dan latihan intensif kepada ejen pengundian pos.
Jawapannya adalah mudah. Manipulator mempunyai undi sebanyak 2,911 untuk di manipulasi termasuk 930 daripada MINDF. Kertas undi ini adalah kertas undi yang seharusnya di pos kepada pengundi-pengundi pos. Berkemungkinan peristiwa Pak Abu Kassim berlaku di MINDF. Semakin PAS kuat menekan SPR maka semakin terancam manipulator. Maka semakin kemas dan kuatlah usaha manipulator untuk mempastikan calon mereka menang.
Fakta 3 :
Semasa proses pengundian pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009. Pihak Kem telah menggunakan daftar pemilih yang tidak sah seperti yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Kem
Berikut adalah perbezaan yang terdapat pada daftar pemilih tentera :
1. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR.
2. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos
3. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.
4. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.
Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS :
1. Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.
2. Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos.
3. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi yang telah hadir.
4. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi pos yang tidak hadir.
5. Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan.
Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:
“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”
Yang lebih menarik lagi pihak kem tidak membenarkan ejen-ejen PAS mendapat salinan daftar pemilih mereka ini. Jadi apakah tugas ejen PAS selain menjadi Patung Pilihan Raya.
Fakta 4 :
Pada 7hb Oktober 2009 suatu pertemuan telah diadakan di SPR. Empat orang wakil PAS adalah Dato Mustafa Ali, Dato Halim Abd Rahman, saya dan Sdr. Mozaid telah bertemu dengan SPR dari jam 3 – 5 ptg. Kami telah membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih (Double vote). Perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958 :
“Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”
Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa dibawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan prima facie untuk mereka mengundi walupun mereka telah pencen.
Suhaizan Bin Kaiat
Pengerusi Jawatankuasa Khas
Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat
Undi Pos Tidak Telus, Berlaku Rasuah Politik, Penyalahgunaan Jentera Kerajaan Dan Politik Janji -NIEI
PRK Bagan Pinang National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.
Didalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu disetiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).
NIEI menggunakan kaedah mobile monitoring dimana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihanraya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.
Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil.
Diantaranya ialah:
1) Ketidak telusan pengundian pos
Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009.
Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta persara-persara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.
Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan.
Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, NIEI mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat.
Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR – serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa – dibuka di dalam kem-kem tentera.
|Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.
2) Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji
Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa.
Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan “rasuah politik” kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.
Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti.
Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.
Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.
Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPRnya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka.
Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.
3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi
Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Selain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan dihadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah.
Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan.
Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.
Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik
4) Perbelanjaan berkempen
Dalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Tan Sri Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon DUN.
Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000.
Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.
NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang. Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia.
Amin Iskandar
Pengarah Eksekutif
Keputusan PRK Bagan Pinang ikut UPU.
UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA UNTUK PARA PENGUNDI DUN BAGAN PINANG SERTA PARA PETUGAS PAKATAN RAKYAT.
Tahniah buat Tan Sri Isa Samad. Selepas ini boleh bekerja keras untuk rampas kerusi MB N9 pula. Memang rakyat sudah lupa.
Majoriti yang diperolehi Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.
BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi PAS pada Mac 2008.
12 Okt 2009
Pemuda Bn dan Orang Tua Bn Tunjuk punggung Dan isyarat Lucah
PAS Tumpas, Rasuah Menang
Seperti yang dijangka, gergasi Barisan Nasional Tan Sri Isa Samad menewaskan calon Pas Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti besar 5,435 undi.
BN meraih 8,013 undi berbanding Pas 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.
Dalam PRU lalu, Allahyarham Azman Mohd Nor menumpas calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.
Peratusan keluar mengundi bagaimanapun tidak mencatatkan peningkatan ketara. Hanya 81.62 peratus bersamaan 11,157 dari 14,912 pengundi berdaftar keluar membuang undi berbanding 81.59 peratus atau 11,579 pengundi dalam PRU lalu.
Pas dijangka menghadapi laluan sukar menewaskan calon popular Isa Samad di kubu kuat BN ini. Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu diketahui popular dan Umno mengerahkan seluruh kekuatan jenteranya bagi memastikan kemenangan pertama di Semenanjung tanah air.
Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera mencecah 5 ribu dan menjadi batu halangan besar kepada gagasan kerajaan alternatif menewaskan calon pemerintah di Bagan Pinang.
Meskipun Bagan Pinang melunaskan kekontangan Umno-BN, pemerhati politik bersetuju kemenangan Isa Samad memudaratkan imej Umno, dan merencat reformasi lanskap politik negara.
Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno selepas terbukti terbabit rasuah dalam pemilihan Umno 2004. Dari Pakatan Rakyat hingga ke pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa kemenangan Isa adalah kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak bagaimanapun menepis rekod rasuah Isa Samad, asalkan Umno menang dalam pilihanraya kali ini.
Gerombolan pemuda berbaju Barisan Nasional dan 1Malaysia mengempur markas Pas sebermula kempen menyebabkan beberapa orang petugas cedera.
Pada waktu itu terdapat 40 orang petugas berada di dalam markas.
Keganasan berlanjutan sehingga ke hari penamaan. Sepanjang proses pengundian berlangsung, 2 orang anggota polis mengalami cedera ringan, 3 orang ditahan dan 13 laporan berkenaan dengan kecederaan dilaporkan.
Menurut Ketua Polis Negeri sembilan, Datuk Osman Salleh tujuh kertas siasatan telah dibuka dan ia disiasat di bawah 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan 160 kanun keseksaan kerana mencetuskan pergaduhan
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....
BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
►
2011
(11)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
▼
2009
(1436)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
-
▼
10/11 - 10/18
(18)
- Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu - Ucaputama Pres...
- Cara Penyerahan Kertas Undi Pos
- SIARAN LANGSUNG: Ceramah Perdana Sempena Ijtima' P...
- "Umno for all" Pekembar tak tau malu tiru slogan Pas
- ADUN2 PR Hadir, Ganesan pula bakal dihumban keluar?
- N-31 Bagan Pinang: Gambar-Gambar Sekitar Hari Peng...
- N-31 Bagan Pinang: Gambar-Gambar Sekitar Hari Peng...
- Dimanakah laporan siasatan Stadium Sultan Mizan Za...
- N-31 Bagan Pinang: Gambar-Gambar Sekitar Hari Peng...
- Bangkrap: Mahkamah Arah Pahang Bayar RM65 Juta
- N-31 Bagan Pinang: Gambar-Gambar Sekitar Hari Peng...
- Berubah Kepada Sebuah Negara Yang Lebih Baik - PAS...
- Kalah atau Menang – Undi Pos Tetap Mencurigakan
- Gambar Penyokong PAS dibaling batu
- Undi Pos Tidak Telus, Berlaku Rasuah Politik, Peny...
- Keputusan PRK Bagan Pinang ikut UPU.
- Pemuda Bn dan Orang Tua Bn Tunjuk punggung Dan isy...
- PAS Tumpas, Rasuah Menang
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (34)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.