Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

6 Sep 2008

Video: Lelaki Iraq Letupkan Kereta Kebal AS


An American Tank Experience In Iraq: IED Delivered In Person - Click here for the most popular videos

Langkah 16 Sept sudah bermula: Pengerusi Gerakan WP sertai PKR ~ Malaysiakini

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong yang digantung keahlian dua bulan lalu hari ini secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Ahli Parlimen Segambut itu mengumumkan perkara tersebut di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur pada sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

"Saya menyertai parti ini kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Gerakan, Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR pukul 1 tengah hari tadi.

Gerakan menggantung keahlian Dr. Tan berikutan tindakannya menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Dr. Tan menerima tawaran menyertai kerajaan Selangor bagi mengetuai pasukan petugas untuk memperbaiki pentadbiran serta dasar berhubung pemilikan tanah.

Tindakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi itu adalah yang kedua membabitkan pemimpin Gerakan, selepas Datuk Lee Kah Choon.

Lee yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, menerima jawatan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan InvestPenang daripada kerajaan pimpinan pembangkang di Pulau Pinang. Mstar

PM; Khabar angin je? ~ Malaysiakini

Khabar angin kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengadakan sidang akhbar petang ini mengumumkan sertai Pakatan Rakyat tidak menjadi, sebaliknya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan perikatan ini menjelang 16 September ini.

"Saya pastikan 16 Sept tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita," kata Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Desas-desus mengatakan tujuh komponen BN akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang tadi ternyata meleset.

Desas-desus itu disebarkan menerusi SMS dan emel sejak beberapa hari lalu.

Parti-parti komponen yang didakwa sepatutnya mengadakan sidang media menyertai Pakatan Rakyat hari ini ialah Parti Maju Sabah (Sapp), Gerakan, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Demoktratik Liberal, Upko, Parti Progresif Penduduk, dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Pemimpin beberapa komponen BN terbabit yang dihubungi menafikan khabar angin sedemikian. LAGI... MStar

Mengapa Paklah tiba tiba mengadap YDP Agong?

Saya dapat makluman yang PM Andullah Badawi telah mengadap kehadapan Yg Dipertuan Agong tanpa makluman jemaah menteri, sidang medianya hari ini mengesahkan dengan kenyataan Paklah " yang dipertuan Agong gembira dengan Kerajaan BN Sekarang?". apa muslihat dan cerita disebaliknya? dalam desas desus 16september bukan sahaja Paklah sahaja yang mengadap YDP Agong malah dikatakan wakil Dato Seri Anwar juga telah mengadap YDP Agong awal minggu ini, banyak spekulasi yang timbul . banyak cerita dan desas desus kerajaan baru 16september bakal berlaku, dalam kenyataan di Pihak Anwar pula ia mengatakan jumlahnya sudah ada, tetapi masalahnya sekarang berkisar soal teknikal dan undang undang. disini saya sertakan beberapa info yang saya perolehi dan saya rumuskan untuk anda fikirkan

1. Wakil Dato Seri Anwar telah mengadap YDP Agong mennyatakan hasrat untuk mengambil alih Kerajaan baru dan mengharapkan dalam tempoh peralihan keadaan aman dari sebarang usaha merusuh dari pihak Umno dan Polis yang dirancang sekarang ini cuba menaikkan sentimen perkauman, dan diharap ia dapat dielakkan, jadi hari ini YDP Agong telah memanggil Paklah untuk memberi penjelasan apa yang sedang berlaku, dari kenyataan Paklah hari ini seolah olah YDP Agong meminta penjelasan darinya.apakah mungkin YDP Agong meminta Paklah melakukan sebarang rusuhan andai 16september benar benar berlaku? apakah peristiwa campur tangan Istana berlaku sekali lagi seperti mana yang berlaku di Terengganu.inikah soal teknikal dan undang undang yang dimaksudkan wakil PKR? SUMBER; KedahLanie

Catatan Pemudabesut ke Konvensyen Tarbiah 2008

Salam Ramdhan.

Sedikit coretan pemudabesut ke Konvensyen Tarbiah anjuran Lajnah Tarbiah Perhubungan PAS Terengganu semalam (5/9) di Kubang Lembik(KL), Manir.

7.15 pagi
~ Pemudabesut (PB) seramai 3 orang bertolak ke KL dengan kereta. Sepatutnya hampir 8 pemudabesut lagi yang'berhajat' nak sertai program ini. Tetapi TERpaksa membatalkan di saat akhir kerana saat akhir kerana pelbagai sebab.

8.30 pagi
~ sampai KL; PB terkejut kerana hanya 3 wakil dari Besut (pemudabesut la tu... Tauke Roti, Tauke bahulu & Kuli Kerajaan) sahaja yang baru datang ke Konvensyen ini. Tak sampai lagi kot.... Sepatutnya kehadiran dari semua AJK MTD, Muslimat, pemuda & Kawasan. Tapi tak apalah, yang penting pemudabesut datang untuk mengisi kelompangan tarbiah yang masih ada dalam diri PB ini.
~ Kuliah pagi Jumaat mingguan telah bermula yang dipimpin oleh Ustaz Ismail Mamat (ex-ADUN telok Pasu) yang menyentuh bab Puasa.

10.45 pagi
~ Konvensyen bermula. Timbalan Presiden PAS menyampaikan kertas kerja yang bertajuk 'Pemerkasaan Wasilah Tarbiah '. Ustaz Nasa mengumpas tentang tajuk tersebut dengan merangkumi pelbagai tajuk kecil termasuk
1. Tarbiah pada du'at & cabaran yang menanti di hadapan
2. Tarbiah- asas kejayaan Jamaah
3. Bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh para du'at & dakwah.
dengan penyampaian yang berkesan dan diselang seli dengan contoh muktakhir,menyebabkan Pemudabesut terasa terkesan.... bahawa peri-pentingnya tarbiah dalam jemaah ini.

12..08 pm
~ Cikgu Zai sms pemudabesut; agk2 boleh msuk ko tmpt prgrm tu lph jmat ni, ko x leh doh? Tolong daftar 3 org. Alhamdulliah bertambah lagi 'perwakilan' besut..
1.00 pm
~ SU DPPKT, Faizul mencadangkan supaya solat jumaat di Banggol Peradong. Kat mana tu...?? Walaupun pemudabesut pernah menjadi petugas PRU di DUN Manir tahun 1999 lalu, tapi masih tidak dapat mengagak di mana Masjid Banggol Peradong tu. Mana taknya sebelum berjumpa MAsjid Banggol Peradong, PB TERsesat sampai terjumpa 3 buah masjid...Tengok macam masjid UMNO je.... tak ramai org. Berlainan dengan masjid BAnggol Peradong.....tengok kertea parking kat luar tahu ini tentu Masjid orang PAS bersembahyang...ada ROH.....

2.10 pm
~ Dalam perjalanan balik KL, berhenti di surau untuk membasah badan. Bunyi sekumpulan muslimat sedang bertadarus.....Patutlah ALlah beri kemenangan kepada DUN ini... Surau di imarahkan....

2.35 pm
~ Pemudabesut duduk dibaris hadapan sekali... Alhamdullilah pemudabesut terkejut, tiba2 sahaja Tok Guru sudah berada di belakang kami... Sempat juga pemudabesut bersalam dengan TGAH..
~ Walaupun kertas kerja 'Kegemilangan Tarbiah PAS; Realiti dan harapan' nipis TETAPI kupasan yang disampaikan oleh Tok Guru Dato' Seri Presiden sungguh mantap dan berkesan. Selepas sesi pergulungan oleh Ustaz Harun, Ustaz ABC & Tok Guru, majlis berakhir 5.14 pm.

6.00 pm
~ Usrah Pemuda bermula yang disampaikan oleh Ustaz Harun, Ketua Pemuda Trg & YDP pemudabesut, Ust Husain. Usrah yang disampaikan oleh Ust Harun berkisarkan perjuangan & tarbiah pemuda.

7.15 pm
~ berbuka puasa bersama pemuda negeri & kawasan lain dengan bernasikan nasi brani & berlaukkan kambing.

7.45 pm
~ Rombongan pemudabesut bertolak balik, manakala cikgu Zai & The Gangs pergi ke Mydin.. Beli baju raya kot

*Baru tahu bahawa Iwan & Cikgu Zai x makan kambing sbb...??x tahu sbbnya. kambing bau hamis ke? Nasib badan le... Sedap tau kambing..
*Pemudabesut rancang nak sembelih kambing bg program majlis berbuka puasa pemuda kawasan nanti

5 Sep 2008

Senarai Ahli Parlimen BN yang akan 'melompat ' PR ~ Malaysiakini


Berikut ialah 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat dan 117 ahli parlimen BN yang 'melompat' ke PR serta ahli parlimen dulu, kini & selamanya.....dalam BeEnd
(sila klik pada nama untuk mengetahui biodata penuh)

SENARAI AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT1. Abd. Hadi bin Awang, Y.B. Dato' Seri Haji (MARANG -PAS)
2. Anwar bin Ibrahim, Y.B. Dato' Seri (PERMATANG PAUH -PKR)
3. Ab. Halim bin Ab. Rahman, Y.B. Datuk (PENGKALAN CHEPA -PAS)
4. Abd Khalid bin Ibrahim , Y.B. Tan Sri Dato' (BDR TUN RAZAK - PKR)
5.Abdullah Sani bin Abdul Hamid, Y.B. Tuan (KUALA LANGAT -PKR)
6. Ahmad bin Kasim, Y.B. Tuan Haji ( KUALA KEDAH - PKR)
7. Amran bin Ab Ghani, Y.B. Tuan (TANAH MERAH - PKR)
8. Azan bin Ismail, Y.B. Tuan (INDERA MAHKOTA - PKR)
9. Charles Anthony a/l R. Santiago, Y.B. Tuan (KLANG -DAP)
10. Che Rosli bin Che Mat, Y.B. Dr. (HULU LANGAT - PAS)
11. Che Uda bin Che Nik, Y.B. Tuan (SIK -PAS)
12.Chong Chieng Jen, Y.B. Tuan (BDR KUCHING -DAP)
13. Chong Eng, Y.B. Puan (BUKIT MERTAJAM -DAP)
14. Chua Tian Chang, Y.B. Tuan (BATU - PKR)
15. Dzulkefly Ahmad, Y.B. Dr. Haji (KUALA SELANGOR -PAS)
16. Fong Kui Lun, Y.B. Tuan (BUKIT BINTANG -DAP)
17. Fong Po Kuan, Y.B. Puan (BATU GAJAH -DAP)
18. Fuziah binti Salleh, Y.B. Puan Hajah (KUANTAN -PKR)
19. Gobalakrishnan a/l Nagapan, Y.B. Tuan (PADANG SERAI -PKR)
20. Gobind Singh Deo, Y.B. Tuan (PUCHONG -DAP)
21. Gwo-Burne Loh, Y.B. Tuan (KELANA JAYA -DAP)
22. Hee Loy Sian, Y.B. Tuan (PJ SELATAN -PKR)
23. Hiew King Cheu, Y.B. Tuan (KOTA KINABALU - DAP)
24. Ibrahim bin Ali, Y.B. Dato' ( PASIR MAS - BEBAS)
25. Johari bin Abdul, Y.B. Tuan (SG. PETANI-PKR)
26. John a/l Fernandez, Y.B Tuan (SEREMBAN - DAP)
27. Kamarudin bin Jaffar, Y.B. Dato' Haji (TUMPAT - PAS)
28. Kamarul Baharin bin Abbas, Y.B. Dato' (TELOK KEMANG - PKR)
29. Karpal Singh a/l Ram Singh, Y.B. Tuan (BUKIT GELUGOR - DAP)
30. Khalid bin Abd Samad, Y.B. Tuan ( SHAH ALAM - PAS)
31. Lee Boon Chye, Y.B. Dr. (GOPENG - PKR)
32. Liew Chin Tong, Y.B. Tuan ( BUKIT BENDERA - DAP)
33. Lim Guan Eng, Y.B. Tuan (BAGAN - DAP)
34. Lim Kit Siang, Y.B. Tuan ( IPOH TIMUR - DAP)
35. Lim Lip Eng, Y.B. Tuan ( SEGAMBUT -DAP)
36. Lo' Lo' binti Hj Mohamad Ghazali, Y.B. Dr. (TITIWANGSA - PAS)
37. Loke Siew Fook, Y.B. Tuan (RASAH - DAP)
38. M. Kulasegaran, Y.B. Tuan (IPOH BARAT - DAP)
39. Mahfuz bin Haji Omar, Y.B. Tuan Haji (POKOK SENA - PAS)
40. Manikavasagam a/l Sundaram, Y.B. Tuan (KAPAR - PKR)
41. Manogaran a/l Marimuthu, Y.B. Tuan (TELUK INTAN - DAP)
42. Micheal Jeyakumar Devaraj, Y.B. Dr. ( SUNGAI SIPUT - PKR)
43. Mohamed Azmin bin Ali, Y.B. Tuan (GOMBAK - PKR)
44. Mohd Firdaus bin Jaafar, Y.B. Tuan ( JERAI - PAS)
45. Mohd Hatta bin Md Ramli, Y.B. Dr. ( KUALA KRAI -PAS)
46. Mohd Hayati bin Othman, Y.B. Dr. Haji (PENDANG -PAS)
47. Mohd Nasir bin Zakaria, Y.B. Tuan ( PADANG TERAP - PAS)
48. Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff, Y.B. Tuan ( BALIK PULAU - PKR)
49. Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri, Y.B. Tuan (BAGAN SERAI - PKR)
50. Muhammad bin Husain, Y.B. Tuan ( PASIR PUTEH - PAS)
51. Mujahid Yusof Rawa, Y.B. Dr. (PARIT BUNTAR - PAS)
52. Nasharudin bin Mat Isa, Y.B. Tuan Haji ( BACHOK - PAS)
53. Nga Kor Ming, Y.B. Tuan (TAIPING - DAP)
54. Ngeh Koo Ham, Y.B. Dato' (BERUSA - DAP)
55. Nurul Izzah binti Anwar, Y.B. Puan ( LEMBAH PANTAI - PKR)
56. Ooi Chuan Aun, Y.B. Tuan (JELUTONG - DAP)
57. P.Ramasamy a/l Palanisamy, Y.B. Prof. Dr. (BATU KAWAN - DAP)
58. Rashid bin Din, Y.B. Dato' (MERBOK - PKR)
59. Roslan bin Shaharum, Y.B. Tuan ( BUKIT GANTANG - PAS)
60. Saifuddin Nasution bin Ismail, Y.B. Tuan (MACHANG - PKR)
61. Salahuddin bin Haji Ayub, Y.B. Tuan ( KUBANG KERIAN - PAS)
62. Sim Tong Him, Y.B. Tuan (KOTA MELAKA - DAP)
63. Siti Mariah binti Mahmud, Y.B. Dr. Hajah ( KOTA RAJA - PAS)
64. Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Y.B. Puan ( RANTAU PANJANG - PAS)
65. Sivarasa a/l K. Rasiah, Y.B. Tuan ( SUBANG - PKR)
66. Taib Azamudden bin Md Taib, Y.B. Tuan (BALING - PAS)
67. Tan Kok Wai, Y.B. Tuan (CHERAS -DAP)
68. Tan Seng Giaw, Y.B. Dr. ( KEPONG - DAP)
69. Tan Tee Beng, Y.B. Tuan ( NIBONG TEBAL - DAP)
70. Teo Nie Ching, Y.B. Puan (SERDANG - DAP)
71. Teresa Kok Suh Sim, Y.B. Puan (SEPUTEH - DAP)
72. Tony Pua Kiam Wee, Y.B. Tuan (PJ UTARA -DAP)
73. Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah, Y.B. Dato' Haji (KOTA BHARU - PAS)
74. Wee Choo Keong, Y.B. Tuan ( WANGSA MAJU - PKR)
75. William Leong Jee Keen, Y.B. Tuan (SELAYANG - PKR)
76. Zahrain Mohamed Hashim, Y.B. Dato' (BAYAN BARU -PKR)
77. Zainal Abidin bin Ahmad, Y.B. Dato' Dr. ( HULU SELANGOR - PKR)
78. Zulkifli bin Noordin, Y.B. Tuan (BANDAR BHARU-KULIM -PKR)
79. Zuraida binti Kamaruddin, Y.B. Puan Hajah (AMPANG - PKR)
80. Ab Aziz bin Ab Kadir, Y.B. Tuan Haji (KETEREH - PKR)
81. Chow Kon Yeow, Y.B. Tuan (TANJONG -DAP)
82. Er Teck Hwa, Y.B. Tuan (BAKRI -DAP)



SENARAI BAKAL AHLI PARLIMEN BN 'MELOMPAT' KE PR
(Pilih sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen sahaja)
1. Yussof bin Haji Mahal, Y.B. Datuk Haji (LABUAN)
2. Abd. Rahman bin Bakri, Y.B. Tuan (SABAK BERNAM)
3. Abdul Ghapur bin Salleh, Y.B. Datuk Seri Haji (KELABAKAN)*
4. Abdul Latif bin Ahmad, Y.B. Datuk Dr. Haji (MERSING)
5. Abdul Manan bin Ismail, Y.B. Dato' (PAYA BESAR)
6. Abdul Rahim bin Bakri, Y.B. Datuk (KUDAT)*
7. Abdul Rahman bin Haji Dahlan, Y.B. Dato' Haji (KOTA BELUD)*
8. Abdul Wahab bin Haji Dolah, Y.B. Datuk Haji (IGAN)*
9. Abdullah bin Md Zin, Y.B. Dato' Dr. (BESUT)
10. Abit Joo, Y.B. Tuan (HULU RAJANG)*
11. Abu Bakar bin Taib, Y.B. Dato' Paduka (LANGKAWI)
12. Abu Seman bin Haji Yusop, Y.B. Datuk Wira (MASJID TANAH)
13. Ago Anak Dagang, Y.B. Tuan ( KANOWIT)*
14. Ahmad bin Hamzah, Y.B. Datuk Wira (JASIN)
15. Ahmad bin Maslan, Y.B. Tuan Haji (PONTIAN)
16. Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, Y.B. Dato' (TAMBUN)
17. Ahmad Lai bin Bujang, Y.B. Tuan Haji (SEBUTI)*
18. Ahmad Shabery bin Cheek, Y.B. Dato' (KEMAMAN)
19. Ahmad Zahid bin Hamidi, Y.B. Dato' Seri Dr. (BAGAN DATOK)
20. Alexander Nanta Linggi, Y.B. Tuan (KAPIT)*
21. Anifah bin Haji Aman @ Haniff Amman, Y.B. Datuk (KIMANIS)*
22. Azmi bin Khalid, Y.B. Dato' Seri Haji (PADANG BESAR)
23. Baharum bin Mohamad, Y.B. Datuk Haji (SEKIJANG)
24. Bernard Giluk Dompok, Y.B. Tan Sri (PENAMPANG)*
25. Bung Mokhtar bin Radin, Y.B. Datuk (KINABATANGAN)*
26. Chor Chee Heung, Y.B. Dato' (ALOR STAR)
27. Hamim bin Samuri, Y.B. Tuan Ir. Haji (LEDANG)
28. Chua Soon Bui, Y.B. Datuk (TAWAU)*
29. Chua Tee Yong, Y.B. Tuan (LABIS)
30. Devamany a/l S.Krishnasamy, Y.B. Tuan (CAMERON HIGHLAND)
31. Ding Kuong Hiing, Y.B. Tuan (SARIKEI)*
32. Douglas Uggah Embas, Y.B. Datuk (BENTONG)*
33. Edmund Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah, Y.B. Datuk Ir. (BATU SAPI)*
34. Enchin bin Majimbun @ Eric, Y.B. Datuk (SEPANGGAR)*
35. Fadillah bin Haji Yusof, Y.B. Tuan Haji (PETRA JAYA)*
36. Fong Chan Onn, Y.B. Dato' Seri Dr. (ALOR GAJAH)
37. Halimah binti Mohd Sadique, Y.B. Datuk (TENGGARA)
38. Yong Khoon Seng, Y.B. Dato' (STAMPIN)*
39. Hamzah Zainudin, Y.B. Dato' (LARUT)
40. Hasan bin Malek, Y.B. Dato' Haji (KUALA PILAH)
41. Hasbi bin Habibollah, Y.B. Tuan Haji (LIMBANG)*
42.Henry Sum Agong, Y.B. Tuan (LAWAS)*
43. Hou Kok Chung, Y.B. Dr. (KLUANG)
44. Idris bin Haji Haron, Y.B. Datuk Ir. Haji (TANGGA BATU)
45. Ismail bin Haji Abd Muttalib, Y.B. Dato' Haji (MARAN)
46. Ismail bin Haji Mohamed Said, Y.B. Tuan Haji (KUALA KRAU)
47. Ismail Bin Kasim, Y.B. Dato' (ARAU)
48. Ismail Sabri bin Ab Yaakob, Y.B. Dato' (BERA)
49. Jacob Dungau Sagan, Y.B. Dato' (BARAM)*
50. Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis, Y.B. Datuk Seri Dr. Haji (ROMPIN)
51. James Dawos Mamit, Y.B. Dato' Dr. (MAMBONG)*
52. Jelaing Anak Mersat, Y.B. Tuan (SERATOK)*
53. Joseph Entulu Anak Belaun, Y.B. Tuan (SELANGAU)*
54. Joseph Kurup, Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima (PESIANGAN)*
55. Joseph Pairin Kitingan, Y.B. Datuk Seri (KENINGAU)*
56. Joseph Salang Anak Gandum, Y.B. Dato' (JULAU)*
57. Juslie Ajirol, Y.B. Datuk (LIBARAN)*
58. Kong Cho Ha, Y.B. Dato' (LUMUT)
59. Lajim bin Haji Ukin, Y.B. Datuk Seri Panglima Haji (BEAUFORT)*
60. Lee Chee Leong, Y.B. Datuk ( KAMPAR)
61. Liang Teck Meng, Y.B. Tuan ( SIMPANG RENGGAM)
62. Liew Vui Keong, Y.B. Datuk ( SANDAKAN)*
63. Lilah bin Yasin, Y.B. Dato' ( JEMPOL)
64. Liow Tiong Lai, Y.B. Dato' (BENTONG)
65. M. Saravanan, Y.B. Datuk (TAPAH)
66. Makin @ Makcus Mojigoh, Y.B. Datuk Dr. (PUTATAN)*
67. Masir Anak Kujat, Y.B. Tuan (SRI AMAN)*
68. Matulidi bin Jusoh, Y.B. Tuan (DUNGUN)
69. Maximus @ Johnity Ongkili, Y.B. Datuk Dr. ( KOTA MARUDU)*
70. Md Sirat bin Abu, Y.B. Datuk ( BUKIT KATIL)
71. Mohamad Shahrum bin Osman, Y.B. Dato' Dr. (LIPIS)
72. Mohamed bin Haji Aziz, Y.B. Datuk Haji (SRI GADING)
73. Mohd Jidin bin Shafee, Y.B. Dato' (SETIU)
74. Mohd Johari bin Baharom, Y.B. Dato' ( KUBANG PASU)
75. Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri, Y.B. Dato' ( KUALA NERUS)
76. Mohd Nizar bin Zakaria, Y.B. Tuan ( PARIT)
77. Mohd Nor bin Othman, Y.B. Tuan Haji (HULU TRG)
78. Mohd Puad bin Zarkashi, Y.B. Dr. (BATU PAHAT)
79. Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad, Y.B. Dato' Seri (KANGAR)
80. Mohd Shafie bin Haji Apdal, Y.B. Dato' Seri (SEMPORNA)*
81. Mojilip bin Bumburing @ Wilfred, Y.B. Datuk Seri Panglima (TUARAN)*
82. Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah, Y.B. Datuk Seri Dr. ( MUKAH)*
83. Mukhriz bin Tun Mahathir, Y.B. Dato' (JERLUN)
84. Nancy binti Haji Shukri, Y.B. Puan Hajah (BATANG SADONG)*
85. Norah binti Abdul Rahman, Y.B. Puan (TANJUNG MANIS)*
86. Noriah binti Kasnon, Y.B. Puan ( SUNGAI BESAR)
87. Nur Jazlan bin Mohamad, Y.B. Datuk (PULAI)
88. Ong Ka Chuan, Y.B. Dato' Seri (TANJONG MALIM)
89. Peter Chin Fah Kui, Y.B. Datuk (MIRI)*
90. Raime Unggi, Y.B. Tuan (TENOM)*
91. Razali bin Ibrahim, Y.B. Tuan (MUAR)
92. Razali bin Ismail, Y.B. Dato' Haji ( KUALA TRG)
93. Richard Riot Anak Jaem, Y.B. Datuk ( SERIAN)*
94. Robert Lau Hoi Chew, Y.B. Datuk (SIBU)*
95. Rohani binti Abdul Karim, Y.B. Datuk Hajah (BATANG LUPAR)*
96. Ronald Kiandee, Y.B. Datuk (BALURAN)*
97. Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Y.B. Puan (PAPAR)*
98. Saifuddin bin Abdullah, Y.B. Dato' (TEMERLOH)
99. Salleh bin Kalbi, Y.B. Tuan Haji (SILAM)*
100. Sapawi bin Haji Amat Wasali @ Ahmad, Y.B. Datuk (SEPITANG)*
101. Shahrir bin Abdul Samad, Y.B. Dato' (JOHOR BAHRU)
102. Shamsul Anuar bin Nasarah, Y.B. Dato' (LENGGONG)
103. Siringan bin Gubat, Y.B. Datuk (RANAU) *
104. Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib, Y.B. Dato Sri (KOTA SAMARAHAN)*
105. Tajuddin bin Abdul Rahman, Y.B. Dato' Haji (PASIR SALAK)
106. Tan Ah Eng, Y.B. Puan (GELANG PATAH)
107. Tan Lian Hoe, Y.B. Dato' ( GERIK)
108. Tekhee @Tiki anak Lafe, Y.B. Datuk Dr. (MAS GADING)*
109. Teng Boon Soon, Y.B. Tuan (TEBRAU)
110. Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Y.B.M. Dato' Seri (JERANTUT)
111. Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah, Y.B.M. Tan Sri ( GUA MUSANG)
112. Tiong King Sing, Y.B. Datuk Seri (BINTULU)*
113.Tiong Thai King, Y.B. Tuan (LANANG)*
114. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Y.B. Datuk Dr. (SENTUBONG)*
115. Wee Jeck Seng, Y.B. Tuan (TANJONG PIAI)
116. Wee Ka Siong, Y.B. Dr. (AYER HITAM)
117. William @ Nyallau Anak Badak, Y.B. Tuan (LUBOK ANTU)*
(* ahli Parlimen Sabah & Sarawak)

SENARAI AHLI PARLIMEN YANG dulu, kini & selamanya dalam BN

1. Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Y.A.B. Dato' Seri
2. Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Y.B. Dato' Sri Haji
3. Hishammuddin bin Tun Hussein, Y.B. Dato' Seri
4. Khairy Jamaluddin, Y.B. Tuan
5. Azalina binti Dato' Othman Said, Y.B. Dato'
6. Mohamed Khaled bin Haji Nordin, Y.B. Dato' Seri
7. Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Y.B. Dato' Seri
8. Mohd Zin bin Mohamed, Y.B. Dato' Ir.
9. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Y.B. Tan Sri Dato' Haji
10.
Mustapa bin Mohamed, Y.B. Dato'
11. Ng Yen Yen, Y.B. Dato' Dr.
12. Noh bin Omar, Y.B. Dato' Haji
13. Nor Mohamed Yakcop, Y.B. Tan Sri
14. Noraini binti Ahmad, Y.B. Dato'
15. Ong Ka Ting, Y.B. Dato' Seri
16. Ong Tee Keat, Y.B. Datuk Ir.
17. Rafidah binti Abd. Aziz, Y.B. Tan Sri,
18.Rais bin Yatim, Y.B. Datuk Seri Utama Dr.
19. S. Subramaniam, Y.B. Datuk Dr.
20. Shaziman bin Abu Mansor, Y.B. Dato'
21. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Y.B. Datuk Seri
22. Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Y.B. Datuk Seri
23. Zulhasnan bin Rafique, Y.B. Dato' Sri Haji

4 Sep 2008

BUKTI: Perbelanjaan UMNO/BenD semasa PRK P-44 ~ Malaysiakini

Jentera Pilihanraya Kecil P44 - Permatang Pauh UMNO/BenD bagi skuad bermotor sahaja telah membelanjakan sejumlah RM1,588,600 duit rakyat. Sepanjang pengalaman pemudabesut menjadi jentera pengerak Parlimen Besut semasa PR 2008 lalu, belanja skuad bermotor hanyalah tidak lebih daripada 1% daripada kos keseluruhan PR. Ini bermakna sekiranya mengikut anggaran pengiraan 1% pemudabesut, maka UMNO/BenD P44 telah membelanjakan sekurang-kurangnya sebanyak RM158,860,000( tapi pemuda besut tidak percaya lah angka tu....mesti lebih lagi)

* Zul Tauke ikan (Ketua Unit Amal Kawasan) : patutlah ana baharui Road Tax kereta 3 hari lepas banyak masalah. Mana taknya, sebelum ini saman ekor tidak perlu bayar apabila memperbaharui road tax. Tapi selepas BN kalah dalam PR permatang pauh & lebih-lebih lagi apabila Kerajaan BenD TERpaksa bayar bonus kakitangan kerajaan, saman ekor pun WAJIB di bayar walaupun sebelum ini tidak perlu. Check saman anda disini

* BELUNSUNGKAWA ~ AL-FATIHAH A Samad Ismail Kembali Ke Rahmatulah. Pemudabesut mendoakan semoga roh A Samad Ismail dicucuri rahmat olehNya.

Lagi Laporan Rasuah Membabitkan Abdullah Ahmad Badawi ~ MALAYSIAKINI

SATU laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salahlaku Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa melakukan rasuah dibuat di ibu pejabat wilayah Persekutuan, di Bangunan Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Laporan itu dibuat oleh Mazlan Harun bekas Exco Pemuda Umno bersama Ketua Umno Cawangan Bandar Muar, Kadar Shah Sulaiman Ninang Shah.

Laporan berkenaan dibuat ekoran sikap BPR dikatakan tidak membuat apa-apa tindakan ke atas laporan yang dibuat sebelum ini berhubung rasuah yang didakwa dilakukan Abdullah.

Presiden Umno, itu dikatakan telah melakukan rasuah menerusi Jasa dengan memberi wang dan peralatan sembahyang kepada ketua-ketua cawangan Umno bagi tujuan mempengaruhi mereka agar terus menyokongnya.

Perbuatan Abdullah itu bertentangan dengan etika pemilihan Umno (buku merah) yang ditetapkan.

Bersama laporan terbaru pagi ini bukti-bukti jelas termasuk tarikh dan orang yang menerima rasuah itu berserta gambar-gambar turut diserahkan kepada BPR. ~MSO

Tinggal 12 hari lagi 16 Sept ~ Malaysiakini



Terkini dari Kota Kinabalu.(10.00 malam ~ 3 Sept 2008)

Member blogger, Budak Sayong Reformasi melaporkan bahawa Pak Lah sudah berada di Kota Kinabalu sejak petang tadi untuk membuat perbincangan dengan komponen-komponen BN disana. Peserta lompat sudah memulakan warm-up, hanya menunggu wisel dibunyikan.

————————————————–

Sorry Bos!! Bukan gua pecah lubang.

Sorry Brader! Gua tarak cerita sama sapa-sapa itu rahsia. Tapi sekarang orang sudah banyak tau. Ini hari, gua terima SMS, betui-betui serupa sama itu rahsia you suruh simpan. So, sekarang….rahsia terbuka.


5 September: Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.
6 September: Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.
7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.
8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.
9 September: Sidang tergempar Parlimen.
10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.
12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.
15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.
15 September: 9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Perakexpress.

KETUA PKR SARAWAK, SIAPA BERMIMPI ?
September 3, 2008 at 9:31 pm

Satu lagi pendedahan berani dibuat Ketua PKR Sarawak Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangkau lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).
.
Menurut beliau lagi “Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar.”
.
Beliau membuat kenyataan tersebut sedang pemimpin tertinggi PKR bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen BN di Kota Kinabalu pagi ini yang berikrar untuk menyokong rancangan pembangkang itu.
.
Dominique Ng berkata, Kesemua Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak sudah lebih mencukupi untuk menyeberang ke Pakatan Rakyat. Namun beliau juga yakin dengan keberanian 40 Ahli Parlimen tersebut untuk berhijrah di jangka aka nadalagi Ahli PArlimen yang lain akan turut menyusul kemudian.Disamping itu Ketua Angkatan Muda KeADILan Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan.katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat.
.
“Kita juga lebih yakin dengan senario itu kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu,” jelasnya.
.

Kini keyakinan untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini semakin menghampiri kemuncaknya. Sedang waktu semakin hampir semakin hujah dan kenyataan berani yang di keluarkan berkenaan kerajaan baru 16 September ini.
.
TERBARU! TERKINI ! TERPANAS !
Apabila 16hb September sampai ada lebih dari 40 Ahli Parlimen yang akan menyeberang dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat.
.
Ini adalah kenyataan terbaru dari Dominique Ng Ketua PKR Serawak. Kenyataan ini di buat pada satu sidang akhbar petang ini di Kuching.
.
PKR jangka lebih 40 MP lompat parti
Sep 3, 08 7:19pm
"Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar.
.
"Dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).
.
Beliau membuat kenyataan tersebut di tengah-tengah laporan bahawa pemimpin tertinggi PKR bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen BN di Kota Kinabalu pagi ini yang berikrar untuk menyokong rancangan pembangkang itu.
.
Ng berkata, di samping ahli-ahli parlimen individu, beliau menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini.
- Malaysiakini

MILF diburu dalam bulan Ramadhan ~ Roslan Sms

Disaat kita sedang melalui ibadat puasa di bulan Ramadhan ini, berbahgia berbuka samada dengan anak isteri di rumah atau dengan jemaah dan ahli kariah di masjid-masjid dan surau-surau, saudara seagama kita di Mindanao Selatan Filipina terutama yang mengetuai perjuangan atas nama Moro Islamic Liberation Front atau MILF kini sedang diburu dengan bm dan peluru oleh tentera Filipina. Mereka berjuang bagi menuntut Negara Islam yang merdeka buat Bangsamoro yang merupakan majoriti penduduk di Selatan Filipina.






Beberapa kem satelit milik MILF di Kitapok, Datu Saudi Ampatuan dan Maguindanao yang diketuai Ameril Ombra Kato and Abdulla Macapaar diberitakan telah ditawan oleh pihak tentera. Sementara itu Setiausaha Pertahanan Filipina atas arahan Presiden Arroyo telah mengisytiharkan bahawa rundingan damai antara kerajaan Filipina dan MILF sudah menjadi ”irrelevant” apabila MILF kononnya enggan menyerahkan para pejuang yang terlibat dalam serangan ek atas orang-orang awam di sini baru-baru ini.

Menurut sumber pihak tentera mendakwa seramai 125 anggota MILF telah terkorban walaubagaimanapun pihak MILF menyatakan yang syahid setakat ini cuma 7 orang.

Asakkan pihak tentera ke atas MILF dijangka berterusan walaupun kononnya di bulan Ramadhan ini arahan telah dikeluarkan pihak tentera Filipina agar pengeboman darat dan udara dihentikan buat sementara. Marilah kita ebrdoa semoga para pejuang Islam di sana diberikan kekuatan dan perlindungan oleh Allah swt dans emoga perjuangan mereka yang mulia itu akan berjaya satu hari nanti, insyallah.

Sementara itu sahabat saya MSO (Mohd Sayuti Omar) http://msomelayu.blogspot.com/
di dalam blognya melaporkan bahawa Tok Guru Mursyidul Am dan MB Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat telah menolak anugerah nobel keamanan versi Asia yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Gusi yang berpusat di Manila. Sayuti tidak pula menyatakan sebab-sebab Tok Guru menolak anugerah itu. Tetapi memandangkan kemelut di atas, maka wajar sangatlah Tok Guru menolaknya kerana kita tidak mahu merayakan sesuatu dalam keadaan saudara seagama kita sedang diburu dan dibunuh tanpa belas ihsan. Tambah-tamah anugerah tersebut dilaporkan akan diserahkan sendiri oleh Presiden Gloria Macapagal Arroyo, presiden yang mengarahkan pembunuhan ke atas pejuang MILF, saya setuju sangatlah Tok Guru menolaknya. Sumber; n32.blogspot

Abdulllah digesa letak jawatan, contohi PM Jepun ~ Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan tindakan Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda yang meletakkan jawatan kelmarin setelah gagal mewujudkan kestabilan politik kepada rakyat negara itu.

Fukuda menyifatkan tidakannya itu adalah demi kepentingan rakyat Jepun setelah gagal melaksanakan beberapa dasar negara kerana Dewan Rendahnya dikuasai pembangkang.

DPP Pusat melihat tindakan Fukuda ini bukan sahaja matang, bahkan lebih demokratik setelah menyedari kerajaan pimpinannya gagal mendapat kepercayaan dewan perundangan.

Telah menjadi kebiasaan bagi para pemimpin di negeri-negeri maju di mana mereka akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul dalam pentadbiran negara yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat.

Di Jepun sendiri, perletakan jawatan seorang perdana menteri bukanlah suatu perkara yang aneh.

Begitu juga di Barat, pemimpin politik akan segera melepaskan jawatan jilka mereka dikaitkan dengan apa-apa skandal yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat.

Inilah sikap matang dan terbuka yang diamalkan oleh pemimpin politik yang ingin melihat kemajuan negara dan kepentingan rakyat lebih diutamakan daripada mengisi tembolok sendiri.

Di Malaysia, budaya ini tidak berlaku, bahkan para pemimpin BN terus berdegil untuk kekal berkuasa walaupun telah ditolak oleh rakyat.

Sudah banyak skandal yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara yang didedahkan tidak diambil tanggungjawab oleh pemimpin BN.

Yang paling jelas ialah mesej yang disampaikan oleh rakyat dalam Pilihan raya Umum ke-12 baru-baru ini.

Lima buah negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN turut hilang majoriti dua pertiga.

Desakan untuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur bukan sahaja datang dari rakyat dan parti pembangkang sahaja, bahkan dari dalam Umno dan BN sendiri.

SAPP, sebuah komponen BN dari Sabah secara terang-terangan menyatakan tidak percaya kepada Abdullah Badawi, manakala bekas Perdana Menteri telah keluar Umno untuk mendesak Perdana Menteri berundur.

Malangnya, pemikiran feudal dunia ketiga yang mengokong Abdullah Badawi menyebabkan beliau terus bertahan.

Sebab utama ialah supaya keluarga dan kroninya mendapat peluang mengaut kekayaan negara, manakala rasuah terus berleluasa. Rakyat terus ditindas dengan pelbagai dasar yang membebankan.

Kini, Permatang Pauh pula menghantar mesej yang lebih jelas kepada Abdullah Badawi bahawa kepemimpinannya sudah tidak relevan dan beliau mesti berhenti segera.

Jika beliau tidak mahu mencontohi pendekatan perdana menteri Jepun, rakyat negara ini akan terus menderita oleh dasar-dasar yang mengutamakan kroni dan keluarga.

DPP Pusat mendesak Abdullah Badawi supaya mencontohi keterbukaan pemimpin Jepun itu.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

3 Sep 2008

16 September: DSAI hadiri 2 pertemuan semalam ~ Malaysiakini


Ketika tinggal kurang dua minggu untuk mencapai sasaran 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan minggu ini dengan 'memburu' wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pagi semalam, yang dipercaya akan membantu beliau membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

mStar Online difahamkan sebelah pagi semalam beliau telah menemui sekumpulan Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara.

Menurut sumber, antara perkara yang dibincangkan ialah format dan formula untuk pembelaan masyarakat Sabah dan Sarawak.

Sumber memberitahu mStar Online, pertemuan susulan diadakan selepas Anwar menemui wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat berhubung Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu.

Pertemuan kedua ini dikatakan memfokus kepada cara terbaik untuk membentuk kerajaan baru tanpa menyatakan sebarang komitmen penuh untuk menyokong pembentukan kerajaan baru.

Bagaimanapun pada sidang media pagi semalam, Anwar yang kembali melangkah ke Parlimen Khamis lalu menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan menemui Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan mengenai lompat parti hari ini.

"Tidak... itu tidak benar, hanya khabar angin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kuala Lumpur.

Tiga hari lalu di Permatang Pauh beliau menyatakan akan sibuk dengan jadual menemui wakil-wakil rakyat bagi tujuan tersebut.

Anwar ditanya media bagi mendapatkan kepastian mengenai khabar angin yang mula tersebar sejak semalam bahawa beliau akan menemui beberapa Ahli Parlimen BN di Istana Negara hari ini berhubung kesediaan mereka menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau yang turut mengetahui mengenai khabar angin itu menasihatkan agar tidak mempercayainya sebaliknya memberitahu bahawa beliau hanya akan bermesyuarat dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas mengadakan sidang media ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengakui ada menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung beberapa hari yang lalu.

"Ya, saya ada menemui mereka beberapa hari lalu dan perkembangannya adalah sangat baik," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan sasarannya untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini tidak akan berhasil memandangkan tarikh itu adalah pada bulan Ramadan dan Parlimen juga sedang bercuti, beliau berkata Pakatan Rakyat masih berada dalam landasannya.

"Sasarannya tetap sama. Kita juga hormati bulan Ramadan ini tapi jangan risau kerana Parlimen kita hanya berehat sekejap sahaja," katanya.

Anwar turut mengulas mengenai keyakinanya untuk mengambil alih kerajaan seperti yang disasarkan kerana tempoh itu hanya tinggal 14 hari, beliau berkata tempoh itu masih panjang.

"Empat belas hari satu tempoh masa yang lama. Kata orang dalam dunia politik ini, tempoh seminggu pun adalah sangat panjang dan macam-macam perkara boleh berlaku," katanya. mstar

2 Sep 2008

Bulan Ogos 2008 terlalu istimewa ~ Malaysiakini

Bulan ogos tahun ini terlalu istimewa berbanding bulan ogos tahun2 yang lain, begitu banyak peritiwa yang berlaku pada bulan ini, dan begitu banyak kesan yang sama kita rasai bulan ini.

semoga bulan yang berlalu ini meninggalkan suatu kenangan yang cukup indah dihati kita, dan jika ada perkara yang mengurangkan kemanisannya biarlah kita bertafakur dan merenung kembali, semoga pengalaman yang ditinggalkan ini mampu memberi nafas baru untuk masa akan datang.

Antara peristiwa menarik yang berlaku pada bulan ogos tahun ini dimulakan tirainya dengan episod kekalahan pasukan bola sepak malaysia 0-2 bertemu pasukan Chelsea, walaubagaimanapun aksi 'menarik' pasukan negara berjaya mengekang pasukan elit dari Liga perdana Inggeris ini membelasah pasukan negara. Tahniah dan teruskan usaha pasukan Bola Sepak Malaysia.

2 Ogos - alat penongkah MRR2 putus, MRR2 retak sekali lagi

5 ogos - Mufti perlis menolak bertanding di Permatang Pauh. LANJUT.....

- Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin semalam menghadiahkan sejambak bunga kepada pihak Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana mengeluarkan laporan keatas dakwaan liwat keatas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim. LANJUT....

6 ogos - Sepasukan polis dari bahagian Jenayah Perdagangan menahan dan merampas komputer milik penulis blog Penarik Beca, Abu Bakar Mohamad Rashid jam 11 pagi semalam. LANJUT...

7 Ogos - DS Anwar didakwa di mahkamah majistret, Anwar mengaku tidak bersalah meliwat saiful bukhari azlan. saiful tidak didakwa walaupun pertuduhan adalah suka sama suka, tidak wujud paksaan seperti didakwa saiful bukhari

9 Ogos - bantahan orang ramai, NGO dan parti politik keatas Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Badan Peguam - Forum ditangguhkan lebih awal akibat bantahan orang ramai dan faktor keselamatan.
.
12 Ogos : Tas Sri Khalid, Menteri Besar Selangor mencadangkan dibuka kuota bukan bumiputra dalam kemasukan ke UITM untuk meningkat kualiti akademik UITM dan supaya pelajar dapat bersaing ke peringkat yang lebih tinggi - tetapi mendapat bantahan dari pelajar UITM dan meminta Tan Sri Khalid memohon maaf, walaubagaimanapun Khalid enggan memohon maaf.

13 ogos : Arif Shah, calon UMNO untuk Pilihanraya kecil permatang pauh diumumkan oleh Abdullah Badawiuntuk menentang calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muktamar Pemuda PAS Pusat mula bersidang di Stadium Indra Mulia Perak yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS.

14 ogos - Istana tidak perkenan Nik Aziz dan Haji Hadi memberi khutbah Jumaat di Perak semasa berlansungnya sidang Muktamar Pas di Perak.

Isu muzakarah Pas dan UMNO menjadi topik paling panas didalam Muktamar Pas di Perak.

15 ogos - Muktamar PAS Pusat mulai bersidang di Stadium Indra mulai dirasmikan oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi ( Presiden PAS)

Saiful membuat pengakuan sumpah dide
pan Al-Quran di Masjid persekutuan pada waktu petang mendakwa Anwar meliwatnya secara paksa (berbeza dgn dakwaannya di mahkamah), antara saksi yang hadir adalah Imam Masjid Wilayah Romlang Porigi dan Anas ( S.U Najib) - Anwar mendakwa sumpah saiful adalah gimik terhadapnya yang akan bertanding di Pilihanraya Permatang Pauh.

Harakah mulai diterbitkan 2 kali seminggu. Lanjut.....

16 Ogos - Proses penamaan calon untuk P/raya P.Pauh bermula, antara calon yang mendaftar adalah Anwar Ibrahim (PKR) , Arif Shah (BN) , Hanafi Mamat (AKIM) dan Dr Mansor Othman (PKR, bagaimanapun menarik diri setelah sesi percalonan dibuat)

Insiden memukul dua jurugambar oleh penyokong PKR tersebar di media perdana oleh pencacai perdana, bagaimanapun, insiden sebenar perlakuan lucah dari penyokong BN tersebar di Media Siber oleh gerila-gerila siber.

17 Ogos - Lee Chong Wei merangkul satu satunya pingat Malaysia di sukan Olimpik Beijing,2008 walaupun tewas di perlawanan akhir bertemu Lin Dan untuk memberikan pingat perak kepada kontijen Malaysia.

20 Ogos - 2 exco Perak bersama-sama 4 lagi tertuduh ditahan oleh BPR berhubung kes rasuah kewangan dan juga skandal seks (menurut media perdana, exco2 ditahan di pejabat mereka), cerita sebenar disebalik penahanan ini boleh dirujuk disini(arkib panas)

21 Ogos - Abdullah Badawi melakukan tindakan popular dengan menaiki LRT dan Komuter untuk melihat sendiri sistem yang digunakan oleh rakyat setiap hari. Komen beliau.. "tidak efisien dan tidak tepati masa"

-
Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini telah memberi kebenaran kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) untuk menahan remam Exco Kerajaan Negeri perak, Jamaluddin Mohd Radzi selama 2 hari bermula hari ini. LANJUT....

22 Ogos - Tindakan popular Abdullah Badawi dengan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter, diumumkan dalam sidang akhbar di Putrajaya.24 Ogos - Ezam mendakwa menerima ugutan bunuh manakala Puteri UMNO mendakwa objek yang ditinggalkan di Bilik Gerakan Puteri UMNO di Jalan Tanah Liat adalah bom. PDRM mengesahkan objek tersebut bukannya bom.

25 Ogos - Romlang Perigi, Imam Masjid Wilayah, menyampaikan ucapan di Ceramah parti PKR di Permatang Pauh medakwa beliau diarah oleh pihak tertentu untuk hadir menjadi saksi semasa pengakuan sumpah Saiful Bukhari. Beliau turut mendakwa sumpah saiful tidak menurut syariat.
.
26 Ogos - Berlansungnya Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, satu p/raya kecil yang disifatkan yang terbesar pernah berlansung, kesesakan kalan raya hampir 4 jam disini. Lewat 9.45 malam Anwar diisytiharkan memenangi P/Raya dengan majoriti yanglebih tinggi dari P/Raya 8 Mac.
Sila baca kronologi hari pengundian
&
Koleksi gambar selepas keputusan P44


28 Ogos - Anwar hadir di Parlimen untuk mengangkat sumpah selaku ahli dewan rakyat dan seterusnya merangkap Ketua Pembangkang Malaysia29 Ogos - Pembentangan Bajet 2009 disampaikan oleh Abdullah Badawi di dewan rakyat.
Kronologi & koleksi gambar angkat sumpah.



29 OGOS - Konsert Avril yang diadakan di Stadium Merdeka mendapat bantahan daripada Pemuda PAS. LANJUT.....

30 Ogos - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah enggan menandatangani surat jaminan taat setia kepada kepimpinan Perdana Menteri, DS Abdullah Badawi. Mereka mendakwa pihak BN semenanjung seolah-olah tidak yakin dan merendah-rendahkan kesetian kepimpinan BN Sabah.

akses ke Malaysia-Today (blog Raja Petra) disekat oleh KSMM kerana didakwa menghina Nabi.

Azhan Atan seorang OKU( Ketua Pemuda PAS Tg Piai, Johor) menjuarai Akademik Nasyid TV9. LANJUT..

31 Ogos - Sambutan kemerdekaan yang paling malap di Malaysia tahun ini.MCA dan Gerakan bertegas meminta Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memohon maaf diatas keceluparannya berceramah di Permatang Pauh yang mendakwa bangsa cina hanyalah bangsa penumpang di malaysia. Bagaimanapun DS Abdullah Badawi meminta MCA dan Gerakan bertenang kerana Ahmad mungkin mempunyai maksud yang berlainan.

Malaysia menyambut merdeka ke 51.

Begitulah berlabuhnya tirai ogos 2008, suatu bulan yang cukup indah untuk meraikan pahit dan manis, tarikh 08.08.08 seperti dikatakan orang cina ada "ong"nya yang tersendiri. Jangan tertidur wahai teman, jangan lalai dengan kemenangan, teruslah bangkit demi perjuangan untuk negara tercinta. - Tune Your Biz Online

1 Sep 2008

Anwar hadir siri pertemuan lompat Pakatan di KL esok ~ Malaysiakini



Photograph: Andy Wong/AP.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan siri pertemuan informal dengan wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) di ibu negara esok, dipercayai bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.
.
Sumber mengesahkan bahawa pertemuan itu akan diadakan selepas pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan ahli-ahli Parlimen parti itu berhubung Bajet 2009 dan disusuli dengan sidang media pukul 11 pagi.
.
"Memang ada siri pertemuan Datuk Seri dengan wakil-wakil rakyat (BN)," kata sumber ketika dihubungi hari ini.
.
Kata sumber itu, wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.
.
Kelmarin Anwar mengulangi sasaran 16 September masih kekal dan menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.
.
Laporan media menyebut, Anwar sekali lagi menekankan perkara itu di pada majlis makan malam Permatang Pauh semalam.
.
mStar Online difahamkan pada Khamis lalu beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.
.
Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching semalam.
.
Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti. - mStar Online

Perutusan TGNA sempena Ramadan ~ Malaysiakini

Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.
Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.
Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.
Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.
Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.
Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.
Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala

Mufti Perlis berpantun ~ Malaysiakini

Penulis tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dimuatkan di laman webnya, drmaza.com. Kepada siapakah beliau tujukan pantun ini?

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api.

ImageGula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.

Berikut adalah pandangan peribadi penulis....(Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati!).

Sekali imbas memang pantun ini jelas ditujukan pada pemimpin negara yang menyelewengkan harta negara, hidup dalam penuh kenewahan dan menggunakan kuasa politik demi kepentingan peribadi.

Natijahnya, apabila pemimpin berbuat demikian, maka rakyat menjadi marah. Pemimpin mengumpulkan harta, yang kaya menjadi bertambah kaya sedangkan rakyat bawahan semakin menderita dengan tekanan hidup yang semakin mendesak.

Api kemarahan rakyat lama-kelamaan membuahkan rasa benci kepada pemimpin negara dan arus perubahan mula berkocak menjadi satu gelombang.

Akibat keadaan ekonomi , sosial dan politik negara yang dilihat kurang stabil, maka pemimpin negara digesa untuk berundur....UndurLAH!

Justeru, pengunduran pemimpin perlulah digantikan denga orang baru. Namun, sudah semestinya rakyat mahu melihat pengganti yang lebih baik dan lebih berkredibiliti.

Memang betul dua baris terakhir pantun di atas. Kalau mahu dicari pengganti kepimpinan negara, maka perlu dicari yang berbudi tinggi dan boleh diterima sekalian rakyat.

Begitu juga, pengganti baru ini bukannya dari kalangan mereka yang setara atau lebih teruk dari yang sedia ada.... Betul tu BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI!. SUMBER

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.