Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

6 Sep 2008

Catatan Pemudabesut ke Konvensyen Tarbiah 2008

Salam Ramdhan.

Sedikit coretan pemudabesut ke Konvensyen Tarbiah anjuran Lajnah Tarbiah Perhubungan PAS Terengganu semalam (5/9) di Kubang Lembik(KL), Manir.

7.15 pagi
~ Pemudabesut (PB) seramai 3 orang bertolak ke KL dengan kereta. Sepatutnya hampir 8 pemudabesut lagi yang'berhajat' nak sertai program ini. Tetapi TERpaksa membatalkan di saat akhir kerana saat akhir kerana pelbagai sebab.

8.30 pagi
~ sampai KL; PB terkejut kerana hanya 3 wakil dari Besut (pemudabesut la tu... Tauke Roti, Tauke bahulu & Kuli Kerajaan) sahaja yang baru datang ke Konvensyen ini. Tak sampai lagi kot.... Sepatutnya kehadiran dari semua AJK MTD, Muslimat, pemuda & Kawasan. Tapi tak apalah, yang penting pemudabesut datang untuk mengisi kelompangan tarbiah yang masih ada dalam diri PB ini.
~ Kuliah pagi Jumaat mingguan telah bermula yang dipimpin oleh Ustaz Ismail Mamat (ex-ADUN telok Pasu) yang menyentuh bab Puasa.

10.45 pagi
~ Konvensyen bermula. Timbalan Presiden PAS menyampaikan kertas kerja yang bertajuk 'Pemerkasaan Wasilah Tarbiah '. Ustaz Nasa mengumpas tentang tajuk tersebut dengan merangkumi pelbagai tajuk kecil termasuk
1. Tarbiah pada du'at & cabaran yang menanti di hadapan
2. Tarbiah- asas kejayaan Jamaah
3. Bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh para du'at & dakwah.
dengan penyampaian yang berkesan dan diselang seli dengan contoh muktakhir,menyebabkan Pemudabesut terasa terkesan.... bahawa peri-pentingnya tarbiah dalam jemaah ini.

12..08 pm
~ Cikgu Zai sms pemudabesut; agk2 boleh msuk ko tmpt prgrm tu lph jmat ni, ko x leh doh? Tolong daftar 3 org. Alhamdulliah bertambah lagi 'perwakilan' besut..
1.00 pm
~ SU DPPKT, Faizul mencadangkan supaya solat jumaat di Banggol Peradong. Kat mana tu...?? Walaupun pemudabesut pernah menjadi petugas PRU di DUN Manir tahun 1999 lalu, tapi masih tidak dapat mengagak di mana Masjid Banggol Peradong tu. Mana taknya sebelum berjumpa MAsjid Banggol Peradong, PB TERsesat sampai terjumpa 3 buah masjid...Tengok macam masjid UMNO je.... tak ramai org. Berlainan dengan masjid BAnggol Peradong.....tengok kertea parking kat luar tahu ini tentu Masjid orang PAS bersembahyang...ada ROH.....

2.10 pm
~ Dalam perjalanan balik KL, berhenti di surau untuk membasah badan. Bunyi sekumpulan muslimat sedang bertadarus.....Patutlah ALlah beri kemenangan kepada DUN ini... Surau di imarahkan....

2.35 pm
~ Pemudabesut duduk dibaris hadapan sekali... Alhamdullilah pemudabesut terkejut, tiba2 sahaja Tok Guru sudah berada di belakang kami... Sempat juga pemudabesut bersalam dengan TGAH..
~ Walaupun kertas kerja 'Kegemilangan Tarbiah PAS; Realiti dan harapan' nipis TETAPI kupasan yang disampaikan oleh Tok Guru Dato' Seri Presiden sungguh mantap dan berkesan. Selepas sesi pergulungan oleh Ustaz Harun, Ustaz ABC & Tok Guru, majlis berakhir 5.14 pm.

6.00 pm
~ Usrah Pemuda bermula yang disampaikan oleh Ustaz Harun, Ketua Pemuda Trg & YDP pemudabesut, Ust Husain. Usrah yang disampaikan oleh Ust Harun berkisarkan perjuangan & tarbiah pemuda.

7.15 pm
~ berbuka puasa bersama pemuda negeri & kawasan lain dengan bernasikan nasi brani & berlaukkan kambing.

7.45 pm
~ Rombongan pemudabesut bertolak balik, manakala cikgu Zai & The Gangs pergi ke Mydin.. Beli baju raya kot

*Baru tahu bahawa Iwan & Cikgu Zai x makan kambing sbb...??x tahu sbbnya. kambing bau hamis ke? Nasib badan le... Sedap tau kambing..
*Pemudabesut rancang nak sembelih kambing bg program majlis berbuka puasa pemuda kawasan nanti

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.