Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

2 Sep 2008

Bulan Ogos 2008 terlalu istimewa ~ Malaysiakini

Bulan ogos tahun ini terlalu istimewa berbanding bulan ogos tahun2 yang lain, begitu banyak peritiwa yang berlaku pada bulan ini, dan begitu banyak kesan yang sama kita rasai bulan ini.

semoga bulan yang berlalu ini meninggalkan suatu kenangan yang cukup indah dihati kita, dan jika ada perkara yang mengurangkan kemanisannya biarlah kita bertafakur dan merenung kembali, semoga pengalaman yang ditinggalkan ini mampu memberi nafas baru untuk masa akan datang.

Antara peristiwa menarik yang berlaku pada bulan ogos tahun ini dimulakan tirainya dengan episod kekalahan pasukan bola sepak malaysia 0-2 bertemu pasukan Chelsea, walaubagaimanapun aksi 'menarik' pasukan negara berjaya mengekang pasukan elit dari Liga perdana Inggeris ini membelasah pasukan negara. Tahniah dan teruskan usaha pasukan Bola Sepak Malaysia.

2 Ogos - alat penongkah MRR2 putus, MRR2 retak sekali lagi

5 ogos - Mufti perlis menolak bertanding di Permatang Pauh. LANJUT.....

- Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin semalam menghadiahkan sejambak bunga kepada pihak Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana mengeluarkan laporan keatas dakwaan liwat keatas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim. LANJUT....

6 ogos - Sepasukan polis dari bahagian Jenayah Perdagangan menahan dan merampas komputer milik penulis blog Penarik Beca, Abu Bakar Mohamad Rashid jam 11 pagi semalam. LANJUT...

7 Ogos - DS Anwar didakwa di mahkamah majistret, Anwar mengaku tidak bersalah meliwat saiful bukhari azlan. saiful tidak didakwa walaupun pertuduhan adalah suka sama suka, tidak wujud paksaan seperti didakwa saiful bukhari

9 Ogos - bantahan orang ramai, NGO dan parti politik keatas Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Badan Peguam - Forum ditangguhkan lebih awal akibat bantahan orang ramai dan faktor keselamatan.
.
12 Ogos : Tas Sri Khalid, Menteri Besar Selangor mencadangkan dibuka kuota bukan bumiputra dalam kemasukan ke UITM untuk meningkat kualiti akademik UITM dan supaya pelajar dapat bersaing ke peringkat yang lebih tinggi - tetapi mendapat bantahan dari pelajar UITM dan meminta Tan Sri Khalid memohon maaf, walaubagaimanapun Khalid enggan memohon maaf.

13 ogos : Arif Shah, calon UMNO untuk Pilihanraya kecil permatang pauh diumumkan oleh Abdullah Badawiuntuk menentang calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muktamar Pemuda PAS Pusat mula bersidang di Stadium Indra Mulia Perak yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS.

14 ogos - Istana tidak perkenan Nik Aziz dan Haji Hadi memberi khutbah Jumaat di Perak semasa berlansungnya sidang Muktamar Pas di Perak.

Isu muzakarah Pas dan UMNO menjadi topik paling panas didalam Muktamar Pas di Perak.

15 ogos - Muktamar PAS Pusat mulai bersidang di Stadium Indra mulai dirasmikan oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi ( Presiden PAS)

Saiful membuat pengakuan sumpah dide
pan Al-Quran di Masjid persekutuan pada waktu petang mendakwa Anwar meliwatnya secara paksa (berbeza dgn dakwaannya di mahkamah), antara saksi yang hadir adalah Imam Masjid Wilayah Romlang Porigi dan Anas ( S.U Najib) - Anwar mendakwa sumpah saiful adalah gimik terhadapnya yang akan bertanding di Pilihanraya Permatang Pauh.

Harakah mulai diterbitkan 2 kali seminggu. Lanjut.....

16 Ogos - Proses penamaan calon untuk P/raya P.Pauh bermula, antara calon yang mendaftar adalah Anwar Ibrahim (PKR) , Arif Shah (BN) , Hanafi Mamat (AKIM) dan Dr Mansor Othman (PKR, bagaimanapun menarik diri setelah sesi percalonan dibuat)

Insiden memukul dua jurugambar oleh penyokong PKR tersebar di media perdana oleh pencacai perdana, bagaimanapun, insiden sebenar perlakuan lucah dari penyokong BN tersebar di Media Siber oleh gerila-gerila siber.

17 Ogos - Lee Chong Wei merangkul satu satunya pingat Malaysia di sukan Olimpik Beijing,2008 walaupun tewas di perlawanan akhir bertemu Lin Dan untuk memberikan pingat perak kepada kontijen Malaysia.

20 Ogos - 2 exco Perak bersama-sama 4 lagi tertuduh ditahan oleh BPR berhubung kes rasuah kewangan dan juga skandal seks (menurut media perdana, exco2 ditahan di pejabat mereka), cerita sebenar disebalik penahanan ini boleh dirujuk disini(arkib panas)

21 Ogos - Abdullah Badawi melakukan tindakan popular dengan menaiki LRT dan Komuter untuk melihat sendiri sistem yang digunakan oleh rakyat setiap hari. Komen beliau.. "tidak efisien dan tidak tepati masa"

-
Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini telah memberi kebenaran kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) untuk menahan remam Exco Kerajaan Negeri perak, Jamaluddin Mohd Radzi selama 2 hari bermula hari ini. LANJUT....

22 Ogos - Tindakan popular Abdullah Badawi dengan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter, diumumkan dalam sidang akhbar di Putrajaya.24 Ogos - Ezam mendakwa menerima ugutan bunuh manakala Puteri UMNO mendakwa objek yang ditinggalkan di Bilik Gerakan Puteri UMNO di Jalan Tanah Liat adalah bom. PDRM mengesahkan objek tersebut bukannya bom.

25 Ogos - Romlang Perigi, Imam Masjid Wilayah, menyampaikan ucapan di Ceramah parti PKR di Permatang Pauh medakwa beliau diarah oleh pihak tertentu untuk hadir menjadi saksi semasa pengakuan sumpah Saiful Bukhari. Beliau turut mendakwa sumpah saiful tidak menurut syariat.
.
26 Ogos - Berlansungnya Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, satu p/raya kecil yang disifatkan yang terbesar pernah berlansung, kesesakan kalan raya hampir 4 jam disini. Lewat 9.45 malam Anwar diisytiharkan memenangi P/Raya dengan majoriti yanglebih tinggi dari P/Raya 8 Mac.
Sila baca kronologi hari pengundian
&
Koleksi gambar selepas keputusan P44


28 Ogos - Anwar hadir di Parlimen untuk mengangkat sumpah selaku ahli dewan rakyat dan seterusnya merangkap Ketua Pembangkang Malaysia29 Ogos - Pembentangan Bajet 2009 disampaikan oleh Abdullah Badawi di dewan rakyat.
Kronologi & koleksi gambar angkat sumpah.



29 OGOS - Konsert Avril yang diadakan di Stadium Merdeka mendapat bantahan daripada Pemuda PAS. LANJUT.....

30 Ogos - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah enggan menandatangani surat jaminan taat setia kepada kepimpinan Perdana Menteri, DS Abdullah Badawi. Mereka mendakwa pihak BN semenanjung seolah-olah tidak yakin dan merendah-rendahkan kesetian kepimpinan BN Sabah.

akses ke Malaysia-Today (blog Raja Petra) disekat oleh KSMM kerana didakwa menghina Nabi.

Azhan Atan seorang OKU( Ketua Pemuda PAS Tg Piai, Johor) menjuarai Akademik Nasyid TV9. LANJUT..

31 Ogos - Sambutan kemerdekaan yang paling malap di Malaysia tahun ini.MCA dan Gerakan bertegas meminta Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memohon maaf diatas keceluparannya berceramah di Permatang Pauh yang mendakwa bangsa cina hanyalah bangsa penumpang di malaysia. Bagaimanapun DS Abdullah Badawi meminta MCA dan Gerakan bertenang kerana Ahmad mungkin mempunyai maksud yang berlainan.

Malaysia menyambut merdeka ke 51.

Begitulah berlabuhnya tirai ogos 2008, suatu bulan yang cukup indah untuk meraikan pahit dan manis, tarikh 08.08.08 seperti dikatakan orang cina ada "ong"nya yang tersendiri. Jangan tertidur wahai teman, jangan lalai dengan kemenangan, teruslah bangkit demi perjuangan untuk negara tercinta. - Tune Your Biz Online

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.