"Saya pastikan 16 Sept tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita," kata Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Desas-desus mengatakan tujuh komponen BN akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang tadi ternyata meleset.
Desas-desus itu disebarkan menerusi SMS dan emel sejak beberapa hari lalu.
Parti-parti komponen yang didakwa sepatutnya mengadakan sidang media menyertai Pakatan Rakyat hari ini ialah Parti Maju Sabah (Sapp), Gerakan, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Demoktratik Liberal, Upko, Parti Progresif Penduduk, dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Pemimpin beberapa komponen BN terbabit yang dihubungi menafikan khabar angin sedemikian. LAGI... MStar
Mengapa Paklah tiba tiba mengadap YDP Agong?
1. Wakil Dato Seri Anwar telah mengadap YDP Agong mennyatakan hasrat untuk mengambil alih Kerajaan baru dan mengharapkan dalam tempoh peralihan keadaan aman dari sebarang usaha merusuh dari pihak Umno dan Polis yang dirancang sekarang ini cuba menaikkan sentimen perkauman, dan diharap ia dapat dielakkan, jadi hari ini YDP Agong telah memanggil Paklah untuk memberi penjelasan apa yang sedang berlaku, dari kenyataan Paklah hari ini seolah olah YDP Agong meminta penjelasan darinya.apakah mungkin YDP Agong meminta Paklah melakukan sebarang rusuhan andai 16september benar benar berlaku? apakah peristiwa campur tangan Istana berlaku sekali lagi seperti mana yang berlaku di Terengganu.inikah soal teknikal dan undang undang yang dimaksudkan wakil PKR? SUMBER; KedahLanie
1 ulasan:
(Anwarwood Produksi - Tayangan Paling Besar dan Hebat di Dunia!)
----------------------------------
Awas! Politik bukan permainan untuk mereka yang berlemah hati di Malaysia. Rakyat Malaysia akan sakit jantung apabila melihat kesudahannya. Jika pun tidak, anda akan terkena strok atau darah tinggi. Kenapa? Tayangan Titanic 2 kali ini yang diarah dan diskripkan oleh Anwarwood Produksi akan bersambung dengan adegan-adegan berikut:
1. Little Napoleon akan meneruskan dengan ungkapan "Matalamat Menghalalkan Cara-Caranya" dalam mempertahankan kepentingan-kepentingan mereka.
2. Sebilangan penumpang-penumpang akan kehilangan kewarasan dan kemanusiaan apabila kapal sedang tenggelam.
3. Semua orang akan merebut-rebut naik bot-bot penyelamat.
4. Wang digunakan untuk membeli apa sahaja untuk menyelematkan diri daripada kehampaan yang akan menimpa.
5. Pelakon dan Pembantu-pembantu Seniman dan Seniwati Terbaik serta Kuda-kuda Trojan akhirnya dipertontonkan pada kesudahan tayangannya.
Jika adapun emosi yang tinggal pada akhir tayangan tersebut, harus ingat bahawa ia cuma sebuah tayangan sama seperti gelagat-gelagat politik. Realiti kehidupan bersama masih berterusan di tanah air ini.
http://patek172.wordpress.com
Catat Ulasan