Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

6 Sep 2008

Langkah 16 Sept sudah bermula: Pengerusi Gerakan WP sertai PKR ~ Malaysiakini

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong yang digantung keahlian dua bulan lalu hari ini secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Ahli Parlimen Segambut itu mengumumkan perkara tersebut di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur pada sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

"Saya menyertai parti ini kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Gerakan, Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR pukul 1 tengah hari tadi.

Gerakan menggantung keahlian Dr. Tan berikutan tindakannya menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Dr. Tan menerima tawaran menyertai kerajaan Selangor bagi mengetuai pasukan petugas untuk memperbaiki pentadbiran serta dasar berhubung pemilikan tanah.

Tindakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi itu adalah yang kedua membabitkan pemimpin Gerakan, selepas Datuk Lee Kah Choon.

Lee yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, menerima jawatan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan InvestPenang daripada kerajaan pimpinan pembangkang di Pulau Pinang. Mstar

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.