
Media rasmi PAS Harakah edisi baru akan menemui pembaca pertengahan bulan ini dengan wajah baru, lebih banyak berita, lebih nipis dan lebih murah.
Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini, ia akan berada di pasaran pada setiap Isnin dan Jumaat seperti sebelum kekerapannya dikurangkan dua kali sebulan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada awal 2000.
Harganya kini RM2.50 akan dikurangkan kepada RM2, manakala tebalnya dikurangkan daripada 80 kepada 56 halaman.
harakah and kementerian dalam negeri home affairs ministry permitMenurtunya, edisi baru dijadual dilancarkan secara rasmi ketika muktamar parti itu di Ipoh pada 15 Ogos oleh presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kali ini, Harakah mahu menjadi sebuah akhbar yang betul-betul akhbar," katanya, sambil ketawa kecil.
KDN mengembalikan permit asal organ PAS itu pada 23 Jun lalu selepas lembaga pengarah Harakah memohon sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Sebelum pilihanraya umum, jumlah edarannya kira-kira 140,000 naskhah tetapi telah meningkatkan kepada 250,000 naskhah sekarang. sumber asal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan