Seluruh warga DPPK Besut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah, yang kembali ke rahmatullah kelmarin, 31 Julai 2008 kira-kira 10.15 malam.
Allahyarham adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Terengganu pada pemerintahan kali pertama PAS sekitar tahun 1959 hingga 1961.
Pada waktu itu, Allahyarham adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu (1957 - 1966) dan beliau antara pemimpin awal yang ditugaskan oleh Presiden PAS, Dato' Mohd Asri Muda untuk mengembangkan pengaruh parti itu di negeri tersebut.
Hujung hayatnya, Allahyarham banyak mengajar agama di masjid dan surau serta aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Allahyarham Ahmad Azam, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.15 malam hari khamis malam Jumaat 31 Julai 2008 ( 28 Rejab 1429) di rumah beliau, Jalan Teluk Gadung Kecil Off Jalan Yadi, Klang. Semoga keluarga Allahyarham dapat bersabar dan meredhai kepulangan Alahyarham ke pangkuan Ilahi. Al-fatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan