Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

1 Ogo 2008

IMAN HADHARI BUAT KERJA HARAM LAGI....??


Hari ini (31 Julai 2008 Sila lihat berita Bernama) Paklah sekali lagi mengulangi perbuatan yang boleh membawa kepada haram iaitu meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan Negara. Sedangkan majlis fatwa kebangsaan menyamakan perbuatan ini dengan orang-orang jahiliyyah beribadat. Apakah amalan ISLAM HADHARI membenarkan perbuatan seperti ini?

Sedangkan kita semua boleh lihat fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti bahawa perbuatan mengalungkan bunga, bertafakkur dan menundukkan kepala dihadapan tugu adalah haram. Diantaranya :

- Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

- Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

- Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90. Ayat itu bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.
Sekarang terbukti, bahawa ISLAM HADHARI yang didokongi oleh UMNO tidak mampu untuk menyekat perkara-perkara yang haram dan yang boleh membawa seseorang itu syirik kepada Allah SWT. Berbanding dengan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (yang dianuti oleh kita yang tolak islam hadhari) yang mempunyai batas-batas dalam kehidupan ini.

Selain dari isu mat rempit, dadah, pelacur, buang bayi dan rompakan, sepatutnya akhbar arus perdana menyiarkan juga berita tentang perkara-perkara yang boleh menggugat aqidah ummat islam seperti mengalung bunga di tugu ini.supaya orang lain juga tidak sesat sebagaimana sesatnya si pengalung bunga ditugu negara itu

SUMBER

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.